You are on page 1of 7

Apakah Piramid Makanan

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat.


Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan
makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada
kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi
makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada
kandungan zat dan fungsinya. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan
kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang
diperlukan oleh badan

ARAS 1 : Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan


karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini
juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap
hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh
makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin
sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang. Pilihlah
bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil
penuh atau tepung atta, dan roti atau biskut mil penuh.

ARAS 2 : Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini


kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-
sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan .

ARAS 3 : Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan
ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging
rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam.
Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya
rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan
hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.

Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju
dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya
dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4 : Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di
Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada
kumpulan ini yang perlu dimakan.

JENIS MAKANAN YANG


DIPERLUKAN TUBUH
JENIS FUNGSI SUMBER

Karbohidrat Membekalkan tenaga dan haba Nasi, roti, ubi, kayu, keledek,
bagi mengekalkan suhu badan kentang

Lemak Membekalkan tenaga Minyak sayur-sayuran, mentega,


minyak sapi, minyak limpa, limpa
ikan

Protein Membina otot-otot tubuh badan, Ikan bilis, telur, susu, daging, ikan
membina tisu baru dan
menggantikan tisu yang mati atau
rosak

Vitamin A Penting untuk kesihatan mata dan Tomato, lobak, minyak limpa ikan,
dapat mengelakkan penyakit sayur-sayuran berdaun hijau
rabun ayam

Vitamin B Untuk membina sel-sel darah Susu, telur, bijirin, buah-buahan


supaya kulit sentiasa segar dan dan sayur-sayuran segar
cantik

Vitamin C Untuk kesihatan kulit. Kekurangan Jambu batu, betik, limau, oren,
vitamin ini boleh menyebabkan sayur-sayuran berdaun hijau
penyakit kulit dan gusi berdarah

Vitamin D Membantu pertumbuhan gigi yang Ikan, minyak limpa, susu, telur,
sihat dan kuat. Kekurangan mentega
vitamin ini boleh menyebabkan
tulang menjadi lemah

Vitamin E Otot-otot berfungsi dengan Gandum, kekacang, sayuran


berkesan berdaun, bijirin, hati haiwan

Bulu dan rambut hitam

Vitamin K Mempercepatkan darah membeku Sayuran berdaun hijau, telur,


apabila mendapat luka kemalangan kacang soya, minyak soya, minyak
limpa, ikan, bunga kubis

Garam mineral : Untuk membantu perkembangan


dan pertumbuhan kanak-kanak
Susu, ikan bilis, ketam, kulit
dapat membina pertumbuhan udang
Kalsium tulang dan gigi supaya kuat
Kismis, telur, ikan, kuaci, daging
Fosforus membolehkan otot kanak-kanak
berfungsi di samping membantu Buah belimbing, pisang, oren,
Kalium perkembangan saraf sayuran berdaun

Natrium membantu pengawalan imbangan


cecair di dalam badan
Besi Kicap, makanan berjeruk
penting untuk pembentukan semulajadi, garam
hemoglobin yang memproses
oksigen di dalam darah

Telur, kismis, daging ayam, hati,


ikan, kacang tanah
LANGKAH-LANGKAH DISYORKAN
MENGIKUT PIRAMID MAKANAN

Makan pelbagai makanan

Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-


sayuran dan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap
hari

Kurangkan makanan yang diproses

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan


makanan yang dibasuh dengan bersih

Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil

Banyak minum air kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas
sehari
KESAN GIZI YANG TIDAK
SEIMBANG
KESAN HURAIAN
Kekurangan nutrien tertentu dalam makanan
Malnutrisi Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia,
kwasyiorkor, skurvi dan riket
disebabkan kekurangan protein
Kwasyiorkor gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak
terencat, kehilangan selera makan, badan lemah
pembawa kepada serangan sakit jantung dan strok
Tekanan darah tinggi kerana pengambilan garam yang berlebihan yang menyebabkan
ginjal gagal berfungsi
berlaku apabila ara glukosa yang berlebihan daripada julat
Diabetis melitus normal terdapat dalam darah
(kencing manis)
berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan
Osteoporosis kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi
kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis
dan rapuh dan mudah patah
tahap kolesterol dalam darah tinggi
Sakit jantung dan kolesterol berlebihan terenap pada dinding arteri dan
strok menyempitkan salur darah dan jantung sukar untuk mengepam
darah
PANDUAN MENGHIDANGKAN
MAKANAN

Hidangkan makanan yang beraneka warna dan


bentuk yang menarik

Hiaskan makanan sebelum dihidang

Gunakan peralatan yang pelbagai warna dan


bentuk
BIBLIOGRAFI
1. www.scribd.com School Work Essays & Theses

2. www.slideshare.net/.../makanan-dan-amalan-pemakanan-1322379 - United States

3. miosh.net/.../stress%20mngmt(PEMAKANAN%20BERASASKAN%20DIET
%20...

4. web.utm.my/healthcentre/images/.../healthy%20eating%20UTM1.ppt

5. www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt

You might also like