Professional Documents
Culture Documents
Petempatan
Petempatan
BAB 12 PETEMPATAN
PETA MINDA
Pengenalan
1. Petempatan merujuk kepada tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satu
dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti
pertanian, perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian,
perniagaan dan perkhidmatan.
2. Kebanyakkan petempatan mempunyai saiz dan taburan yang berbeza. Misalnya,
petempatan di kawasan kebun kecil berbentuk petempatan berselerak manakala
petempatan yang besar dan padat adalah seperti bandar raya.
3. Petempatan di bandar lebih lengkap dengan pelbagai prasarana dan perkhidmatan
berbanding petempatan di luar bandar.
Petempatan Awal
1. Petempatan merupakan kawasan kediaman penduduk dan tempat penduduk
melakukan kegiatan harian masing-masing.
2. Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai. Contohnya
(a) Tamadun Mesopotamia di Lembangan Sungai Tigris-Euphrates
(b) Tamadun Mesir Purba di Lembangan Sungai Nil
(c) Tamadun Indus di Lembangan Sungai Indus
(d) Tamadun Hwang He di Lembangan Sungai Hwang He
3. Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan awal di lembangan sungai ialah:
(a) Dataran sungai yang rata dan subur dengan tanih aluvium
(b) Sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan
(c) Sungai merupakan jalan pengangkutan utama penduduk
(d) Terdapat kawasan rumput untuk ternakan
4. Petempatan awal di Malaysia kebanyakannya terdapat di:
(a) Pinggir pantai
Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan menangkap ikan.
(b) Delta
Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan bercucuk tanam
seperti menanam padi.
(c) Muara sungai
Petempatan dibina kerana mempunyai kemudahan pengangkutan air iaitu jalan
sungai atau jalan laut.
(d) Pinggir sungai
Petempatan dibina kerana sungai membekalkan sumber air minuman dan
kegunaan domestik
(e) Gua
Petempatan dibina kerana gua menjadi tempat perlindungan manusia daripada
ancaman
binatang liar dan sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan lebat.
(f) Bukit
Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan pertanian seperti
menanam ubi kayu, pisang dan keladi.
(g) Tanah pamah
Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan pertanian dan
perdagangan.
5. Kawasan-kawasan petempatan awal di Malaysia ialah:
(a) Gua Niah di Sarawak
(b) Kota Tampan di Lenggong, Perak
(c) Kesultanan Melayu Melaka di muara Sungai Melaka, Melaka.
(d) Lembah Bujang di sekitar Sungai Merbok, Kedah.
(e) Kerajaan Johor-Riau di Sungai Johor, Johor.
(f) Sekitar Teluk Darvel di Sabah.
(g) Pekan Lama di Pahang
(h) Kuala Berang di Terengganu
(i) Gua Musang dan Gua Cha di Kelantan
6. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi petempatan awal di Malaysia
ialah:
(a) Faktor fizikal
(b) Keperluan asas
7. Petempatan awal yang terletak di lembah sungai, tanah pamah dan gua merupakan
tempat yang paling strategik, selamat dan sesuai untuk menjalankan kegiatan
pertanian seperti menanam padi.
8. Petempatan awal yang terletak di muara sungai merupakan lokasi yang baik kerana
sungai
berperanan sebagai keperluan asas kepada penduduk iaitu:
(a) Sebagai sumber air
(b) Sebagai jalan pengangkutan
(c) Sebagai pengairan kepada tanaman
(d) Sebagai sumber makanan protein
9. Penduduk yang tinggal di pinggir sungai boleh mendapatkan sumber air sepanjang
masa untuk dijadikan air minuman, kegunaan harian dan menyiram tanaman.
10. Penduduk menjalankan kegiatan menangkap ikan di pinggir sungai dan pinggir laut.
11. Sumber makanan protein seperti ikan dan udang senang diperolehi oleh penduduk
yang tinggal di pinggir sungai.
12. Sungai merupakan jalan pengangkutan yang utama bagi penduduk yang tinggal di
pinggir sungai untuk berhubung antara satu sama lain.
Petempatan awal di Malaysia
Jenis Petempatan
1. Terdapat dua jenis petempatan di Malaysia iaitu petempatan luar bandar dan
petempatan bandar.
2. Faktor-faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini adalah
(a) saiz penduduk
(b) kepadatan penduduk
(c) fungsinya yang meliputi jenis kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial yang dijalankan.
3. Majoriti masyarakat yang tinggal di petempatan luar bandar menjalankan aktiviti
ekonomi
seperti pertanian, penternakan, perlombongan, pembalakan dan perikanan. Manakala
penduduk yang tinggal di petempatan bandar pula menjalankan aktiviti
ekonomi seperti perindustrian, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan.
4. Petempatan luar bandar mempunyai penduduk yang kurang dan kepadatan
penduduknya yang rendah. Jumlah penduduknya adalah kurang daripada 10 000
orang.
5. Petempatan bandar pula mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 10 000 orang
serta mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Pola Petempatan
1. Pola petempatan ialah corak susun atur bangunan atau rumah di sesuatu tempat.
2. Pola petempatan dapat dilihat dari jauh melalui pandangan udara.
3. Petempatan di Malaysia dapat dibahagikan kepada empat pola, iaitu:
(a) Pola petempatan berselerak
(b) Pola petempatan berjajar
(c) Pola petempatan berpusat
(d) Pola petempatan berkelompok
1. Rumah-rumah dibina jauh di antara satu dengan lain tanpa susunan yang tertentu.
2. Pola ini biasanya terdapat di kawasan pedalaman, kawasan luar bandar, kebun kecil
getah, kelapa padi dan pertanian campur.
3. Petani-petani mendirikan rumah masing-masing di kebun sendiri.
4. Susunan rumah mereka adalah berselerak.
5. Rumah-rumah mereka dapat dihubungi melalui jalan atau lorong jalan kaki.
1. Pola ini biasanya terdapat di luar bandar terutamanya di kampung nelayan dan
kawasan sawah padi.
2. Rumah-rumah didirikan mengikut deretan di sepanjang jalan raya, tebing sungai, tali
air, jalan kereta api, permatang pasir, di tepi pantai dan di sempadan antara dua
jenis tanaman seperti padi dan getah.
3. Susunan rumah adalah selari antara satu sama lain.
4. Pola petempatan berjajar juga disebut sebagai petempatan linear.