Sejarahkemerdekaan 150219040739 Conversion Gate01

You might also like

You are on page 1of 27

SEJARAH KEMERDEKAAN

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan
pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah
Melayu.

Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7
kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku
yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula
selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan
meriam seratus satu das.

Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956.
Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan.

Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka untuk pengumuman kemerdekaan
setelah pulang dari London.

Keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan.

Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai
rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada
1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu
falak.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim
(datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5) yang
pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi
kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada
kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum
tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga
melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan
merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan
tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya
menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956,
telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan,
Bandar Hilir, Melaka.

MASING-MASING hadir dengan harapan menggunung. Menjadi saksi kepada satu peristiwa penuh
bererti. Yang tidak mungkin luput dalam ingatan walau ke tiupan nafas terakhir.

Tanggal 31 Ogos 1957. Tarikh keramat bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Hampir 20,000
anak bangsa berkumpul menyaksikan detik-detik bersejarah kemerdekaan negara di depan mata.

Tatkala Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'merdeka', bermula dengan upacara penurunan
bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) diikuti pengisytiharan
kemerdekaan di Stadium Merdeka, semua yang hadir tidak mampu menahan air mata.

Air mata yang tertumpah amat berharga bagi saksi-saksi merdeka ini. Setelah ratusan tahun merasai
kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan, kemerdekaan merupakan ganjaran paling besar.

Tidak hairanlah jika rata-rata mereka sanggup membawa kaum keluarga masing-masing berkampung
selama berhari-hari di Stadium Merdeka, semata-mata tidak mahu terlepas peluang berharga dalam
sejarah negara itu.

Kemunculan tempat-tempat menarik di negara ini hakikatnya tidak sesekali dapat menandingi
kehebatan dan kepentingan Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka kerana di situlah lahirnya sejarah
kenegaraan Malaysia.

Walaupun hampir dirobohkan suatu ketika dahulu, namun, atas usaha orang ramai dan pencinta
warisan, Stadium Merdeka masih berdiri gagah sehingga ke hari ini.

Wartawan S2, ROSALINDA MD.SAID, SITI NURAZLINA JAMALUDIN dan AZIZI MAJID berusaha
menjejaki semula individu-individu yang menjadi saksi di Stadium Merdeka bagi menghuraikan
pengalaman indah mereka melakar detik-detik bersejarah negara.

SEJARAH KEMERDEKAAN

SEJARAH MERDEKA
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum
tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan
penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.

Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan


merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta
kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar.


Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah
semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan
anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia


adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan
negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka
berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan
sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh
seluruh rakyat.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha


pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang
bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta
kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan
negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau
di mana kita berada.

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan
serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya
persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan
penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan
perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan
Malaysia.

MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN


Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama
yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan
perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat.

Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat


pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan
semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta.

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London


untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu
tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui beberapa
peristiwa.

KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

27 Julai 1955

Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang
ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan
untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955

Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2
wakil India.

18 Januari 6 Februari 1956


Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di
London.

8 Februari 1956

Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir,
Melaka

21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan
menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 29 Disember 1956

Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan
Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis
Malaya (PKM).

30 Ogos 1957

Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad
dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan

Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah


menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah
terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan.
Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di
Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan
gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan berikut:

1. Penghulu Dol Said di Naning,


2. Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti
3. Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong,
4. Dato Maharajalela, Dato Sagor
5. Sultan Abdullah di Perak,
6. Dato Bahaman,
7. Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang,
8. Tok Janggut di Kelantan,
9. Raja Mahadi di Selangor,
10. Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu,
11. Tok Moris, Tunku Kudin
12. Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap,
13. Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta
14. Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman
di Sabah.
Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat
juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar
disanjung.

Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana


penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena.

Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh


lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya,

1. Sheikh Tahir Jalaluddin,


2. Syed Sheikh Al-Hadi,
3. Sheik Muhammad Akil,
4. Sheikh Awad Saidin
5. Haji Abas Taha.
Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan,
Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.

Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari
kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti:

1. Zainal Abidin Ahmad (Zaba),


2. Harun Muhammad Amin,
3. Abdul Hadi bin Hassan,
4. Burhanuddin Al-Helmi dan
(Tokoh PAS yang terlibat sama menuntut
Merdeka)
5. Abdul Rahim Kajai.

Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan


persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih
bersepadu.

Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan
pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari
1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang
pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan
sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku.

Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah


Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi Asia Untuk Asia.

Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan


melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan
oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran
Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei
1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit
menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah
membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah
Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato Onn kepada Tunku Abdul
Rahmandilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat
ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan
'Hidup Melayu diubah kepada Merdeka sesuai dengan perubahan matlamat
perjuangan UMNO.

Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda


UMNO pada 3 April 1953, "cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di
bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan
bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim
British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita daripada
naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan
mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada
kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi.
Ringkasan Sejarah dan aliran langkah ke arah mencapai kemerdekaan:

1. Persidangan Malaya Merdeka Di London


2. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
3. Pengumuman Kemerdekaan Di Padang Banda Hilir, Melaka
4. Suruhanjaya Perlembagaan REID
5. Rombongan Kemerdekaan Pulang Dari London
6. Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong Pertama
7. Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
8. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Di
Tandatangani
9. Pengumuman Perlantikan Gabenor Pulau Pinang dan
Melaka
10. Rang Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu
Diluluskan
11. Pengumuman Jemaah Kabinet Yang Pertama Selepas
Merdeka
12. Duke Gloucester, Wakil Baginda Queen Tiba Untuk
Upacara Kemerdekaan
13. Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa
Kemerdekaan
14. Perasmian Stadium Merdeka
15. Bendera Union Jack Diturunkan di Melaka
16. Detik Jam Tengah Malam Di Padang Kelab Selangor
17. Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
18. Penetapan Tarikh Merdeka Pada 31 Ogos 1957
Sumber : Arkib Negara
JALUR GEMILANG

KIBARKAN JALUR GEMILANG

SEJARAH BENDERA MALAYSIA


Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan pertandingan mencipta
bendera peringkat kebangsaan.
Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah (arkitek
kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang dan buat pertama kalinya Bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor
pada 26 Mei 1950.
Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera Persekutuan
Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan
Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila Tun Dr. Mahathir
bin Mohamad mengumumkan nama baru bagi Bendera Malaysia iaitu Jalur
Gemilang.
Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya, Mohamad Hamzah dibuat
dengan jiwa yang penuh semangat nasionalisme.
Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan menonjolkan maksud
tertentu.
a) Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang merupakan elemen
paling penting bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
b) Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan.
c) Merah membawa maksud keberanian.
d) Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi
meningkatkan dan mempertahankan kebudayaan dan keperibadian Malaysia.

KEPENTINGAN JALUR GEMILANG

Setiap rakyat Malaysia berhak untuk mengibarkan Jalur Gemilang


dengan syarat bendera itu dikibarkan mengikut arahan / panduan
yang ditetapkan.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai tempat, masa,
kedudukan, saiz dan susunan.
Etika dan tatacara memelihara bendera negara juga harus diambil perhatian.
Antaranya ialah cara mengibar, melipat, menyimpan dan memusnahkan bendera.
Bendera yang koyak, lusuh dan berubah warna dianggap sebagai bendera yang
uzur. Bendera yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana perbuatan itu
menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera.
Bendera yang uzur harus dimusnahkan dengan cara paling sopan iaitu dengan
membakarnya di tempat yang tertutup.

Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda protes kepada sesebuah negara.

Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan Perlembagaan. Justeru, perbuatan


membakar bendera bukan saja diibaratkan membakar hangus negara tetapi
memijak lumat martabat dan maruah negara.
TEMA DAN LOGO

Yang berikut merupakan tema Hari Kebangsaaan dari tahun 1970 sehingga
kini. Penggunaan logo hanya bermula pada tahun 1976

1970

MUHIBAH DAN PERPADUAN

1971

MASYARAKAT PROGRESIF

1972

MASYARAKAT ADIL

1973

MASYARAKAT BERKEBUDAYAAN MALAYSIA

1974

SAINS DAN TEKNOLOGI ALAT PERPADUAN

1975

MASYARAKAT KERDIKARI 1976

1976

KETAHANAN RAKYAT

Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk
satu tujuan dan cita cita kemakmuran dan keselamatan negara.Tema KETAHANAN
RAKYAT ditulis melengkung bagi melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga
menyerupai rebana ubi,menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Lima
lembaga manusia pula mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan
kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera
Malaysia.
1977

20 TAHUN BERSATU MAJU

Logo ini bertema 20 TAHUN BERSATU MAJU . Ia mempunyai lima bahagian yang naik
meruncing bagi menandakan kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat
melambangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima tiang pula melambangkan lima prinsip
Rukunnegara. Sementara bentuk hadapan perahu menandakan teras kebudayaan
Nasional yang berasaskan kepada apa yang bernar-benar timbul dari bumi negara
ini.Bulatan yang mengandungi nombor 20 menandakan 20 tahun usia kemerdekaan. Logo
tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan
Perindustrian) dan batiniah.

1978

KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN

Logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil
daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah
negara (Malaysia) . Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi
dalam bentuk itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang
mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan
berwarna biru yang bercantum menggambarkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir
pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang
melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka XXI yang
memberikan erti 21 tahun merdeka. Logo ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah
negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai
kesenian dan kebudayaan dan disamping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyat
hidup bersatupadu.
1979

BERSATU BERDISIPLIN

Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada
keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip
Rukunnegara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah
melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke
arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-
bulatan yang berwarna biru dan merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan
kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat
terhadap pemerintahan beraja. Logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada
berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan
berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara supaya dapat menuju kearah
kemakmuran dan keamanan.

1980

BERDISIPLIN BERBAKTI

Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang
berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraaan
hidup. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan
berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar
yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan bulat manusia kerana
muafakat. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.
1981

BERDISIPLIN BERHARMONI

Logo ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Negara kita
selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan . Bentuk yang merupakan tiga orang
di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa
berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan
melalui lima tiang yang mencermin garis panduan hidup berdasarkan prinsip
Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan
kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

1982

BERDISIPLIN GIAT MAJU

Logo ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Ia melambangkan
ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-
warna yang digunakan adalah warna bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut
boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara.
Bulatan pula menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Warna biru pada
angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 2 dan 5 itu
melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara
dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan
terus berkembang selama 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.
1983

BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN

Logo ini berbentuk anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah
tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama
yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang. Ini
digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang
mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang
terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan
pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah
kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak
kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

1984

AMANAH ASAS KEJAYAAN 1985

Bulatan putih ditengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang
menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru
berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam
negara yang berdaulat dan kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan
membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak
panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak
panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah.

1985

NASIONALISME TERAS PERPADUAN

Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat
Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu
manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang
menjadi teras perpaduan tersebut. Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan
harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum
menjadikan satu bangsa Malaysia manakala bulatan kuning melambangkan negara
Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotism menjadi
asas yang penting dalam mengukuhkan perpadaun rakyat yang cintakan negara.

1986

BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH

Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini


dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan
masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat
diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan
dengan bentuk tiga segi berwarna merah. Warna Kuning di tengah melambangkan
kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.

1987

SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU

Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang
kelima empat bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi
melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian,
pelancongan dan perindustrian . Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan
dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang
kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan, dan prasarana
kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna
kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk
empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat
jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha.
1988

BERSATU

Tema Bersatu dilambangkan oleh tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan
secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah
bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa
Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip
Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang
mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran
kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna Kuning melambangkan
system raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

1989

BERSATU

Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak
zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-
warni ibarat anyaman yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang
bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru berteraskan
perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang membawa
maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan
kebudayaan, juga kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak yang
berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke
arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara
empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukung sebuah negara
yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

1990

BERJAYA
Konsep tema BERJAYA digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang
dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup
bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan
Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan
raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya
akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan
menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang
menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya, Warna ini juga melambangkan
konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara.
Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan
negara.

1991

WAWASAN 2020

Logo ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah,
biru putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu
menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga
berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha
pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan
perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nila-nilai yang luhur
dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020.

1992

WAWASAN ASAS KEMAJUAN

Rekebantuk Logo adalah berasaskan huruf W dan anak panah. Huruf W merujuk
kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam hurun W yang menuju ke atas
melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, social dan kerohanian
masyarakat Malaysia dan negara dimasa deoan. Warna-warna merah, putih, biru dan
kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini melambangkan
masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang
merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan social dapat
bergerak cergas menuju kearah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya,
rekabentuk logo ini membawa maksudf masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,aman
dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menajadikan Malaysia sebuah
negara maju dimasa depan.

1993

BERSATU MENUJU WAWASAN

Logo berbentuk hampir bulatan ini menggambarkan bersatupadu, bekerjasama,


bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan.
Warna rnerah dan putih melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat
juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk
mencapai apa yang di wawasankan. Warna biru menggambarkan cita-cita setiap
masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan
keamanan yang berkekalan meneruri wawasan yang dicita-citakan. Warna kuning
menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa
yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna diatas
melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai
wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia.

1994

NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN

Logo ini berbentuk hati dan anak panah yang menggambarkan nilai murni, bukan hanya
terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani. Hati
membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat
di hati. Warna putih pada bentuk hati kecil melambangkan kebersihan dan kemuliaan
hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk hati besar
melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada
anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Dengan memiliki nilai-nilai
murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.
1995

JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN

Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Bentuk lima kelopak Bunga
Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara, Warna merah, putih,
kuning dan biru pada logo adalah warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan
rakyat berbilang kaum,agama dan kebudayaan, berusaha membentuk suatu jatidiri
tersendiri. Warna putih yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga bermaksud amalan nilai-
nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning
bermaksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah
bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Warna biru bermaksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara
yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini
membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam
negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan
negara demi menggerakkan Wawasan 2020.

1996

BUDAYA PENENTU KECAPAIAN

Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif
dengan keharmonian pelbagai kauymj yang sepakat membina satu budaya yahng
dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakt dalam
mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dati setiap aspek
iaitu ekonomi, social dan politik. Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan
bergabung tenaga. Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar
dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niatm urni rakyat dalam menuju
usaha mencapai kejayaan bersana. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak
dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.
1997

AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA

Logo ini berbentuk tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara
semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni, mempunyai akhlak
(rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara.
Warna putih melambangkan akhlak mulia ( hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat
hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai
cita-cita wawasan negara.

1998

NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA

Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah


kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan
merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13
Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung
wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala
merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara
kuning melambangkan kedaulatan negara.

1999

BERSATU KE ALAF BARU

Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda


rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke
alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah
menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna
biru melambangkan rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara. Warna putih
melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad
dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.

2000-2006

KERANAMU MALAYSIA

Logo ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran
serta pencapaian cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna
kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam
adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya
hidup didalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan
putih berbentuk objek manusia melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi,
Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa
terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah
bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di
masa akan datang yang digambarkan melalui pegangan tangan yang meruncing dan
bentuk V yang bermaksud vision atau wawasan.

2007

MALAYSIAKU GEMILANG

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan
bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat
kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima
manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan
angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-
50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang
merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik di
hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap
rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang 'italiclslanted' ke kanan. Bentuk ini
adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara
Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat
Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang
50 tahun usia kemerdekaan.
2008

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu
menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'. 3 ikatan figura
manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu
sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara. 3 rupa bentuk manusia
digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang
bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.
Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat
Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di
Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan
Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh
rakyat Malaysia.

2009

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan
mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun
Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2010

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan
mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun
Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
2011

1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan
mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun
Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

MUTIARA KATA

Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar


Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia

Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar


Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia

- Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipat gandakan usaha menggarap
kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara.

Cemerlang, Gemilang, Terbilang

...Kerja bersama saya dan bukan untuk saya...

...Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita
yang terdahulu.Tunku Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi
membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr.Mahathir
telah menentang arus bagi mencipta pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah
membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini...

-Tun Abdullah Ahmad Badawi,


Perdana Menteri Malaysia (2003-April 2009)

Tun Dr. Mahathir Mohamad


Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada
negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan
produktiviti mereka.

Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai."

Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu

"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.

Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan.

Jangan diteliti sejarah negara sendiri sahaja. Hendaklah kita kaji sejarah semua tamadun di dunia ini. Apabila terdapat
ketamakan, keutamaan kepada kepentingan diri daripada kepentingan ramai dan pandai mencari kesalahan orang lain
sahaja dan lain-lain gejala, satu-satu masyarakat itu akan menjadi lemah dan akhirnya hancur, atau ia akan dijajah
semula.
Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita mendewakan
perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan hancur,
bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai.

Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan. Sebab itulah setelah
mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah
membawa hasil diluar jangkaan.
Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang
termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih
selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil.

...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi
kemerdekaan itu jauh lebih sengsara...

Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah. Maruah dan kedaulatan bangsa dan rakyat kita, dapat kita lindungi dan kita
pertahankan. Inilah erti sebenar kemerdekaan di Malaysia.

Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga tidak perlu
kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang
terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri.

Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu
khazanah yang amat bernilai.
Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan yang mahu
mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan
berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita.

Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya.

..Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan
kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma. Kita rapatkan
barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk
mempertahankan negara...

- Tun Dr Mahathir Mohamad,


Perdana Menteri Malaysia (1981-2005

Tun Hussein Onn

Seseorang pemimpin mestilah jujur. Kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan yang diberikan
kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan..

Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang pemimpin akan menggunakan jawatannya sebagai bahan dagangan untuk
mencapai kedudukan, mencari pengaruh, nama dan membolot kekayaan. Ia akan menjadikan parti dan perjuangan
sebagai topeng untuk memuaskan hawa nafsu. Ia akan mengambil kesempatan daripada sesuatu suasana atau krisis
untuk menangguk di air keroh.

Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu
pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan
pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa
kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama.
Tidak kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata.

...Tuan-tuan sekelian, akhirnya sayasuka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat
keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa. Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada
terhadap ancaman-ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman dan kedaulatan negara. Di samping itu tuan tuan
juga hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara dan memberi perkhidmatan pada masa-masa
kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita...

Tun Hussien Onn


Perdana Menteri Malaysia (1976-1981)

Tun Abdul Razak

...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya
tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman Kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup
dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri- negeri lain
yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia....

Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi
menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya.

Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan kewajipan-
kewajipan kita sebagai manusia yang beriman.

Tun Abdul Razak Dato' Hussein


Perdana Menteri Malaysia (1970-1976)

You might also like