Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan UJIAN
Pengenalan UJIAN
DAN PENILAIAN
HASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Cikgu Borhan sedang menjalankan ujian daya tenaga asas (UDTA) di sekolah
beliau bagi menguji tahap kecergasan murid Tahun 6. Bagi menjalankan
penilaian ini, beliau menggunakan beberapa ujian untuk mengukur tahap
kelembutan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kepantasan murid-
murid beliau. Untuk membolehkan Cikgu Borhan menjalankan ujian di atas,
beliau perlulah mempunyai pengetahuan khusus di dalam bidang ujian,
pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani. Mengapakah beliau
memerlukan pengetahuan tentang ujian, pengukuran dan penilaian ini? Sebelum
kita membincangkan dengan lebih lanjut berhubung situasi ini, terlebih dahulu
kita perlulah jelas akan maksud ujian, pengenalan dan penilaian dalam
pendidikan jasmani.
Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, terdapat tiga bidang utama dalam ujian,
pengukuran dan penilaian. Penilaian dalam Pendidikan Jasmani digambarkan dalam Rajah
1.4 di bawah.
Rajah 1.4: Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
Penerangan untuk ujian psikomotor, kognitif dan afektif dijelaskan seperti berikut:
a. Ujian Psikomotor
Untuk ujian psikomotor, anda dikehendaki untuk menilai kebolehan dan kecekapan
fizikal murid anda yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil (bermain piano) dan
otot-otot besar (lompat jauh). Jansma (1988) menerangkan dalam penyelidikan beliau,
terdapat empat bahagian asas dalam ujian psikomotor. Ini digambarkan dalam Rajah
1.5.
Penerangan empat bahagian asas dalam ujian psikomotor adalah seperti berikut:
Terdapat pelbagai ujian untuk mengukur komponen dalam psikomotor. Jadual 1.2
menunjukkan komponen kecergasan fizikal yang boleh digunakan berpandukan
kepada senarai ujian yang disediakan oleh pusat perkembangan kurikulum 1999.
d.
f. Ujian Kognitif
Seperti yang boleh anda lihat dalam jadual di atas, ujian kognitif adalah untuk
mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar. Dalam ujian kognitif, anda akan dapati
6 peringkat cara berfikir dalam Taxonomy Cognitive Bloom iaitu:
vi. Penilaian iaitu kemampuan membuat pertimbangan sifat yang baik dan sifat
yang buruk.
g. Ujian Afektif
Ujian afektif pula merangkumi penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan emosi
individu. Untuk makluman anda, ujian ini adalah berbentuk subjektif. Ujian ini
dilakukan melalui pengawasan dan interaksi secara langsung dengan murid anda.
Penilaian afektif dibahagi kepada ujian secara umum (menilai tingkah laku) dan
penilaian afektif berbentuk akademik (peperiksaan).
Kebanyakan guru pendidikan jasmani merasakan ujian ini tidak begitu sesuai
digunakan kerana penilaiannya yang tidak jelas. Mereka lebih cenderong kepada ujian
psikomotor dan kognitif. Tetapi ada juga yang berpendapat sebaliknya bagi ujian ini.
Berpandukan kepada kenyataan di atas, sesetengah guru pendidikan jasmani
merasakan yang ujian afektif ini tidak sesuai digunakan kerana:
Di bawah adalah penerangan lanjut tentang aspek-aspek keperluan pengukuran dalam proses
penilaian:
a. Motivasi Papar
b. Diagnosis (pengenalpastian) Papar
c. Klasifikasi Papar
d. Pencapaian Papar
e. Penilaian pengajaran dan program Papar
f. Ramalan Papar
g. Penyelidikan Papar
Persediaan Pra-ujian
Anda merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan persediaan yang anda lakukan
adalah memadai dan pentadbiran tersebut akan berjalan dengan lancar. Persediaan pra-ujian
adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian tersebut. Ia
termasuklah beberapa tugasan iaitu memahami ujian tersebut, memajukan prosedur ujian,
memajukan arahan, pra-perancangan terhadap individu yang hendak dilakukan ujian,
merancangkan ujian percubaan dan pemanasan, menyediakan peralatan dan kemudahan
untuk ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan masa ujian yang
diperlukan, dan memberi ujian. Ini dijelaskan dengan terperinci di bawah:
a. Memahami ujian
Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk pertama kali,
baca arahan atau manual ujian beberapa kali, fikirkan tentang ujian yang kamu baca.
Ini adalah cara untuk menghindarkan terlepas pandang segelintir prosedur , dimensi
dan bentuk ujian tersebut.
Jika anda merancang untuk mentadbir beberapa ujian dalam hari yang sama, maka
kepenatan mereka akan membataskan. Jangan beri ujian yang melibatkan kumpulan
otot yang sama. Juga, jangan rancang untuk mentadbir acara yang memenatkan,
seperti marathon atau ujian kesungguhan yang maksimum. Langkah yang seterusnya
adalah mengenal pasti keperluan markah dan unit pengukur. Sebagai contoh, dalam
ujian curl-up, anda mungkin memerlukan individu tersebut memulakan dalam
keadaan telentang, dengan keadaan bahu rapat dengan lantai dan lutut lurus.
Kemudian, dengan lengan bersilang dan tangan diletakkan dalam keadaan
bertentangan untuk bangkit sampai kedua-dua siku menyentuh peha, dan akhir sekali,
balik kepada keadaan permulaan. Semua dikira satu jika ia dilakukan dengan betul.
Di sini juga, apabila diperlukan, anda hendaklah memilih unit dalam pengukuran
bagaimana anda hendak masukkan markah. Sebagai contoh, adakah anda hendak
mengira jarak dalam kaki atau inci atau kedua-duanya sekali; masa dalam minit atau
saat atau kedua-duanya sekali? Untuk memastikan markah boleh dianalisa dengan
cepat dalam matematiknya, anda hendaklah menggunakan salah satu unit pengukuran
dan selalunya dalam ukuran kecil.
Di tahap ini juga, anda haruslah memutuskan apa yang hendak dilakukan sekiranya
individu tersebut melakukan kesilapan semasa ujian dilakukan. Sama ada anda
mengabaikan kesalahan tersebut, memberi amaran dan terus mengira ujian tersebut,
atau memberi potongan markah, anda perlulah pastikan ia dilakukan terhadap semua
individu.
Akhir sekali, prosedur keselamatan amat penting. Selalulah rancang untuk menggunakan
tindakan yang segera dalam ujian di mana individu boleh mendapat kecederaan atau semasa
melakukan ujian kepada individu yang berumur. Jika anda tidak pernah melakukan ujian-
ujian yang tertentu sebelum ini, cubalah satu atau dua percubaan pentadbiran sebelum ujian
yang sebenar. Ini adalah ujian yang terbaik, bukan sahaja dalam perubahan dan penambahan
dalam prosedur yang hendak dilakukan, tetapi juga untuk melatih pentadbiran secara
peribadi.
c. Memajukan arahan
Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memajukan tujuan. Ia
bertepatan penerimaan untuk membaca arahan kepada kumpulan sebelum melakukan
ujian tersebut terhadap mereka. Arahan tersebut hendaklah mudah untuk difahami dan
mestilah diikuti dengan perkara-perkara berikut:
Prosedur pentadbiran;
Arahan terhadap persembahan;
Walaupun seseorang itu telah didedahkan terhadap ujian tersebut, mereka juga
memerlukan masa untuk mengingati teknik-teknik yang diperlukan. Dengan
tanggapan beberapa pengkaji keadaan, individu tersebut haruslah di beritahu ujian apa
yang akan dilakukan dan apa yang terlibat. Ini membolehkan mereka bersedia
daripada segi fizikal dan minda.
Pelaksanaan Ujian
Jika anda merancang dengan teliti, penilaian yang dilakukan akan berjalan dengan lancar.
Walaupun anda mengambil berat sewaktu hari ujian itu dilaksanakan, anda juga haruslah
lengkap dengan persediaan para pengambil ujian, motivasi dan keselamatan. Ini dapat kita
lihat dalam Rajah 3.4 yang berikut.
Sila baca penerangan berikut untuk memahami perlaksanaan ujian dengan lebih jelas:
a. Persediaan Papar
b. Motivasi Papar
c. Keselamatan Papar
Kepentingan Penggredan
Kepentingan Penggredan
ii. Penggredan boleh digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi
maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan
pelajar itu sendiri. Ia dikenali sebagai satu proses penilaian yang mudah difahami oleh
semua orang. Seperti yang kita maklum, setiap orang pelajar adalah unik. Hasil
penggredan ini dapat memberi maklumat dengan lebih lanjut tentang kelebihan dan
kelemahan seseorang murid.
iii. Gred adalah penilaian berterusan di mana ia boleh dijadikan sebagai panduan
pendidik untuk menunjukkan pencapaian pelajar. Penggredan juga digunakan untuk
menentukan status semasa murid. Seperti yang diperkatakan oleh Kirkendal, Grubel
dan Johnson (1987), penentuan status semasa murid ini merangkumi pemberian gred
dan memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi.
iv. Dengan menggunakan gred, matapelajaran Pendidikan Jasmani akan dapat
mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. Dengan menggunakan gred
secara berterusan, ia menjadi penyebut kepada pecahan untuk semua kelas.
v. Menjadi kelaziman untuk ukuran/kriteria rujukan kepada ujian, yang mana gred
menentukan prestasi secara tepat dan khusus. Seorang murid lebih suka menunjukkan
skil dan kecekapan daripada memilih satu jawapan daripada beberapa soalan dalam
ujian bertulis. Jenis penilaian ini boleh menyebabkan diskriminasi di antara murid dan
peluang untuk menentukan gred sewajarnya.
vi. Sejarah menunjukkan bahawa Pendidikan Jasmani telah dikritik kerana tidak
menghiraukan cara, bahasa dan ujian yang dijalankan. Ujian yang digunakan sering
kali tidak tepat, kurang matlamat dan tiada piawaian yang diperlukan untuk mencari
ketepatan dalam pengukuran. Dengan menggunakan gred kritikan ini, ia dapat ditepis
dan telah berjaya menyakinkan orang ramai.
vii. Melalui gred juga, para guru boleh menggunakan maklumat bagi memilih pelajar
yang terbaik untuk mewakili sekolah. Dengan menggunakan kriteria-kriteria tertentu,
gred dapat menunjukkan sama ada pelajar dapat bersaing dengan lebih baik dan
proses pemilihan dapat dilaksanakan dengan lebih saksama tanpa unsur biasa.
Faktor Psikomotor
Faktor psikomotor banyak digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi menilai kebolehan
dan kecekapan fizikal murid. Ia melibatkan kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar.
Antara aktiviti yang digunakan untuk penggredan ialah kemahiran dalam aktiviti, kecergasan
dan prestasi dalam permainan. Mari kita lihat Jadual 4.1 untuk mengetahui bagaimana gred
digunakan untuk menilai aktiviti.
i. JENIS-JENIS GRED
ii. Gred terbahagi kepada tiga jenis, iaitu sistem gred tradisional, sistem lulusgagal dan
sistem pemerian atau gambaran. Ketiga-tiga sistem gred ini digunakan secara meluas
di mana-mana sistem pendidikan di dunia. Mari kita lihat jenis gred yang digunakan
dengan lebih lanjut. Sila rujuk Rajah 4.2.
Rajah 4.2: Jenis-jenis gred
Kriteria pemilihan gred mestilah berdasarkan beberapa faktor, sebelum menilai murid.
Barrow dan McGee (1979) telah menyenaraikan beberapa faktor kriteria untuk pemilihan
gred bagi mendapat gred yang adil dan saksama di kalangan pelajar. Mari kita lihat kriteria-
kriteria yang disenaraikan:
iii. Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran. Jika faktor ini tidak
dimasukkan dalam objektif pengajaran, gred tidak boleh digunakan.
iv. Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. Sistem gred
yang digunakan hendaklah konsisten dan harus menunjukkan faktor pencapaian yang
telah murid lakukan.
v. Pemberat (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah difahami
oleh murid dan ibubapa. Teknik untuk menentukan gred juga tidak harus dirahsiakan
dikalangan murid dan ibubapa dan tidak terlalu sukar sehingga kurang difahami oleh
mereka.
vi. Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria, guru haruslah mendiskriminasi
antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah. Pelajar yang beraksi dengan tahap
yang lebih tinggi mestilah mendapat gred yang terbaik daripada pelajar yang beraksi
pada tahap yang buruk.
vii. Gred mestilah ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan hendaklah
dilaksanakan secara berkesan, terutama yang melibatkan masa, kos dan personal.
Dalam era ini, penggunaan komputer dilihat lebih berkesan dan memberi guru lebih
masa untuk persediaan di dalam kelas.
PENGGREDAN MUTLAK
i. Ada satu pendekatan yang berhubung antara satu sama lain. Rujukan
norma ialah satu cara untuk membentuk kriteria, di mana guru dapat
mengasingkan kelas kepada beberapa kumpulan berdasarkan kemampuan
mereka. Kaedah ini sesuai untuk guru yang baru mula mengajar dan guru
yang masih kurang pengalaman dalam kaedah rujukan kriteria bagi
menilai skil, tahap kecergasan kesihatan, tingkah laku atau kognitif.
Rujukan kriteria boleh digunakan untuk menilai prestasi atau tingkah laku
dalam kesihatan yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, psikomotor,
afektif dan kognitif. Pendekatan ini digunakan sebagai penilaian kepada
pengukuran yang dibandingkan dengan piawaian yang ditetapkan sebagai
contoh markah, percubaaan yang berjaya dilengkapkan dan percubaan
yang berjaya dan tidak berjaya. Kadangkala, ia juga boleh dirujuk sebagai
gred penguasaan. Berjaya atau tidak pendekatan ini bergantung kepada
kebolehan guru untuk menyediakan piawaian yang bersesuaian. Ia banyak
digunakan sebagai min bagi penilaian dan pengukuran. Kelebihan rujukan
kriteria ialah gred tidak dipengaruhi oleh tahap kemahiran murid, sama
ada ia tinggi atau rendah.
Matlamat ujian dan pengukuran kardiovaskular ialah seseorang itu boleh meningkatkan tahap
kecergasan kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung,
diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu. Pate (1991) melaporkan terdapat
hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan
penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh
mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang
sesuai bagi mereka. Ia juga boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi, atau
meneruskan gaya hidup sihat, dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit.
Menurut Franks dan Howley (1998), kecergasan kardiovaskular dikaitkan dengan keupayaan
pengambilan isipadu maksima oksigen (VO2 max). Pengambilan isipadu maksima oksigen
ialah jumlah isipadu maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu
melakukan aktiviti yang meletihkan. American College of Sports Medicine (ACSM, 1999)
menjelaskan bahawa VO2 max adalah merupakan penunjuk yang paling baik untuk
menentukan tahap kecergasan kardiovaskular seseorang. Semakin tinggi nilai VO2 max,
semakin tinggilah tahap kecergasan kardiovaskular seseorang itu. Bagi ahli fisiologi senam,
pengukuran secara terus terhadap pengambilan maksima isipadu oksigen adalah merupakan
pengukuran yang mempunyai kesahan yang paling tinggi dalam mengukur keupayaan sistem
kardiovaskular (Heyward, 1998).
PENGUKURAN IMBANGAN
Klik pada konsep, matlamat dan objektif berikut untuk melihat keterangan
lanjut.
iii. Keseimbangan amat diperlukan, bukan sahaja dalam sukan dan berkaitan dengan
aktiviti fizikal tetapi juga dalam kita melakukan aktiviti seharian. Individu yang
mempunyai keseimbangan yang teruk adalah kerana kurang melakukan aktiviti
fizikal dengan berkesan. Juga, individu tersebut akan mudah untuk jatuh dan cedera
semasa melakukan aktiviti fizikal. Faktor baka atau keturunan juga mempengaruhi
kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan tetapi keseimbangan boleh
ditingkatkan melalui latihan aktiviti fizikal yang sesuai. Sebagai cadangan jika
mengajar Pendidikan Jasmani, peningkatan yang tertumpu dalam imbangan tidak
boleh digunakan dalam menilai gred pelajar. Jika imbangan adalah komponen yang
penting dalam aktiviti fizikal, persembahan pelajar dalam aktiviti tersebut akan
mempengaruhi tahap imbangan tersebut.
Objektif ujian: Untuk mengukur keseimbangan yang tidak bergerak sambil berat
badan ditampung atas tapak kaki yang dominan.
Had umur: 10 tahun hingga umur kolej.
Permarkahan: Masa terbaik dalam saat, daripada tiga percubaan adalah markah yang
dikira. Oleh kerana tiada masa yang ditetapkan, dan sesetengah individu mungkin
boleh untuk melakukan keseimbangan dalam masa yang lama, mungkin anda memilih
untuk memberhentikan ujian tersebut, di mana melebihi norma yang purata.
Rajah 7.3: Ujian Imbangan Statik (Johnson dan Nelson 1986)
b.
Kebolehpercayaan: .90
Pentadbiran dan arahan: Semua kayu hendaklah dilekatkan di atas lantai. Individu
mungkin akan diukur secara berpasangan. Pengambil ujian hendaklah meletakkan
kaki berpanjangan di atas kayu (kaki dan tumit hendaklah bersentuhan dengan kayu).
Pengambil ujian akan mengangkat kaki yang berlainan dari lantai, angkat sedikit
tumit kaki dominan dari kayu dan cuba menahan kedudukan ini maksimum 60 saat
(lihat Rajah 7.4). Pentadbir ujian akan mengira dengan kuat dalam saat sementara
pasangan pengambil ujian akan merekodkan bilangan dalam saat pengambil ujian
mengekalkan imbangan. Ujian akan berakhir apabila mana-mana bahagian kaki
bersentuhan lantai. Tiga percubaan akan dilakukan bagi setiap kaki. Jika pengambil
ujian hilang keseimbangan di antara tiga saat terawal, percubaan tersebut tidak dikira.
Permarkahan: Markah adalah jumlah masa dalam saat untuk semua enam
percubaan, tiga bagi setiap kaki.
Ujian kaedah kayu silangan adalah sama dengan ujian kaedah kepanjangan kecuali
kaki yang menampung berat diletakkan bersilang atas kayu. Anda akan dapati ujian
keseimbangan statik berhubung-kait dengan persembahan gimnastik dalam
pengukuran buku teks. Imbangan kepala, tangan dan lengan adalah contoh ujian yang
diberikan.
Kesahan: Kesahan paras; .46 apabila berkait dengan ujian Bass terhadap imbangan
dinamik.
Objektiviti: .97
Lima markah bagi setiap pendaratan yang berjaya di atas penanda pita (pita
ditutup sepenuhnya).
Satu markah (melebihi lima saat) untuk setiap saat bertahan dalam kedudukan
stabil di atas penanda pita.
Maksimum 10 markah diberikan bagi setiap penanda pita dan 100 markah untuk keseluruhan
ujian ini. Pengambil ujian akan didenda lima markah bagi setiap kesalahan di bawah:
Gagal berhenti ketika mendarat.
Bahagian badan yang lain menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk
mendarat.
Jika pengambil ujian membuat pendaratan yang salah dan kedudukan imbangan yang betul
dengan menganggap dan melakukan maksimum lima saat. Jika pengambil ujian mendarat
dengan betul di atas penanda pita tetapi melakukan salah satu kesalahan sebelum
melengkapkan bilangan lima saat, denda satu markah akan ditolak:
a. Salah satu bahagian badan menyentuh lantai selain kaki yang digunakan untuk
mendarat.
b. Gagal untuk menahan kaki mendarat dengan stabil dalam keadaan stabil.
PENGUKURAN KETANGKASAN
a. Konsep Tutup
Ketangkasan, merujuk kepada kebolehan manoeuvre badan, adalah kebolehan untuk kerap-
kali bertukar kedudukan dan arah badan atau bahagian badan. Bakat atau baka adalah faktor
utama bagi tahap ketangkasan sesetengah individu, tetapi ketangkasan juga bergantung
kepada kekuatan, kelajuan, koordinasi dan imbangan dinamik. Ramai individu boleh
meningkatkan ketangkasan melalui meningkatkan ketangkasan dengan pelbagai cara.
Ketangkasan juga boleh ditingkatkan melalui tunjukan secara langsung, latihan, dan membuat
latihan ketangkasan.
Ketangkasan amat penting dalam semua aktiviti dan sukan. Individu dan sukan berpasukan
melibatkan permulaan dan berhenti yang pantas, kerap menukar arah, gerak kaki yang
berkesan, dan cepat menyesuaikan badan dan bahagian badan. Individu dengan ketangkasan
yang bagus mempunyai peluang untuk berjaya dalam aktiviti fizikal daripada individu yang
mempunyai ketangkasan yang kurang bagus. Ujian ketangkasan selalunya ada tiga jenis,
iaitu:
i. Larian menukar arah;
ii. Menukar kedudukan badan; dan
Contoh bagi tiga jenis ujian ini adalah larian berhalangan (larian menukar arah) dan menepis,
squat thrust(menukar kedudukan badan) dan ujian yang memerlukan menukar kedudukan
tangan atau kaki (menukar arah bahagian badan). Ujian ketangkasan hanya memerlukan
pergerakan tangan atau kaki yang selalu digunakan dalam pendidikan jasmani. Ketangkasan
mungkin hanya bertumpu kepada aktiviti dan sukan. Anda mungkin tidak menjangkakannya.
Kerana itu, setiap individu melakukan dalam bentuk yang sama dan bagus dalam semua ujian
ketangkasan. Ujian ketangkasan yang sah disediakan untuk mengenalpasti individu yang
mempunyai ketangkasan yang kurang bagus.
i. Ujian penilaian dibuat untuk ulasan praktikal, tidak mahal untuk dilakukan
dan memuaskan untuk kedua-dua jantina yang melakukan ujian tersebut.
Koefisien objektiviti dan norma-norma tidak dilaporkan bagi kesemua
ujian. Norma-norma boleh ditingkatkan untuk mencapai keperluan anda
yang lebih spesifik. Anda mungkin hendak meningkatkan norma-norma
tempatan untuk ujian di mana norma-norma tersebut dilaporkan. Tujuan
dasar anda dalam membangunkan norma-norma haruslah kukuh dengan
tahap berkaitan kriteria untuk ujian yang anda pilih.
Peralatan: Jam randik, pita pengukur, kerusi atau objek yang sesuai
untuk pusat tengah dan empat penanda kon untuk penanda luar.
Kesahan: Dengan jumlah markah-T bagi lima belas benda dalam bateri
ketangkasan sebagai kriteria ujian, koefisien kesahan adalah .72 telah
dilaporkan bagi perempuan. Sama dengan enam belas benda dalam
bateri, jarak koefisien adalah di antara .78 hingga .87 telah dilaporkan
untuk pelajar sekolah menengah.
Permarkahan: Markah dalam ujian ini adalah masa yang paling hampir
1/10 dari saat untuk menyempurnakan kursus ini. Denda dari 1/10 akan
ditolak daripada markah bagi setiap masa di mana kerusi atau penanda
kon disentuh.
Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk
Peralatan: Jam randik dan lima tahap yang digunakan untuk lompat jauh,
bola tampar atau badminton. Kon juga digunakan.
Kesahan: .74 dengan jumlah markah untuk 29 benda ujian diukur bagi
lapan faktor.
Kesahan: .80
Objektiviti: .99
Pentadbiran dan arahan: Akiviti ini dilakukan seperti dalam Rajah 7.2.
Pengambil ujian berlari sepantas yang boleh dan ujian ini berbentuk 8
untuk 3 pusingan lengkap. Jika kesalahan dilakukan atau pelajar tidak
melakukan larian dengan betul, pelajar dikehendaki berlari semula.
(kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut akan dipengaruhi jika anda
meminta pelajar berlari dua pusingan).
Peralatan: Jam randik, pita pengukur, kerusi atau objek yang sesuai
untuk pusat tengah dan empat penanda kon untuk penanda luar.
Kesahan: Dengan jumlah markah-T bagi lima belas benda dalam bateri
ketangkasan sebagai kriteria ujian, koefisien kesahan adalah .72 telah
dilaporkan bagi perempuan. Sama dengan enam belas benda dalam
bateri, jarak koefisien adalah di antara .78 hingga .87 telah dilaporkan
untuk pelajar sekolah menengah.
Permarkahan: Markah dalam ujian ini adalah masa yang paling hampir
1/10 dari saat untuk menyempurnakan kursus ini. Denda dari 1/10 akan
ditolak daripada markah bagi setiap masa di mana kerusi atau penanda
kon disentuh.
Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=LQ5dW5pHPYk
Peralatan: Jam randik dan lima tahap yang digunakan untuk lompat jauh,
bola tampar atau badminton. Kon juga digunakan.
Kesahan: .74 dengan jumlah markah untuk 29 benda ujian diukur bagi
lapan faktor.
Kesahan: .80
Objektiviti: .99
Pentadbiran dan arahan: Akiviti ini dilakukan seperti dalam Rajah 7.2.
Pengambil ujian berlari sepantas yang boleh dan ujian ini berbentuk 8
untuk 3 pusingan lengkap. Jika kesalahan dilakukan atau pelajar tidak
melakukan larian dengan betul, pelajar dikehendaki berlari semula.
(kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut akan dipengaruhi jika anda
meminta pelajar berlari dua pusingan).
Permarkahan: Markah diberikan dengan masa yang hampir 1/10 saat
diperlukan untuk larian yang lengkap tiga pusingan.
ii.
DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN
PENILAIAN
Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan
untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh
mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal,
pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotel. Ujian di peringkat
sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2.
Manakala penilaian pula boleh anda definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul,
menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan
pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal
balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi untuk membuat kesimpulan
tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dalam erti kata lain, penilaian adalah
proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat
sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara
pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan
bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu
dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru
lain.