You are on page 1of 6

Bagaimanakah semangat hijrah boleh diaplikasikan

untuk memajukan masyarakat Malaysia hari ini ?

Semangat hijrah boleh mendorong kemajuan masyarakat di Malaysia pada hari ini melalui nilai
sanggup berkorban seperti orang Islam Makkah yang berkorban meninggalkan kehidupan
mereka di Makkah. Murid misalnya perlu berkorban masa dan tenaga demi mengejarmasa
depan lebih baik.Selain itu , hijrah juga menunjukkan kepada kita pentingnya menyusun strategi
yang betul untuk mencapai kejayaan. Seorang murid misalnya, perlu berusaha bersungguh-
sungguh untuk belajar dan merancang demi masa depan yang gemilang. Peristiwa hijrah juga
mendidik kita supaya sentiasa berusaha untuk berubah. Sentiasa bersiap-sedia dan bersikap
terbuka menerima perubahan supaya kita tidak ketinggalan dan sesuai dengan perkembangan
semasa seperti dalam bidang teknikal dan teknologi maklumat. Seterusnya, peristiwa hijrah
juga mengajar kita perlu sentiasa bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Bagi memajukan ekonomi misalnya, seluruh masyarakat perlu berganding bahu bagi
memastikan kemajuan Malaysia dapat dicapai.Kita juga mesti berani menghadapi cabaran. Nilai
ini dapat dilihat melalui peristiwa hijrahyang mana Nabi Muhammad SAW dan umat Islam
menghadapi pelbagai cabaran. Masyarakat Malaysia perlu berani menghadapi cabaran ke arah
menjayakan Wawasan 2020. Kita juga mesti sentiasa berpegang kepada ajaran agama. Ini
membolehkan kita hidup aman damai walaupun mempunyai kepercayaan yang berbeza.
Masyarakat Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai murni mampu membentuk keharmonian
negara.Peristiwa hijrah juga memberi pengajaran kepada kita pentingnya aspek perpaduan.

Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, aspek perpaduan amat penting kerana
tanpa perpaduan, kesejahteraan negara akan hancur. Seterusnya memberi impak kepada
kemajuan negara. Peristiwa hijrah juga membuktikan kebijaksanaan pemimpin memainkan
peranan penting ke arah kegemilangan negara. Kewibawaan tokoh-tokoh pemimpin terdahulu
seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir bin Mohammad terbukti telah membawa
Malaysia ke mercu kejayaan dan meningkatkan imej negara di persada dunia.
Amanah
(i) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;
(ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan;
(iii) Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi
kepentingan tugas;
(iv) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi
masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan
(v) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.
Bekerjasama
(i) Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja;
(ii) Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi
sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama;
(iii) Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja
daripada kepentingan peribadi;
(iv) Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan
bersama; dan
(v) Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi:
Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama,
bangsa dan negara.

Berbudi Mulia
(i) Bermanis muka sepanjang masa;
(ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur;
(iii) Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan
(iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong
pelanggan/pelawat.

Bersyukur
(i) Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin
kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat;
(ii) Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga
menggerakkan untuk lebih berusaha gigih;
(iii) Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan
dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian);
(iv) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;
(v) Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;
(vi) Berkhidmat sebagai ibadah; dan
(vii) Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang
banyak kepada masyarkat, negara dan agama.
Cabaran -cabaran yang dihadapi dlm usaha membentuk
bangsa Malaysia bersatu padu

Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah kewujudan sistem


pendidikan berbeza (1 Markah). Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan
menambahkan lagi jurang perpaduan kaum (1 Markah). Contohnya, wujudnya sekolah
tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar India dan Cina (1 Markah).

Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman juga akan


menyukarkan perpaduan kaum (1 Markah). Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman
parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
dinegara ini (1 Markah). Contohnya Barisan Nasional majoriti diikuti oleh bangsa
Melayu/ Bumiputera manakala MCA diwakili oleh bangsa Cina dan MIC oleh bangsa
India (1 Markah).

Laman sosial juga antara cabaran lain untuk mengekalkan perpaduan kaum.
Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitivi perkauman kaum kian berleluasa dilaman
sosial (1 Markah). Oleh itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah
13 Mei 1969 kembali berulang (1 Markah).

Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum (1 Markah).


Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di
Tanah Melayu (1 Markah). Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan
nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun
dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan
tinggal di estet (1 Markah).

Selain itu, sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara
cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum(1 Markah). Sikap individu sedemikian
hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk (1 Markah). Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak
bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak bersefahaman atau
sehaluan (1 Markah).

cadangan menunjukkan perpaduan kaum di


Malaysia
Antara langkah untuk memantapkan perpaduan kaum adalah anjuran
program rumah terbuka dimusim perayaan. Malaysia dikenali dengan
masyarakat yang pelbagai agama, budaya, adat dan bangsa. Program
rumah terbuka seperti perayaan hari raya Aidilfitri dapat merapatkan lagi
jurang perpaduan disamping mengeratkan silaturahim antara bangsa yang
lain.

Program perpaduan yang dianjurkan oleh kerajaan sejak dari bangku


sekolah juga dapat mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Antara
contoh program perpaduan adalah Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIWUP). Ia bertujuan bagi melahirkan insan-insan yang
berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama
dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman
dan damai.

Bagi memastikan perpaduan terus berkekalan, pelaksanaan aktiviti gotong-


royong juga boleh mengekalkan perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti
gotong royong membersihkan sekitar taman perumahan menggalakkan
ahli masyarakat untuk bersemuka, bertegur sapa dan saling memahami
hati budi antara satu sama lain.

Antara elemen paling penting untuk mengekalkan perpaduan adalah


pengenalan sekolah wawasan. Melalui sekolah wawasan, pelajar yang
terdiri daripada variasi kaum akan belajar dan berinteraksi dengan
bersama-sama. Dengan ini, proses ini akan mengukuhkan perpaduan
kaum dan dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Kesimpulannya, selain perkara yang dinyatakan diatas sikap individu itu


sendiri memainkan peranan penting dalam mengekalkan perpaduan kaum.
Nilai murni seperti memahami atau saling menghormati sesama individu
atau kaum lain adalah asas kepada perpaduan kaum.

Kejayaan
Antara kejayaan Malaysia yang hasil daripada perpaduan ialah pembinaan
Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Selain itu,
perisytiharan melaka sebagai Bandar Bersejarah Warisan Dunia dan
peristiyaran Pulau Pinang sebagaiBandaraya Warisan Dunia.
Seterusnya,pembinaan lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur
(KLIA) dan pembinaan dua jambatan Pulau Pinang.Tsmbahan pula
,pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Kapal pengangkutan
,LRT,MRT,komuter dan monorail.Sistem perbankan elektronik dan
pelaksanaan K-ekonomi juga merupakan antara kejayaan
Malaysia.Akhirnya,kejayaan Malaysia yang terakhir daripada perpaduan
ialah program angkasawan negara.

Iktibar/Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang


dikaji.

Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan


kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain
itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga
perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita
setanding dengan negara-nengara maju. Seterusnya, kita mestilah berani
dan tabah menghadapi cabaran. Di samping itu, kita haruslah setia kepada
pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak
lagi dijajah semula.

Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan


semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang
dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling
hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu
menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita
juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara
yang dilakukan.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu


bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa
untuk kearah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang
masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga,
kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar
menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa
bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah.

Iktibar
Pembentukan kerajaan islam di Madinah penuh dengan nilai-nilai murni,iktibar dan
unsur patriotismenya. Antara nilai yang perlu dicontohi ialah kebijaksanaan pemimpin
atau pemimpin berwibawa. Contohnya, Nabi Muhammad SAW bijak mengatur strategi
dalam menyebarkan dan mempertahankan agama islam. Selain itu, kita mesti
mengamalkan sikap kepatuhan terhadap pemimpin. Sebagai contoh, setiap masyarakat
patuh terhadap nabi Muhammad saw. Seterusnyakita harus mempertahankan maruah
agama,bangsa dan negaran dan sedia berkorban untuk negara.Kita juga harus berstau
padu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT.

Rumusan
Peristiwa hijrah ke Madinah mengajar kita bahawa tiada sesuatu yang boleh diperoleh
dengan mudah.Setiap kejayaan memerlukan kesungguhan dan pengorbanan.Piagam
Madinah bertindak adil bagi seluruh masyarakat Madinah yang terdiri daripada
masyarakat Islam dan bukan Islam. Seterusnya, kita haruslah bersikap cinta akan
negara. Setiap orang mestilah mempunyai kesedaran melahirkan masyarakat yang
bersatu padu.Adalah menjadi harapan , kemajuan negara dapat terus dipacu
terutamanya untuk merealisasikan wawasan 2020.Kejayaan negara juga memerlukan
pemimpin-pemimpin yang bijaksana dan berwibawa.

You might also like