You are on page 1of 15

TUGASAN 2: Penulisan Akademik

Sebelum peperiksaan percubaan UPSR dijalankan, sekumpulan murid Tahun 6 telah


menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi. Kerisauan yang tinggi, mula mengasingkan diri dan
kelihatan murung serta tertekan telah merisaukan pihak sekolah dan ibu bapa.

Cadangkan langkah-langkah intervensi yang komprehensif untuk membantu murid


menguruskan tekanan emosi dalam menghadapi peperiksaan.

1.0 Pengenalan

Tekanan merupakan perkara yang normal dalam kehidupan yang sentiasa dipenuhi
dengan rasa tidak selesa. Setiap orang akan mengalami tekanan dalam kehidupan seharian
mereka. Tekanan yang berterusan dan keterlaluan boleh mengganggu kesihatan mental
mahupun kesihatan fizikal seseorang.

Hans Seyle (1976) telah mendefinisikan tekanan sebagai gerak balas fizikal badan
terhadap permintaan sama ada permintaan positif atau negatif. Apabila terdapat permintaan,
maka terdapat reaksi daripada badan manusia. Raja Maria Diana (2011) pula mengatakan
bahawa tekanan juga boleh bermaksud sebagai tindak balas emosi yang tidak spesifik terhadap
desakan sama ada yang sebenar atau yang diimaginasikan. Ia merupakan satu fenomena
semula jadi yang tidak boleh dielakkan sekiranya seseorang itu membuat kerja-kerja
profesional.

Emosi pula merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas
seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi
takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang (Muhammad Uthman Najati 1993). Oleh
itu, tekanan emosi ditakrifkan sebagai keadaan seseorang dalam keadaan tertekan emosinya
akibat daripada peristiwa, pengalaman atau bebanan tugas yang di luar kemampuan mereka.
Biasanya tekanan emosi tidak berbahaya kepada seseorang individu dan boleh diatasi dengan
pelbagai langkah intervensi.

Setiap manusia di dunia ini tidak terlepas daripada menghadapi tekanan. Tekanan
merupakan satu bentuk gangguan emosi, pemikiran dan fikiran yang kerap berlaku pada masa
kini. Individu yang menderita akibat tekanan biasanya menunjukkan pemikiran yang negatif,
enggan melibatkan diri dalam aktiviti dan kesukaran berinteraksi secara interpersonal. Dalam
satu kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada tahun 2006, iaitu kajian kesihatan
morbiditi kebangsaan Malaysia mendapati masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-
kanak dan remaja adalah 20.3%, meningkat sebanyak 13% berbanding tahun 1996 (Utusan
Malaysia, 2011). Ternyata dapatan kajian ini amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian
dengan lebih serius.

2.0 Perkembangan

Bila peperiksaan utama menjelang tiba, semakin ramai murid mula tertekan. Contohnya,
sebelum peperiksaan percubaan UPSR ada murid yang akan menunjukkan tanda-tanda
tekanan emosi seperti kerisauan yang tinggi, mengasingkan diri dan kelihatan murung, ini jelas
menunjukkan bahawa murid-murid tersebut telah mengalami tekanan emosi. Oleh itu, hal ini
perlu ditangani dengan segera supaya tidak menjadi lebih serius dan mengganggu kesihatan
murid. Kita tidak mahu kelak peristiwa murid membunuh diri akibat tekanan emosi berkaitan
peperiksaan berulang lagi. Justeru itu, setiap guru berperanan penting dalam membantu murid-
murid untuk menguruskan tekanan emosi dalam menghadapi peperiksaan. Antara langkah-
langkah intervensi yang komprehensif untuk membantu murid-murid dalam menguruskan
tekanan emosi adalah seperti rajah dibawah ini.

Dekatkan
diri pada
Pengurusan tuhan
masa yang Berfikiran
betul positif

Luahan pada
beriadah
diari/sahabat

Langkah-
langkah
intervensi
Menyanyi,
Penjagaan
Menari
pemakanan
&Menjerit

Tidur yang
Bersantai
motivasi cukup
Rajah 1: Langkahlangkah intervensi dalam menguruskan tekanan emosi

Kini kebanyakkan murid yang menghadapi peperiksaan mengalami tekanan emosi


kerana mereka tidak menggunakan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan
menggunakan kecerdasan emosinya. Langkah intervensi pertama yang boleh diambil untuk
menguruskan tekanan emosi murid dalam menghadapi peperiksaan percubaan UPSR ialah
dengan menggalakkan murid-murid untuk dekatkan diri pada tuhan. Guru menggalakkan
murid-murid untuk banyakkan berdoa. Malah, guru juga memberitahu murid bahawa kejayaan
bukan ditentukan dengan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah juga takdir Tuhan setelah
ditambah dengan usaha sendiri. Bacaan Yasin, doa harian, solat muhasabah dan solat hajat
yang berkala dapat membantu murid untuk mengawal tekanan emosi seterusnya mampu
meningkatkan prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran.

Langkah seterusnya ialah berfikiran positif. Hal ini amat penting untuk berfikir secara
bernas dan bijak ketika berada dalam situasi yang tegang. Semua masalah boleh diselesaikan
jika kita berfikir secara positif dan rasional. Oleh itu, seseorang akan lebih mudah mengawal
emosi jika berfikiran positif dan bersedia untuk mencari alternatif penyelesaian yang terbaik
dalam usaha menyelesaikan masalah tanpa perlu mempengaruhi kesihatan diri sendiri. Selain
itu, individu juga tidak perlu membeban diri masing-masing. Hal ini berlaku apabila seseorang
itu menaruh harapan yang tinggi dalam sesuatu perkara hingga terlupa akan kemampuan diri
yang dimiliki beliau. Oleh itu, individu harus sedar akan kemampuan diri masing-masing kerana
tekanan akan berlaku jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan atau mengalami kegagalan.
Lalu, jalan penyelesaian adalah melakukan tugasan secara sistematik agar perasaan tekanan
dapat dielakkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, setiap murid yang mengalami tekanan
perlulah sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar.

Langkah intervensi ketiga ialah beriadah. Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan
kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan
psikologi kita. Riadah merupakan satu keperluan di dalam kehidupan manusia. Riadah
membantu meningkatkan oksigen yang pergi ke otak, maka murid akan menjadi lebih cerdas
dan dapat lebih fokus dalam pelajaran. Malah, dengan bersukan juga badan menjadi sihat,
fizikal menjadi lebih mantap Tengku Asmadi (2011) dan pernafasan menjadi lebih lancar.
Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Riadah penting dan seharusnya
dilakukan dengan kerap. Antara kegiatan riadah yang boleh dilakukan oleh murid-murid adalah
berbasikal, jogging, bermain futsal, bermain badminton, memancing ikan dan lain-lain aktiviti
lagi. Oleh itu, dengan riadah tekanan emosi yang murid menghadapi peperiksaan dapat
dikurangkan secara pelahan-lahan.

Di samping itu, untuk membantu murid menguruskan tekanan emosi penjagaan


pemakanan juga merupakan salah satu langkah intervensi yang penting. Walaupun sibuk, ibu
bapa harus nasihatkan anak-anak mereka untuk menjaga pemakanan yang seimbang. Jangan
terlalu sibuk belajar dan meninggalkan waktu makan. Badan akan cepat letih kerana kurang
tenaga,maka menjejaskan hasrat untuk terus belajar. Pemilihan makanan akan mempengaruhi
tenaga kita sekaligus mengurangkan tekanan emosi tersebut timbul. Tambahan lagi,
pengambilan makanan secara diet yang seimbang juga akan dapat menambah zat makanan
yang diperlukan dalam tubuh badan manusia. Pengambilan makanan yang berkhasiat mengikut
aturan masa dapat mengelakkan daripada tekanan sewaktu belajar. Elakkan daripada
mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Ada juga peribahasa yang berbunyi
bahawa jika badan sihat otak cerdas. Dengan itu, adalah amat penting untuk mengambil
makanan yang menjamin kesihatan tubuh badan bagi mengurangkan tekanan emosi pada saat
saat peperiksaan menjelang tiba.

Langkah kelima yang boleh membantu murid menguruskan tekanan emosi dalam
menghadapi peperiksaan ialah tidur yang cukup.Tidur yang cukup tidak bermaksud tidur dari
10 malam ke 6 pagi. Gaya belajar setiap individu adalah berbeza. Ramai yang suka berjaga
malam untuk belajar. Itu tidak menjadi masalah sekiranya sudah biasa dengan cara itu, tetapi
pastikan tidak terlalu memaksa lalu menyusahkan diri. Tidur yang cukup mugkin berbeza bagi
setiap orang, ada yang tidur 3 jam pun sudah cukup namun ada yang tidur 8 jam masih belum
cukup. Oleh itu bagi mengurangkan tekanan emosi ini, tidur yang cukup adalah amat penting
dalam rutin harian murid-murid.

Malah, program-program motivasi perlu dijalankan bagi memupuk motivasi interinsik


dalam diri seseorang murid. Menurut Noraini Ahmad (2005), untuk menghadapi peperiksaan
dengan tenang tanpa sebarang gangguan emosi, motivasi interinsik diri seseorang murid dapat
membantunya untuk mencapai sesuatu kejayaan. Seseorang murid yang mempunyai motivasi
interinsik ini tidak perlukan lagi rangsangan-rangsangan luar untuk memberikan galakan kepada
mereka kerana mereka sendiri sudah mempunyai dorongan untuk melakukan sesuatu. Dalam
program motivasi ini pihak sekolah perlu menjemput penceramah-penceramah bertauliah untuk
menjelaskan kepada murid tentang teknik belajar dan teknik menjawab soalan yang betul bagi
persediaan awal untuk menjawab peperiksaan UPSR.
Langkah seterusnya ialah ibu bapa boleh membawa anakanak mereka pergi
bersantai. Bersantai berfokus kepada aktiviti rehat minda yang merupakan salah satu langkah
intervensi yang dapat menguruskan tekanan emosi dalam menghadapi peperiksaan. Bersantai
dapat memberikan ruang kepada murid untuk berehat dan melepaskan tekanan yang
dihadapinya. Tempat yang sesuai hendaklah dipilih untuk bersantai. Antaranya ialah, tempat
yang tenang dan damai seperti laut yang tenang, padang menghijau di mana langit dapat dilihat
dengan terbentang luas. Di samping itu, guru juga boleh membawa murid-murid yang
mengalami tekanan emosi ke tempattempat rekreasi, berkelah dan tempattempat yang
sesuai untuk melapangkan minda dan emosi mereka. Ini merupakan proses merehatkan diri
sebelum menghadapi peperiksaan percubaan UPSR. Bersantai ini akan memberikan ruang
kepada murid untuk menghilangkan tekanan mereka sepanjang proses pembelajaran.

Langkah intervensi kelapan yang boleh membantu murid dalam menguruskan tekanan
emosi dalam menghadapi peperiksaan ialah melalui lepaskan segera tekanan emosi dengan
menyanyi, menari dan menjerit. Guru harus memberitahu murid bahawa jika mereka berasa
tertekan lepaskannya dengan menjerit atau ketawa sepuasnya. Semua tekanan perlu
dilepaskan dengan segera,tetapi bukan dengan cara yang salah. Murid boleh melepaskan
tekanan dengan menyanyi, menari dan lain-lain aktiviti yang disukai. Langkah ini membantu
murid mengatasi tekanan emosi melalui mengalih pandangan kepada situasi yang lebih tenang
atau relaks. Sebagai contoh, murid boleh menyanyi, menari dan menjerit. Hal ini boleh
membantu murid melepaskan tekanan sambal menyanyi tidak kira di dalam bilik air ataupun di
mana sahaja tanpa mementingkan senikata lagu tersebut. Selain itu, murid-murid yang
menghadapi tekanan emosi juga boleh pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari
sepuas hati sehingga berpeluh. Malah, mereka juga boleh menjerit di tempat yang sunyi, tapak
pembinaan atau di dalam kebisingan waktu hujan. Kesemua ini dapat membantu murid
menguruskan tekanan emosi sebelum peperiksaan dengan baik dan selamat.

Selain itu, murid-murid juga boleh mencurahkan perasaan yang terpendam dalam diari
ataupun luahkan kepada sahabat karib mereka. Murid yang berasa tertekan boleh menulis
segala-galanya di dalam diari peribadinya. Sewaktu menulis diari murid yang tertekan tidak
perlu mencatatkan emosinya secara terperinci tetapi cukup sekadar sedikit catatan. Perkara ini
sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tekanan emosi murid. Jika murid yang
menghadapi tekanan emosi melihat sesuatu masalah secara peribadi mereka akan merasa
masalah itu terlalu berat, Jikalau masalah itu dikongsi kepada rakan karibnya, masalah itu
dilihat sebagai kecil. Luahan perasaan kepada sahabat karib dapat mengurangkan bebanan
tekanan emosi dan kemungkinan masalah yang dihadapi akan selesai. Tekanan emosi murid
yang menghadapi peperiksaan percubaan UPSR boleh dikurangkan apabila menulis diari atau
meluahkan perasaan kepada sahabat karib.

Langkah intervensi terakhir yang boleh membantu murid menguruskan tekanan emosi
dalam menghadapi peperiksaan percubaan UPSR dengan pengurusan masa yang betul.
Murid-murid perlu mengelakkan diri daripada mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir.
Oleh itu, murid-murid perlulah menyediakan jadual belajar dan mengatur masa dengan efisien.
Mereka juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah dalam minggu
peperiksaan, sebaliknya perlu menyusur atur jadual agar lebih kepada aktiviti ulang kaji sahaja.
Kesemua langkah intervensi ini dapat membantu murid menguruskan tekanan emosi dengan
mudah dan cepat sebelum menghadapi peperiksaan percubaan UPSR.

3.0 Penutup

Kesimpulannya, isu tekanan emosi dalam kalangan murid merupakan isu yang kerap
berlaku di sekolah. Kementerian Kesihatan juga telah menjalankan kajian melalui projek rintis
Program Minda Sihat menangani tekanan emosi dikalangan murid-murid sekolah rendah.
Malah, guru, Ibu bapa dan pihak sekolah perlulah memahami dan mengenali ciri-ciri tekanan
emosi dikalangan murid-murid. Kadangkala, keluhan dikalangan murid-murid haruslah diperiksa
dengan teliti supaya segala punca tekanan emosi boleh dikenal pasti dan langkah-langkah
pencegahan dapat diambil. Ia adalah seperti pepatah melayu bahawa, mencegah adalah lebih
baik daripada merawat.

Langkah-langkah intervensi memainkan peranan penting untuk mengatasi sesuatu


masalah setelah masalah itu dikenal pasti. Langkah-langkah diatas ini adalah langkah-langkah
yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi mereka dengan
berkesannya. Langkah-langkah ini akan membantu seseorang murid yang mengalami
gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan
dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.
(1,971 perkataan)

RUJUKAN

Muhammad Uthman Najati. 1993. Psikoterapi menurut al-Quran. Hj. Abd. Rahman (ptjh.).
Selangor: Human Resourse Enterprise

Noraini Ahmaad. (2005). Persediaan Psikologi Menghadapi Peperiksaan. Kuala Lumpur:


Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Raja Maria Diana Raja Ali, (2011) Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (stress)
dikalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Pasir Puteh. Masters thesis, Open
University Malaysia.

Selye H. 1976. Stress in health and disease Butterworths, Inc. Boston, MA

Tengku Asmadi. (2011).Persediaan Menghadapi Peperiksaan. diperolehi April 3, 2017 dari

https://www.facebook.com/notes/dr-tengku-asmadi-bin-t-mohamad/persediaan-menghadapi-
peperiksaan.

Utusan Malaysia, (2011). Gangguan emosi perlu ditanggani. Artikel Penuh: :

http://ww1.utusan.com.myutusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Re
ncana&pg=re_06.htm#ixzz4dIL2wJTN
Utusan Melayu (M) Bdh
Emosi pula merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas
seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku
seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang (Muhammad
Uthman Najati 1993: 73). Oleh itu, tekanan emosi ditakrifkan sebagai keadaan
seseorang dalam keadaan tertekan emosinya akibat daripada
Hans Selye (1956: 4), seorang Profesor University of Montreal dan pakar yang
banyak mengkaji tentang tekanan, mengatakan tekanan sebagai satu tindak balas
atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan atau
permintaan. Ini menunjukkan apabila semua permintaan melebihi daripada
kemampuan badan, ia akan mengakibatkan ketegangan. Pendapat ini selari dengan
pandangan yang diberikan oleh Marof Redzuan & Haslinda Abdullah (2002: 209)
yang turut menyatakan bahawa tekanan sebagai tindak balas seseorang terhadap
sesuatu keadaan dan suasana yang mengganggu serta memerlukan penyesuaian
sama ada untuk sistem badan atau pun pemikiran
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG TEKANAN KERJA (STRESS) DI KALANGAN GURU-
GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PASIR PUTEH. RAJA MARIA DIANA BT RAJA
ALI MASTER OF EDUCATION OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2011

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tekanan merupakan satu penyakit yang


sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada
hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks.
Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya Sindrom
Baru yang menyerang manusia iaitu tekanan atau lebih dikenali sebagai stress.
Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) stres merupakan
sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia
berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres bukanlah suatu perkara yang asing
bagi masyarakat negara ini. Stres biasanya dialami oleh semua manusia apabila
berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Profesion keguruan merupakan
satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan
pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses
kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat
pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan
pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan
tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Di Malaysia, fenomena stres di
kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan
kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENULISAN

AKADEMIK

You might also like