You are on page 1of 5

Tugasan 2: Penulisan Akademik

KPM telah mengambil inisiatif yang drastik dalam mentransformasikan sekolah di Malaysia
khususnya dari segi pengurusan. Antaranya ialah Model Pengurusan Berasaskan Sekolah
(School Based Management Model MPBS). Pada pendapat anda, mengapakah MPBS
diperkenalkan dan mampukah MPBS berperanan sebagai strategi kritikal bagi meningkatkan
tahap keberkesanan pengurusan sekolah di Malaysia?

Pengenalan

Pada era globalisasi kini, Negara kita juga tidak ketinggalan dalam mengikuti arus
perkembangan semasa. Menjelang tahun 2006, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memulakan langkah ke arah sistem pengurusan berasaskan sekolah. Ini bermakna pengurusan
sekolah telah diserahkan kepada pihak sekolah sendiri untuk meningkatkan prestasi dan kualiti
tanpa ada sebarang sekatan atau kawalan daripada pihak atasan seperti Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Menurut David & Peterson 1984, Model
PBS bermaksud pengurusan dan membuat keputusan dalam kurikulum, pengurusan staf dan
pengurusan kewangan dan perancangan belanjawan dibuat diperingkat sekolah. Rajah
dibawah ini telah menerangkan tentang konsep PBS menurut K. Pushpanadham.

Rajah 1.1: Model PBS K. Pushpanadham


Selain itu, model PBS juga memberi tanggungjawab pengoperasian sekolah dan autoriti
pembuatan keputusan dipindahkan kepada guru besar, guru-guru dan ibu bapa serta
kadangkala kepada murid-murid dan komuniti. Di anggarkan bahawa perubahan ini akan
memperbaiki produktiviti sekolah, keberkesanan sekolah dan mempertingkatkan pembelajaran
murid (Odden & Wohlstetler, 1995). PBS menjadi semakin terkenal dalam kalangan pendidik
dan penggubal dasar, dengan harapan sekolah dapat mencipta dan melaksanakan program-
program yang bermanfaat dan dapat melaksanakan dengan cepat selaras dengan keperluan
murid, apabila kuasa autonomi sekolah dan fleksibiliti dipertingkatkan (Brown, 1990).

Perkembangan MPBS Mengapakah diperkenalkan

Pada pendapat saya, Model Pengurusan Berasaskan Sekolah telah diperkenalkan bagi
memupuk kepimpinan demokrasi. Kepimpinan demokrasi akan menimbulkan semangat
kesanggupan untuk melaksanakan sesuatu program dan dapat memberi kepuasan kerja
kepada seluruh organisasi. Contohnya, guru-guru diandaikan oleh pentadbir rela untuk bekerja
demi mencapai matlamat yang dikongsi tanpa paksaan. Di samping itu, guru-guru dan ibu bapa
juga diberi ruang untuk mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Pengurusan
berasaskan sekolah merupakan alat untuk pembaikan kualiti pendidikan melalui desentralisasi
dalam membuat keputusan di sekolah. Pengurusan berasaskan sekolah telah diiktiraf sebagai
satu strategi dalam membuat reformasi pendidikan. Melalui pengurusan berasaskan sekolah
autoriti pentadbiran pendidikan dari sistem berpusat kepada pihak pengurusan sekolah.

Kedua, MPBS diperkenalkan untuk bertindak balas terhadap keperluan pemegang


kepentingan tempatan.

Ketiga ialah mengurangkan amalan birokrasi dalam sistem yang mana masalah boleh
diselesaikan dengan cepat dalam kalangan pihak berkepentingan tempatan.

Akhir sekali, ia membolehkan akauntabiliti yang lebih tinggi kerana sekolah, guru
memegang lebih kuasa dan secara tidak langsung ibu bapa dan masyarakat juga mempunyai
kuasa membuat keputusan.
Mampukah MPBS berperanan sebagai strategi kritikal.

Tidak mampu

Di bawah PBS, pengaruh, peranan dan tanggungjawab ketua sekolah iaitu guru besar serta
guru akan bertambah dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah berbanding cara
tradisional. Ini bukan sahaja bermakna pertambahan beban kerja malah risiko akauntabiliti
pengurusan dan pentadbiran pengetua atau guru besar serta guru juga akan bertambah.
Selaras dengan itu dari segi pelaksanaan guru-guru digalakkan mereka-bentuk kurikulum,
memilih bahan pengajaran dan pembelajaran serta mengambil bahagian aktif dalam
perancangan sekolah dan proses membuat keputusan (Fullan, 1982).
Rujukan

Brown, D.J. (1990). Decentralization and school-based management. London: Falmer Press.

David, J. L., & Peterson, B. M. (1984). Can Schools Improve Themselves? A Study of School-

Based Improvement Programs. Palo Alto, CA: Bay Area Research Group. (ERIC Document

Reproduction Service No. 262 119).


Odden, E., & Wohlstetter, P. (1995). Making School-Based Management Work. Educational

Leadership, 52, 32-36.

You might also like