You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA KH/RBT/TMK 1/2015

Tarikh : 9 Februari 2015

Masa : 1.30 Petang

Tempat : Bilik Akses

Pengerusi : Pn. Saudah binti Nasir

Kehadiran (Bilangan) : 4/6

Nama Yang Hadir : 1. Pn. Saudah binti Nasir

2. Pn. Masyitah binti Mat

3. Pn. Noraliza binti Ahmad @ Mohamad

4. Pn. Azlinah binti Abd Raof

Nama Yang Tidak Hadir : 1. En. Amiruddin bin Mohamed Rhazali

2. Pn. Harizah binti Hasbollah

Hadir Bersama (jika ada) : En. Najib Hafidz bin Mohamed Ibrahim

Agenda:

1 Ucapan Pengerusi
2 Ucapan Guru Besar/Wakil
3 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Panitia KH/RBT/TMK 2015
4 PdP/Jadual
5 PBS
6 Kewangan
7 Penilaian peperiksaan
8 Program akademik
9 Teknologi maklumat
10 Hal-hal Lain

1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pn. Saudah selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru Panitia
KH/RBT/TMK.
1.2 Pn. Saudah memaklumkan untuk tempoh 3 bulan, Februari hingga Mei, kelas
RBT Tahun 5 Dinamik diambilalih oleh guru pelatih.
Tindakan : Makluman

2 Ucapan Guru Besar/Wakil


2.1 En. Najib Hafidz bin Mohamed Ibrahim mengucapkan terima kasih kerana
menjemput beliau menghadiri mesyuarat ini.
2.2 Beliau berharap Panitia KH/RBT/TMK dapat menjalankan PdP sepenuhnya
kerana matapelajaran ini sama penting dengan matapelajaran lain.

3 Pelantikan Ahli Jatawankuasa KH/RBT/TMK 2015


3.1 Ahli panitia sebulat suara bersetuju dengan AJK yang telah dilantik dan
ditetapkan oleh pengurusan sekolah.
3.2 Rujuk lampiran 1 untuk AJK 2015.

4 Persediaan fail mengajar


4.1 Ahli panitia diharapkan dapat menyediakan RPH setiap hari mengikut format
yang betul.
4.2 RPH mesti dihantar setiap hari Jumaat ke pejabat untuk disemak dan
ditandatangani oleh guru besar.
4.3 Rujuk lampiran 2 untuk contoh menulis RPH.

5 PdP/jadual
5.1 Pn. Saudah meminta supaya setiap ahli panitia menyerahkan satu salinan jadual
waktu masing-masing kepada Setiausaha untuk disimpan ke dalam fail panitia.
Tindakan : Semua ahli

5.2 Pn. Saudah turut mengingatkan supaya menyediakan serta meletakkan jadual
penggunaan makmal komputer dan bengkel KH bagi mengelakkan berlaku
pertembungan waktu penggunaan.
Tindakan : Semua ahli

6 PBS/Perekodan
6.1 Pn. Saudah mengingatkan khusunya kepada guru-guru yang mengajar mata
pelajaran RBT dan TMK Tahun 4 dan 5 supaya sentiasa mengemaskini rekod-
rekod perekodan murid-murid.
Tindakan : Guru-guru RBT dan TMK

7 Kewangan
7.1 Setiap panitia telah membuat pembelian alatan dan bahan mengikut peruntukan
yang diberi dan masih berbaki.
7.1.1 Baki wang KH = RM
7.1.2 Baki wang RBT = RM
7.1.3 Baki wang TMK = RM
Tindakan : Makluman

7.2 Sekiranya guru-guru ingin membuat pembelian alatan dan bahan, nota minta
hendaklah digunakan dan diserahkan kepada Ketua Penasihat.

8 Penilaian peperiksaan
8.1 Peperiksaan bagi mata pelajaran RBT dan TMK akan dijalankan 2 kali setahun
iaitu PKSR 1 dan PKSR 2. Peperiksaan tersebut akan mengambil masa selama
1 jam merangkumi 30 soalan objektif dan 20 soalan subjektif.
Tindakan : Makluman

9 Program akademik
9.1 Keceriaan bengkel dan makmal komputer perlu ditingkatkan dan dikekalkan.
9.2 Papan kenyatan perlu dikemaskini.
9.3 Ladap-ladap KSSR
9.4 Pameran hasil kerja murid

10 Teknologi maklumat
10.1 Menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan teknologi maklumat
(ICT) dalam sesi PdP

11 Hal lain
11.1Pn. Saudah memaklumkan persekitaran bengkel KH/RBT yang terletak di tepi
jalan menyebabkan sesi PdP tidak dapat dijalankan dengan efektif ekoran
bunyi bising dari kenderaan di luar dan habuk-habuk dari luar (e.g asap
kenderaan dan habuk dari kilang kayu).
11.2 Pn. Masyitah memaklumkan kekangan bagi menggunakan makmal sekolah
dengan efektif ekoran daripada penggunaan makmal tersebut untuk peserta
kursus dan pertembungan dengan mata pelajaran lain turut menyukarkan
perlaksanaan PdP dengan efektif khususnya bagi murid yang kurang
berkemampuan yang tidak mempunyai komputer di rumah.
Tindakan : Makluman

12 Ucapan Penangguhan
12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(MASYITAH BINTI MAT) (SAUDAH BINTI NASIR)
Setiausaha Pengerusi

You might also like