You are on page 1of 8

Sekretariat KRS/TKRS JB

1.0 DISIPLIN DAN KEROHANIAN Ketatanegaraan


TAHAP 1 Tingkatan 1

1.1 PENGENALAN
Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang
kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada
masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan.
1.2 TUJUAN
a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik, yang cintakan bangsa dan
negara
b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri serta mempunyai
daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saring dalam menghadapi
cabaran yang mendatang.
c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup
berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara

1
Sekretariat KRS/TKRS JB

1.3 PELAKSANAAN DAN AKTIVITI

1.3.1 Lambang Negara

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan


13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan
Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam
- agama rasmi Malaysia.
Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau
Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri
Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat
dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna
hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam,
putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan.
Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan,

2
Sekretariat KRS/TKRS JB

"Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan
tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha
Mulia Raja-raja.

1.3.2 Bendera Malaysia

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih


(melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan
13 buah negeri:

1. Johor

2. Kedah

3. Kelantan

4. Melaka

5. Negeri Sembilan

6. Pahang

7. Pulau Pinang

8. Perak

9. Perlis

10. Sabah

11. Sarawak

3
Sekretariat KRS/TKRS JB

12. Selangor

13. Terengganu

14. Wilayah Persekutuan

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga
atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang
pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

1.3.3 Lagu Kebangsaan

Skor lagu Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

1.3.4 Sejarah Lagu Kebangsaan


Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan, yang
berasal daripada Pulau Mah di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh
Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke

4
Sekretariat KRS/TKRS JB

Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British,


JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de
Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan
dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri
Perak Darul Ridzuan.
Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi
lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai
oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara
pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala
Lumpur.
Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis
Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim
ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.
Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada
pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik
Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3
versi.
Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku
berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang
Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.
Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia
yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak
tujuh kali.
Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan
seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan
bertambah laju.
Bagaimanapun penerimaan rentak baru ini agak hambar.

5
Sekretariat KRS/TKRS JB

1.3.5 Lagu Negeri Selangor

Duli yang maha mulia


Selamat di atas tahta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia dan selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli yang maha mulia

1.3.6 Lambang Negeri Selangor

Moto Negeri Selangor


Lambang Negeri Selangor terdiri daripada dua bilah keris dan sebilah
tombak serta bulan bintang pada tombak itu. Ketiga-tiga sejata ini
merupakan alat kebesaran negeri turun-temurun, manakala anak bulan
bintang menunjukkan agama Islam, agama rasmi penduduknya. Tulisan
jawi berbunyi Selangor Dipelihara Allah terdapat pada ketiga-tiga alat
kebesaran tadi. Di bawahnya terdapat tali bengkung, sebagai alat yang
dipakai oleh pahlawan-pahlawan negeri pada masa itu.

6
Sekretariat KRS/TKRS JB

1.3.7 Bendera Negeri Selangor

Makna Bendera Negeri Selangor


Bendera Negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang
keempat, Sultan Abdul Samad (1859 - 1898). Satu per empat bahagian
bendera terdiri daripada warna kuning dan merah, manakala logo Negeri
Selangor dan bintang memberi erti negeri Islam dan lima pegangan utama.
Kuning juga adalah melambangkan warna DiRaja. Lima bucu bintang
membawa erti mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu sehari
semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan
mengerjakan haji di Baitullah.

1.3.8 Rukun Negara


Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara telah
dihasilkan oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Rakyat) setelah peristiwa trajedi 13
Mei yang berlaku pada tahun 1969.

Rukun Negara
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

7
Sekretariat KRS/TKRS JB

1.3.9 Lagu-Lagu Patriotik


1. Pahlawanku
2. Putera-Puteri
3. Tanggal 31 Ogos
4. Baju Hijau
5. Banjaran Titiwangsa
6. Malaysia Berjaya

You might also like