You are on page 1of 10

Cadangan Peraturan Pemarkahan

1.Pengenalan/latar belakang pembinaan negara dan bangsa.Konsep kerajaan


dan negeri dalam masyarakat Melayu tradisional.

Sistem politik masyarakat Melayu tradisional adalah berbeza daripada


sistem politik negaramoden.
Dalam masyarakat Melayu tradisional muncul kerajaan yang membawa
kepada kewujudan raja.
Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah
kerajaan.
Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan
keselamatan kepada rakyat yang mendiami kawasan kekuasaannya.
Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah raja pula akan menerima
dan mengakui kekuasaan raja.
Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau
wilayah yang diperintah oleh raja tersebut.
Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang
lemah untuk mengembangkan empayarnya.
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan
naungan.
Dalam masyarakat Melayu tradisional,negeri bererti kawasan seperti
Larut,negeri Bernam,dannegeri Krian.
Dalam perjanjian antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa
asing,keseluruhan kerajaan
merujuk kepada negeri dengan segala jajahan takluknya.Konsep Kerajaan
dan negeri pada zaman penjajahan
Penjajahan kuasa barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri dalam
masyarakat MelayuTradisional.
Setelah British campurtangan di Semenanjung Tanah Melayu,British mulai
merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri.
British menetapkan sempadan setiap kerajaan.
Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri.
Pada tahun 1946,British telah memperkenalkan gagasan Malayan Union
untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden tetapi telah
ditentang oleh orang Melayu.
Pada tahun 1948,sebuah pentdbiran pusat yang menggabungkan semua
negeri Melayu telahditubuhkan di bawah Persekutuan Tanah Melayu.
Pemberian kemerdekaan oleh British kepada Persekutuan Tanah Melayu
pada tahun 1957 menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang
merdeka.
Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah untuk bergabung dengan
Persekutuan Tanah Melayumewujudkan negara Malaysia yang berdaulat.

Konsep bangsa
Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam ikatan
ketatanegaraan atau dengan
kata lain warganegara sesebuah negara.
Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang
kaum di negara ini.
Konsep bangsa Malaysia dikemukakan oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di MajlisPerniagaan Malaysia
pada 28 Februari 1991.
Negara dan bangsa Malaysia terbentuk apabila Persekutuan Tanah Melayu
diisytiharkan merdekapada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada
16 September 1963.
Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang
mempunyai
bahasa,budaya,kepercayaan,dan pendapat terhadap keduniaan yang berbeza.
bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan.
Pengamalan kebudayaan kebangsaan.
Pengamalan rukun negara dalam setiap aspek kehidupan.
Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perj
uangan kemerdekaan,pengisiankemerdekaan,dan pengekalan kemerdekaan.
[27x1m] [Maksimum:5 markah]
2.Pembinaan negara dan bangsa Eropah(a)

Pembinaan negara bangsa di Itali


Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilyah.
Di bahagian Utaranya,beberapa
wilayahnya seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai olehAustria.
Orang Itali ingin menyatukan wilayah
-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan.
dengan menghalau keluar orang Austria dari bumi Itali.
Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatuk
an Itali sebagai sebuah negara.
dengan menggunakan amalan realpolitik.
Count Camillo Benso di Cavour sangat menyanjung penyatuan Itali
berlandaskan pemerintahan
monarki.
Beliau telah bekerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi
menentang A
ustria padatahun 1860.
Hasil bantuan Napoleon III,Itali berjaya mengalahkan Austria.
Melalui satu pungutan suara yang diadakan Count Camillo Benso di
Cavour memperoleh sokongan
majority rakyat untuk menyatukan itali.
Pada tahun 1866,wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali.
sebagai membalas jasa Itali,dalam membantu Prussia menewaskan Austria.
Pada tahun 1870,Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom.
dan Count Camillo Benso di Cavour mengambil peluang tersebut untuk
menyatukan Rom dengan Itali.
Penyatuan ini berjaya membentuk sebuah negara bangsa Itali.
[16x1m][Maksimum:15 markah]
(b)Pembinaan negara bangsa di Jerman

Di Jerman,Otto Eduard von Bismarck turut mengamalkan realpolitik dan


politik darah dan besi
untuk menyatukan negara Jerman pada tahun 1871.
Bismarck menggunakan pelbagai teknik.
seperti tipu helah,pemalsuan dokumen,provokasi,penipuan dan ugutan
untuk mencetuskan peperangan.
Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan
oleh Bismarck untuk
menyatukan Jerman.
Bismarck menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan
semangat rakyat Prussia
di medan tempur.
Bismarck telah melancarkan tiga siri peperangan untuk menentang
musuhnya.
iaitu Denmarck (1864),Austria (1866) dan Perancis (1870).
[9x1m)[Maksimum:5 markah]

(c)Pembentukan kerajaan Islam di Madinah


Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh
penyatuan melalui prinsip Islam.
Nabi Muhammad s.a.w terlebih dahulu menyusun perlembagaan Madinah
sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.
melalui cara diplomasi,musyawarah,dan permuafakatan.
Pembentukan kerajaan Islam Madinah membuktikan bahawa kejayaan
tersebut adalah hasil daripada amalan kerjasama dan permuafakatan antara
pemimpin dengan pemimpin dan pemimpindengan rakyat.[7x1m]
[Maksimum:5 markah]
(d)Pembentukan negara dan bangsa Malaysia
Pembentukan negara Malaysia adalah berkat kebijaksanaan pemimpin
negara.
Pandangan jauh pemimpin tidak menumpahkan darah.
Kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia adalah melalui rundingan.
pakatan murni.
dan tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar di negara ini.*5x1m+
*Maksimum:5 markah+

3.Ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu


Melaka.

Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke


-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsanegara kita.
Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan Melaka tercatat dalam
buku Sejarah Melayu atau
Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang.
Sejarah Melayu merupakan dokumen historiografi Melayu yang
terpenting.
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai masyarakat yang
tersusun,berperaturan dan mempunyaisistem pentadbiran dan politik yang
tersendiri.
Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan pelabgai kesan dan
warisan sosial politik dalam sistem pemerintahan negara kita.
Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan
dengan ciri-ciri negara bangsa moden pada hari ini.
Ciri-ciri negara dan bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah wilayah
pengaruh.
Setiap negara mempunyai wilayah,iaitu tempat tinggal rakyat dan
sempadannya sendiri yangditerima umum.
Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima
dan mengakui pemerintahan seorang raja.
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruhnya
yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan.
Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi keseluruhan tanah Melayu
dan seluruh bahagian Timur Sumatera.
Kedaulatan
...Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi sesebuah wilayah ke atas
rakyatnya.
Kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak.
Kedaulatan juga dirujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah
negara atau pemerintah.
Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang
dimilikinya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
Ini bermakna negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap
rakyatnya.
Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur
tangan,paksaan,taklukan,atau penjajahan kuasa asing.
Pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka
adalah berbeza dengan negara moden kerana kedaulatan pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka dirujuk terus kepada rajayang memerintah
Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.

Lambang-lambang
Lambang negara merupakan symbol atau tanda yang menjadi identiti
sesebuah negara.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambing penaytuan
bangsa dan negara.
Sistem pemerintahan beraja,adat istiadat Melayu,bahasa Melayud an
agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka dilambangkan dengan
alatregalia,nobat,warna,bahasa,undang-undang,protocol,dan adat istiadat
istana.
Antara alat kebesaran diraja yang menjadi symbol kedaulatan raja dan
kerajaan yang memerintah
ialah tengkolok diraja,cogan agama,gendik diraja,kalung diraja,dan pending
diraja.
Keunggulan Undang-undang
Penguatkuasaan undang
-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat
melaluiperaturan yang telah diwartakan.
Undang-undang dicipta untuk memeliharakeamanan dan melindungi
rakyat.
Keunggulan undang-undang menentukan struktur
kerajaan,kehakiman,bahasa,agama,dankerakyatan yang diterima oleh
masyarkat.
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,terdapat dua sumber undang-
undang bertulis yangdipengaruhi oleh hokum adat tempatan dan agama
Islam,iaitu hokum kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal.
yang menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang
larang dalam kalangan anggota masyarakat.
turut menyatakan kesalahan terhadap kesalahan jenayah awam,undang-
undang keluarga dansebagainya.
Undang-undang laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan
dengan tatacara pelayarandi laut.
Seperti tanggungjawab pegawai kapal.
aturcara pelayaran.
cara perniagaan.
bidang kuasa nahkhoda kapal.
hukuman bagi kesalahan jenayah.

Rakyat
Rakyat islah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah.
Rakyat terikat kepada undang
-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayahtersebut.
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,rakyat bertanggungjawab
mentaati raja yang memerintah.
Sebagai tanda ketaatan,rakyat bersedia untuk mempertahankan
negara,menghadiri adat istiadat
kerajaan,mengadakan gotong royong,kerahan tenaga.
Kerajaan
Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa
untuk menguruskan pentadbiran.
menjaga keamanan.
mempertahankan kedaulatan negara.
menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
Pada masa dahulu,kerajaan hanya wujud apabila adanya raja.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,
raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yangdibantu oleh
Bendahara,Penghulu Bendahari,Temenggung dan Laksamana.
Pembesar berempat ini menjadi tonggak institusi kerajaan yang
memerintah dan diberi portfolio
mengikut bidang tugas masing-masing iaitu di darat,di laut,di sekitar
Melaka,dan di jajahan taklukMelaka.
Sistem Pembesar 4 lipatan ini menjamin kesentosaan sistem pemerintahan
beraja dan kerajaan di Melaka.[49x1m][Maksimum :15 markah]

4.Bagaimanakah masyarakat Malaysia memanfaatkan kedudukan yang


strategik di Rantau AsiaTenggara bagi memajukan negara?
Memperlengkap kemudahan di pelabuhan.
Menguruskan urusan di pelabuhan dengan cekap.
Memajukan industry perkapalan.
Menambah bilangan akademi Maritim.
Menjadikan pelabuhan bertaraf antarabangsa.
Mempelbagaikan fungsi pelabuhan.
Memajukan sukan kapal layar.
Menjadikan kawasan pantai sebagai industry pelancongan terkemuka.
Memulihara khazanah laut.
Memperketat kawalan kawasan perairan.
Menggalakkan kemasukan pelabur asing.
Menjamin kestabilan politik.
Menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara.
Menyediakan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia
Menggunakan teknologi terkini.
Menganjurkan persidangan antarabangsa/Komanwel/PBB/NAM/OIC.
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau.
Mengekalkankeamanan serantau[18x1m][Maksimum:15 markah][mana-
mana jawapan lain yang munasabah]
5.Kejayaan Malaysia setelah memanfaatkan kedudukan yang strategik di
Asia Tenggara
Kemajuan ekonomi negara.
Sektor pertanian berkembang pesat.
Kepesatan sector perindustrian.
Aktiviti perlombongan dijalankan secara produktif.
Industri pelancongan berkembang maju/tumpuan pelancong asing.
Perkembangan bidang maritime.
Kemajuan sistem pengangkutan.
Kemajuan perhubungan/komunikasi.
Pusat tumpuan pelajar asing.
Wujud hospital pelancongan.
Pelaksanaan e-dagang
[11x1m][Maksimum:10 markah][Mana-mana jawapan yang munasabah]

6.(a)Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara.

...Ekonomi dunia yang tidak menentu.


Kenaikan harga barangan.
Kurang tenaga pakar.
Memperkukuh perpaduan pelbagai kaum.
Kadar pengangguran tinggi.
Merapatkan jurng ekonomi antara penduduk Bandar dan luar Bandar.
Bersaing dengan negara maju.
Membendung gejala sosial.
Kemasukan pendatang asing tanpa izin.
[9x1m][Maksimum:5 markah][Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

(b)Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)


Menjayakan konsep 1 Malaysia.
Merealisasikan wawasan 2020.
Meneruskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia.
Membentuk minda rakyat kelas pertama.
Menjadi pusat kecemerlangan ilmu serantau.
Meluaskan pasaran barangan .
[8x1m][Maksimum:5 markah][Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

7.Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism

Mengekalkan kegemilangan tradisi.


Mengukuhkan jati diri bangsa.
Meningkatkan semangat patriotism.
Memanfaatkan kurniaan tuhan.
Gigih berusaha.
Berdaya saing.
Bersikap inovatif dan kreatif.
Berfikiran terbuka dengan nilai-nilai yang bermanfaat.
Berani menghadapi cabaran.
Sedia menerima perubahan yang positif.
Mengekalkan keamanan negara.
Menguasai ilmu pengetahuan.
Bertoleransi antara kaum
[13x1m][Maksimum:10 markah][Mana-mana jawapan lain yang
munasabah]

8.Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri,bangsa dan negara.
Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang

You might also like