You are on page 1of 10

BAHAGIAN A ( 10 MARKAH )

Jawab semua soalan. Bulatkan jawaban anda.

1. Perisian ialah ........

A. set arahan langkah demi langkah.

B. set arahan yang mengarahkan komputer tentang apa yang perlu dilakukannya.

C. sekumpulan aturcara yang direkabentuk untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan.

D. aturcara yang dihasilkan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan tugas pengguna.

2. Antara yang berikut, manakah bahagian yang diibaratkan otak komputer.

A.Storan sekunder

B.ROM

C.Unit Pemprosesan Pusat

D.RAM

3. Tetikus adalah salah satu contoh peranti ______________.

A.Input B.Output

C.Pengguna D.Komputer super

4. Komponen-komponen sokongan sistem komputer seperti ________________.

A.ROM B.RAM

C.Modem D.EPROM

5. Antara yang berikut manakah contoh perisian aplikasi.

A.Microsoft Word B.DOS

C.UNIX D.Windows

6. Antara berikut, yang manakah PALSU

A. 1 bit bersamaan 8 bait


B. 1 bait bersamaan 8 bit
C. Bit merupakan unit terkecil data
D. 0 mewakili off dan 1 mewakili on
7. Sistem rangkaian ialah ________________.

A.Komputer yang berkongsi perkakasan

B.Sistem komputer yang berkongsi data di antara satu sama lain.

C.Sekumpulan komputer yang dihubungkan bagi membolehkan maklumat dan perkakasan lain
dikongsi bersama.

D.Sistem komputer yang menggunakan perkakasan komunikasi

8. Setiap komputer atau peranti di dalam rangkaian dinamakan node.Bentuk susunan node atau cara node
disambungkan untuk membentuk rangkaian dikenali sebagai topologi rangkaian.Pilih topologi rangkaian yang
BETUL dibawah:

A.Bintang B.Bulatan

C.Segi tiga D.Bulan

9.Perkakasan sistem rangkaian adalah terdiri daripada komponen-komponen fizikal yang membentuk satu
sistem rangkaian.Semua sistem rangkaian memerlukan perkakasan-perkakasan sistem yang khusus.Di antara
contoh di bawah pilih jawapan yang SALAH:

A.Komputer B.Kabel

C.Penyambung D.Network Operating System (NOS)

10. Perisian sistem rangkaian terdiri daripada aturcara-aturcara yang dilancarkan oleh komputer-komputer yang
dihubungkan kepada satu sistem rangkaian.Di antara contoh di bawah pilih jawapan yang BETUL :

A.Network Driver B.Peranti

C.Network Interface Cards(NIC) D.Penyambung


BAHAGIAN B ( 50 MARKAH )

1.Berikan 2 kategori storan.(1 markah)

a. _________________________________

b._________________________________

2. Terangkan apa yang anda fahami tentang bit dan bait?(2 markah)

3. Berdasarkan ikon-ikon di atas nyatakan fungsi-fungsi ikon-ikon yang berikut: (5 markah)

a. D:________________________________________________________

b. C:________________________________________________________

c .B:________________________________________________________

d. I:_________________________________________________________

e. P:_________________________________________________________

4. Berdasarkan ikon-ikon di atas nyatakan nama ikon-ikon yang berikut:(5 markah)

a. G:_________________________________________

b. H:_________________________________________

c. I:__________________________________________

d. A:_________________________________________

e. W:_________________________________________

5. Sebutkan 3 jenis storan sekunder.( 3 markah)

a. __________________ b. ____________________ c. ________________________

6.Modem merupakan salah satu daripada perkakasan sokongan . Jelaskan fungsi modem yang anda ketahui
dan nyatakan jenis-jenisnya.(4 markah).
7. Jelaskan perbezaan antara komputer rangkaian dengan komputer standalone ( 6 markah)

Komputer rangkaian Komputer standalone

8. Pemproses perkataan banyak membantu di dalam proses penerbitan. Berikan 3 fungsi pemproses perkataan
beserta contoh.( 3 markah)

9. Jelaskan persamaan dan perbezaan di antara teknologi lazim dan pemproses perkataan. ( 6 markah ).

Persamaan

Perbezaan

Teknologi lazim Pemproses perkataan

10. Jelaskan sejarah komputer bermula daripada generasi pertama ( tiub vakum ) sehingga ke generasi kelima.
Penjelasan anda hendaklah mengandungi penggunaan teknologi , sebab penggunaan, kebaikan dan
keburukan teknologi, pencipta teknologi bagi setiap generasi. ( 15 markah )
BAHAGIAN A (20 markah)

Bahagian ini mengandungi 20 soalan objektif. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan makna komputer?

A. Komputer ialah perkakasan, perisian, kakitangan dan tatacara.


B. Komputer ialah kebolehan untuk menerima, menyimpan dan melaksanakan masalah
berbeza.
C. Komputer ialah satu mesin yang menyimpan dan mengolah atau memproses data.
D. Komputer ialah set suruhan yang mengarahkan tindakan ke atasnya.

2. Salah satu contoh perisian aplikasi ialah ................

A. LINUX C. LOTUS
B. UNIX D. DOS

3. Apakah arahan yang perlu dilakukan untuk mencetak sesuatu fail?

A. OPEN C. SAVE
B. PRINT D. NEW

4. Peraturan -peraturan makmal perlu dipatuhi di sekolah sebelum anda memasuki makmal
komputer. Berikut adalah benar mengenainya KECUALI

A. Menyiapkan tugasan atau projek kelas.


B. Menguruskan hal-hal berkaitan kelab komputer dan organisasi yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
C. Mencetak kad, surat, banner, poster dan sebagainya untuk kegunaan persendirian.
D. Mengikuti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

5. CD ROM ialah sejenis pemacu yang boleh membaca data, tetapi tidak boleh menulis data.
Singkatan bagi CD ROM ialah .................

A. Computer Disk Read Only Memory.


B. Computer Disk Read Access Memory.
C. Compact Disk Read Only Memory.
D. Compact Disk Read Access Memory.
Soalan 6 hingga 8 berdasarkan GAMBARAJAH 1 di bawah.

6. Merujuk kepada GAMBARAJAH 1, untuk menjajar tengah tajuk tugasan di atas, tetikus
hendaklah diklikkan pada

A. I C. III
B. II D. IV

7. Apakah format fail di atas, sekiranya anda menyimpannya sebagai MALAYSIA?

A. MALAYSIA.doc C. MALAYSIA.xls
B. MALAYSIA.ppt D. MALAYSIA.bmp

8. Apakah fungsi ikon yang dilabelkan dengan huruf A?

A. Memindahkan data
B. Membuat salinan data
C. Mengedit data
D. Menampal data

9. Untuk melakukan selitan baris baru dalam pembinaan jadual, susunkan beberapa arahan yang
perlu dipatuhi.

I. Klik pada `INSERT ROW'


II. Buka menu `TABLE'
III. Letakkan kursor pada baris yang ingin diselitkan.

A. I, II dan III C. II, III dan I

B. II, I dan III D. III, II dan I

10. Komputer generasi pertama menggunakan .................... untuk perlitaran, storan data dan
suruhan.

A. Mikrokomputer C. Tiub hampa gas


B. Transistor D. Superkomputer

11. Peranti yang sesuai untuk mengimbas sebarang bentuk grafik dan teks ialah .............

A. papan kekunci C. pencetak


B. pengimbas D. tetikus

12. Apakah kekunci untuk memadamkan aksara dari kanan ke kiri?

A. Spacebar C. Enter

C. Backspace D. Delete
13. Input Output

Apakah perkataan yang sesuai di dalam petak di atas?

A. Ingatan Capaian Rawak


B. Ingatan Baca Sahaja
C. Proses Data
D. ALU

14. Di bawah ini adalah BUKAN ingatan sekunder.

A. Pita magnetik B. Cakera keras

C. Daftar D.Cakera padat

15. Ahmad Lutfi adalah seorang pelajar teknologi maklumat di tingkatan empat sekolahnya. Dari
kerja kursus tentang perkembangan komputer yang dibuatnya, didapati komputer yang dikajinya
adalah :

Saiznya sebesar bilik


Mudah panas kerana menggunakan tiub vakum sebagai perwakilan isyarat
Data yang diproses tidak tepat dan tidak boleh dipercayai

Dari pernyataan di atas, yang manakah betul?

A. Komputer generasi pertama


B. Komputer generasi kedua
C. Komputer generasi ketiga
D. Komputer generasi keempat

16. Di antara simbol carta alir di bawah, manakah yang menunjukkan proses pengumpukan atau
suatu proses sedang dilakukan.

A. C.

B. D.
17 Pilih pernyataan yang BETUL

I. AVR (Automatic Voltage Regulator) ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal aliran
elektrik ke dalam komputer.

II. Slot expansion (expansion slot) merupakan soket pada papan ibu di mana ia membenarkan
pengguna memasang kad expansion.

III. BIOS adalah berfungsi mengurus peranti-peranti sampingan (peripheral devices) seperti
papan kekunci, skrin, pemacu cakera, port selari dan port bersiri.

IV. Modem digunakan untuk menukar isyarat analog ke isyarat digital atau sebaliknya.

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, II dan IV

D. I, II, III dan IV

18. Sebelum pembinaan sesuatu aturcara, terdapat fasa-fasa yang perlu dilakukan terlebih
dahulu. Sebutkan fasa pertama bagi fasa-fasa tersebut.

A. Merancang corak penyelesaian


B. Mendokumentasikan
C. Mengekod aturcara
D. Mengenal pasti masalah

19. Merujuk kepada gambarajah di atas, penjajaran teks tersebut merupakan


penjajaran ................

A. Kiri C. Kanan

B. Penuh D. Tengah

20. Music is more than rhythm and melody. It has the power to soothe, stimulate and spur you
on. Music can raise and lower our heart rate and pressure, both of which can affect our mood.

Fitur yang terlibat dalam proses memformatkan dokumen ini ke dalam bentuk dua lajur
ialah ............

A. Format Columns

B. Format Paragraph

C. Table Insert Columns


D. Format Tabs

BAHAGIAN B (30 markah)

Terdapat empat soalan di Bahagian B. Anda dikehendaki menjawab tiga soalan sahaja.

Soalan 1

Kawan anda, Zamri tidak hadir ke sekolah sepanjang minggu lepas dan beliau telah terlepas
topik pertama dan kedua iaitu sistem asas komputer dan sejarah komputer. Sebagai seorang
kawan baik, anda dikehendaki menerangkan tentang perkara berikut :

a) Melakarkan dengan betul gambarajah blok sistem komputer. (3 markah)

b) Menerangkan dua fungsi utama Unit Pemprosesan Pusat (CPU). (2 markah)

c) Menceritakan serba sedikit tentang sejarah komputer dari Generasi Pertama hinggalah
Generasi Kelima. (5 markah)

Soalan 2

Anda merupakan seorang guru ganti bagi mata pelajaran teknologi maklumat di sebuah sekolah.
Pada minggu pertama anda di sekolah tersebut, anda dikehendaki memperkenalkan kepada
pelajar mengenai penyelesaian masalah melalui carta alir. Berikut adalah perkara-perkara yang
akan anda bincangkan dengan mereka.

i) Melakarkan simbol asas bagi suatu carta alir :

a) Tamat / Mula

b) Input / Output

a. Proses
b. Keputusan / Syarat

ii) Menukarkan kod pseudo berikut kepada bentuk carta alir :

a) Mula

b) Masukkan markah

c) Jika (markah >= 40 dan markah <= 100)

d) Paparkan Tahniah, anda lulus !

e) Jika tidak

f) Paparkan Anda gagal, sila usaha lagi!

g) Tamat
Soalan 3

a) Di dalam pemprosesan perkataan Microsoft Word, mencari dan menggantikan teks dapat
dilakukan dengan mudah.

Nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menggantikan perkataan computer


dengan perkataan komputer bagi teks di bawah.

Kenapa Belajar Berkenaan Komputer

Komputer akan terus bertapak di sini. Setiap hari ia menjadi lebih sukar untuk digunakan tanpa
pemahaman asas tentang apa itu computer dan bagaimana computer digunakan. Sesetengah
pihak berkuasa ada berpandangan hingga mengatakan bahawa semua pelajar perlu mengetahui
empat kemahiran asas untuk bersaing dalam dunia berteknologi hari ini : membaca, menulis,
mengira dan celik computer - pengetahuan asas berkenaan computer dan kegunaannya. (6
markah )

b) Nyatakan kelebihan perisian pemprosesan perkataan berbanding mesin taip serta kesannya
terhadap budaya kerja. (4 markah )

Soalan 4

Anda seorang Presiden Kelab Komputer telah diminta oleh pengetua untuk memberi taklimat
berkaitan Internet dan Masyarakat pada minggu celik Teknologi Maklumat yang dianjurkan oleh
sekolah.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diterangkan semasa taklimat tersebut:

a) Apakah Internet (2 markah)

b) Kepentingan Internet (2 markah)

c) Sumbangan Internet dalam bidang pendidikan (3 markah)

d) Kesan penggunaan Internet (3 markah)

You might also like