You are on page 1of 2

2.

0 Persekitaran Fizikal

Menurut Steele (1973), Persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi, iaitu


keselamatan dan perlindungan, kontek sosial, identifikasi simbolik,
penyempurnaan tugas, keseronokan dan pertumbuhan dan perkembangan.
Sebagai seorang pendidik, senantiasa harus memastikan aspek-aspek berikut
seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan
pembelajaran, ruang/sudut pembelajaran,ruang pada dinding,
pencahayaan;pengudaran dan perabot dan juga kebersihan kelas.

2.1 Guru perlu memastikan susunan bilik darjah yang membenarkan guru
memantau mudah dengan cepat
Susunan bilik darjah yang kemas senantiasa memberikan peluang kontak mata
antara guru dengan murid. Harus elakkan susunan yang menghalang pergerakan
guru ke tempat duduk murid.
2.2 Guru harus memastikan kedudukan guru berhampiran dengan murid
Kedudukan guru seharusnya berhampiran dengan sebilangan besar murid di
dalam kelas supaya dapat memberikan peluang kepada guru berinteraksi
dengan murid-muridnya.
2.3 Guru perlu memastikan pemandangan murid mesti jelas dan tidak
terhalang
Apabila guru mengajar, murid mesti dapat melihat persembahan guru dengan
mudah tanpa mengalih kerusi atau berdiri. Guru boleh memastikan perkara ini
dengan mengambil tempat duduk murid dan memerhatikan papan putih
daripada kedudukan tersebut.
2.4 Guru harus memastikan akses mudah kepada sumber bahan
pembelajaran
Murid mesti mempunyai akses yang mudah kepada sumber bahan
pembelajaran. Hal ini akan memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran
dan menggunakannya. Keadaan ini juga memberikan peluang kepada guru untuk
mengajar murid cara menyimpan bahan dengan tersusun yakni mereka boleh
bertanggungjawab ke atas bahan pembelajaran di dalam kelas. Bahan
pembelajaran patut disimpan di ruang yang sama sepanjang tahun untuk
mengelakkan kekeliruan.
2.5 Guru perlu beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan dan perabot
Faktor pencahayaan amat penting. Kebanyakan bilik darjah di Malaysia
mempunyai alat elektrik seperti lampu dan kipas. Guru perlu memastikan alat
tersebut berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab di sekolah
untuk pembaikan sekiranya alatan tersebut rosak. Di sesetengah bilik darjah,
papan putihnya akan mengalami masalah silau pada waktu tertentu. Keadaan ini
akan meyukarkan pembelajaran terutama jika menggunakannya untuk
pengajaran. Maka guru perlu mencari penyelesaian, misalnya mengumpulkan
wang dan membeli langsir untuk mengurangkan masalah silau.
Dalam iklim khatulistiwa yang panas dan lembap ini, guru mesti memastikan
pintu dan tingkap sentiasa dibuka untuk pengudaraan. Hal ini sangat kritikal
terutama apabila sesebuah kelas mempunyai 45 orang murid. Keadaan yang
panas akan menyebabkan murid berasa mengantuk, tidak selesa dan keletihan.
Perabot, khususnya kerusi dan meja mesti mencukupi dan berada dalam
keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselesaan, saiz kerusi dan meja
mesti sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Setiap perabot di dalam bilik
darjah mesti ada fungsinya dan digunakan dengan baik.
2.6 Guru perlu memastikan kebersihan
Kebersihan di dalam bilik darjah merupakan tanggungjawab guru dan murid
yang menggunakan bili tersebut. Guru mesti memastikan kelas mempunyai tong
sampah, penyapu, bekas pengkumpul debu yang disapu, pemadam papan putih
serta bulu ayam. Jadual bertugas perlu disediakan dan guru mesti sentiasa
memantau kebersihan kelas, seeloknya sebelum dan selepas pengajaran,
terutama selepas mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Persekitaran fizikal yang kondusif boleh diibaratkan sebagai guru yang
kedua dalam bilik darjah. Sebagai guru, kita hendaklah kreatif dalam mengatur
persekitaran fizikal yang kondusif selaras dengan umur, tahap persekolahan,
minat dan keperluan muri-murid kita. Pesekitaran fizikal yang kondusif akan
meningkatkan prestasi pembelajaran, dan pengurangan tingkahlaku bermasalah
dalam kalangan murid-murid dan mampu menyeronokkan pengalaman
pembelajaran murid.

You might also like