You are on page 1of 8

DEFINISI

Sistem pengangkutan yang berada di Malaysia mempunyai pelbagai jenis.


Pelbagai. Antaranya ialah pengangkutan awam yang mana ia merupakan
pengangkutan yang membawa penumpang daripada satu destinasi ke destinasi
yang lain tanpa menggunakan kenderaan sendiri sepertimana diterangkan oleh
Wikipedia.
Berdasarkan sumber Kamus Dewan dan Pustaka melalui keluaran edisi yang
keempat, pengertian, konsep dan takrifan pengangkutan awam yang
merangkumi pelbagai jenis kenderaan antaranya ialah kereta api, bas, teksi, LRT,
Monorel, mahupun yang akan datang MRT (mass Railt Transit) adalah merupakan
kenderaan yang seringkali digunakan oleh orang awam untuk ke lokasi yang
diinginkan dengan kadar bayaran dan tiket yang telah ditetapkan.
Hari ini lebih ramai yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam
berbanding pilihan kenderaan sendiri untuk ke tempat membeli belah, lokasi
pejabat dan tempat kerja, mahupun urusan yang lain di ibukota Kuala Lumpur
contohnya.
Disebabkan sistem pengangkutan seperti pengangkutan awam adalah kegunaan
orang ramai atau orang awam, segala undang-undang, cara operasinya, jadual
perjalanan dan senarai laluan dan kadar bayaran adalah tertakluk di bawah
penyeliaan dan pemantauan pihak berkuasa.
Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem
pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan
sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai
termasuk perkhidmatan rel/kereta api dan bas, definasi yang lebih luas boleh
merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi, beca dan
sebagainya iaitu mana-mana sistem yang mengangkut orang
awam.Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan
dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam
lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat
membeli-belah atau institusi pendidikan

KARANGAN TENTANG MASALAH PENGANGKUTAN


Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai
untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem
pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi
mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang
berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti
pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan
sebagainya. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan
semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai
kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami
untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama.
...........Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap
sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal.
Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap
mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang
mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap.
Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT
agak kurang dan tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya
menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke
pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika
mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan
pengangkutan awam tersebut.
............Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan
amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi
ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut
jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk
merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi.
Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan
pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam,
LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan
kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan
sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual
perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti
perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai.
...........Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan
bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh.
Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang
kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit
kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau fider bus di
kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti
anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan,
contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen
bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang
terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki
pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan
kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan
masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh
kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
............Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir
pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika
memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan
awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang
melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah
memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem
pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya
terpalit. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi
sang juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja membahayakan penumpang
kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan
keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua pekerja
pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih
mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam
yang lain.
...........Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai
rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan
komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum
projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang
ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk
menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT
di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan
kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka
hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya
kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh
pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit.
Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani
dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi indah
khabar dari rupa.
...........Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu
diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus
didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk
menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di
negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil
langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib
tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam
media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas
dalam kemelut ini dan bukan bersikap sudah terhantuk baru terngadah.
MASALAH PENGANGKUTAN
1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam
semasa pelepasan asap ekzos. (Sumber: Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi,
lori kurang baik-keluarkan asap kotor.
2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang
dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang
(kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-
menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan
landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan bunyi tidak
menyenangkan
3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-
sarap ke kawasan perairan-kehidupan akuatik terancam
4) Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter,
LRT-kereta diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit.
Kekurangan bas awam-bas tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta
persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas
5) Tambang mahal: tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila
perlu sahaja, tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-
membebankan ibu bapa.
6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa
memandu, memandu secara merbahaya
7) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam
sardin-penumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat. Penukaran dari
KTM-LRT-sukar-tiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-
perjalanan terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah lama-pemandu
berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal (nyatakan masa)
8) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu
secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-
bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi stesen LRT jauh dari kawasan
perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti.
9) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan
meter-pemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada
pelancong.
10) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-
tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-
destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan
yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas
11) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat
12) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat
sampai ke destinasi, bunyi bising
Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara
contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan
awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu.
Kita pengguna jalan raya di ...... hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan
masalah pengangkutan awam di sini.
Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan
kajian sahaja. Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di
internet dengan menaip ' masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam
dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, pengangkutan
awam dan kemalangan, dan sebagainya'. Memang banyak bantuan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas
sekolah/mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/
penjara pemandu yang melakukan kesalahan berulang-ulang.
2) Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan
basikal, Kempen berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah)
3) Pendidikan alam sekitar
4) Penggunaan petrol tanpa plumbum - menggalakkan lori dan bas
menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum-mengurangkan plumbum
dalam pelepasan asap kenderaan ke udara
5) Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya-
kenderaan seperti bas atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan
menggunakannya.
6) Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan,
Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah
tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS),
menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan laluan bas dan
sebagainya. Baca di sini "Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar" ..7)
Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan
memberi subsidi diesel kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat
dikurangkan.
8) Penggunaan bahan api alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh;
diesel diganti dengan NGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara
akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor.
9) Kursus pemanduan berhemah (klik link yang diberikan sebelum ini)

* Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan


kajian.
Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab,
bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk. Saya bersyukur pelbagai
langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ...
Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan
bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan
tidak berlaku. Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-mana
huraian dalam aspek 8.5 ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu
bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh
dikenakan terhadap pemandu tersebut.
Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van
sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum
dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.
Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap
hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan
minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap
yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan
udara.
4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi
mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi
diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan
teksi) dapat dikurangkan.
5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria) ~
Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam
dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan
api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan
diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.
6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika
pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu,
pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu
bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi
kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang
dan mematuhi peraturan jalan raya.7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi
alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara, kempen berbasikal boleh
dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah
menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).
8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama
pada waktu puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi kereta
sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura.

MASALAH PENGANGKUTAN
1.Tambang Mahal ~ Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan LRT
mengenakan bayaran yang agak tinggi yang tidak mampu dibayar oleh
penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi dan LRT hanya menjadi pilihan ketika
keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan mengelakkan kesesakan lalu
lintas.Tambang bulanan bas/van sekolah juga agak mahal. Contohnya untuk
seorang anak, ibubapa terpaksa memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya
RM100 sebulan. Bayangkan jika terdapat 3 atau 4 orang anak yang bersekolah,
sudah tentu peruntukan untuk bayaran tambang bas/van sekolah mencecah
RM500
2. Kemalangan ~ Pada musim perayaan, kita sering digegarkan dengan kes-kes
kemalangan yang menyayat hati yang melibatkan perkhidmatan bas ekspres.
Kemalangan ini dapat dielakkan jika pemandu bas menjalankan tugasnya
dengan berhemah dan bertanggungjawab.Kemalangan yang melibatkan pelajar
sekolah juga sering terpapar di dada akhbar. Kemalangan ini berlaku kerana bas
sekolah yang dinaiki terlalu penuh sehingga menyebabkan terdapat
penumpangnya terpaksa berdiri di tangga bas. Situasi seperti ini amat bahaya
dan berisiko kepada berlakunya kemalangan.
3. Keselamatan penumpang terancam ~ Sikap tidak bertanggungjawab
sesetengah pemandu bas dan teksi telah membawa padah kepada penumpang!
Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas
ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan
pengguna jalan raya yang lain.Sikap tamak pemilik bas/van sekolah yang hanya
mementingkan keuntungan, telah sanggaup bertindak mengancam keselamatan
penumpangnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Bas/van sekolah
yang dinaiki oleh pelajar-pelajar ini biasanya melebihi muatan.
4. Kesesakan lalu lintas ~ Pada waktu puncak iaitu di awal pagi (7.00 hingga
8.00 pagi) dan waktu petang (4.00 hingga 6.00 petang) perkhidmatan LRT, KTMB
dan Rapid K.L gagal beroperasi dengan baik. Biasanya kesesakan lalu lintas
berlanjutan selama 2 hingga 3 jam ketika waktu puncak di Kuala Lumpur.
5. Jangka masa lama ~ Sebelum dilancarkan Rapid Kuantan, pengguna terpaksa
menunggu perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak
tentu juga menyukarkan penumpang yang menggunakan khidmat bas ini.
6. Kos Bahan Api Meningkat ~ Harga petroleum yang semakin meningkat
menyebabkan tambang pengangkutan awam seperti teksi, bas ekspres, bas
sekolah dan van meningkat. Anggaran perbelanjaan bulanan untuk tambang
bas/van sekolah ialah antara RM80 hingga RM150 bagi seorang penumpang.
7. Kenderaan lama ~ Perkhidmatan bas samada bas ekspres atau bas/ van
sekolah adalah kenderaan lama yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun. Tempat
duduk dan kondisi bas juga tidak selesa.
8. Pencemaran udara ~ Pengangkutan awam seperti bas, feri, van dan teksi
menggunakan minyak diesel yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari
dengan gas karbon monosida dan asap hitam yang berjelaga yang
mencemarkan udara.
9. Pencemaran bunyi ~ Kondisi bas/van yang telah tua/lama boleh menimbulkan
suasana yang membingitkan telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising
atau kuat! Situasi ini boleh mengganggu ketenangan penumpangnya.Bagi
penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang, sering terganggu
dengan bunyi bising enjin kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal
terbang yang sedang berlepas.
10. Pencemaran air ~ Sikap sesetengah pemilik bot penambang yang
membuang sisa minyak ke dalam sungai telah menyebabkan air sungai
tercemar. Ini boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik.

CADANGAN PENAMBABAIKAN
Kualiti pengangkutan awam di Malaysia hendaklah dipertingkatkan oleh kerajaan
dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang dinamik dan mantap setiap geri
kerjanya.
Pengangkutan awam perlu diperbanyak oleh kerajaan untuk menampung dan
memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terutamanya di
bandar-bandar utama.
Sistem pengangkutan awam yang disediakan kerajaan mestilah tidak
memerlukan masyarakat untuk kerap kali bertukar rangakaian atau station
sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
Cara yang lebih mudah dan senang hendaklah difikirkan oleh kerajaan untuk
masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti dengan menyediakan
kemudahan sistem membeli tiket secara bersepadu.
Supaya tidak membebankan pengguna yang berpendapatan rendah
terutamanya, harga tiket murah dan berpatutan atau mampu milik perlulah
ditetapkan oleh kerajaan.
Bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam, kajian secara
menyeluruh mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pengguna
pengangkutan awam perlu dilaksanakan oleh Sistem Pengangkutan Awam Darat
(SPAD).
Jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan perlulah dipastikan pengusaha
pengangkutan awam supaya jadual yang dirancang dapat ditepati agar
pembaziran masa pengguna tidak akan berlaku.
Kualiti perkhidmatan syarikat kenderaan boleh ditingkatkan oleh pengusaha
pengangkutan awam dengan meletakkan radio dan televisyen agar pengguna
lebih berasa selesa dan terhibur apabila menaiki kenderaan mereka.
Sistem perakam TV atau CCTV hendaklah dipasang pada kenderaan masing-
masing oleh pengusaha pengangkutan awam supaya sebarang aktiviti dan
perbuatan pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar etika dan peraturan
jalan raya dapat dirakam.
Keselamatan kenderaan yang ditinggalkan kepada pengguna mestilah dipastikan
oleh pengusaha agar pengguna lebih yakin dan selamat untuk menggunakan
pengangkutan awam.
Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, kempen menggunakan pengangkutan
awam di Malaysia perlulah diuar-uarkan oleh media massa.
Saranan kerajaan hedaklah disahut oleh masyarakat supaya pengangkutan
awam di Malaysia digunakan oleh orang ramai.
Penerangan kepada para pelajar perlulah diberikan oleh pihak sekolah berkenaan
dengan kepentingan menggunakan pengangkutan awam di seperti contohnya
dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap yang keluar
dari kenderaan, kemalangan jalan raya dapat dielakkan dan kesesakan lalu lintas
juga dapat dielakkan.

You might also like