You are on page 1of 25

DMED 1063

Felamina ak Albert Silli Linsam


VMDIA616007

Bahagian II
1.0 PENGENALAN
Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang
dikehendaki dalam diri seseorang di mana sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada
pekembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid,2000).Bertitik tolak
daripada hasrat ini tanggungjawab guru juga menjadi semakin mencabar dan memerlukan usaha
dalam meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.Oleh itu,perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang menarik serta mampu meningkatkan kefahaman mereka adalah dengan
menggunakan kaedah koperatif.Melalui kaedah ini,kefahaman murid akan lebih meningkat dan kekal
lama kerana murid terlibat aktif dalam menstukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang
sama memberi semangat kepada satu sama yang lain dalam mencapai pembelajaran masing-masing
(Lie,2004).
Rumusan yang dibuat oleh D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989) dari 375 kajian luar
negeri yang dijalankan dalam jangka masa 90 tahun mendapati pendekatan pembelajaran koperatif
adalah paling berkesan dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea kreativiti,
applikasi dalam dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah. Selain itu, juga didapati
hubungan antara individu menjadi lebih positif termasuk mereka yang berbeza dari segi kebolehan
intelek, kumpulan ethnik, kelas sosial dan keadaan fizikal.
Menurut Seamah (2009) Pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang
menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia merupakan satu teknik pembelajaran
dalam kumpulan kecil yang melibatkan kerjasama, interaksi, perbincangan dan penyertaan pelajar
dalam aktiviti atau projek yang dijalankan. Kaedah pembelajaran koperatif yang digunakan dalam
kajian ini ialah strategi Students Teams-Achievement Division (STAD).

2.0 PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF (KP) BAHAGIAN (STUDENTS TEAMS-


ACHIEVEMENT DIVISION-STAD) DALAM MATAPELAJARAN BAHASA INGGERIS

2.1 Kepentingan Mata Pelajaran Bahasa Inggeris


Kepentingan mata pelajaran inggeris boleh kita lihat dalam Anjakan 2 untuk mentransformasi sistem
pendidikan negara iaitu memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan
bahasa inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Bahasa inggeris penting dalam

1
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

pendidikan negara kita selaras dengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang
mampu bersaing dalam dunia global.Penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dari sekolah
mampu melahirkan individu yang dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan masyarakat lain di
seluruh dunia.
Sementara itu,kemajuan ekonomi negara telah melepasi sempadan negara,mengakibatkan
Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa inggeris dengan baik agar dapat bersaing
dengan masyarakat seluruh dunia. Penguasaan bahasa inggeris penting kerana dunia telah
mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa sejagat.Memang wajar kerajaan berusaha kerana hamper
banyak maklumat daripada internet menggunakan bahasa inggeris,maka penggunaan dan penguasaan
bahasa inggeris untuk menimba ilmu pengetahuan pada zaman global ini merupakan suatu
kemestian.

2.2 RASIONAL PEMILIHAN BIDANG PENYELIDIKAN


Saya telah memilih tajuk Penggunaan Pembelajaran Koperatif (KP) Bahagian STAD Dalam
Matapelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas Tahun 3.Berikut adalah rasional-rasional bagi bidang yang
saya pilih.

2.1.1 PENERAPAN NILAI NILAI MORAL


Pembelajaran koperatif sebagai suatu kaedah pengajaran yang dapat digunakan oleh guru untuk
melahirkan anak didik yang lebih berakhlak.
Pembelajaran koperatif banyak digunakan kerana dianggap sesuai untuk melatih sosial dan
kemampuan bekerjasama murid-murid.Interaksi sosial mampu mendorong minat dan semangat
belajar dan memperoleh ilmu.
Dalam pembelajaran koperatif, murid-murid belajar bersama dalam kelompok yang kecil
.Kumpulan heterogenus merupakan kumpulan pelbagai jenis yang diterapkan oleh guru
berdasarkan pelbagai kaum,jantina,personality dan keupayaan akademik.Ini dapat melatih murid
untuk menerima perbezaan individu dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang berbeza latar
belakangnya.

2.1.2 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI

2
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

Slavin (1995) menegaskan pendekatan koperatif merupakan pendekatan yang berstruktur dan
sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk
pengajaran sebarang mata pelajaran.Ini bermaksud pendekatan koperatif diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris.
Cohen,1994 juga menyatakan pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil
yang diperkenalkan dengan meluas sebagai suatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan
pembelajaran dan sosialisasi.Pembelajaran koperatif bukan sahaja mengalakkan pemahaman murid
tentang isi pelajaran tetapi membantu dalam meningkatkan hubungan sosoal sesama murid di
dalam kelas .

2.1.3 MENINGKATKAN MINAT MURID DALAM PDP BAHASA INGGERIS


Pembelajaran koperatif menggunakan kaedah STAD ini merupakan salah satu strategi yang dapat
meningkatkan minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris.
Sulaiman (2004) menyatakan pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang mengambil kira
pelbagai aspek. Aspek-aspek tersebut termasuklah psikologi dan professional. Oleh yang demikian
para pendidik seharusnya menggunakan kaedah pengajaran yang betul untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Selain itu kaedah pengajaran amat penting dalam pengajaran mata
pelajaran bahasa inggeris. Ini kerana mata pelajaran ini memerlukan pendidik memberi tumpuan
sepenuhnya kepada murid untuk menarik minat mereka mengikuti pdp bahasa inggeris.

2.1.4 MERANSANG DOMAIN KOGNITIF ,PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Secara umumnya pdp bahasa inggeris memberi penekanan kepada perkembangan murid yang
menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap dan psikomotor serta memupuk nilai-nilai
murni untuk menjadi rakyat yang berguna selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Bahasa inggeris boleh dikatakan bahasa ketiga bagi kebanyakkan masyarakat Malaysia
kerana bahasa pertama adalah bahasa asal bangsa.Maka itu tidaklah mudah bagi guru mengajar
mata pelajaran ini.Kaedah koperatif yang digunakan ini membantu meningkatkan kefahaman murid

3
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

dengan lebih cepat memandangkan ada perbincangan kumpulan untuk mencapai kata sepakat bagi
menyelesaikan masalah .Setiap kumpulan berkongsi pendapat supaya kesimpulan dari
perbincangan tersebut dapat mencapai kehendak tugasan yang diberi oleh guru.Setiap kumpulan
juga bersaing bagi mempamerkan hasil tugasan terbaik supaya mendapat ganjaran atau
pengiktirafan.Menurut Bonwell dan Eison (1991),kaedah ini dibuktikan berkesan kerana ia
menghasilkan kesan dorongan,kesan pembangunan kognitif yang mendorong kepada sikap yang
positif.Aktivit-aktiviti yang dilakukan juga mampu meransang domain psikomotor murid melalui
pergerakan dan komunikasi antara ahli-ahli dalam kumpulan.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

4
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

LESSON PLAN
Subject : English
Class : Year 3 Hijau
Enrollment : 30 pupils
Level : Below Average
Date/Day : 2 October 2015
Time : 0730 0830
Theme : World of Knowledge
Topic : Unit 6 : Pets World
Focused Skill : Writing
Integrated Skill : Reading

Content Standards Learning Standards


3.2 By the end of the 6-year primary 3.2.2 Able to write with guidance:
schooling, pupils will be able to write using (a) simple sentences
appropriate language form and style for a (b) Compound sentences
range of purposes.

Lesson Objectives: By the end of the lesson, pupils should be able to:
I. Describe a pet using simple sentences.
II. Rearrange the sentences strips correctly.
III. Educational Emphasis :
I. Multiple intelligences: Interpersonal skill
II. Thinking skills : Critical and creative thinking skills.
III. Moral values : Cooperation,confident, responsibility

Language Content : Nouns,verbs

Cross Curriculum Elements: Entrepreneur (brave)

Teaching aids : task sheet,sentence strips,word cards

5
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

Remarks
Principles
/concepts/
Stage/Time Content Teaching-Learning Activity Rationale
elements of
cooperative
learning

6
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

Set Induction Word Search 1. Teacher recalls the name of the To arouse
(5 minutes) animals by playing word search pupilss interest
Nouns: on the topic. Prinsip PK:
Tortoise activity.
2. Teacher tells the pupils that they -Interaksi
Tiger
Parrot Bersemuka
can discuss answer with friend -Kemahiran
Fish
Hamster next to them. interpersonal
3. The pupils are selected randomly
to give answer for the word
search activity.

Presentation Sentence strips. 1. Teacher shows the jumbled sentences To give relevant Komponen
(10 minutes) strips using the display sheets to the input regarding STAD
the topic. Penyampaian
1. Sanjay took his pupils.
pengajaran guru
pet dog for a
walk. .
2. Teacher tells the pupils the title of the
2. The dog ran
around sanjay story.
3. Suddenly, the
dog ran across the 3. Teacher asks pupils whether they
road
have read or listen to the story
4. The dog was
hit by the car. Sanjay & his dog?
5. The dog was
bleeding. 4. Teacher read the story to the class.In
6. Sanjays father
took the dog to the same time,teacher will explains
see the vet. the story about and the meaning of
words by doing some actions.

5. Then,the pupils read the sentences Komponen


STAD
strip aloud.
Penyampaian
pengajaran guru
6. Teacher explain how to rearrange the
sentence strips in order to form a

7
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

complete story.

Ciri-ciri
Practice 1. The pupils are divided into group of Kumpulan
(20 inute 5 persons.Each group must has roles. pelbagai jenis
s) (heterogeneous
2. Each groups will be given an envelop grouping)
contain jumbled sentences -Diterapkan oleh
guru berdasarkan
3. Teacher explains the instruction of
pelbagai
how the pupils should complete the
kaum,janitna,
activity.
personaliti dan
4. In group,pupils are require to discuss keupayaan
about rearrange the sentences strip to akademik.
form a complete story.First group finish Interaksi
wil be given a score. Kumpulan
(Group
5. Teacher randomly calls out some Interaction)
volunteers to present their work in front Prinsip PK
of the class. -kebergantungan
6. Teacher discusses the answers with positif.
the pupils -proses
berkumpulan
7. Pupils rewrite the correct answer on -Kemahiran
their exercise book. interpersonal
(Interpersonal
skill)
- Membina
kepercayaan,
komunikasi dan
mengurus konflik

8
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

To check pupils
Production Task sheet: 1. Each pupil is given the task understanding Komponen
(20 minutes) - quiz sheet(quiz). during the STAD
lesson. - kuiz
2. In groups,they are required to -skor
answer the quiz individually. penambaikan
3. The individual score will -penghargaan
contribute to group points. kumpulan
To make sure
4. Group with the highest score will pupils apply Prinsip
be given a sticker star. what they have -Akautabiliti
learn. Individu
5. Teacher discusses the answers
-kebergantungan
with the pupils,
positif.
-proses
berkumpulan

Closure Individual work 1. Teacher recaps what they have learn.


To consolidate
i. what they have
1. Draw a pet 2. Pupils are given an individual work learned.
2. Describe a pet and needed to pass up by tomorrow.
using simple and
compound
sentences.

Example :

This is a cat. It is
white in colour. It
can run and jump
.

Reflection :
1. 26/30 pupils were able to describe a pet using simple sentences.
2. All groups were able to rearrange the sentence strips correctly.

9
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

3.1 PENERAPAN PRINSIP PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM RPH

3.1.1 SET INDUKSI


Dalam sesi set induksi , guru membawa murid-murid mengulangkaji pelajaran lepas serta untuk
menarik minat murid-murid terhadap pembelajaran bagi aktiviti pada hari itu dengan permainan
mencari perkataan.Melalui prinsip PK iaitu interaksi bersemuka,guru memberitahu murid-murid
untuk berbincang dengan rakan-rakan yang duduk di sebelah mereka.Sesi perbincangan antara
mereka tadi membawa kepada prinsip PK iaitu kemahiran interpersonal individu di mana murid
dipilih secara rawak memberi jawapan.Dalam langkah ini,nilai murni yang diamalkan adalah
kerjasama yang dilihat melalui perbincangan antara murid-murid dan keberanian, di mana murid
yang dipilih untuk berdiri dan memberikan jawapan tidak berasa takut walaupun ada jawapan
yang salah.Elemen merentas kurikulum diterapkan semasa murid berani berdiri memberi
jawapan .

3.1.2 LANGKAH 1
Langkah yang seterusnya adalah langkah 1,di mana guru menunjukkan beberapa keping kad
ayat kepada murid-murid.Guru menerangkan perkaitan permainan mencari perkataan dengan
objektif pembelajaran pada hari tersebut dengan memberitahu murid tajuk cerita.Guru juga
menggunakan teknik soal jawab ringkas untuk mengetahui sama ada murid sudah mengetahui
cerita yang ingin disampaikan itu.Melalui strategi STAD salah satu kaedah yang diterapakn
adalah penyampaian pengajaran guru.Guru membaca cerita mengenai Sanjai dan anjingnya.Pada
masa yang sama guru akan memberi penerangan cerita tersebut dan maksud-maksud perkataan
yang sukar difahami oleh murid melalui aksi.Kemudian guru menyuruh murid-murid membaca
setiap keping ayat itu dengan nada nyaring.Sekali lagi guru menggunakan strategi STAD dengan
menerangkan kepada murid-murid cara menyusun semula keping-keping ayat tersebut.Dalam
strategi STAD,aktiviti ini bermula dengan guru mengajar seperti biasa.Kemudian diikuti murid
membuat aktiviti secara berkumpulan.Kemudian menjawab kuiz secara individu.Skor kemajuan
bagi setiap pelajar dihitung berdasarkan skor kemajuan.Skor kumpulan pula dihitung dengan
menjumlahkan skor kemajuan setiap orang ahli dalam kumpulan.Akhir sekali guru akan
mengumumkan kumpulan juara .Guru biasanya akan memberi sticker.

10
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

3.1.3 LANGKAH 2
Dalam aktiviti langkah 2,murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan heterogen yang terdiri
daripada 5 orang murid.Mereka diterapkan oleh guru berdasarkan pelbagai
kaum,jantina,personaliti dan keupayaan akademik.Setiap kumpulan harus melaksanakan tugasan
yang disediakan oleh guru bagi mencapai matlamat kumpulan.Pada peringkat ini terdapat
penerapan prinsip PK iaitu proses berkumpulan kebergantungan positif .Setiap ahli dalam
kumpulan perlu memainkan peranan.Dengan ini mereka dapat bekerjasama dan mencapai
matlamat bersama.Guru berperanan sebagai fasilitator,memerhatikan aktiviti-aktiviti setiap
kumpulan.Sekiranya ada kumpulan yang memerlukan bimbingan,guru akan bergerak ke
kumpulan tersebut.Setiap kumpulan aka nada rasa ingin bersaing kerana mereka ingin
mendapatkan skor bagi kumpulan yang siap awal dan dapat melengkapkan cerita tersebut
dengan betul.Amalan Teori Proksimal Vygotsky juga diamalkan di dalam aktiviti
kumpulan,apabila yang lemah dibantu oleh murid sederhana.Murid sederhana belajar cara
belajar daripada murid cemerlang.Seterusnya, wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan
hasil tugasan mereka,di mana prinsip PK kemahiran interpersonal diterapkan

3.1.4 LANGKAH 3
Dalam langkah 3.murid seterusnya diberi tugasan individu iaitu kuiz.Skor individu ini akan
merupakan diterapkan dalam kemahiran STAD iaitu skor penambahbaikan individu.Skor
pencapaian penguasaan kemahiran mereka dalam kuiz akan dibandingkan dengan skor asas
yang akan memberi mata tertentu.Mata yang diperolehi setiap ahli kumpulan akan dikumpulkan
dan dijumlahkan menjadi skor kumpulan Kumpulan yang mendapat skor kumpulan yang
tertinggi akan mendapat ganjaran atau anugerah yang biasanya berbentuk sticker
bintang.Komponen STAD;skor peningkatan individu dan penghargan kumpulah in diterapakan
apabila guru menjumlahkan skor markah kuiz individu dan skor markah kumpulan.

11
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

3.1.5 PENUTUP
Dalam langkah 4 iaitu,guru akan merumuskan keseluruhan isi pelajaran pada hari tersebut,Pada
masa yang sama guru menerapkan nilai-nilai murni iaitu bekerjsama di dalam kumpulan adalah
penting bagi mencapai matlamat kumpulan tersebut.Guru mengukukan lagi pinsip KP
akauntabiliti individu dengan memberikan lembaran sebagai kerja rumah murid di mana murid
bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.

4.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 REFLEKSI KENDIRI


4.1.1 Kekuatan
Apabila saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,saya dapati
pembelajaran koperatif ini berjaya menarik minat murid untuk mengikuti aktitivi
ini,terutamanya apabila saya memberikanskor kepada kumpulan yang awal siap meyusun kad-
kad perkataan tersebut dan markah kepada kumpulan yang meyusun kad-kad ayat dengan betul.
Mereka juga menunjukkan kerjasama apabila menjalankan tugasan yang diberikan.Dengan
penerapan prinsip KP kebergantungan positf ,murid tahu mereka perlu saling membantu dan
bergantung di antara satu sama lain.Semua ahli kumpulan mengambil berat tentang
pembelajaran diri sendiri dan juga rakan-rakan sekumpulan.Ini dapat dilihat melalui sikap
bertanggungjawab setiap ahli dalam menjawab soalan kuiz yang guru berikan kerana mereka
mahu melihat jumlah mata terkumpul kumpulan sendiri bertambah.Ini menunjukkan prinsip KP
akauntibiliti individu diterapkan. Daripada pemerhatian saya,murid-murid yang pasif
mempunyai sikap keyakinan diri apabila menjadi wakil membentangkan hasil tugasan kumpulan
mereka.

4.1.2 Kelemahan

12
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

Pembelajaran koperatif menurut Slavin (2005: 4-8) merujuk pada berbagai macam model
pembelajaran di mana para pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil yang terdiri dari pelbagai
tingkat prestasi, jantina, dan latar belakang etnik yang berbeza untuk saling membantu satu sama
lain dalam mempelajari isi pelajaran.Ada pelajar yang sememangnya mudah dan bersemangat
menerima pembelajaran manakala ada pula yang sebaliknya.Faktor perbezaan individu ini agak
meyukarkan sedikit tugas pengajaran saya.Pada masa yang sama saya harus menekankan
kepentingan kerjasama semua ahli dalam kumpulan bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang
diberi baik secara kumpulan mahupun individu.
Jumlah murid yang ramai juga menyukarkan saya menjalankan pembelajaran koperatif di
dalam bilik darjah.Murid-murid mengambil masa yang agak lama untuk berbincang.Pada masa
yang sama,keadaan kelas agak bising apabila berlaku perbincangan di antara ahli-ahli dala
kumpulan.Saya agak sukar juga membuat penilaian secara individu apabila ramai kumpulan
yang perlu diperhatikan.
Pembelajaran koperatif STAD di dalam kelas Tahun 3 Hijau dilihat dapat menarik minat
murid untuk melakukan aktiviti.Namun,kurang aktiviti yang dijalankan oleh saya.Ini adalah
kerana strategi pembelajaran ini memerlukan kefahaman yang lebih mendalam.Guru-guru juga
tidak dapat berbincang antara satu sama lain kerana mereka menghadapi masalah yang sama,
iaitu pengetahuan dan pengalaman yang terhad berhubung dengan aplikasi PK.

4.1.3 Penambahbaikan
Gillies (2003) berpendapat, guru-guru perlu diberi latihan secukupnya untuk mengaplikasikan
PK, perlu memahami konsep dan proses perlaksanaan kaedah PK di dalam kelas. Guru yang
terlatih dalam PK lebih bersiap sedia untuk mengaplikasi PK, berkemampuan memberi latihan
untuk murid-muridnya dan hasil pembelajaran lebih berkesan. Menurutnya, kanak-kanak dalam
kumpulan yang terlatih lebih mampu bekerjasama, memberikan lebih bantuan kepada satu sama
lain dan hasil pembelajaran yang diperolehi lebih tinggi daripada anak-anak yang belajar dalam
kumpulan yang tidak terlatih. Oleh itu pelajar memerlukan latihan interpersonal dan kumpulan
kecil untuk memudahkan kerjasama dan saling membantu, sementara guru perlu dilatih untuk
melaksana dan menguruskan kumpulan-kumpulan kecil.Oleh itu,guru perlu mempertingkatkan
ilmu profesionalisme pembelajaran koperatif.

13
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

Pada masa yang sama, guru harus mempelbagaikan lagi aktiviti di dalam kumpulan
memandangkan penglibatan aktif semua murid semasa aktiviti dijalankan oleh guru.Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan juga harus menjurus kepada pendekatan lima prinsip asas.Ini adalah
kerana pendekatan pembelajan koperatif ini memerlukan ahli-ahli kumpulan yang pelbagai.Guru
juga harus mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang mudah dikendalikan.Ini memerlukan
masa guru untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran,namun hasil bahan pengajaran ini boleh
membantu guru untuk menjalankan aktiviti dalam strategi pembelajaran koperatif dan digunakan
terus untuk topic-topik berkenaan.

4.2 MAKLUM BALAS RAKAN SEKERJA


4.2.1 Pihak Pentadbir (PK1)
Tujuan penilaian dan pencerapan daripada pihak pentakbir iaitu oleh penolong kanan1
dalam kelas Tahun 3 Hijau bagi mata pelajaran bahasa inggeris adalah bagi mendapatkan
maklum balas proses pdp menggunakan RPH PK STAD.Penolong Kanan 1 saya ialah Encik
Menggat Anak Nuyau.
Beliau menyatakan bahawa kaedah pembelajaran koperatif ini memang membantu
dalam kawalan kelas dan menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa inggeris.Proses ini juga berjaya menerapkan kelima-lima prinsip
koperatif iaitu proses berkumpulan,akauntabiliti individu,kebergantungan positif,kemahiran
interpersonal dan interaksi bersemuka.Guru telah menerapkan prinsip PK iaitu interaksi
bersemuka dan kemahiran interpersonal semasa set induksi lagi..Murid-murid dapat dilihat
berbincang sesama mereka dalam aktiviti mencari perkataan.
Guru memberi penerangan dengan sebutan yang mudah dan jelas difahami oleh murid-
murid.Contohnya,ketika guru menerangkan cara menyusun kad-kad perkataan untuk
melengkapkan cerita dan ketika menerangkan maksud sesuatu perkataan dalam bahasa
inggeris dengan aksi yang mudah difahami bagi pelbagai tahap penguasaan murid-
murid.Guru menggunakan teknik penyoalan dengan perkataan bahasa inggeris yang paling
mudah difahami oleh pelbagai tahap penguasaan murid dan juga menggunakan aksi atau
pergerakan badan .
Strategi pengajaran koperatif juga dilihat membantu dalam kawalan kelas di mana
murid-murid lebih fokus untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mereka bersaing

14
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

untuk siap dan mendapatkan skor markah kumpulan.Guru dapat memastikan kelas berada
dalam keadaan yang selesa bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pembahagian
kumpulan oleh guru adalah berdasarkan kumpulan asal yang sebelum ini.Mereka lebih
selesa berinteraksi sesama mereka ketika dalam perbincangan kumpulan.
Secara keseluruhannya,objektif pdp guru telah tercapai.PK1 sangat menyokong
sekiranya pembelajaran koperatif diamalkan di setiap kelas yang diajar oleh guru.

4.2.2 Ketua Panitia Bahasa Inggeris


Ketua panitia bahasa inggeris iaitu Puan Rena Anak Renggan telah dijemput menjadi
pemerhati ..Beliau melihat pendekatan KP di dalam subjek ini amat membantu murid dalam
memahami isi pelajaran pada hari tersebut.Aktiviti yang dirancang mengikut kesesuaian
tahap murid.Beliau juga mendapati guru telah merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan mengambilkira aspek-aspek dalam kaedah pembelajaran
koperatif.Contohnya,pada set induksi,guru telah menerapkan prinsip PK iaitu interaksi
bersemuka dan kemahiran interpersonal di dalam aktiviti mencari perkataan ,di mana
murid-murid berinteraksi sesama mereka dan memberikan jawapan.Guru juga menerapkan
ciri kumpulan pelbagai jenis ketika aktiviti berkumpulan,di mana setiap kumpulan telah
berbincang bagi menyiapkan tugasan yang diarahkan.
Kawalan kelas juga baik walaupun jumlah murid yang ramai ,apabila murid dilihat
saling berbincang sesama mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberi.Contohnya,guru
menggunakan isyarat tangan apabila melihat murid-murid terlalu bising ketika dalam
perbincangan kumpulan.Guru juga mengambil berat akan kebajikan murid dan peka kepada
keperluan mereka.Contohnya,guru dapat mengesan ada sesetengah murid yang tidak ada
peralatan tulis.Dia telah memberikan pensel dan pemadam kepada murid tersebut.Guru
tersebut peka terhadap murid-murid yang miskin di dalam kelas tersebut.Guru juga
memerhatikan murid-murid di setiap kumpulan dan membantu mana-mana kumpulan yang
memerlukan bantuan.
Beliau berharap kaedah kaedah lain selain STAD juga diamalkan bagi subjek
ini.Secara keseluruhannya,pdp mencapai objektif pengajaran.

4.2.3 Rakan Novis

15
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

Rakan Novis yang dijemput adalah cikgu Syahrul.Keberadaan beliau hanyalah sebagai
pemerhati semasa pdp bahasa inggeris Tahun 3 ini dijalankan lebih kepada perkongsian
ilmu.Semasa berada di maktab guru novis ini telah didedahkan dengan pembelajaran koperatif
dan beliaua sangat menyetujui keberkesanan PK ini dalam pdp.Beberapa amalan koperatif
disarankan diamalkan seperti isyarat senyap dan memilih secara rawak kerja rumah salah
seorang ahli dari setiap kumpulan untuk disemak.Murid yang pasif juga dilihat yakin ketika
membentangkan hasil kerja kumpulann.Secara keseluruhannya , murid-murid juga rata-rata
dapat menyiapkan kuiz .
Semasa sesi pdp berlaku, guru sentiasa memastikan murid-murid terlibat aktif terutamanya
aktiviti yang melibatkan kerja berkumpulan.Murid yang pasif diberi peluang mewakili
kumpulan mereka semasa sesi pembentangan hasil kumpulan.Dari semasa ke semasa guru akan
bergerak ke setiap kumpulan untuk memerhati dan membantu kumpulan yang perlukan
bantuan.
Secara keseluruhannya,guru telah berjaya menerapkan pembelajaran koperatif dlm pdp di
bilik darjah.Guru telah merancang rph dengan sangat teratur dan sangat berkesan.

4.3 MAKLUM BALAS MURID


4.3.1 Murid Cemerlang
Pelajar cemerlang menyatakan pdp guru menarik dan menyeronokkan.Murid cemerlang
biasanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Mereka mampu untuk menjadi pemimpin
kepada kumpulan. Aktivti tersebut dapat membantu mereka memberi sokongan kepada rakan-
rakan terutama rakan yang lemah
Teknik penyoalan guru juga jelas dan mudah difahami oleh murid.Guru menyoal
murid-murid menggunakan soalan mudah dan sederhana.Soalan-soalan begini amatlah sesuai
untuk semua tahap murid.
Pengajaran guru juga mudah difahami.Guru menerangkan isi pelajaran dengan jelasa dan
mudah difahami oleh murid-murid.Ini telah membantu murid memahami langkah-langkah bagi
menyiapkan tugasan yang diberi.

16
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

4.3.2 Murid Sederhana


Murid sederhana mengatakan bahawa mereka lebih mudah memahami topik yang dipelajari
.Mereka juga menyatakan dibantu oleh rakan yang lebih pandai.Ini menunjukkan murid
sederhana belajar cara belajar daripada murid cemerlang.Mereka lebih memahami topik pada
hari tersebut.Pada masa yang sama mereka juga menyatakan lebih mudah faham dan selesa
apabila belajar bersama rakan sebaya.
Guru banyak menggunakan teknik penyoalan apabila menerangkan persoalan yang ditanya
selain menggunakan bahasa tubuh.Contohnya,apabila murid-murid bertanya mengenai betul atau
tidak susunan kad-kad ayat tersebut.Guru akan bertanya balik kepada murid.Ini membantu
perkembangan kognitif murid,di mana murid akan berfikir semula akan jalan cerita
tersebut.Pada masa yang sama,mereka dapat membantu memberi penerangan kepada murid
kelas.

4.3.3 Murid Lemah


Murid-murid lemah mengatakan mereka berasa seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran
bahasa inggeris.Mereka juga merasa dihargai kerana diberi peluang menyumbangkan idea-idea
dalam perbincangan dan diberi peluang untuk menjadi wakil membentangkan hasil kerja
kumpulan.
Guru juga sabar melayan karenah murid-murid terutamanya apabila murid-murid terlalu
bising dan banyak bertanya soalan kepada guru.Bahasa inggeris bukanlah mudah untuk
dipelajari tapi guru membuat pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah bagi mereka.Cara
guru bercakap dan menerangkan sesuatu persoalan yang ditanya,selain menggunakan bahasa
yang ringkas,beliau juga banyak menggunakan bahasa tubuh dan kadang-kadang menunjukkan
objek fizikal yang ada di dalam kelas.

5.0 KESIMPULAN
Rumusan yang dibuat oleh D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989) dari 375 kajian luar negeri
yang dijalankan dalam jangka masa 90 tahun mendapati pendekatan pembelajaran koperatif
adalah paling berkesan dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea
kreativiti, applikasi dalam dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah. Selain
itu, juga didapati hubungan antara individu menjadi lebih positif termasuk mereka yang berbeza

17
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

dari segi kebolehan intelek, kumpulan ethnik, kelas sosial dan keadaan fizikal.
Setelah pengajaran rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran bahasa inggeris dengan
penerapan pembelajaran koperatif STAD dan maklum balas daripada rakan-rakan sekerja serta
murid-murid dari pelbagai kebolehan. Menurut Seamah (2009) Pembelajaran koperatif
merupakan suatu kaedah yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia
merupakan satu teknik pembelajaran dalam kumpulan kecil yang melibatkan kerjasama,
interaksi, perbincangan dan penyertaan pelajar dalam aktiviti atau projek yang dijalankan.
Sememangnya ada beberapa PK yang berguna dan boleh diaplikasikan oleh guru,namun
pembelajaran yang lebih bermakna bagi saya adalah lima unsur asas yang boleh digunakan
sebagai prinsip yang membezakan aktiviti pembelajaran koperatif asas daripada kumpulan yang
biasa .
Interaksi bersemuka.Ahli-ahli kumpulan perlu duduk bersama dan berinteraksi di antara satu
sama lain secara bersemuka.Sebanyak mungkin masa diberikan kepada murid-murid untuk
berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka dapat membantu,menggalak dan meningkatkan
usaha di antara satu sama lain untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.Dalam set
induksi dan langkah 2,prinsip interaksi bersemuka diterapkan,di mana murid berbincang
jawapan pagi aktiviti mencari perkataan yang disebut oleh guru dan melalui perbincangan
kumpulan bagi menyiapkan tugasan.Interaksi bersemuka ini memberi impak positif secara
keseluruhannya.
Akauntibiliti individu.Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk
belajar.Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan
sahaja tetapi bertujuan memastikan bahawa setiap ahli menjadi individu yang berkebolehan.Ini
bermakna setelah menyiapakan tugasan secara berkumpulan,setiap ahli kumpulan berupaya
menyiapkan tugasan individu.Melalui prinsip PK akauntabiliti individu,setiap murid akan
diuji.Penghargaan akan diberi kepada murid yang mempunyai pencapaian yang lebih baik dari
pencapaiannya yang lepas.
Kebergantungan positif.Kebergantungan positif ialah persepsi bahawa setiap ahli berenang
dan tenggelam bersama.Semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajaran diri
sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan sekumpulan.Pembelajaran Koperatif STAD
merupakan strategi yang digunakan untuk murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.Di
dalam pembejaran ini,pada langkah 2,murid-murid dibahagikan kepada 5 orang ahli

18
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

kumpulan.Dengan bahan yang telah direka oleh guru,tugas utama setiap kumpulan adalah
memastikan mereka mencapai matlamat .Setiap ahli dalam kumpulan bertanggungjawab atas
bahagian tugas mereka masing-masing.
Proses berkumpulan.Melalui prinsip PK iaitu proses berkumpulan penerapan prinsip ini kita
dapat lihat di langkah 3.Proses berkumpulan ini ialah penilaian ke atas pencapaian kumpulan
yang dilakukan oleh kumpulan itu sendiri.Ini secara langsung diterapkan semasa perbincangan
jawapan kuiz tersebut.Guru secara tidak langsung bertanyakan berapa ramai yang telah
membantu rakan-rakan mereka dan yang telah dibantu semasa melakukan tugas
kumpulan.Murid-murid juga menghuraikan tingkah laku membantu kumpulan mencapai
matlamatnya dan tingkah laku yang tidak membanntu.Seterusnya perbincangan mengenai
tingkah laku yang perlu dikekalkan dan tingkah laku yang perlu diubah.
Kemahiran Interpersonal.Dalam set induksi dan langkah 2 guru dapat melihat hasil
keberkesanan penerapan prinsip KP ini apabila murid berdiri semasa memberikan jawapan
semasa aktiviti mencari perkataan dan sesi pembentangan.Mereka juga menunjukkan keyakinan
diri semasa menyampaikan hasil tugasan.Pada masa yang sama guru juga memberi pujian bagi
peneguhan positif .
Prinsip pembelajaran koperatif memberi implikasi kepada murid. Prinsip akauntabiliti
individu merupakan cabaran kepada murid cemerlang kerana mereka cenderung untuk
mendominasi ahli kumpulan yang lemah dan cuba mengawal situasi kumpulan.Di sini guru yang
berperanan sebagai fasilitator harus memerhatikan tingkah laku ahli di dalam kumpulan.Di
dalam penerapan prinsip saling bergantungan,murid-murid sederhana disarankan lebih bersikap
optimis apabila melakukan tugasan berkumpulan kerana dalam koperatif murid-murid terdiri
dari pelbagai kecerdasan.Murid-murid yang lemah pula perlu didorong oleh murid sederhana
agar mereka mengeluarkan idea-idea.Dalam menerapkan prinsip kemahiran interpersonal,murid
cemerlang biasanya lebih cenderung untuk bercakap,mengeluarkan idea-idea mereka ketika
perbincangan kumpulan,manakala murid yang lemah lebih cenderung untuk berbual-bual
dengan rakan dan lebih bersifat pasif.Proses ini memerlukan peranan guru untuk membantu ahli-
ahli di dalam kumpulan tersebut agar setiap ahli diberi peluang untuk mengeluarkan idean dan
membentang setiap kali tugasan diberi oleh guru.Dalam prinsip proses berkumpulan,pengunaan
matlamat kumpulan dan ganjaran memberi impak positif secara keseluruhannya.
Gillies (2003) berpendapat, guru-guru perlu diberi latihan secukupnya untuk

19
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

mengaplikasikan PK, perlu memahami konsep dan proses perlaksanaan kaedah PK di dalam
kelas. Guru yang terlatih dalam PK lebih bersiap sedia untuk mengaplikasi PK, berkemampuan
memberi latihan untuk murid-muridnya dan hasil pembelajaran lebih berkesan. Menurutnya,
kanak-kanak dalam kumpulan yang terlatih lebih mampu bekerjasama, memberikan lebih
bantuan kepada satu sama lain dan hasil pembelajaran yang diperolehi lebih tinggi daripada
anak-anak yang belajar dalam kumpulan yang tidak terlatih. Oleh itu pelajar memerlukan latihan
interpersonal dan kumpulan kecil untuk memudahkan kerjasama dan saling membantu,
sementara guru perlu dilatih untuk melaksana dan menguruskan kumpulan-kumpulan kecil.Oleh
itu,guru perlu mempertingkatkan ilmu profesionalisme pembelajaran koperatif.
Pada masa yang sama, guru harus mempelbagaikan lagi aktiviti di dalam kumpulan
memandangkan penglibatan aktif semua murid semasa aktiviti dijalankan oleh guru.Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan juga harus menjurus kepada pendekatan lima prinsip asas.Ini adalah
kerana pendekatan pembelajaran koperatif ini memerlukan ahli-ahli kumpulan yang
pelbagai.Guru juga harus mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang mudah dikendalikan.Ini
memerlukan masa guru untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran,namun hasil bahan
pengajaran ini boleh membantu guru untuk menjalankan aktiviti dalam strategi pembelajaran
koperatif dan digunakan terus untuk topik-topik berkenaan.
Di samping itu guru juga perlu mengubah gaya pembelajaran.Dalam bidang
professional,perubahan amalan adalah tidak dapat dielakkan (Altrichter,Posch & Somekh ,
1993).Kita berubah bukan kerana tidak cukup baik,tetapi kerana ingin lebih baik.Guru perlu
menyelami pembelajaran koperatif ini supaya dapat melakukan pengajaran yang lebih baik.Guru
yang berkualiti adalah guru yang dapat dan mampu menguasai segala kemahiran,pengetahuan
dan kepakaran yang ada pada mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalalm bilik darjah.Dalam menerapkan prinsip-prinsip asas KP ,guru harus
memenuhi pelbagai aras kebolehan dan keperluan murid-muridnya dengan menyediakan situasi
pengajaran dan pembelajaran kondusif untuk murid-murid.
Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa pembelajaran koperatif ini amat menbantu
dalam proses afektif,kognitif dan psikomotor murid-murid kelas Tahun 3 Hijau.Strategi PK
STAD adalah antara kaedah pengajaran yang dapat diaplikasikan di semua tahap 1 dan tahap
2.Saya memilih pembelajaran koperatif bahagian STAD di dalam pengajaran dan pembelajarana
mata pelajaran bahasa inggeris.

20
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

RUJUKAN

21
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

Nurulhuda Bt Ngasiman , Januari(2014). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian


Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik , daripada
http://eprints.uthm.edu.my/5358/1/NURULHUDA_BINTI_NGASIMAN.pdf , 4 Disember 2015

Rafiza Darus , Bagaimanakah Kaedah Koperatif Dapat Membantu Meningkatkan Kefahaman Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik , daripada http://www.slideshare.net/diyraz/tugasan-
mte3107 , 5 Disember 2015

Kementerian Pendidikan Malaysia 2015 , Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Malaysia 2013-
2015 ( Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah ), Kementerian Pendidikan
Malaysia,Putrajaya Malaysia.

LAMPIRAN 1 (Word Search Activity)

22
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

Tortoise
Tiger
Parrot
Fish
Hamster

LAMPIRAN 2 (Sentence Strips)

Title : Sanjay And His Dog

Sanjay took his pet dog for a walk.

23
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

The dog ran around sanjay

Suddenly, the dog ran across the road

The dog was hit by the car.

The dog was bleeding.

Sanjays father took the dog to see the vet.

LAMPIRAN 3 (Individual Work)

English Year 3
Name :_______________________________________ Class :______________________

Instruction : Draw and colour a pet.Then, describe a pet using simple sentence.
Example : This is a cat.It is white in colour.It can run and jump.

24
DMED 1063
Felamina ak Albert Silli Linsam
VMDIA616007

25

You might also like