You are on page 1of 1

961009-02-5400

PROSES-PROSES DI DALAM ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU DI KAMPUNG


BUKIT INDERA MUDA, KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

ABSTRAK

Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti proses-proses di dalam adat perkahwinan kaum
Melayu di Kampung Bukit Indera Muda, Kubang Semang. Kajian ini mengemukakan dua
objektif kajian iaitu mengenal pasti proses-proses yang terlibat di dalam adat perkahwinan kaum
Melayu di Kampung Bukit Indera Muda, Kubang Semang dan persepsi masyarakat setempat
tentang adat perkahwinan kaum Melayu di Kampung Bukit Indera Muda, Kubang Semang.
Kajian ini dilakukan di Kampung Bukit Indera Muda, Kubang Semang, Bukit Mertajam.
Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, temu bual dan rujukan.
Sampel kajian seramai 30 orang responden iaitu masyarakat di kampung tersebut. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa proses yang terlibat di dalam adat perkahwinan kaum Melayu ialah
merisik, meminang, berinai, berandam dan berasah gigi, akad nikah serta bersanding.
Berdasarkan soal selidik yang dilakukan, persepsi masyarakat terhadap adat perkahwinan kaum
Melayu ialah amat bersetuju dengan adat yang dilakukan di dalam perkahwinan kaum Melayu
perlu diteruskan. Kesimpulannya, proses-proses yang terdapat di dalam adat perkahwinan kaum
Melayu masih dikekalkan hingga kini walaupun ada yang sudah tidak diamalkan lagi.

You might also like