You are on page 1of 11

Skala pengukuran terbahagi kepada empat jenis.

Antaranya skala nominal, skala ordinal, skala sela dan


skala nisbah.

Skala Nominal

Skala nominal adalah skala pengukuran paling sederhana yang digunakan untuk menklasifikasi objek,
individu atau kelompok; sebagai contoh mengklasifikasi jantina, agama, pekerjaan, dan area geografi.
Skala nominal ini juga menggunakan angka-angka sebagai symbol. Pengukuran nominal ini hanya
bertujuan untuk menempatkan atau membezakan dua atau lebih kategori yang sesuai, serta mengetahui
2 kriteria yang digunakan dalam menempatkan individu atau objek ke dalam kategori tersebut.

Perwakilan nombor bagi 2 jantina ialah 1 - Lelaki 2 - Perempuan

SKALA ORDINAL

Mlihat kepada skala ordinal, data disusun mengikut hierarki. Pengukuran menggunakan skala ordinal
akan menyusun data daripada yang rendah kepada yang tinggi atau sebaliknya. Daripada yang kurang
cemerlang kepada yang paling cemerlang atau sebaliknya. Skala ordinal hanya menyusun mengikut
hieraki untuk melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu
yang lain. Kedudukan skor atau kebolehan yang disusun itu tidak sama magnitudnya atau perbezaannya
- hanya menunjukkan satu individu itu skornya dari atas atau dari bawah.

Contoh yang menunujukkan skala ordinal boleh difahami dengan jelas ialah : Guru menyusun skor
peperiksaan Sirah dari markah yang paling tinggi kepada markah yang paling rendah.

SKALA SELA

Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan norminal tetapi ditambah
satu lagi sifat yang tidak dapat dalam skala nominal dan skala ordinal iaitu perbezaan antara nilai-nilai
tidak dapat ditafsirkan. Pada skala ini yang dijumlahkan bukanlah kuantiti tetapi sela atau jarak dan tidak
terdapat nilai sifar

Contoh yang boleh menerangkan maksud skal sela adalah seperti markah peperiksaan murid A dan
murid B . Jika markah peperiksaan akhir bagi murid A ialah 90 % dan murid B ialah 80%, kita boleh
katakan wujud perbezaan markah di antara pelajar A dan B, iaitu pelajar A lebih tinggi markah berbanding
pelajar B. Bagaimanapun kita tidak boleh katakan bahawa pelajar A lebih cerdik berbanding pelajar B.
Nilai 0 (sifar) dalam skala sela bermakna tidak ada apa-apa pun yang diukur. Contohnya murid A dan B
beza jaraknya adalah 10 sela sama dengan murid C dan murid D iaitu 10 sela. Titik sifar sudah
ditentukan.

Skala nisbah

Penerangan skala nisbah adalah menunjukkan skala pengukuran tertinggi dan ia memiliki sifat-sifat skala
nominal, skala ordinal dan skala sela yang dilengkapi dengan titik sifar. Ini kerana angka sifar pada skala
dapat dibuat perkalian atau pembahagian.

Contoh yang dapat menerangkan skala nisbah seperti : Wafi mempunyai ketinggian sebanyak 75 inci dan
Omar Farid pula 40 inci. Maka dengan contoh yang diberikan dapat disimpulkan bahawa Wafi adalah
lebih tinggi daripada Omar Farid.
Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat seterusnya membuat penghakiman dan
pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan
satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran,
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran (LPM, 2000). Aspek-aspek utama dalam pentaksiran Instrumen, Kumpulan yang ditaksir
Respon, Kumpulan yang penaksir dan Skor. Tujuan Pentaksiran adalah adalah Proses mendapatkan
gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Ianya juga menilai aktiviti yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran
dan pembelajaran serta memperbaiki pengajaran pembelajaran.

2. Pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif

Perbandingan diantara ciri-ciri pentaksiran formatif dan sumatif dapat dijelaskan dalam
jadual dibawah. Kedua- dua pentaksiran ini memberi penjelasan yang berbeza.

Ciri Formatif Sumatif

Satu jenis ujian formal atau tak formal Satu jenis ujian formal untuk
untuk mengesan tahap penguasaan dan mengesan tahap pencapaian
Pengertian kemajuan murid di dalam kelas. dalam sesuatu tap persekolahan.

Mengesan pencapaian murid


Mengesan penguasaan dan kemajuan
berdasarkan beberapa unit
murid untuk membaiki kelemahan
pembelajaran dan pemeringkatan
Tujuan dengan kada segera.
gred murid di dalam kelas.

Menjalankan ujian formal atau tidak Menjalankan ujian formal dalam


formal semasa sesi pengajaran dan beberapa waktu berdasarkan
pembelajaran sama ada dibuat secara ketetapan jadual secara individu
Aktiviti individu, kumpulan atau menyeluruh. mengikut kelas.

Semasa semester pertama


Semasa sesi pengajaran dilakukan atau
Masa (pertengahan tahun) dan
setiap hujung bulan.
semester kedua (akhir tahun).

Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi Ujian formal adalah ujian kertas
soaljawab), atau formal (ujian bulan) pensel atau ujian, lisan dalam
melibatkan ujian kertas pensel dam masa jangka masa yang ditetapkan
Bentuk
yang singkat. mengikut kesesuaiannya.

Secara individu, secara kumpulan atau


Sasaran Secara kelas
kelas.

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak Meliputi beberapa unit


Liputan formal) atau beberapa kemahiran (ujian pembelajaran atau sesuatu tahap
formal) persekolahan

Tiada (bagi ujian tidak formal) dan


Penggunaan rekod profil atau
Rekod penggunaan senarai semak atau rekod
pensijilan.
prestasi (bagi ujian formal)

Membetulkan kelemahan dengan kadar Menempatkan murid kumpulan


segera atau menjalankan aktiviti atau kelas yang sesuai.
pengayaan atau pemulihan di dalam
kelas. Merancan g dan
mengubahsuai pelajaran atau
kurikulum.
Tindakan
Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan

Item objektif dan item subjektif

Item Objektif Dan Item Subjektif

Item Objektif : Item objektif merujuk kepada soalan berbentuk objektif dan ianya dibentuk daripada
beberapa item yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang
sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa. Item objektif ini sesuai digunakan untuk mentaksir
pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir murid. Soalan objektif mempunyai jawapan
tepat, tertentu dan spesifik seperti soalan betul atau salah, aneka pilihan, padanan dan pelengkap.
Semua soalan ini mempunyai jawapan yang tertentu sama ada betul atau salah, jawapan daripada aneka
pilihan yang betul, padanan yang betul dan perkataan pelengkap yang betul. Oleh itu, murid harus
memilih pilihan jawapan yang betul dan paling baik.

Item subjektif : Item subjektif boleh dimaksudkan dengan item yang mempunyai jawapan terbuka dan
bebas. Ianya berbentuk soala yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item ini digunakan
untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. item subjektif sangat sesuai untuk
mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis,mensintesis,
membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan,yang memerlukan kemahiran berfikir. Item
subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga
panjang atau pendek jawapan tersebut. Pada kebiasaanya kita dapat lihat bahawa Item subjektif ini juga
boleh berbentuk esei, sama ada mempunyai jawapan yang pendek, sederhana atau panjang.

Jenis-Jenis Item Objektif boleh dibahgiakan kepada 2 jenis iaitu item respon bebas dan respon tetap.

Item respon bebas : memerlukan murid meneliti soalan dan menulis sendiri jawapan yang difikirkan
betul. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk
melengkapkan penyataan. Jenis item respon bebas seperti :-

i) Jawapan pendek : Ialah soalan yang boleh dijawab dengan satu perkataan atau satu ayat atau dalam
bentu nombor. Kadangkala memelukan pelajar menjawab menggunakan lebih dari satu perkataan.

Bilakah Nabi Muhammad diputerakan ?

_____________________
ii) Melengkapkan ayat : Ianya ditulis dalam bentuk satu ayat dengan perkataan, atau ragkaian kata
tertentu ditinggalkan dan digantikan dengan tempat kosong untuk diisikan oleh pelajar.

Menunaikan ibadat haji termasuk dalam rukun ____________

iii) Item Perkaitan : Ialah satu senarai perkataan atau peristiwa diberi dan murid dikehendaki memberi
jawapan yang berkaitan dengan perkataan di sebelahnya.

Contoh : Tuliskan nama-nama kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi berikut:

a) Nabi Muhammad : ___________________

b) Nabi Musa : _____________________

c) Nabi Isa : _____________________

d) Nabi Daud : ___________________

Item respon tetap : setiap soalan mempunyai pilihan jawapan yang terdiri daripada dua atau lebih
pilihan serta memerlukan murid memikir dan memilih satu jawapan yang paling betul dan tepat. Jenis
item respon tetap seperti :-

i) Format salah betul :

Nabi Muhammad digelar Al-Amin.

(Betul / Salah)

ii) Padanan :

Contoh soalan, murid diminta memadankan perkara di sebelah kanan untuk dipadankan dengan perkara
di sebelah kiri.

Nama Solat Bilangan Rakaat

Subuh 4 Rakaat

Maghrib 3 Rakaat
Zohor 2 Rakaat

iii) Aneka pilihan : Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan
tindak balas terbatas. Bentuk soalan boleh dibahgiakan kepada 3 bahgian. Stimulus : merupakan
bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus bertujuan untuk memberi rangsangan minda
kepada murid dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan. Stam : merupakan bahagian soalan yang
mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan. Jawapan
pilihan : merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol,
frasa, gamba rajah, jadual dan lain-lain.

Contoh soalan :

Siapakan Nama Nabi Yang Terakhir?

A. Isa

B. Musa

C. Muhammad

D. Ibrahim

Jenis-jenis item subjektif

Jenis-Jenis Item subjektif boleh dibahgiakan kepada 2 jenis iaitu item jawapan tidak terhad dan jawapan
pendek.

a) Jawapan Tidak Terhad

Esei - Ujian esei digunakan dengan tujuan untuk melihat kebolehan pelajar mengeluarkan pendapat.
Selain itu ianya digunakan adalah untuk menganalisis secara lebih mendalam tentang idea yang
diberikan. Aras soalan yang perlu dikenal pasti kerana item esei amat bergantung kepada hasil atau
bentuk jawapan yang dikehendaki. Terdapat Dua bentuk item esei iaitu item terbuka dan item berpandu.

Item Terbuka : Bentuk soalan ini memerlukan pelajar menulis tentang sesuatu topik yg dikemukakan
dalam ayat yg lengkap, perenggan atau dalam yang lebih panjang.

Item Berpandu : Memerlukan pelajar menulis tentang sesuatu topik atau masalah yang dikemukakan
dalam ayat yang lengkap, perenggan atau karangan yang lebih panjang tetapi perlu mengikut arahan dan
tuntutan yg diberi.

b) Jawapan Pendek

Ianya juga boleh dibahagikan kepada dua bahagi iaitu Jawapan pendek /jawapan gerak balas terhad dan
Ujian berstruktur

i. Jawapan pendek /jawapan gerak balas terhad - Solan yang menentukan bentuk dan
batasan kandungan gerakbalas calon / gerakbalas yg ringkas.
Contoh : apakah pengetian Solat Fardhu?

ii. Ujian berstruktur

Contoh: Tuliskan 3 jenis air untuk bersuci

I. .

II.

III.

1. Bina satu soalan objektif jenis pelengkap dan berjawapan pendek (Isi tempat kosong)

Memerlukan calon melengkapkan / memenuhkan ruang kosong bagi sesuatu ayat


dengan perkataan atau frasa pendek

Contoh soalan :

1 - Omar makan beberapa ___________ durian

2 - Namakan ibu Negeri Selangor


_______________________

2 - kelebihan jenis soalan objektif pelengkap dan berjawapan pendek daripada jenis
soalan objektif pelbagai pilihan (multiple-choice objective questions) ianya
merangkumi satu pilihan jawapan yang betul sahaja. Selain itu, soalan berbentuk
pelengkap dan berjawapan pendek dapat mengurangkan tekaan bagi pelajar yang
menjawab soalan tersebut. Ianya boleh diperiksa secara objektif dan soalan
berbentuk ini mudah dan cepat dibina. Soalan berbentuk ini juga akan memberikan
kebebasan kepada murid untuk memikirkan dan menulis jawapan sendiri. Soalan jenis ini termasuk
dalam bahagian item respon bebas. Soalan berbentuk ini membantu guru untuk menilai tulisan murid,
ejaan murid dan apakah jawapan yang betul yang ditulis oleh murid.

1- Bezakan maksud Pentaksiran rujukan norma daripada Pentaksiran rujukan


kriteria.

Ujian Rujukan Norma (URN) bertujuan untuk membandingkan pelajar antara


pelajar/kumpulan manakala Ujian Rujukan Kriteria (URK) bertujuan untuk melihat
perbandingan melalui kriteria tertentu. Berikut adalah perbezaan antara URN dan
URK.
Konsep Ujian Rujukan Norma (URN) adalah Membandingkan pencapaian pelajar
dengan pelajar/kumpulan yg lain manakala Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu.

Tujuan Ujian Rujukan Norma (URN) - Banding pencapaian antara pelajar/kumpulan


pelajar - Tentukan pencapaian lulus/gagal, lemah/sederhana/cemerlang - Pilih
pelajar utk iktiraf - beri sijil Ujian Rujukan Kriteria (URK) - Tentukan tahap
penguasaan kemahiran mengikut kriteria yg ditetapkan - Baiki P&P berdasarkan
keputusan ujian

Ciri-Ciri Soalan Ujian Rujukan Norma (URN) - Bermula dengan mudah - sederhana -
dan sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yg tinggi. Ujian Rujukan Kriteria
(URK) - Hampir sama peringkat kesukaran dan berdasarkan kriteria/objektif
pelajaran

Ciri-Ciri Ujian Ujian Rujukan Norma (URN) - Penentuan gred. Ujian Rujukan Kriteria
(URK) - Tiada gred - lulus/gagal sahaja

Cakupan Ujian Rujukan Norma (URN) - Meliputi tajuk/kandungan yang lebih luas.
Ujian Rujukan Kriteria (URK) - Tumpuan kpd tajuk khusus

Contoh Ujian Ujian Rujukan Norma (URN) - Peperiksaan Penggal, UPSR, PMR, SPM,
STPM. Ujian Rujukan Kriteria (URK) - Ujian pendek, tugasan, latihan dan soal jawab
dlm bilik darjah

2- Berikan contoh-contoh untuk menjelaskannya.

Pentaksiran Rujukan Norma : Ujian Prestasi, Peperiksaan Pertengahan Tahun,


Peperiksaan Akhir Tahun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) , Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) , Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pentaksiran Rujukan Kriteria : Ujian pendek, tugasan, latihan dan soal jawab dlm bilik darjah.

Contohnya, Ujian Menulis Jawi dalam kelas:

Tugasan : Menulis 5 nama haiwan yang telah disebut oleh guru dalam tulisan Jawi

Syarat : Mengguna buku tulis dan pensil

Piawaian :
- Menulis semua jawapan dengan kemas dan betul

- Murid yang mendapat markah 6 keatas daripada 10 markah dikira lulus dan sebaliknya dikira gagal.

3- Huraikan maksud Pentaksiran Alternatif (Pentaksiran authentik)

Pentaksiran Alternatif juga merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang
ditunjukkan oleh pelajar di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini secara amnya
menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang mana ianya tidak dapat
dinilai dan ditaksir dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa. Ia bertujuan untuk mendedahkan
kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan
terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya Pentaksiran ini
banyak meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuanpelajar, pemahaman
mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadappersekitaran, dan simulasi terhadap
situasi dunia sebenar. Contoh-contoh pentaksiran alternatif yang kita boleh lihat adalah melalui projek,
kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. Ianya benyak membantu murid dalam melakukan
proses kendiri yang melibatkan hasil kerja sendiri. Selain itu dalam pentaksiran ini ianya memberikan
pelajar peluang dan cara untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis
dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Tambahan pula ianya juga
merupakan suatu proses yang melibatkanpelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek
tahap pembelajaran pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

4- Bagaimanakah guru melaksanakan pentaksiran alternatif dengan berkesan. Terdapat pelbagai


cara yang boleh diketengahkan untuk melaksanakan pentaksiran alternative secara berkesan
antaranya ialah dengan melakukan penilaian kemajuan melalui guru dan pencapaian tertentu murid
berdasarkan dailog yang dilakukan guru bersama murid dalam bilik darjah. Boleh juga dikenali sebagai
persidangan dan ianya sangat memberi kesan yang sangat positif terhadap sesuatu pentaksiran yang
dilakukan. Selain itu, Pemerhatian guru sangat berkesan yang mana guru boleh memerhatikan murid
dengan menggunakan senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya untuk merekodkan prestasi
murid yang terlibat dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu melalui pelbagai tugas atau aktiviti.
Pentaksiran rakan sebaya juga boleh diutarakan yang mana dalam aktiviti ini murid menilai kerja antara
satu sama lain dengan kriteria penilaian yang dibangunkan oleh guru atau murid-murid.

Melakukan pentaksiran kerja kursus atau portfolio juga sangat memberi kesan yang baik dalam
melakukan atau melaksanakan pentaksiran alternative yang mana hasil kerja kursus/portfolio murid
direkodkan secara yang teratur dan sistematik dalam koleksi bahan-bahan yang dipersetujui oleh murid
atau guru, menjangkaui tempoh masa, menggambarkan proses pembelajaran, perkembangan dan
pencapaian murid dalam bilik darjah. Dengan melakukan pentaksiran prestasi pelajar dikehendaki untuk
mencipta sesuatu produk atau merumuskan tindak balas yang menunjukkan penguasaan dalam
kemahiran atau kefahaman tentang proses atau konsep. Lazimnya, pentaksiran prestasi autentik kerana
distrukturkan berdasarkan sesuatu masalah atau situasi sebenar. Pentaksiran kendiri juga perlu
dititiberatkan dalam hal ini yang mana pelajar perlu memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan
kriteria taksiran yang dibangunkan oleh guru atau pelajar.
1.

You might also like