You are on page 1of 2

BACAAN DOA

.

.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran
atas iradat dan qudratMu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk
berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Karnival Keusahawanan
Pameran Dan Promosi Industri Kecil & Sederhana ( IKS)

Ya Allah, Ya Munzilarrahmah wa Ya Fatihalbarakah


Berkatilah dan permudahkanlah perjalanan Seminar ini. Jadikanlah ia
seumpama sebuah taman di antara taman-taman syurga. Berilah peluang kepada
kami untuk bertukar idea, ilmu dan pandangan dalam mewujudkan budaya
penyelidikan yang menyumbang ke arah pembentukan Universiti Penyelidikan.
Dan jadikanlah program ini sebagai pencetus inovasi, isu-isu dan cabaran ke
arah kemapanan keusahawanan.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar


Kau terangilah hati kami dengan cahaya petunjukMu, sebagaimana Engkau
menerangi bumi ini dengan cahaya matahariMu; selama-lamanya. Bukakanlah
kepada kami hikmah-hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami daripada
khazanah-khazanah rahmatMu.

Ya Allah, Ya Zal Jalali wal Ikram


Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman dan
bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan
generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia
dan juga di akhirat.
BACAAN DOA



.

.



.
.
.

You might also like