You are on page 1of 2

PUTERI NUR FATIHA BT MEGAT NURDIN

( CF160002 )

PROSES MEWARTAKAN UNDANG UNDANG


OBJEKTIF
- Sebagai panduan bagi menerangkan mengenai cara-cara dan proses yang perlu dibuat
oleh pihak Kementerian atau agensi-agensi di bawah Kementerian apabila hendak
mewartakan sesuatu perintah, notis, pemberitahuan atau pelantikan.
- Setiap perintah, notis, pemberitahuan atau pelantikan yang dibuat tersebut tidak boleh
dikuat kuasakan selagi ianya belum diwartakan.
PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
- Pejabat Penasihat Undang-Undang, KKR adalah bertanggungjawab bagi mewartakan
sesuatu perintah, notis, pemberitahuan atau pelantikan yang dibuat oleh pihak
Kementerian Kerja Raya atau agensi-agensi di bawah Kementerian.
PROSES KERJA
1. Pejabat Penasihat Undang-Undang menerima draf pewartaan mengenai sesuatu perkara
yang hendak diwartakan daripada KKR/JKR. ( 1 bulan sebelum daripada tarikh kuat
kuasa warta )
2. Rekod dalam daftar.
3. Penasihat Undang-Undang (PUU) akan menyemak draf pewartaan yang dikemukakan
dan :
a) Membuat kajia undang undang/nas kes; dan/atau
b) Akan memanggil mesyuarat untuk membincangkan draf tersebut sebelum
dikemukakan ke Jabatab Peguam Negara ( JPN ) untuk diluluskan.
4. Draf pewartaan akan dihantar ke Bahagian Gubalan, JPN untuk semakan kali kedua
dan kelulusan selepas draf pewartaan lebih teratur dari segi penggubalan dan
perundangan.
5. JPN akan membuat semakan kali kedua dan :
a) Membuat kajian undang undang/nas kes dan/atau
b) Akan memanggil mesyuarat untuk membincangkan draf tersebut dan/atau
c) Mengemukakan isu yang perlu dijawab oleh Kementerian/agensi dan/atau
d) Akan meluluskan draf sekiranya telah teratur.
6. Terima draf pewartaan yang telah diluluskan daripada Bahagian Gubalan, Jabatan
Peguam Negara.
7. Membuat pindaan/pembetulan ( Ditandatangi oleh YB Menteri bagi pewartaan yang
memerlukan tandatangan YB Menteri )
8. Kemukakan semula ke Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara untuk pewartaan.
9. Draf diwartakan dan berkuat kuasa.

Contoh :
Sinar harian, 26 April 2014 : Terangganu warta fatwa haram Syiah
KUALA TERENGGANU Kerajaan negeri akan mewartakan fatwa pengharaman fahaman
Syiah di Terengganu dalam masa terdekat. Mufti Terengganu, Dr Zulkifly Muda berkata, fatwa
anti-Syiah dikeluarkan pada 18 Ogos 2013, selepas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri
Terengganu dan proses pewartaan serta penggazetan sedang dijalankan.
Sekarang, ia di pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk proses penelitian sighah.
Kalau tidak ada apa-apa masalah, proses gazet itu selesai tidak lama lagi, katanya.
Menurutnya, fatwa mengharamkan itu termasuk dalam segala bentuk perlakuan sama ada
penyebaran, aktiviti, video, penulisan, pengajaran, pengamalan dan perkara-perkara lain
berkaitan syiah. Dr Zulkifly berkata, beliau menyampaikan maklumat tersebut bagi memberi
penjelasan kepada rakyat negeri ini berikutan timbulnya cadangan beberapa pihak mahu fatwa
Syiah diwujud serta digazetkan. Malah katanya, penerangan tentang fatwa dan bahayanya
fahaman Syiah telah dibuat di Terengganu dengan penglibatan Jabatan Mufti sendiri
memberikan ceramah. Berhubung isu Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Terengganu Tahun 2001 iaitu melalui rujukan kesalahan kepada Enakmen Islam Jenayah
Syariah (Takzir) (Terengganu 2001) melibatkan isu akidah yang masih tidak jelas mengenai
Syiah katanya, ia masih terpakai walaupun tidak menyebut tentang Syiah secara
terperinci.Cuma fatwa pada 18 Ogos itu, memperincikan larangan secara langsung kepada
rakyat Terengganu daripada menerima ajaran Syiah.Jawatankuasa Fatwa Negeri bercadang
menggazetkan fatwa anti-Syiah ini berserta dengan fatwa anti-hadis dan anti-Kassim Ahmad
yang dibuat pada 9 Mac lalu, walaupun proses penggazetan fatwa anti hadis belum dimulakan
lagi, katanya. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib
mengesahkan negeri Terengganu bebas daripada fahaman Syiah. Kerajaan negeri turut
menegaskan tiada individu terlibat dan ditangkap berkaitan fahaman Syiah di Terengganu dan
penyebaran risalah berkaitan ajaran itu hanya provokasi.

You might also like