You are on page 1of 1

Permainan Tradisional

Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada khazanah dan warisan yang menjadi
kebanggaan negara kita Malaysia. Walaupun zaman telah berubah dan negara semakin maju, permainan
tradisional tetap tidak dilupakan. Antara permainan itu ialah wau. Permainan wau biasanya dimainkan di
Pantai Timur khususnya negeri Kelatan Darul Naim. Selain untuk tujuan mengisi masa lapang, permainan
wau turut dijadikan aktiviti pertandingan.
Permainan tradisional yang digemari oleh kaum wanita ialah congkak. Permainan ini biasanya
dimainkan secara berpasangan, iaitu dua orang. Permainan ini juga biasanya dimainkan untuk mengisi
masa lapang. Alat yang digunakan ialah lubang congkak yang diperbuat daripada kayu atau papan tebal
dan buah guli atau biji getah.
Sepak takraw merupakan permainan tradisional yang masih digemari hingga ke hari ini. Bahkan
sepak takraw sudah menjadi permainan yang dipertandingkan di kejohanan yang melibatkan negara-
negara ASEAN. Permainan ini popular dalam kalangan istana zaman dahulu.
Selain itu, gasing juga merupakan permainan tradisional yang terkenal di Pantai Timur. Gasing
direka dalam pelbagai bentuk dan kepakaran pembuatnya. Gasing juga merupakan permainan tradisional
yang sering dipertandingkan.
Jelas kepada kita bahawa permainan tradisional masih diminati hingga kini. Sebagai generasi
muda, kita sentiasa menghargai dan menjaganya. Inilah satu-satunya khazanah yang perlu diwarisi oleh
generasi akan datang.

You might also like