You are on page 1of 3

Simpulan Bahasa

1. Saya mempunyai seorang adik. Dia ( anak bongsu / anak sulung ) dalam
keluarga.
2. Jenny anak pertama Encik Lee. Dia ( anak bongsu / anak sulung )
dalam keluarga.
3. Saya tidak mempunyai adik-beradik. Saya ( anak emas / anak
tunggal ) dalam keluarga.
4. Lily amat disayangi Puan Anita. Dia ( anak emas / anak tunggal ) Puan
Anita.
5. ( Anak yatim / Yatim piatu ) itu menjadi pengemis sejak kematian ibu
dan bapa.
6. Bapa Ismail telah meninggal dunia. Dia seorang ( anak yatim / yatim
piatu ).
7. Leo yang ( baik hati / murah hati ) membantu orang buta itu melintasi
jalan.
8. Orang kaya yang ( baik hati / murah hati ) itu sentiasa menderma
wang.
9. Kejayaan Mandy menjadi ( buah tangan / buah mulut ) penduduk
kampungnya.
10.Kami membawa ( buah tangan / buah mulut ) ketika melawat guru di
hospital.
11. Orang tua itu rajin belajar untuk menjadi seorang yang ( buta huruf /
celik huruf ).
12.Nenek saya tidak tahu membaca. Dia seorang yang ( buta huruf /
celik huruf).
13.Alan ( anak bongsu / anak sulung ) dalam keluarga. Dia mempunyai tiga
orang adik.
14. Mereka menjadi ( anak yatim / yatim piatu ) sejak ibu bapa mereka
meninggal dunia.
15.Daniel yang ( baik hati / murah hati ) telah menyelamatkan kucing
yang terjatuh ke dalam longkang itu.
16.Datuk dan nenek yang datang dari kampung telah membawa ( buah
mulut / buah tangan ) untuk kami.
17.Cikgu Lim mengajar pelajar yang ( buta huruf / celik huruf ) itu
mengenali huruf abjad.
18.Dermawan yang ( baik hati / murah hati ) itu dihormati orang ramai.
19.Lelaki yang ( buta huruf / celik huruf ) itu susah mendapat pekerjaan
kerana tidak tahu membaca dan menulis.
20. Kejayaan Datuk Lee Chong Wei dalam bidang sukan badminton
menjadi ( buah mulut / buah tangan ) rakyat negara.
21.Encik Ali dan isterinya berasa gembira kerana mendapat ( cahaya
mata / rambang mata ) yang pertama.
22. Ibu menjadi ( cahaya mata / rambang mata ) apabila melihat kasut-
kasut di rak itu.
23. Kanak-kanak itu ber(cakar ayam / kaki ayam) ketika bermain di
padang.
24. Kerja sekolah adik perlu dibuat semula kerana tulisannya yang (
cakar ayam / kaki ayam ).
25. ( Kaki bangku / Kaki botol ) itu memandu dalam keadaan mabuk.
26. ( Kaki bangku / Kaki botol ) itu hanya melihat kawan-kawannya
bermain bola.
27. Ibu ( makan angin / naik angin ) apabila mendapati pasu
kesayangannya telah pecah.
28. Kami sekeluarga ( makan angin / naik angin ) di Melaka pada cuti
sekolah yang lalu.
29. Murid yang ( panjang tangan / bekas tangan ) itu selalu mencuri
buku di perpustakaan.
30. Bakul-bakul itu adalah ( panjang tangan / bekas tangan ) seorang
budak.
31.Jimmy tidak disukai rakan kerana sikapnya yang ( ringan tulang /
berat tulang ).
32. Pekebun yang ( ringan tulang / berat tulang ) itu bekerja dari awal
pagi.
33. ( Kaki botol / Kaki bangku ) itu selalu memukul anaknya apabila
dalam keadaan mabuk.
34. Cikgu Lee tidak dapat membaca tulisan ( kaki ayam / cakar ayam ).
35. Kami akan ( naik angin / makan angin ) di Pulau Langkawi pada
minggu hadapan.
36. Tikar ini adalah ( bekas tangan / panjang tangan ) nenek.
37. ( Cahaya mata / Rambang mata ) Encik Wong bernama Jeff.
38. Abang ( naik angin / makan angin ) kerana adik menconteng buku
latihannya.
39. Murid yang ( bekas tangan / panjang tangan ) itu telah didenda oleh
guru disiplin.
40. Pekerja yang ( ringan tulang / berat tulang ) itu selalu tidak dapat
menyiapkan kerjanya dalam masa yang ditentukan.

You might also like