You are on page 1of 3

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia.

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran

membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran-kemahiran ini merupakan asas dan juga

keperluan kepada murid dalam kehidupan mereka.

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia

(2012) yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran membaca

merujuk kepada kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jedda dan

kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan

penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca.

Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk

aktiviti mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi

makna kepada seseorang individu . Menurut Yahya Othman (2005) tujuan membaca bagi

memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca.
Kemahiran membaca ini perlu diajar sejak seseorang insan atau murid itu pada

peringkat awal lagi iaitu peringkat kanak-kanak. Dengan ini, mereka akan dapat

menguasai kemahiran membaca apabila masuk ke alam persekolahan nanti kerana

membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan

menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya

mentafsirkan maksudnya. Sekiranya mereka sudah mempunyai asas untuk membaca

pada usia kanak-kanak, tidak mustahil mereka akan boleh menguasainya pada alam

persekolahan.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Pos Raya, 31300 Jalan Cameron Highlands,

Simpang Pulai, Perak. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah Orang Asli yang

majoritinya merupakan suku kaum Temiar. Sekolah ini juga serba kekurangan dari segi

fasiliti dan perhubungan seperti talian komunikasi yang kadang-kala terputus talian.

Bukan itu sahaja, bangunan kelas tidak mencukupi sehinggakan tahun lima dan tahun

enam dijadikan satu kelas. Tahun empat Orkid ditempatkan di kuarters guru. Jika

diikutkan, kelas dibahagikan kepada dua iaitu Orkid (cemerlang) dan Melur (lemah).

Berdasarkan jadual tugas yang diberikan, saya perlu mengajar kelas tahun lima

Orkid dan tiga Orkid. Bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya mengajar kedua-dua

kelas. Manakala, bagi matapelajaran Pendidikan Moral, saya mengajar tahun lima

You might also like