You are on page 1of 3

PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN

TUJUAN

Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen :

Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja


Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang
Persaraan Diperbadankan (KWAP)

KELAYAKAN MEMOHON

1. Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
ATAU
2. Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA

SYARAT- SYARAT PENGELUARAN

1. Telah disahkan taraf pekerja berpencen dari JPA


2. Ahli tidak layak memohon sekiranya ahli adalah anggota tentera yang bersara secara pilihan

KELAYAKAN PENGELUARAN

Ahli boleh mengeluarkan caruman pekerja berserta dividen sekiranya masih mempunyai baki simpanan di KWSP setelah
pengembalian caruman syer kerajaan kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Bukan lagi pekerja mengikut definisi Akta KWSP kerana dianggap telah membuat pengeluaran kesemua simpanan
2. Sekiranya bekerja semula dengan pihak swasta, wajib mencarum kepada KWSP dengan menggunakan nombor
keahlian yang sama
3. Sekiranya ahli ingin terus mencarum kepada KWSP, selepas membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, ahli boleh
memilih untuk mencarum semula di bawah kategori orang bekerja sendiri
4. Sekiranya ahli pernah membuat pindahan pelaburan, KWSP akan melepaskan kawalan ke atas amaun yang
dilaburkan selepas ahli membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen

Tarikh Cetakan : V01/01/2017


KAEDAH BAYARAN

Bayaran Dalam Malaysia


Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank

Bayaran Luar Malaysia


Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing Jenis matawang adalah seperti berikut :-

Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan
oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam
senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

KEPERLUAN DOKUMEN-DOKUMEN UTAMA

1. Borang Pengeluaran KWSP 9J (AHL)


2. Salinan kad pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
3. Lampiran A Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan (mengikut format KWSP) Rasional > Majikan mengesahkan
ahli telah diberi status pekerja berpencen
4. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank
semasa membuat permohonan)

Dokumen Tambahan
Surat pengesahan Majikan (ahli anggota polis) Rasional > sekiranya tiada dokumen lain yang boleh dibuat rujukan
silang antara no. polis dan no. K/P awam merujuk orang yang sama
Borang KWSP 3 (pindaan) jika CIJ gagal di kaunter/ permohonan melalui pos
Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah dibenarkan
(Lain-lain dokumen tambahan tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa)

Dokumen Sokongan
Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pekerja Berpencen untuk semua dokumen yang diperlukan di laman
web KWSP dan kaunter
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan

Tarikh Cetakan : V01/01/2017


NOTA AMARAN

Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu
Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu,
pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu
tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta
KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

PERTANYAAN

Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :-

Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran


Pusat Pengurusan Perhubungan. Tel: 03-8922 6000
Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan
dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat
lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.

Anda Keutamaan Kami

Tarikh Cetakan : V01/01/2017

You might also like