You are on page 1of 1

RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling sesuai
diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai kaedah
pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan
pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan
jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting
seperti pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan media,
analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan.

Hasil daripada model ini, kaedah pengajaran yang dijalankan akan lebih efektif
dan objektif pengajaran tercapai. Model ASSURE mempunyai asas yang kukuh
dijadikan panduan pembinaan bahan media pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
demikian berdasarkan kajian lalu, model ini bukan sahaja memberi panduan kepada
guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahkan ciri-ciri yang terkandung dalam
model ini mampu menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

Sekiranya model ASSURE ini diguna pakai sepenuhnya dalam menyedia dan
membina bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran, sudah tentu murid-murid
akan ternanti-nanti apakah yang hendak diajar oleh guru tersebut. Proses pengajaran
akan menjadi interaktif, mudah dan teratur.

Kesimpulannya, seseorang guru haruslah cekap dan bertanggungjawab dalam


mengurus media dan sumber pendidikan. Di samping itu guru harus mahir dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keberkesanan penggunaan
media pengajaran dengan mengaplikasikan kemahiran menggunakan pelbagai media.
Maka, pemilihan dan penggunaan media yang dilakukan secara sistematik akan dapat
memastikan guru dapat membuat pilihan media yang tepat dan sesuai secara optimum
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

26

You might also like