You are on page 1of 2

Tajuk : Pembinaan sebuah parkir bertingkat di Universiti Malaya.

Umum mengetahui bahawa Universiti Malaya berada di kawasan bandar Kuala


Lumpur yang cukup sesak dengan kenderaan yang keluar masuk di kawasan kampus. Malah
dengan jumlah pelajar, pensyarah dan staff yang melebih 25 000 orang cukup untuk
menggambarkan keadaan lalu lintas di Universiti Malaya. Dengan keadaan dan situasi
sebegini, ianya menyebabkan kesukaran kepada warga kampus untuk tiba di destinasi pada
waktu yang telah ditetapkan. Kesukaran ini umumnya dihadapi oleh pelajar kerana pihak
pentadbiran dan staff universiti mempunyai kawasan parkir khas untuk mereka dan kawasan
parkir ini dipasang dengan kelengkapan keselamatan seperti palang dan pengimbas kad
eletronik.

Pelajar pula terpaksa berebut kawasan parkir dan meluangkan masa yang agak lama
untuk mencari kawasan parkir yang sesuai. Keadaan ini menyebabkan pelajar lewat untuk
hadir ke kuliah, mesyuarat dan sebagainya. Malah sekiranya berlaku kecemasan ketika dalam
keadaan yang sesak di dalam kampus, ianya akan memudaratkan mangsa. Perkara ini
diburukan lagi dengan jalan raya di dalam kampus yang hanya mempunyai dua lorong.

Untuk itu, adalah rasional bagi pembinaan sebuah parkir bertingkat di dalam Kampus
Universiti Malaya. Parkir bertingkat tersebut sesuai untuk dibina di kawasan tumpuan awam
seperti lot parkir di belakang UM Sentral dan parkir bertingkat tersebut akan dilengkapi
dengan pengimbas kad eletronik, khas dan inklusif kepada warga Kampus. Dan andai kos
pembinaan dipertikaikan, servis Touch n Go boleh diimplementasikan bagi mendapatkan
wang yang telah digunakan dalam pembinaan tersebut walapun dalam jangka masa yang
panjang.

Usul ini adalah untuk kesejahteraan warga kampus sekalian dalam jangka masa yang
panjang. Walaupun ia mungkin kelihatan sukar, namun ia adalah sebuah inisiatif yang penting
kepada warga kampus.

Mohd Hazwan bin Said


Presiden Kolej Kediaman Kesembilan,
SPKUM.
019 494 5374

You might also like