You are on page 1of 14

GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

1.0 PENGENALAN

Pertambahan penduduk di kawasan bandar akibat daripada faktor ekonomi,sosial dan

budaya mengakibatkan pertumbuhan petempatan bandar menjadi pesat sehingga terjadinya

urbanisasi bandar. Kawasan sekitar bandar telah dimajukan dengan kawasan perumahan, menaik

taraf jalan perhubungan dan kemudahan awam. Perubahan demi perubahan yang dijalankan ini

telah menyubang secara langsung kepada terjadinya masalah kualiti alam seperti pencemaran

dan mendatangkan bahaya kepada penghuni yang ghirah mengejar kemajuan.

Akibat daripada penerokaan yang dijalankan bagi penyediakan keperluan kepada

masyarakat, penerokaan yang tidak terkawal dan tanpa sistem yang dapat mengawal penerokaan

ini telah mendorong kepada masalah pencemaran alam sekitar. Keadaan ini, menimbulkan

kesangsian kepada projek-projek pembangunan yang dijalankan kerana bertentangan dengan

kepentingan alam sekitar. Merujuk kepada laporan Kualiti Alam Sekitar menyatakan kualaiti

alam sekitar di negara malaysia kini berada dalam keadaan parah dan keadaan ini berlarutan

sehingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan penghuninya.

Pencemaran alam sekitar boleh dikatakan perubahan yang berlaku secara langsung atau

tidak lansung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian

alam sekitar dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga

menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah dan menyebabkan suatu keadaan yg berbahaya

kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam.

Pertumbuhan petempatan bandar yang terlalu pesat ini membawa kepada masalah

pencemaran alam sekitar contohnya pencemaran air, tanah, dan udara. Antara faktor penyebab

kearah masalah ini adalah pembinaan petempatan, kegiatan industri, pembalakan, pembakaran

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

terbuka, peningkatan kenderaan bermotor yang berulang alik dari kawasan perumah ke tempat

keja dan pembuangan sampah. Penyumbang besar kearah pencemaran terhasil daripada

petempatan bandar adalah kualiti udara yang terjadi daripada pembebasan asap kilang dan

kenderaan bermotor. . Definisi umum pencemaran udara ialah satu keadaan dimana kehadiran

gas atau zarah yang bertoksik atau radioaktif terbebas ke ruangan atmosfera, terhasil menerusi

penerokaan kawasan untuk dijadikan petempatan manusia dalam pelbagai bidang.

Banyak usaha yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini, namun keadaaan ini

tidak berubah kerana pencemaran alam sekitar di negara ini telah pun sampai ke tahap yang agak

serius dan membimbangkan serta menggugat kestabilan alam sekitar itu sendiri. Semua ini

terhasil daripada pembagunan untuk menampung keperluan asas masyarakat.

2.0 KESAN PERTUMBUHAN PETEMPATAN BANDAR KEPADA KUALITI UDARA

Hasil daripada fenomena ini, mendatangkan bahaya kepada penghuni petempatan

terutamanya bandar yang terdedah kepada kesan negatif dari pencemaran. Hal ini kerana, udara

yang diterima oleh penduduk telah tercemar melalui pembakaran terbuka, perindustrian,

perkilangan, kenderaan bermotor, penyemburan racun serangga dan pelepasan gas

kloroflurokarbon (CFC). Pengeluaran asap merupakan penyumbang kepada peningkatan kadar

pencemaran udara yang tertinggi.

Selain itu, pembebasan gas berbahaya seperti Karbon monoksida (CO) merupakan gas

yang tidak berwarna dan tidak berbau terhasil daripada pembakaran yang mengakibatkan sistem

penafasan akan terganggu. Ini mendatangkan bahaya kepada penghuni setempat dan tidak

selamat untuk di diami oleh masyarakat kerana mendatangkan bahaya kepada kehidupan.

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

Kesan terhadap manusia hasil daripada pencemaran udara ini jugak adalah terhadap

kesihatan manusia yang mana udara yang tercemar ini akan mendatangkan gangguan kepada

sistem jantung, peparu, dan organ badan. Selain itu boleh mendatangkan penyakit seperti barah,

dan serangan sakit jantung. Menurut kajian klinikal, epidemiological dan toksikologikal telah

menunjukkan betapa pendedahan menusia kepada plumbum akan mendatangkan kesan negatif

kepada kesihatan. Daripada kajian ini mereka mendapati tiga sistem dalam badan manusia yang

paling sensitif terhadap plumbum ialah sistem pembentukan darah, sistem saraf dan sistem renal

akan tersumbat hakibat penafasan udara yang diterima oleh badan mengandungi gas berbahaya.

Selain itu kesan daripada pembebasan gas plumbum ini kepada manusia boleh

mendatangkan gejala keracunan secara akut, muntah, cirit-berit berdarah dan kesan lain kepada

saraf pusat. Gejala yang lain akibat penerimaan oksigen yang tercemar ini adalah sakit kepala,

lemah badan, kelesuan, terdapatnya garisan biru di bahagian gusi pengidap. Keadaan ini

membuatkan kawasan petempatan tersebut tidak selamat didiami oleh penduduk pada masa akan

datang.

Sumber : Yana-alamsekitar-blongspot.com

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

3.0 KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau ini terjadi apabila gas surih atmosfera yang terdiri daripada beberapa

peratus kandungan dalam atmosfera memberi kesan yang amat signifikan kepada pemanasan

bumi dengan mewujudkan kesan rumah hijau. Gas surih ini terdiri daripada wap air, karbon

dioksida, mentena, nitrus oksida , ozon dan kloro fluorocarbon. Gas ini akan bertindak

membalikkan kembali gelombang kepada permukaan bumi dan terjadinya pemanasan yang

melampau.

Terdapat beberapa aktiviti daripada pembangunan yang dilakukan oleh manusia

terjadinya perubahan iklim global dengan mengubah komposisi atmosfera dan kepekatan gas

surih. Antara aktiviti tersebut adalah pembakaran bahan api fosil. Penghasilan dan pertukaran

bahan api, proses industri seperti penghasilan dan penggunaan CFC, industry pembuatan simen,

dan pengangkutan.

Daripada masalah kesan rumah hijau ini akan menganggu masalah kesihatan kerana

lebihan sinaran ultraungu yang terjadi daripada lebihan sinaran yang diterima akan

mengakibatkan timbulnya masalah barah kulit keadaan ini banyak terjadi di kawasan bandar

contohnya di negara Amarika Syarikat kadar penduduk mengalami penyakit ini adalah 20 000.

Keadaan ini membuatkan lama ke lamaan petempatan bandar tidak lagi selamat untuk di huni

pada masalah yang akan datang.

Kesan rumah hijau ini meningkatkan Aras air laut yang sangat sensitive kepada

perubahan suhu dan ia merupakan petunjuk yang sangat ketara. Perubahan aras air laut ini akan

terjadi apabila suhu dunia meningkat bertindak mencairkan kawasan kutub menyebabkan aras air

laut terutamanya meningkat. Keadaan ini akan mendatangkan bahaya kepada kehidupan manusia

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

kerana akan berlakunya banjir besar dan hakisan di tebing pantai akibat perolakan yang kuat dari

ombak ke persisiran pantai. Petempatan yang dibina perhampiran pantai dikuatiri tidak lagi

selamat untuk di duduki oleh manusia. Contoh bandar yang berada di persisiran pantai adalah

Muar, Lembah Klang, Johor dan sebagainya.

Kesan rumah hijau boleh mengakibatkan kejadian yang lain yang lebih dasyat antaranya

kenaikan suhu bumi yang akan mengakibatkan ketulan-ketulan ais di Artik dan Antartika

mencair. Seterusnya iakan menyababkan paras air laut akan semakin meningkat dan membanjiri

kawasan-kawasan yang rendah. Ini menyebabkan penduduk kawasan tersebut terpaksa berpindah

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

dan merosakkan harta benda dan kerugian serta menjejaskan kegiatan ekonomi manusia.

Sumber : Ecopengguna. Blogspot. Com

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

3.1 PERTANIAN

Salah satu kesan atas meningkatan iklim haasil daripada gas rumah hijau ini adalah

pertanian. Pertanian dijangka akan mengalami risiko paling tinggi akibat peningkatan suhu yang

dianggarkan bertambah contohnya tanaman kacang soya umpamanya, akan mengandungi

lebihan majmuk karbon dan kekurangan nitrogen. Keadaan ini membuatkan makanan tersebut

tercemar hasil daripada pembangunan bandar serta tidak selamat di makan kerana akan

mendatangkan bahaya contohnya timbul masalah keracunan makanan dan kecacatan kandungan.

4.0 JEREBU

Jerebu juga akan berlaku akibat terlalu banyak gas, asap, dan bahan yang teranpai

bertindak menyelubungi udara di sebuah bandar. Jerebu berlaku apabila gas dan asap yang

dilepaskan ke udara melalui sertor perindustrian, perlombongan, kenderaan bermotor,

pembakaran terbuka dan sebagainya berkumpul di udara yang menghalang pemandangan.

Penggunaan bahan api seperti petroleum dan diesel merupakan bahan api yang

mengandungi gas yang merosakan kualiti udara di sekitar yang mempunyai penduduk yang

ramai. Semua masalah ini terjadi terlalu banyaknya pengunaan kenderaan bermotor dan akhirnya

terjadinya jerebu.

Pengupulan gas ini di ruangan udara lama kelamaan akan mendatangkan bahaya kepada

manusia kerana cahaya matahari tidak akan sampai ke permukaan bumi untuk menjalankan

proses fotosentesis dan ini akan mengurangkan bekalan oksigen kepada penduduk. Bekalan

makanan akan terjejas kerana sektor pertanian tidak dapat dijalankan dengan baik.

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

Jerebu juga boleh menimbulkan rasa perit tekak dan batuk serta menyukarkan pernafasan.

Masalah ini akan bertambah serius bagi mereka yang menghidap penyakit jantung dan paru-paru.

Oleh sebab itulah ketika jerebu melanda jualan ubat batuk begitu meningkat. Selain itu masalah

daripada jerebu ini terhadap kesihatan manusia boleh mendatangkan rasa gatal, kering pada kulit

serta boleh mendatangkan kesakitan mata. Jerebu juga boleh mendatangkan alahan, khususnya

kulit badan dan rongga hidung (Abibullah Haji Samsudin : 1994, ms 119)

Sumber : Sofwanmansur.wordpress.com

5.0 TANAH RUNTUH

Fenomena tanah runtuh bermaksud sebarang pergerakan fizikal, jisim yang melibatkan

bentuk tanah di sesuatu kawasan. Tanah runtuh juga berlaku akibat gelinciran tanah yang

membawa kepada perubahan landskap bentuk muka bumi di kawasan tersebut. Kejadian ini

berkait rapat dengan aktiviti manusia, seperti aktiviti pembalakan, pembinaan struktur

banggunan yang dibina kawasan berbukit tampa perancangan yang baik dan teratur

mengakibatkan struktur tanah menjadi longgar kerana kurangnya tumbuhan untuk mencengkam

tanah agak berada dalam keadaan stabil.

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

Contoh tanah runtuh akibat daripada pembagunan adalah kejadian tanah runtuh di bukit

antarabangsa dimana punca utama kejadian tersebut adalah struktur tanah yang longgar akibat

aktiviti penambakan yang dijalankan tampa adanya penanaman pokok untuk meyokong struktur

tanah dan penyelenggaraan yang lemah.

Sumber : Pembandarandimalaysia.blogsport.com

6.0 PENCEMARAN SUNGAI DAN SALIRAN

Hasil daripada pembagunan yang pesan timbulnya kawasan setinggan di kawasan bandar

kerana faktor kemiskinan. Keadaan yang sesak ini mengakibatkan pembuangan sampah yang

tidak terurus serta member impak yang negatif kepada sungai dan saliran. Sungai dan saliran

tersumbat akan menjadi faktor kepada penularan wabak penyakit seperti Contohnya penyakit

taun dan malaria. Ini diakibatkan oleh sistem saliran yang tidak teratur dan tidak sistematik.

Keadaan ini telah menyebabkan penduduk di kawasan petempatan setinggan mudah menghidap

penyakit-penyakit berkenaan.Kedudukan rumah yang rapat-rapat telah menyukarkan pembinaan

saluran di jalankan . Secara tidak langsung, keadaan ini telah mendedahkan mereka semua

kepada bahaya. Apabila penyakit ini dihidap oleh petempatan setinggan,ia juga akan turut

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

menyebarkan virus penyakit ini ke tempat lain.Keadaan ini akan menyebabkan kes penyebaran

wabak penyakit di Negara kita menjadi semakin serius.

Krisis pencemaran ini membuatkan lama kelamaan kawasan yang di diami tidak

lagi selamat untuk di duduki oleh penduduk yang akan dating. Kerana penyebaran penyakit yang

berbahaya kepada penduduk terutamanya kanak-kanak dan orang tua. Selain itu kurangnya

sumber air bersih akan timbul kerana air yang tercemar ini dikuatiri tidak dapat di rawat dengan

kaedah sains. Contohnya,kawasan setinggan di Bandar raya Kota Kinabalu yang hampir

semuanya menghadapi masalah pencemaran alam sekitar.Pembuangan sampah yang tidak

terurus dan pencemaran sungai amat ketara. Pencemaran seperti sungai dan laut amat berbahaya

kepada penduduk di Bandar raya Kota Kinabalu kerana sungai merupakan sumber air dan

sumber pendapatan kepada penduduk pesisiran pantai Kota Kinabalu.

Sumber : Teknopersekitaran.blogsport.com

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

7.0 KESIMPULAN

Pembagunan yang dijalankan untuk petempatan telah mengakibatkan kemerosotan

terhadap alam sekitar di Malaysia. M asalah alam sekitar ini sememangnya suatu masalah yang

meruncing sekiranya penerokaan dan pembagunan yang dijalankan tampa diikuti dengan

perancangan pemulihan yang rapi. Dengan jangka masa yang lama masalah alam sekitar ini hasil

dari buatan manusia itu sendiri akan memaksa manusia itu sendiri menerima akibat dari

perbuatan ini contohnya kawasan yang di diami tidak akan selamat untuk di diami kerana akan

mengancam kesihatan, harta benda dan sebagainya.

Oleh yang demikian, bersama-samalah kita memberi peringatan kepada sesama manusia

bahawanya kelestarian alam sekitar ini perlu dijaga serta dipilihara untuk kegunaan dan

kehidupan jenerasi yang akan dating.

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala

yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-nya dengan perasaan bimbang

(kalau-kalau tidak diterima)dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul).

Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.(Al-

Araaf 7:56)

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

RUJUKAN

1. Abibullah Haji Samsudin, 1994. Isu-isu semasa dalam geografi. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


2. DRS. N. Daldjoeni, 1978. Manusia Penghuni Bumi. Bandung : Kotak Pos

272.
3. Victort. King, Nazaruddin Mohd. Jali, 1992. Isu-isu Pembangunan Luar

Bandar di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


4. Salmah Zainal Abidin, Tham Weng Leong, 1993. Bumi . Selangor : Pustaka

Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.


5. http://blogserius.blogspot.com/2013/04/serius-penceraman-air-yang-kronik-

di.html
6. http://www.bharian.com.my/
7. http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-pencemaran-

alam.html

Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN
2.0 KESAN PERTUMBUHAN PETEMPATAN BANDAR KEPADA KUALITI UDARA
3.0 KESAN RUMAH HIJAU
3.1 PERTANIAN
4.0 JEREBU
5.0 TANAH RUNTUH
6.0 PENCEMARAN SUNGAI DAN SALIRAN
7.0 KESIMPULAN

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

PENGURUS KURSUS: Profesor Madya Dr. Mohamed Zaini Omar

Tajuk Tugasan : Pertumbuhan petempatan bandar yang pesat tanpa kawalan yang rapi

membawa implikasi yang tidak selamat untuk didiami oleh penghuninya.

Bincangkan

JMG319
GEOGRAFI BANDAR DAN PETEMPATAN MANUSIA

JMG319

You might also like