You are on page 1of 16

Aspek-aspek Penilaian Pencapaian Dalam Pendidikan Khas bagi Permasalahan

Pembelajaran

Penilaian Bacaan
Penilaian membaca amat penting bagi pelajar untuk memantapkan akademik mereka.hal
ini kerana, melalui pembacaan, pemahaman mereka akan meningkat. Menurut National Reading
Panel (2000) melalui tulisan Cathleen G. Spinelli (2002), lebih kurang satu juta kanak-kanak-
lebih daripada 17.5 peratus pelajar diseluruh negara mempunyai masalah membaca semasa tiga
tahun pertama persekolahan iaitu waktu yang sangat penting dalam pendidikan.

Memetik kata-kata (National Institute for Child Health & Human Development, 1999;
National Research Council,1998), In addition to these staggering statistic, studies indicate that
75 to 88 percent of students who were struggling readers in third grade continue to have reading
difficulties throuhgout high school and their adult lives.

Hal ini menampakkan kepada kita bertapa pentingnya aspek membaca dalam
pendidikan. Di Malaysia, terdapat beberapa elemen penting yang diberi perhatian dalam
penilaian pencapaian yang dilakukan. Antaranya ialah mengenal abjad, memahami hubungan
huruf dengan bunyi, memahami perkataan atau ayat yang dibaca, dan kelancaran pelajar dalam
membaca.

Mengenal abjad (Huruf Besar/Huruf Kecil).


Kebiasaannya, amat sukar bagi pelajar berkeperluan khas untuk menenal abjad malahan
mereka sering gagal untuk mengaitkan persamaan antara huruf besar dan huruf kecil. Bagi
mereka huruf besar dan huruf kecil tiada perkaitan disebabkan oleh bentuk dan saiz tidak sama.
Dalam penilaian yang dilakukan, guru akan meminta pelajar menyebut abjad yang
ditunjukkan secara tersusun berdasarkan kad abjad. Setiap kesalahan pelajar mereka akan
direkodkan.

a b c d e f g h i
j k l m n o p q r

s t u v w x y z
A B C D E F G H I
K L M N O P Q R S
T U V W X Y Z

Guru akan menilai pelajar dengan menggunakan huruf kecil kemudian apabila pelajar
dikatakan lulus dalam mengenal huruf kecil, guru akan menilai pelajar tersebut dengan huruf
besar pula.
Kemudian guru akan menggunakan ujian dengan meminta murid menyatakan nama
huruf yang di tunjukkan oleh kad abjad secara rawak

G a h K U l d y P m
O r V s K i z w
T E q c F j N X
Apabila murid berjaya mengenal abjad, ujian dengan menggunakan kad-kad abjad
bergambar dilakukan. Setiap keputusan pencapaian direkodkan untuk dianalisa pada penilaian
seterusnya.

Mengenal Huruf dengan Bunyi


Setiap pelajar mesti diuji kefahaman mereka tentang huruf iaitu dengan melihat samada
mereka mampu untuk mengenal huruf dengan bunyi mahupun tidak. Penilaian ini amat perlu
untuk menilai sejauh mana kefahaman mereka mengenai kaitan antara huruf dengan bunyi
apabila selesainya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Antara aktiviti yang boleh digunakan untuk penilaian ialah guru mnenunjukkan kad
bergambar dan meyebut nama objek tersebut. Pelajar pula diminta untuk meneka huruf apakah
bermula dengan bunyi tersebut.

Sebagai contoh, apabila guru menyebut menunjukkan gambara ikan dan menyebut
ikan maka pelajar harus menunjukkan jawapannya ialah i bukannya e.

Jika guru mengemukakan 10 soalan dan pelajar hanya mampu menjawab kurang daripada
3 soalan maka, pencapaian pelajar ini masih lemah dalam mengaitkan hubungan atara huruf
dengan bunyi.

Memahami Perkataan atau Ayat yang dibaca.


Kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas boleh menyebut dan membaca ayat
mahupun perkataan seperti kanak-kanak normal namun, mereka tidak memahami mahupun
mengerti apakah maksud ayat atau perkataan yang disebut.
Sebagai contoh, apabila guru menulis perkataan ibu, individu A yang berusia 12 tahun
mampu untuk menyebut ibu namun apabila guru bertanya siapakah nama ibu kamu? dia
menidakkan dengan mengatakan saya tiada ibu tapi saya ada emak. Individu ini tidak faham
bahawa ibu dan emak adalah sama ertinya iaitu seorang perempuan yang melahirkannya ke
dunia ini.

Selain itu, kefahaman ini juga diuji dengan guru menyebut perkataan-perkataan yang
diuji dan pelajar diminta untuk menunjukkan gambar bersesuaian dengan perkataan yang disebut
oleh guru.
Contoh:

i) itik
ii) ayam
iii) buku

iv) pen

Berdasarkan soalan di atas, pelajar pelu menunjukkan gambar yang dimaksudkan


dengan perkataan yang dinyatakan oleh guru. Jika pelajar itu mampu untuk menunjukkan
kesemua gambar berdasarkan perkataan yang disebut dengan betul, pelajar itu memahami
perkataan yang dinyatakan dengan baik.
4.1.4 Kelancaran Membaca
Menurut pengkaji, kelancaran membaca ialah kebolehan untuk membaca teks secara
tepat dan pantas, secara kritikal membina penghubung dalam pengesanan ayat dalam
pemahaman pembacaan (Hamilton & Shinn, 2003; Richek et al.,2002).

Oleh yang demikian, penilaian dapat dilakukan oleh guru dengan membina petikan-
petikan ringkas dan pelajar diminta untuk membaca petikan tersebut. Catatan dan pemerhatian
perlu di catat oleh guru untuk mengenal pasti kesalahan pelajar serta masa yang diambil untuk
menghabiskan petikan yang diberikan. Masa yang panjang dan kuantiti kesalahan yang banyak
pada perkataan menunjukkan pelajar ini bermasalah dalam fonologi.
Sebagai contoh:-
Amir ada kucing
Kucing Amir nama Comel
Comel suka makan ikan

Pelajar itu menghadapi masalah kelancaran jika tergagap-gagap dalam sebutan dan
mengambil masa yang lama untuk menghabiskan tiga petikan di atas. Pelajar ini akan disyaki
menghadapi masalah dalam pertuturan jika banyak berlaku kesilapan sebutan seperti menyebut
ucing untuk kucing, akan untuk makan.

Penilaian lisan atau pertuturan


Apabila guru menjalankan penilaian membaca, secara tidak lansung, pelajar juga turut
di uji dalam pencapaian pertuturan. Hal ini kerana apabila membaca, pelajar secara tidak lansung
akan menyebut perkataan yang dibaca. Perkataan yang keluar dari mulut itu menyebabkan
pelajar itu bertutur.
Menurut Cathleen G. Spinelli (2002), kebiasaannya pernilaian pertuturan yang
dijalankan mampu untuk mengesan ketidakupayaan pertuturan dalam diri pelajar yang diuji
seperti ketidakupayaan artikulasi, ketidakupayaan suara mahupun ketidakupayaan kefasihan.
Selain itu pertuturan itu juga boleh dimulakan dengan penggunaan huruf vokal, teknik
penceritaan dan soalan kepada pelajar, dan juga penggunaan ajukan untuk perkataan kv, kvkv,
kvk, dan seterusnya.

Pengenalan vokal dengan bunyi


Vokal yang digunakan ialah a, e, i, o, u. guru akan menyebut bunyi vokal ini dan
pelajar akan mengajuk bunyi yang di keluarkan oleh guru. Bagi pelajar yang berkeperluan khas,
mereka kadang-kala mempunyai masalah dalam mengajuk bunyi ini lebib-lebih lagi bagi mereka
yang menghadapi masalah pertuturan. Oleh itu, guru dapat mengesan pelajar ini daripada
penilaian yang dilakukan.

4.2.1 Pengajaran sebutan kv, kvkv, kvk, kvk+kvk dan seterusnya.


Dalam pengajaran, pelajar akan diajar dengan nama-nama huruf dan bunyi-bunyi pada
setiap huruf terlebih dahulu. Apabila pelajar mampu menguasai huruf dan bunyi, pengenalan
ejaan di ajar.

Secara tidak langsung, pelajar dilatih dengan pertuturan untuk menyebut perkataan yang
dieja. Peringkat sebutan bermula dengan kv. Contohnya, ba, bi, bu, be, be, bo, ca, ci,cu, ce, ce,
co.

Kemudian peringkat sebutan ini di tambah menjadi kvkv dan contohnya seperti kuku,
buku, susu, dan gula.
Kemahiran pelajar dalam sebutan dinilai ketika pelajar menyebut contoh yang diberikan
oleh guru.
4.2.2 Teknik Penceritaan.
Guru juga mempunyai inisiatif untuk melakukan penilaian dalam bentuk story telling
competition yang disertainoleh setiap pelajar. Dalam pertandingan ini guru boleh menilai tahap
pertuturan pelajar dan permasalahan pelajar dalam pertuturan.

Malahan, apabila guru menggunakan teknik penilaian formatif dan tidak formalini,
pelajar lebih berkeyakinan kerana pemikiran mereka bebas daripada dihantui dengan
pemeriksaan. Guru juga dapat bersoal jawab dengan pelajar sehingga mendorong mereka untuk
berkata-kata.

Pemerhatian dalam penilaian ini dicatatkan untuk merekodkan tahap pertuturan mahupun
kepincangan pertuturan pelajar.

4.3 Penilaian Menulis


Penulisan ialah satu penilaian yang komplek dan memerlukan kemahiran bentuk
bahasa, kebolehan untuk menggabungkan beberapa perkataan dan kemahiran individu. Pelajar
mampu untuk memahami dan setiap perkataan dan senaraikan mengikut bahasa pertuturan
semasa menulis. Mereka mesti menggunakan kemahiran idea untuk menulis perkataan mereka
tidak boleh menyenaraikan apa yang di fikirkan semasa menulis.

Kebolehan pelajar menulis mungkin penilaian secara tidak rasmi dengan mengumpul
dan menganalisis contoh kerja penulisan. Contoh analisis penulisan ialah mengeja, pembubuhan
tanda bacaan, betulkan tatabahasa, perbendaraan kata, dan lain-lain. ( Terry Overton,2003).

Walau bagaimana pun, tulisan yang buruk sering di kaitkan dengan kerja yang baik dan
tidak bermutu dan seterusnya memberi kesan kepada konsep kendiri seseorang murid. Misalnya
murid yang mengalami disleksia bukan sahaja menghadapi masalah membaca, bahkan juga
masalah menulis. Murid perlu di bimbing bagi membuat perubahan pada gaya tulisanya. Apabila
tulisan baik, konsep kendirinya juga tinggi dan membantunya menangani kerja-kerja, sekolah
yang lain dengan lebih yakin. Guru mengenal pasti aspek kelemahan dalam tulisan murid dan
merancang satu program individu khusus untuk murid itu. Guru dapat memberikan saranan bagi
membaiki tulisan dan murid itu perlu memberi tumpuan dan membuat latihan. Latihan dan usaha
setiap hari dan menulis berdasarkan pembetulan yang sudah dipelajari itu untuk kerja
sekolahnya.

Walau bagaimana pun di dalam penilaian penulisan ini terdapat beberapa bidang
kemahiran yang di kaji iaitu
1) Kebolehan mengeja mengikut ejaan
2) Kebolehan membentuk abjad
3) Kebolehan meniru dengan betul
4) Kebolehan menempatkan huruf di atas garisan.

Kebolehan mengeja mengikut sebutan


Pelajar yang di nilai di dapati menghadapi masalah dalam mengeja mengikut sebutan.
Apabila di nilai hasil ejaan murid pada ujian di dapati terdapat beberapa perkataan yang di eja
tidak mengikut ejaan yang betul. Terdapat penggantian iaitu meletakkan suku kata yang lain
dalam perkataan semasa guru menyebut. Contoh
Match di tulis mach
Nation di tulis nashun
Namun dalam mengeja ini juga terdapat perkataan yang tertinggal atau suku kata semasa
menyebut. Contoh
Grateful di tulis graful
Temperature di tulis tempature
Terdapat penambahan huruf atau suku kata ke dalam perkataan asal. Contoh
Purchase di tulis purchasing
Importance di tulis importantance
Urutan (sequencing) iaitu Memasukkan huruf atau suku kata ke tempat yang salah. Contoh
Animal di tulis aminal
Elephant di tulis efelant
(Terry Overton,2003).

Kebanyakan mereka membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh
bezanya dengan kesilapan yang di buat oleh kanak-kanak disleksia. Antara symptom disleksia
yang dapat di perhatikan di peringkat prasekolah mereka mencampuradukkan bunyi suku kata
dalam perkataan panjang contoh hostipal apabila ingin menyebut hospital. (Sheila Devaraj
dan Samsilah Roslan,2006).

4.3.1 Kebolehan membentuk abjad


Penilaian di buat ke atas pelajar ialah penulisan dalam membentuk abjad. Penilaian di
buat di dapati tulisan murid pada ujian terdapat beberapa huruf yang di tulis tidak seperti yang di
kehendaki seperti huruf a, p , l , k dan beberapa huruf lain. Manakala nombor pula ialah
5 , 4 , 9. Mereka di katakan menghadapi masalah mengkoordinasi motor halus serta visual
motor dan visual spatial iaitu masalah penggunaan huruf besar dan menjarakkan perkataan.
Penilaian juga melihat penambahan huruf yang salah serta kesalahan huruf secara fonologi.

4.3.2 Kebolehan meniru dengan betul


Penilaian yang ketiga ialah penilaian keboelehan meniru dengan betul. Kebolehan
pelajar meniru adalah tinggi. Mereka dapat meniru dan penguasaan pelajar adalah baik. Mereka
dapat meniru huruf yang di lukis oleh guru. Misalnya sama ada huruf atau nombor. Mereka
dapat meniru.

Kebolehan menempatkan huruf di atas garisan


Kebolehan palajar menempatkan huruf di atas garisan masih rendah. Kelihatan masalah
yang ketara dalam menempatkan huruf di atas garisan yang tersedia. Terdapat juga msalah dalam
menentukan ruang antara perkataan serta kekeliruan antara huruf besar dan huruf kecil. (Sheila
Devaraj dan Samsilah Roslan,2006). Guru hendaklah melatih murid-murid menulis di dalam
garisan. Supaya mereka dapat membiasakan diri. Latihan yang di berikan hendaklah bermula
yang senang kepada susah.

Bilangan penulisan (kuantiti)


Penilaian terhadap bilangan yang dapat di tulis dalam masa yang di tetapkan.
Pemerhatian dilihat berapa banyakah perkataan atau huruf yang dapat di buat. Guru membuat
penilaian sama ada kanak-kanak dapat menulis dengan banyak atau sedikit mengikuti masa yang
di ambil.

Penilaian Matematik
Matematik adalah suatu subjek yang bersifat bersiri di mana ia berasaskan pengetahuan
terdahulu. Oleh itu, pada peringkat awal pembelajaran matematik, seorang kanak-kanak perlu
memahami nombor-nombor. Sebagaimana pelajaran membaca dan mengeja, suatu pendekatan
pelbagai deria diperlukan. Ibu bapa dan guru perlu melibatkan kanak-kanak itu dalam pelbagai
aktiviti yang mengandungi pengiraan seperti menyusun pinggan di atas meja, mengambil sudu
dalam jumlah yang betul untuk pinggan di atas meja. Ataupun mengambil barang dalam kuantiti
tertentu. (Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan,2006).

Guru mungkin menggunakan kurikulum untuk mengukur semua tahap matematik.


Penilaian mengukur atau menggabungkan dengan kedua-dua analisis tugas dan analisis
kesalahan. Teknik menanya kepada pelajar untuk menghasilkan atau menggambarkan kiraan
original untuk mendapat konsep nilai matematik. Misalnya guru menanya pelajar mengenai
mengabungkan dua jawapan untuk melihat perbezaan dan bagaimana menyelesaikan masalah
dan menerangkan langkah seleaikan.(Terry Overton,2003).

Pengajaran matematik di tadika di perkenalkan bukan bertujuan untuk kanak-kanak


menghafal nombor tetapi memahami nilai atau makna pada nombor. Guru boleh menggunakan
jam, kelender, wang, permainan dan lain-lain. (Azizah Lebai Nordin, 1999). Di peringkat
prasekolah kanak-kanak diajar terus di peringkat simbolik tanpa memberi mereka ruang dan
peluang betul-betul memahami dan menguasai apa yang dimaksukan oleh sesuatu nombor
ataupun symbol. Dalam penilaian matematik ini terdapat beberapa item soalan telah di kenal
pasti sebagai kandungan ujian yang di gunakan iaitu konsep pra nombor, konsep nombor,
mengenal nombor dan angka, operasi tambah dan operasi tolak.

4.4.1 Konsep Pra nombor


Kemahiran pra nombor ini mengandungi beberapa bahagian iaitu pengelasan,
perbandingan, penyusunan (seriasi), pemadanan, konsep banyak, kurang, sama banyak. Penilaian
di buat dengan meminta kanak-kanak perhatikan sifat-sifat dan objek. Kemudian bandingan sifat
tersebut. Di samping itu soalan diberikan kepada murid.

4.4.1 Konsep nombor


Konsep nombor ialah konsep membilang secara lisan dan membilang objek. Misalnya
secara hafalan. Murid akan membilang 1,2,3,4,5 dan seterusnya. Manakala terdapat kanak-
kanak yang terdapat kanak-kanak yang tidak tahu membilang ikut susunan 1,2,5,6, dan
seterusnya. Ini kerana nombor tidak memberi makna kepada mereka. Konsep nombor
diabstrakkan atau di simpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan
benda yang dilihat. (Amin Senin, 1993:40). Mereka tidak memberi gambaran mental yang
berkaitan nombor dengan kuantiti. Mereka juga tidak dapat menstrukturkan kognitif serta
menghadapi masalah dalam bidang kefahaman iaitu masalah kurang ingatan khususnya mereka
tidak dapat ingat maklumat.

Mengenal nombor dan angka


Penilaian meminta pelajar mengenal nombor dan angka. Nombor akan di tetapkan
misalnya 1 hingga 10. Kemudian guru meminta pelajar menyatakan nombor yang terdapat di
dalam soalan jika penilaian di buat secara bertulis. Penilaian secara lisan juga turut di buat.
Terdapat juga pelajar yang tidak dapat mengenal nombor dan angka selepas di buat penilaian.
Mereka di katakan lemah dan menghadapi masalah dalam memahami konsep matematik iaitu
operasi tambah, tolak, dan angka. Pelajar ini lemah dalam kemahiran pengiraan yang melibatkan
kognitif. (Amin Senin, 1993:39).

Operasi tambah dan tolak


Penilaian operasi tambah misalnya guru boleh membuat penilaian melalui ujian bertulis
atau lisan. Guru menetapkan masa dan jumlah soalan operasi tambah meminta kanak-kanak
buat. Pelajar sukar untuk membuat operasi tambah. Jika guru tidak menunjukkan bahan atau
symbol mengatakan objek tersebut mewakili nombor yang ingin di tambah. Apabila seseorang
kanak-kanak sudah menguasai yang dua mewakili dua benda, maka symbol dua dapat di
perkenalkan seterusnya konsep dalam matematik perlu di bina. Penilaian di buat dan di mulai
dengan bahan konkrit iaitu perkara sebenar yang ada di sekeliling. (Sheila Devaraj dan Samsilah
Roslan,2006)
Dalam penilaian operasi tolak pelajar di nilai dengan menggunakan operasi tolak satu
dan dua digit. Pelajar akan menghadapi masalah self-regulation iaitu keupayaan untuk
menyelesaikan masalah tolak.
Dalam kedua-dua operasi tambah dan tolak ini, boleh di lakukan menggunakan ujian
rancangan pendidikan individu (RPI), objektif dapat di nilai sama ada setiap hari, setiap minggu,
setiap bulan ataupun pada tarikh tertentu.

Mengira wang
Proses penilaian matematik seterusnya ialah mengira wang. Proses ini penting untuk
mengesan sama ada kanak-kanak mampu atau tidak mengira wang dan menyimpan wang.
System wang ini adalah dalam urusan jual beli. Pemerhatikan tahap mereka mengira wang.
(Naomi Zigmond, Ada Vallecorsa & Rita Silverman, 1983).

5.0 Kesimpulan
Penilaian pencapaian amat penting pada pelajar yang menganjak usia tujuh tahun dan
keatas. Melalui penilaian, kita sebagai seorang guru dapat mengesan kebolehan pelajar
berkeperluan khas untuk di inklusifkan dalam kelas biasa.

Walaupun mereka dilihat tidak seperti kanak-kanak yang normal seusia dengan mereka,
namun, itu tudak bermakna peluang mereka untuk berjaya tertutup. Malah, pada hari ini, kita
sudah acapkali dihidangkan dengan kejayaan orang kurang upaya (OKU) dalam pekerjaan
mahupun pendidikan.

Jika pelajar pendidikan khas yang dikesan mempunyai kebolehan untuk menimba ilmu
seperti pelajar normal, mereka juga mampu berjaya seperti kanak-kanak lain.

Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan khas kita mesti mengorbankan sedikit masa,
tenaga dan idea untuk membantu golongan ini mengecapi kejayaan. Pengajaran dan penilaian
yang bermutu mampu untuk mengubah nasib mereka untuk menjadi lebih baik pada masa akan
datang.
6.0 Tinjauan tentang penilaian pencapaian iaitu penilaian bacaan, penilaian lisan dan
pertuturan, penilaian matematik dan penilaian menulis di sekolah rendah di Malaysia
Instrumen penilaian pencapaian adalah berdasarkan kurikulum pendidikan khas.
Kemahiran-kemahiran disusun mengikut hieraki iaitu bermula dari peringkat rendah hingga ke
peringkat tinggi. Selepas pengajaran di jalankan adalah penting bagi guru pemilihan khas menilai
prestasi yang dicapai oleh murid-murid. Penilaian pencapaian hendaklah berdasarkan mutu kerja
dan tahap perkembangan kemahiran murid. Rekod prestasi kemajuan setiap individu murid
penting untuk menentukan adanya proses pemulihan yang lengkap dan baik. Pencapaian murid
hendaklah di rekodkan berterusan sejajar dengan pengajarandan pembelajaran serta penilaian.
Kandungan dalam rekod haruslah mempunyai corak yang tersendiri selari dengan perkembangan
kemajuan murid dalam satu-satu mata penilaian iaitu
a) Objektif ujian
b) Jadual penentuan ujian
c) Bentuk soalan (bertulis, lisan dan amali)
d) Pemilihan item
e) Penapisan dan pengeditan item
f) Pentadbiran ujian
g) Pemeriksaan jawapan
h) Penganalisa keputusan
i) Rekod prestasi

Tindakan susulan
Muird-murid yang telah mengikuti kelas pemulihan khas dan berjaya mengatasi maslah
dalam mana-mana kemahiran adalah layak di kembalikan ke kelas biasa. Walau pun demikian
guru pemulihan khas dan guru kelas biasa akan sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut
dengan memberi bantuan agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti pembelajaran di kelas
biasa. Keberkesanan tindakan susulan dapat di capai melalui beberapa pendekatan antaranya
ialah
1) maklumat pencapaian murid di serahkan kepada guru kelas.
2) Pemerhatian khusus di lakukan oleh guru darjah, guru mata pelajaran dan guru pemulihan khas.
3) Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.

Namun setiap set kemahiran haruslah berdasarkan kurikulum pendidikan khas. Set
kemahiran ini di bina berasaskan masalah lazim terhadap penguasaan kemahiarn-kemahiran asas
mata pelajaran Bahasa Melayu kurikulum bersepadu sekolah rendah bagi tahun satu.
Keamhairan-kemahiran yang tersenarai adalah turutan kemahiran-kemahiran asas daripada yang
mudah kepada yang lebih sukar berasaskan tiga peringkat domain kognitif, pengetahuan,
pemahaman dan penggunaan.

Sabagai panduan, kemahiran bahasa melayu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
senarai kemahiran, aktiviti pem belajaran dan senarai Contoh Bantu Mengajar yang berkaitan.
Guru boleh mempelbagaikan bentuk alat bantuan mengajar dengan merujuk kepada set-set Bantu
mengajar yang di bekalkan ke sekolah-sekolah oleh kementerian pendidikan melalui pelbagai
projek yang di usahakan oleh institut-institut pendidikan seperti Projek InSpire, Projek BAKA
dan Projek BUDI. Guru hendakalh mengenal pasti bahn-bahan yang boleh di gunakan bagi
aktiviti-aktiviti pembalajaran mengikut kemahiran-kemahiran yang tersenarai.

Kandungan
Set kemahiran bagi aktiviti pemulihan mata pelajaran bahasa melayu ini mengandungi 33
kemahiran asas, iaitu:

Huruf
1. Nama huruf kecil
2. Nama huruf besar
3. Fonik kosonan
4. Vokal
Suku kata
1. KV
2. KVK
3. KV melibatkan diftong (ng) dan digraph (ny)
4. KVK melibatkan digraph
Perkataan
1. V+ KV
2. KV+KV dengan digraph
3. KV+KV dengan diftong
4. KVK
5. V+KVK
6. V+KVKK
7. KV+KVK/KVK+KV
8. KV+KVKK
9. KV + KVK/KVK + KV dengan diftong dan digraph
10. KVK + KVK
11. KVK + KVK
12. KVK +KVK dengan digraph
13. vokal berganding
14. KV + KV +KV
15. KV + KV +KKV
16. KV + KV +KVV
17. KV +KV +KKVV
18. KVK +KV+KVK
19. KV +KV +KVKK
20. KV+KVK +KVKK
21. KVK +KV + KVKK
22. KVKK +KV +KVK
23. KV +KVKK +KVK

Ayat atau perenggan


24. Ayat
25. bacaan dan pemahaman

You might also like