You are on page 1of 12

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 1

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


SEMESTER 1
AMBILAN JUN 2014

Nama : LYDIA BEH SHENG HUI


Opsyen : PISMP TESL (SJKC) SEM 1
AMBILAN JUN 2014
No. Kad Pengenalan : 950429-12-5412
No. Matrik : 2014072340032
Tarikh BIG : 27 OKT 2014 30 OKT 2014
Tempat : PUSAT KOKURIKULUM NEGERI SABAH, KIULU,
TAMPARULI

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk memenuhi
keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini
menekan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai focus utama dalam
proses pembinaan insane guru yang berpaksikan kepada prinsip Rukun Negara.
Pembinaan insane guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka
kepada pembentukan Negara Bangsa.

Seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model
Konseptual Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberikan
penekanan dalam proses pembentukan insane guru yang menyeluruh dan seimbang. Atas
kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat, justeru
guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era globalisasi.

Berdasarkan kepada rasional di atas, maka semua pelajar praperkhidmatan wajib mengikuti
Program Bina Insan Guru sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan
Diploma Perguruan Malaysia.
Program ini mengandungi 3 tema utama:-

1. Konsep dan ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru.


2. Pembangunan Insan guru
3. Peranan dan tanggungjawab Insan Guru.

Ketiga-tiga tema utama ini direalisasikan melalui satu pakej perkhemahan empat hari tiga
malam.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

MATLAMAT

Program ini merupakan satu usaha pencetus, pembinaan insan guru yang berahlak mulia,
bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri,
keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

HASIL PEMBELAJARAN

Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:-

1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah situasi


kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta
berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan.
2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian
budaya.
4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
5. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.
6. Mempamirkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial.

STRATEGI PERLAKSANAAN

Pelaksanaan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa Pertama Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya 2014 ini merupakan satu program berkemahan yang mengandungi aktiviti-
aktiviti seperti flying fox, kembara, arung dan sebagainya. Lokasi yang dipilih untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti ialah Pusat Koukurikulum Sabah di Kiulu, Tamparuli. Program
berkemahan ini dijalankan sepanjang 4 hari dan 3 malam yang bermula pada 27 Oktober
2014 (Isnin) sehingga 30 Oktober 2014 (Khamis). Kelas PISMP TESL (SJKC) SEM 1
AMBILAN JUN 2014 dan kelas PAI SEM 1 AMBILAN JUN merupakan peserta kepada
program BIG Fasa Pertama kali ini. Kedua-dua kelas ini akan menjalankan berkemahan
program BIG di bawah bimbingan Encik Abdullah Muhammad, kem komanden untuk kali ini.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

Program perkhemahan ini memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan


kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat perancangan, persediaan, dan pengendalian
aktiviti. Melalui kursus ini, para peserta diuji keupayaan daya tahan mereka di dalam aspek
fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial semasa melaksanakan aktiviti. Di samping itu,
program ini memupuk kesedaran dalam kalangan peserta tentang kepentingan melalui
penglibatan langsung dalam aktiviti.

Beberapa strategi pelaksanaan telah dilaksanakan, antaranya ialah merancang


dengan teliti aktiviti perkhemahan bagi mencapai matlamat yang dikehendaki dan menyelia
dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan serta memberi penghargaan dan
pengiktirafan kepada semua pihak terutamanya pihak pekerja pembersihan institut dari
semasa ke semasa.

REFLEKSI INDIVIDU

Pada 21 Oktober 2014 (Selasa), kami telah diberikan satu taklimat mengenai program Bina
Insan Guru Fasa Pertama di bilik LDP dan disampaikan oleh Encik Ladius Emor. Seramai 38
orang pelajar termasuk pelajar dari kumpulan PISMP PAI SEM 1 telah menghadiri taklimat
tersebut. Semasa taklimat tersebut, Encik Ladius telah memberitahu kami tentang objektif
serta maklamat penganjuran program Bina Insan Guru Fasa Pertama. Selain itu, kami juga
diberitahu tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa di tempat
perkemahan. Selepas taklimat, penghulu dan penghuluwati iaitu Marvin Lai dan Nor Anis
telah membahagikan kami kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai
tanggungjawab masing-masing dan setiap kumpulan pun memainkan peranan masing-
masing semasa program BIG ini.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

Tujuan program BIG ini adalah supaya pelajar dapat memiliki ketahanan fizikal,
mental dan semangat berjuang. Ini hanya boleh dilakukan sekiranya pelajar tidak selalu
berada dalam zon selesa mereka tetapi mempelajari tentang beberapa kemahiran hidup
tanpa penyediaan kemudahan seperti dalam kehidupan harian. Selain itu, aktiviti
perkemahan serta aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan bertujuan untuk melatih para pelajar
cara-cara mengatasi masalah melalui kerja berpasukan. Bukan itu sahaja, aktiviti BIG
dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran mengurus diri dan masa dengan
berkesan. Di samping itu, program BIG kali ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi
individual sebagai insan memlalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan
penilaian kendiri dalam semua aspek tugas.

Kami bertolak dari Institut Pendidikan Guru Gaya kira-kira pada jam 1:30 petang
wahal kami harus bertolak dari sekolah pada jam 10 pagi. Penundaan ini disebabkan oleh
kekurangan persiapan yang sistematik. Alatan-alatan yang perlu dibawa bersama tidak
cukupi serta bahan-bahan mentah yang dipesan dari luar tidak sampai ke sekolah pada
masa yang ditetapkan. Ini adalah kerana AJK peralatan dan AJK makanan tidak membuat
permintaan terlebih dahulu dari pensyarah-pensyarah yang berkenaan. Walaupun
sepatutnya kedua-kedua AJK tersebut bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah
tersebut tetapi boleh dilihat bahawa kumpulan-kumpulan lain pun mengambil inisiatif untuk
memberi bantuan. Kami pun memindahkan peralatan memasak dari stor ke bas dan
kebanyakkannya diangkut oleh Encik Alvin Auh dengan keretanya ke Pusat Kokurikulum
Negeri Sabah kerana bas tidak mempunyai ruang yang cukup. Selepas bahan-bahan
mentah telah sampai, ia pun masanya untuk kami bertolak ke destinasi yang dinanti-
nantikan oleh kami semua. Penghulu melakukan pemeriksaan terakhir dengan mengira
jumlah pelajar yang terdapat dalam bas.

Perjalanan ke destinasi mengambil kira-kira sejam lebih untuk sampai. Setelah


kami sampai ke destinasi perkemahan iaitu Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, setiap orang
memainkan peranan masing-masing dengan memindahkan lugej dan peralatan keluar dari
bas ke dewan. Selepas itu, kami berkumpul dalam dewan untuk sesi taklimat seterusnya.
Taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan dan peraturan-peraturan kem serta cara
mendirikan khemah disampaikan oleh jurulatih-jurulatih yang bekerja di Pusat Kokurikulum.
Selama ini, saya sangka mendirikan khemah itu merupakan perkara yang sangat sukar
tetapi andaian saya adalah salah. Sebaik sahaja anda memahami langkah-langkah
mendirikan khemah dan mengikut langkah-langkah sepenuhnya maka mendirikan khemah
akan menjadikan perkara yang agak senang. Selepas taklimat tersebut, kami dipisahkan

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

mengikut jantina dan dipecahkan lagi kepada beberapa kumpulan, di mana setiap kumpulan
mempunyai 2-3 orang.

Saya berkongsi khemah dengan dua rakan saya iaitu Tsen Mui Ling dan Wendy
Chai. Kami pun mengambil khemah dari jurulatih berkenaan dan mendirikan khemah
berdasarkan langkah-langkah yang diberitahu. Selepas khemah berjaya didirikan, kami
diberi masa untuk membuat persiapan diri sebelum makan malam. Oleh sebab kelambatan
masa, maka aktiviti Malaysia cergas dan patriotik tidak dapat dilakukan. Kami pun
berkumpul di dewan dan masuk ke kumpulan masing-masing selepas makan malam untuk
melaksanakan aktiviti Ice Breaking. Melalui aktiviti Ice Breaking, ia dapat mengeratkan
hubungan kami dan kami dapat bergaul antara satu sama lain tanpa mengira agama,
bangsa dan budaya. Setelah aktiviti tersebut diselesaikan, kami diberitahu bahawa setiap
kumpulan akan mengambil giliran untuk membuat rondaan di sekitar tempat perkemahan.
Ini adalah untuk memastikan keselamatan peserta sentiasa dijaga. Pada pukul 10:30
malam, kami pun masuk ke khemah masing-masing untuk tidur. Pada jam 2 pagi, kumpulan
saya dipanggil untuk melakukan rondaan sehingga jam 3 pagi. Semasa rondaan, saya
berusaha untuk memastikan saya tidak akan tertidur dan sentiasa berwaspada pada sekitar
kawasan perkhemahan. Walaupun saya derita untuk beberapa minit pertama untuk
memastikan saya terjaga, tetapi ia adalah pengalaman yang agak baik untuk saya dan
rakan sepasukan. Saya dapat memahami tentang rondaan tentera semasa peperangan
untuk memastikan pergerkan musuh.

Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari kedua ialah menaiki flying fox
dan berkembara. Satu taklimat tentang keselamatan menaiki flying fox dijelaskan oleh
jurulatih. Apabila semua peserta memahami peraturan-peraturan tentang menaiki flying fox,
kami pun memakai peralatan keselamatan yang telah disediakan. Kebanyakan peserta
teruja untuk mencuba flying fox. Ini mungkin disebabkan menaiki flying fox merupakan kali
pertama bagi mereka. Oleh sebab ini bukan kali pertama saya menaiki flying fox, saya tidak
beberapa teruja seperti peserta lain. Terdapat seorang rakan dari kumpulan saya yang gayat
dan semasa dia berada di kemuncak, dia tidak berani untuk turun. Namun, dengan
dorongan kami, dia pun turun dengan selamat. Saya berasa ia adalah sangat penting untuk
mendorong rakan sepasukan anda dalam sesuatu yang mereka fikir mereka tidak dapat
mencapai. Selain itu, saya berasa kagum bahawa dia berjaya mengatasi ketakutannya. Ini
hanya dapat dilakukan dengan kebaranian yang cukup kuat.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

Aktiviti seterusnya ialah berkembara ke hutan yang berdekatan. Sebelum memula,


kami diberi beberapa tugasan iaitu mengira jarak, mengamati flora dan fauna serta belajar
beberapa ayat dalam bahasa tempatan dari penduduk kampung. Setelah tugasan
dibahagikan antara kumpulan, kami pun mulai perjalanan kami ke hutan. Tidak dapat
beberapa banyak cabaran untuk beberapa minit pertama kerana kami hanya menjalan atas
jalan raya tetapi apabila sampai jambatan gantung, terdapat beberapa orang yang amat
takut kerana ketinggiannya dan kegoyahan jambatan tersebut. Bagi saya, saya cuba untuk
mengimbangi diri saya dengan berharap depan dan tidak melihat ke bawah seperti yang
dinasihati oleh Encik Chan. Apabila melihat ke bawah sungai, ia kelihatan seperti jambatan
sedang bergerak dan akan menyebabkan anda berasa pening lalu berasa seperti akan
jatuh. Semasa melintasi jambatan gantung, saya berkaitkan dengan kehidupan saya di
mana banyak cabaran dikemukakan. Jangan pandang balik atau berasa menyesal tentang
apa yang telah berlaku tetapi hidup dengan harapan tentang apa yang akan datang pada
masa hadapan.

Lebih kurang 2 jam sudah berlalu dan kami belum sampai lagi ke destinasi malah
kami berdepan dengan satu lagi cabaran, iaitu kami perlu melintasi jalan sempit dan agak
bahaya. Satu langkah salah boleh mencederakan diri dan jalan tersebut hanya boleh
dilintasi oleh seorang sahaja. Disebabkan beberapa hari sebelum berhujan, namun jalur
agak licin. Kami perlu berhati-hati semasa melintas tetapi dengan kerjasama kumpulan,
akhirnya kami sampai ke destinasi kami untuk berehat dan makan. Setiap kumpulan diberi
sekotak mancis dan penyala api untuk menyala api. Seterusnya, kami menggunakan mas
tin yang dibawa untuk memasak Maggi dan nasi. Proses untuk menyala api agak susah dan
perlu seorang yang penyabar serta teknik yang betul supaya berjaya mengihupkan api.
Saya gagal untuk berkali-kali sebelum berjaya menyalakan api dan kami mula memasak
beras dan Maggi yang diberi. Malangnya ketika kami sedang memasak, hujan mulai turun
dan semakin lebat. Walaupun hujan turun lebat tetapi kami tetap memakan makanan yang
separuh masak kerana kami berasa sangat lapar selepas perjalanan yang panjang. Selepas
makan, kami meneruskan perjalanan kami balik ke Pusat Kokurikulum dengan hujan yang
lebat. Berdasarkan aktiviti kembara ini, boleh dilihat bahawa kumpulan saya mempunyai
semangat bersatu yang kuat kerana kami melalui kesusahan bersama-sama tanpa
mengeluh dan berusaha untuk mengelesaikan masalah bersama.

Hari ketiga merupakan hari yang kami menunggu-nunggu kerana kami akan
mengadakan water rafting. Taklimat tentang water rafting diberi oleh Encik Chan Kok Wa
sebelum kami bertolak ke tempat berkayak. Setelah kami sampai ke destinasi, kami pun

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

masuk ke kumpulan masing-masing dan memakai gear keselamatan yang disediakan oleh
pihak berkayak. Sebelum masuk ke kayak, kami diajar cara body confidence di mana
setiap orang diberi peluang untuk mengapung atas air dengan bantuan jurulatih dan
pensyarah. Melalui aktiviti body confidence, saya dapati bahawa kita perlu tetap tenang
apabila kita terapung di atas air dan berusaha untuk mengawal arah badan. Saya bersyukur
kerana saya telah belajar satu teknik baru semasa body confidience kerana semasa
berkayak, saya terjatuh ke dalam air apabila kayak melanggar batu yang besar. Ketika saya
jatuh ke dalam air, saya fikir saya akan tenggelam kerana saya bukan seorang perenang
yang baik. Walaubagaimanapun, saya tetap menenangkan diri dan dengan membuat
demekian, saya terselamat. Rakan-rakan saya dan rafter dapat menarik saya keluar dari air.
Tidak lama kemudian, hujan mula menuruni dan kami menggigil akibat cuaca yang sagat
sejuk tetapi dengan hujan, ia menjadikan aktiviti berkayak lebih senorok dan bercabar.

Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana dapat menyertai program


perkhemahan BIG kali ini kerana saya telah belajar banyak perkara yang sebelum ini saya
tidak pandai. Saya juga berasa gembira kerana melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan,
hubungan persahabatan telah dieratkan lagi. Saya juga belajar nilai-nilai seperti
bekerjasama, cintai alam semula jadi dan berdikari.

LAMPIRAN

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

Rajah 1.0: Tiba ke Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kiulu, Tamparuli

Rajah 2.0: Saya sedang memasangkan khemah

Rajah 3.0: Kami berhimpun untuk membuat senamrobik pada awal pagi

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

Rajah 4.0: Kami tidak sabar untuk menaiki flying fox.

Rajah 5.0: Menyalakan api untuk memasak selepas kembara

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

Rajah 6.0: Kumpulan kami (Sang Kancil) sedang membuat


pembentangan

Rajah 7.0: Sesi refleksi pada hari yang terakhir

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

Rajah 8.0: Sesi bergambar sebelum balik

PENUTUP

Berdasarkan program perkhemahan BIG Fasa Pertama, saya dapat berlajar banyak ilmu
mengenai kemahiran hidup. Selain itu, Program BIG Fasa Pertama tidak akan berjaya tanpa
sokongan daripada pensyarah-pensyarah kami terutamanya tutor kami iaitu Encik Alvin Auh
dan kem komanden, Encik Abdullah Muhammad. Tidak lupa juga kerjasama yang diberi oleh
semua pihak alih jawatankuasa untuk memastikan semua aktiviti dijalan dengan lancar.
Pelaksanaan program Bina Insan Guru ini sememangnya berupaya membina insan guru
yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal selain
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai
keguruan. Selain itu, pelaksanaan program ini membentuk para peserta untuk menabur
khidmat bakti kepada masyarakat selaras dengan nilai-nilai keguruan dan mejadi pemangkin
ke arah perubahan masyarakat yang cemerlang.

Di samping itu, program BIG membuka peluang kepada para peserta untuk melatih
dan membuat keputusan rasional berasaskan pengetahuan diri, pengalaman dan situasi
semasa dan membantu para peserta menjadi fleksibel semasa mengatasi masalah supaya
dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13
BINA INSAN GURU (BIG) FASA I (Character Building for Teachers)

Program ini sememangnya memberi pendedahan kepada saya untuk membina sifat-
sifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri untuk menjadi seorang guru yang
berkaliber pada masa yang akan datang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang
program BIG Fasa Pertama ini berupaya membina kemantapan jasmani dan kekuatan
rohani serta ketahanan mental dan sosial para pelajar. Melalui ilmu pengetahuan dan
kemahiran serta pengalaman yang diterapkan dalam kalangan pelajar, wujudlah seorang
bakal guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang berjiwa merdeka dan perkasa,
berakauntabiliti dan amanah, berdaya tahan yang tinggi dan kreatif serta berinovatif.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan beribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang
telah berupaya untuk menjayakan program BIG Fasa Pertama. Tanpa bantuan dan
sokongan daripada mereka, Program BIG kali ini tidak akan mejalan lancar seperti yang
dirancang. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Disemak oleh

(LYDIA BEH SHENG HUI) ( )


Pelajar PISMP Semester 1
Ambilan JUN 2013

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP TESL SEMESTER 1 AMBILAN JUN
2014
13

You might also like