You are on page 1of 2

UNIT 1

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN


( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya)
Sinopsis
Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang
beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra
budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-
emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan
mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik
darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang
pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar
pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan
budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di
kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga
dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya,
pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya
pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai
budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia
mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya
Hasil Pembelajaran
1. Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan
persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
2. Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik
darjah yang mesra budaya
3. Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya
4. Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan
sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya
5. Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan
cara-cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan
pelbagai etnik
2
6. Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan
7. Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan
pembelajaran
8. Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya
9. Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi
relevan budaya
10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas
bercantum
11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang
memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum
12. Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya
13. Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian
berasaskan budaya

You might also like