You are on page 1of 3

Jelaskan peranan yang seharusnya dimainkan oleh pensyarah universiti

untuk menyemarakkan patriotisme di Malaysia.

Selain memberikan ilmu pendidikan, peranan pensyarah juga adalah amat


signifikan sekali dalam menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan
mahasiswa di Universiti umumnya dan rakyat Malaysia amnya. Hal ini adalah
penting kerana, semangat patriotisme telah menjadi salah satu faktor penting
kepada perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dahulu. Bill Totten
(1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut
beliau, tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk
pun boleh berfungsi dengan baik melainkan semula ahli cintakan negara. Justeru
itu, berdasarkan kepada pendefinsian beliau ini, maka adalah wajar untuk
pensyarah universiti menyemarakan patriotisem di Malaysia. Dalam perbahasan
oleh Prof. Dato Dr Zakaria Bin Kasa timbalan Nasib Canseor Universiti Pendidikan
Sultan Idris, turut menggesa agar pensyarah universiti bukan hanya perlu
bersifat kreatif dan inovatif dalam memainkan peranan mereka untuk menarik
minat pelajar kepada pengajaran (Rizal Uzir. 2002). Malah pada masa yang
sama, penerapan terhadap semangat patriotisme turut dijadikan satu aspek
penting untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat cintakan
negara. Antara peranan pensyarah universiti dalam menyemarakan patriotime di
Malaysia dari aspek kokurikulum dapat dilihat seperti berikut.

1.1 Memperkasakan dan Meningkatkan Penglibatan Pelajar


Dalam Aktiviti Kokurikum di IPTA.
Kokurikulum merupakan satu landasan yang amat penting dalam
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa
di universiti. Secara umumnya, aktiviti kokurikulum telah
dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini iaitu sejak
zaman pemerintahan kerajaan British lagi. Aktiviti kokurikum ini
terus diberikan penekanan oleh Kementrian Pendidikan seperti yang
terkandung di dalam surat arahan School Course of Studies
Regulations 1956 dan pindaan tahun 1961 (Akta Pendidikan 1961
No. 552). Kokurikum telah menjadi wadah untuk menyemarakan
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar berbilang kaum.
Justeru, tidak dinafikan dalam matlamat yang terkandung dalam
Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 turut
mengutarakan bahawa kurikulum dan kokurikulum adalah teras
dalam membina perpaduan atau semangat patriotisme.

Sehubungan itu, peranan pensyarah universiti adalah amat


penting dalam memperkasa dan meningkatkan penglibatan pelajar
terutamanya dalam aktiviti kokurikulum yang menerapkan sifat
cintakan negara (patriotik). Sebagaimana yang telah dilaksanakan
oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), antara aktiviti
kokurikum yang telah ditubuhkan adalah seperti PALAPES, SUKSIS,
SISPA, BSSM dan KESATRIA. PALAPES atau Pasukan Latihan Pegawai
Simpanan yang dulunya dikenali seagai ROTU (Reserve Officer
Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementrian
Pertahanan Malaysia dengan Kementrian Pengajian Tinggi untuk
mahasiswa-mahasiswa di Institusi Pengajia Tinggi Awam (IPTA).
Dalam memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, selain
untuk melahirkan pegawai simpanan, PALAPES juga menyokong
usaha kerjaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang
warganegara yang sempuran, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri
mempertahankan kepentingan negara.

Sehubungan itu, untuk menarik minat lebih ramai mahasiswa


menyertai kokurikulum tersebut, para pensyarah perlu memberikan
tawaran dan jaminan-jaminan tertentu khususnya kepada
mahasiswa tersebut. Selain jaminan tempat tinggal sepanjang
semester dan pemberian elaun setiap bulan, pengiktirafan terhadap
jawatan yang disandang dalam kokurikulum tersebut juga perlu
diberikan. Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
penglibatan lebih ramai mahasiswa dalam kokurikulum tersebut.
Dalam aktiviti kokurikulum itu, mahasiswa juga hendaklah dilatih
dan diterapkan dengan nilai-nilai yang bersifat patriotisme untuk
membina jati diri mereka sebagaimana latihan yang diberikan oleh
tentera, askar dan polis di Malaysia dalam sesi latihan mereka. Oleh
itu, melalui badan beruniform ini akan melahirkan mahasiswa dan
bakal graduan yang berdisiplin, mempunyai semangat juang, jati
diri dan cintakan negara.

Ahhaha fikir logic besok lagi la. Sya ada mau edit lagi
kerja kawan sya baadeh.. hari selasa juga ko hntr kan..
Ko tmabah lagi pasal pidato atau berbalas pantun dlam isi
kedua. Mohon ah,.. fikir mcm pertandingan pantun yang terapka
unsur patriotsem mcm tu la..

Rujukan

Rizal Uzir. 2002. Nilai-nilai Kewarganegaraan di Kalangan Pelajar Sekolah


Menengah Tinggi Kajang. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan: UKM

Totten B. (1998). Patriotisme of Post War Japanese (Part 2). Dalam


http.www.billtotten.compdf. Diakses pada 26 Mac 2017

Tajul Ariffin Nordin. 1985. Kedudukan Pengajaran dan Pembelajaran Masa Kini
dalam Konteks Pendidikan Kewarganegaraan dalam Adanan Haji Nawang.
Pendidikan dan Kewarganegaraan di Malaysia. Kuala Lumpur: Gabungan
Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung.

You might also like