You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN

UJIAN SUMATIF 1 (MAC 2015)


SEJARAH TAHUN 4
30 MINIT
NAMA:.. KELAS:.

BAHAGIAN A (60 Markah)


1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah
A Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau
B Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau
D Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

2. Sumber pertama sejarah boleh didapati dalam bentuk


A Buku
B Ucapan
C Akhbar
D Batu bersurat

3. Muzium berperanan sebagai


A Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
B Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
C Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah
D Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat

4. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?


A Mengetahui cerita seseorang
B Boleh menjadi iktibar dan pelajaran
C Melahirkan masyarakat yang suka membaca
D Bersemangat untuk berperang dengan orang lain

5. Apakah maksud biodata diri?


A Pengenalan diri seseorang
B Dokumen berkaitan orang lain
C Keterangan tentang diri dan keluarga
D Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita
6. Keluarga asas terdiri daripada
A datuk, nenek dan sepupu
B ibu saudara, abang dan kakak
C ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
D ayah, ibu dan anak-anak

7. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?


A Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
B Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
C Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
D Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

8. Apakah gelaran nama bagi anak sulung dalam sesebuah keluarga?


A Adik
B Along
C Angah
D Mak Su

9. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?


A Murid
B Kerani
C Guru Penolong Kanan
D Guru Besar

10. Apakah yang dimaksudkan dengan visi?


A Sesuatu yang hendak dicapai
B Lambang kebanggaan sekolah
C Wawasan atau berpandangan jauh
D Langkah untuk mencapai kejayaan

11. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?


I Mematuhi disiplin sekolah
II Bermain semasa guru sedang mengajar
III Membuang sampah di kawasan sekolah
IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
A I dan II C I dan III
B II dan III D I dan IV

12. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
A Membuang sampah merata-rata
B Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
C Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
D Menconteng dinding sekolah

13. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan


A saiz rumah seseorang
B taraf hidup seseorang
C lokasi tempat tinggal seseorang
D bilangan ahli keluarga seseorang

14. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali


A mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
B mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
C dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun
D kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga kini

15. Mengapakah kita perlu mengindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal?


A Mengharapkan pujian orang lain
B Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
C Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
D Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut

/15

BAHAGIAN B (20 Markah)


Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Keluarga asas terdiri daripada ibu, ayah dan _____________________.

2. _____________________ antara satu sama lain di dalam keluarga amat penting


untuk membina keluarga yang bahagia.

3. Sikap ____________________ perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga kerana ia
dapat mengelak daripada berlakunya perselisihan faham.

4. Kita mesti menjaga __________________ keluarga supaya nama baik keluarga tidak
tercemar.

5. ____________________ keluarga adalah sebuah rajah yang menerangkan asal usul


sebuah keluarga
/5

BAHAGIAN C (20 Markah)


Tandakan ( / ) pada pernyataan yang menunjukkan peristiwa sejarah dan
tandakan (X) pada pernyataan yang bukan menunjukkan peristiwa sejarah.

1. Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.
2. Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.

3. Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri dua tahun yang lalu.
4. Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.
5. Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

/5
-----------------------------------------KERTAS SOALAN TAMAT--------------------------------------

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C
Jumlah
--------------------------- -------------------------------
--------------------------
X4=

You might also like