You are on page 1of 7

as salam and welcome..

SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA


81900 KOTA TINGGI JOHOR

PERKHEMAHAN
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
TAHAP 2 (2011)

TARIKH :

23 HINGGA 25 SEPTEMBER 2011

TEMPAT:

PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,


81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

ANJURAN :

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA
81900 KOTA TINGGI JOHOR

PERKHEMAHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM


TAHAP 2 SK PETRI JAYA

1. RASIONAL
Perkhemahan Unit Beruniform (Pergerakan Puteri Islam Malaysia) merupakan aktiviti pasukan badan
beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform SK Petri Jaya, Kota Tinggi Johor.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid sekolah dalam aktiviti perkhemahan di
samping menyemai sikap dan nilai kerjasama dan berdikari dalam diri murid-murid sekolah rendah.
Selain itru, aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui
penyertaan dalam bidang kokurikulum.

2. OBJEKTIF
Di akhir perkhemahan ini, murid-murid akan dapat:

3.1 Memberi peluang kepada murid-murid merasai pengalaman dalam menyertai perkhemahan.
3.2 Membentuk murid-murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.3 Melatih murid-murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
3.4 Melahirkan murid-murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka
menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara ahli kumpulan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosial.

3. MASA DAN TARIKH


Tarikh : 23 hingga 25 September 2011 (Jumaat hingga Ahad)

4. TEMPAT
Padang Sekolah Kebangsaan Petri Jaya,
81900 Kota Tinggi, Johor.
5. PESERTA
30 orang murid Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sekolah Kebangsaan Petri Jaya.
6. PENSYARAH PENASIHAT DAN AJK
Guru Penasihat PPIM Sekolah Kebangsaan Petri Jaya seramai 4 orang.
7. SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Sekolah Kebangsaan Petri Jaya.
8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kuantiti Harga Kos Jumlah


(RM) Perbelanjaan
1. Makan bagi 30 orang
murid 30 RM 8.00 30 x RM 8.00 RM 720.00
x 3 hari
2. Makan bagi 4 orang
guru 4 RM 4 x RM 10.00 RM 120.00
10.00 x 3 hari
3. Hadiah RM 150.00
4. Sijil Penyertaan 30 Sumbangan Sekolah
JUMLAH RM 990.00
9. JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Tuan Haji Isa Bin Salleh

(Guru Besar SK Petri Jaya)

Ketua Perkhemahan: Encik Ramli Bin Abu Samah

Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)

Guru Penasihat : Norliza Binti Abu ( Ketua)


Fauziah Binti Mohammad
Maimunah Binti Haji Dawam
Roziah Binti Ali Rostam

Pengerusi : Nurul Huda Binti Muhammad


Naib pengerusi : Rabiatul Aina Binti Rosli
Setiausaha : Aimi Hazwani Binti Abdul Kamal
Bendahari : Syaza Zinnirah Binti Ismail

AHLI JAWATANKUASA
AJK Makanan : Fatin Fatihah Binti Amir (Ketua)
Farah Najwa Binti Kamaluddin
AJK Kerohanian : Nur Ilyana Athirah Binti Abdullah ( Ketua)
Nur Alya Binti Musa
AJK Hadiah dan Sijil : Nor Izzati Binti Hashim
Hani Khalisha Aishah Binti Azman
AJK Disiplin : Nur Azira Binti Ammar (Ketua)
Ain Natasha Binti Shahrol Haizat
AJK Peralatan : Puteri Balqis Batrisyah Binti Maarof (Ketua )
Hanifah Hafizah Binti Ahmad Tarmizi
AJK Kebajikan : Aisyah Humairah Binti Isa (Ketua)
AJK Pertandingan : Haidatul Hafizah Binti Ahmad Tarmizi (Ketua)

10. ATUR CARA PEKHEMAHAN

HARI PERTAMA (Jumaat 23 September 2011)

12.00 01.00 ptg Pendaftaran, Taklimat dan membina Khemah


Aktiviti 1 - Jalinan Silaturahim
01.00 02.30 ptg Pengurusan diri, makan dan solat
02.30 04.00 ptg Gajet ikatan dan simpulan
04.00 05.00 ptg Tatacara perjumpaan dan kawat kaki
05.00 09.00 mlm Pengurusan diri, makan , solat dan tazkirah
09.00 11.00 mlm Ice Breaking : Menuju Impian Dunia dan
Akhirat
11.00 malam Minum malam dan tidur

HARI KEDUA (Sabtu 24 September 2011)

05.00 07.00 pagi Qiamullail


Solat subuh/ tazkirah
07.00 07.30 pagi Senaman / riadah /tatacara perjumpaan
07.30 09.00 pagi Minum pagi dan pengurusan diri
09.00 12.00 pagi Ikhtiar Hidup Pertandingan Masakan Ala
Rimba
12.00 02.00 ptg Pengurusan diri /makan tengah hari dan solat
02.00 04.00 ptg Pertolongan Cemas
04.00 05.00 ptg Tatacara Perjumpaan dan Senam Robik Zikir
05.00 09.00 mlm Pengurusan diri, makan dan solat dan tazkirah
09.00 10.30 mlm Malam Kebudayaan
10.30 - 11.00 mlm Minum malam
11.00 malam Tidur dan jaga malam
HARI KETIGA (Ahad 25 September 2011)

05.00 07.00 pagi Solat subuh pengurusan diri


07.00 07.30 pagi Senaman pagi
07.30 08.30 pagi Sarapan
08.30 10.30 pagi Aktiviti khidmat Masyarakat
10.30 11.30 pagi Pengurusan khemah
11.30 - 12.00 tgh Refleksi dan Majlis Perasmian Penutup
12.00 01.00 ptg Makan tengahari
Bersurai (pulang ke rumah masing-masing)

11. TUGAS JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

TUGAS AHLI JAWATANKUASA MAKANAN

1. Memastikan para peserta perkhemahan mendapat makanan yang disediakan pihak pengurusan.
2. Memastikan pinggan dan cawan yang digunakan disusun di tempat yang betul setelah
digunakan.
TUGAS JAWATANKUASA KEROHANIAN

1. Memantau dan memastikan semua peseta perkhemahan menunaikan sembahyang berjemaah (kecuali
uzur) dan mengikuti tazkirah.

TUGAS JAWATANKUASA HADIAH DAN SIJIL

1. Menyediakan tempat untuk menyusun cenderamata


2. Menyediakan dulang, alas meja, bunga dan sebagainya untuk hiasan.
3. Membantu dan menyelaraskan tugas dan tanggung jawab di atas pentas dengan pengerusi, pengacara
majlis penutupan rasmi dan jawatan kuasa pertandingan

TUGAS JAWATANKUASA DISIPLIN

1. Membantu guru memantau peserta perkhemahan.


2. Sentiasa mengingatkan, memberi teguran kepada peserta perkhemahan sepanjang
perkhemahan.
3. Melaporkan kepada guru penasihat yang bertugas jika perlu.
TUGAS JAWATANKUASA PERALATAN

1. Membantu guru menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan sepanjang perkhemahan.
2. Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti dan pertandingan yang dijalankan semasa
perkhemahan.
3. Menyemak peralatan sebelum pergi dan semasa memulangkan.
4. Membantu guru penasihat mengemas, menyusun peralatan ke dalam bas/coaster semasa pergi
dan balik.
5. Membantu guru penasihat memastikan semua peralatan bersih/dibersihkan sebelum disimpan
semula dalam stor.
TUGAS JAWATANKUASA KEBAJIKAN

1. Menolong guru penasihat menjaga kebajikan peserta perkhemahan.


2. Membantu peserta perkhemahan yang menghadapi masalah dan melaporkan kepada guru penasihat
yang bertugas jika perlu.

TUGAS JAWATANKUASA PERTANDINGAN

1. Membantu guru penasihat memantau persediaan menjalankan pertandingan.


2. Memastikan setiap kumpulan yang menyertai pertandingan membuat persediaan dengan sebaiknya.
3. Memantau perjalanan pertandingan.

12. BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH SETIAP PESERTA

1. Pakaian seragam PPIM beserta kasut hitam bertutup 1


2. Seluar panjang/track bottom
3. T-shirt PPIM/T-shirt PJ
4. Baju kerja secukupnya
5. Stokin 6 pasang
6. Kasut sukan dan selipar
7. Perkakas mandi
8. Peralatan sembahyang dan sejadah
9. Alat tulis dan buku catatan
10. Wisel
11. Lampu picit
12. Selimut
13. Tikar/surat khabar
14. Baju hujan jika perlu
15. Sleeping beg
16. First Aid (1 sahaja)
18. Kain Anduh

PERHATIAN
Sila berjumpa dengan guru penasihat untuk keterangan yang lebih lanjut.
13. PERATURAN PERKHEMAHAN

1. Peserta perkhemahan perlu tahu cara-cara mendirikan khemah, menggunakan dan menjaga
khemah pada waktu siang, malam dan semasa cuaca buruk.
2. Khemah mesti dijaga dengan baik sebelum dan selepas digunakan, jangan menyidai pakaian
diatas khemah atau tali khemah.
3. Khemah mesti dibuka atau dilipat dengan betul. Jangan sesekali menggunakan lilin atau pelita
dalam khemah.
4. Kawasan khemah mestilah dalam keadaan yang bersih dan makanan mestilah ditutup.
5. Setiap kumpulan haruslah menyiapkan alat-alat yang perlu dibuat dan mengetahui cara
menggunakan dan menjaga dengan baik. Alatan mestilah dibasuh dan dijaga dengan rapi.
6. Peserta perkhemahan perlu makan dan mandi mengikut masa yang ditetapkan.
7. Peserta perkhemahan harus berpakaian seragam bagi tatacara perjumpaan, perasmian dan
penutup.
8. Peserta perkhemahan berada dalam kumpulan masing-masing semasa bekerja, menjalankan
aktiviti dan sebagainya.
9. Dapur hendaklah dibersihkan dan sisa-sisa makanan hendaklah dikumpulkan terlebih sebelum
dibuang.
10. Peserta perkhemahan hendaklah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik dan sopan.
11. Peserta perlu memakai pakaian yang bersih dan sesuai bagi setiap aktiviti.
12. Peserta perkhemahan tidak membuat bising semasa waktu tidur.
13. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran
kem komanden.
14. Peserta tidak dibenarkan meniup wisel kecuali dalam kecemasan.
15. Peserta perkhemahan tidak dibenarkan membawa barang-barang kemas/berharga.
14. PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform ini dapat dijalankan
dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada
para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat
murni Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah. Semoga tema segala
matlamat dan objektif perkhemahan dapat direalisasikan semasa perkhemahan
tersebut.

Disediakan oleh ,

...............................

(Rashidah Binti Abu Kassim )


Setiausaha Kokurikulum,
SK Petri Jaya,
89100 ,
Johor.

You might also like