You are on page 1of 1

Dapatkan BH PLUS. Langgan Sekarang (/gaccount/login#raas-login).

Apa itu BH PLUS? (/bhplus/tentangbhplus) Log Masuk (/gaccount/login#raas-login)

Isnin, 22 Mei 2017 - 5:06PM


Waktu Solat Kuala Lumpur:

(/)

UTAMA (/) SEMASA (/SEMASA) SUKAN (/SUKAN) BISNES (/BISNES) DUNIA (/DUNIA) JENAYAH (/JENAYAH) HIBURAN (/HIBURAN) POLITIK (/POLITIK) RENCANA (/RENCANA) BH@IT (/BHIT) HARTANAH (HTTP://WWW.BHARIAN.COM.MY/HARTANAH)

BH AUTO (/BHAUTO) FOTO (/FOTO) BHTV (/BHTV)

HIBURAN

ISNIN, 22 MEI 2017 @ 4:31 PM

Siti tunai janji nyanyi lagu Hang Pi Mana


(/node/285250)
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my (mailto:zaidim@bh.com.my)

Tweet

Like 2.7K Share

(mailto:)

Datuk Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza menunaikan janjinya dengan menyanyikan lagu,
Hang Pi Mana, dendangan asal kumpulan Khalifah, selepas pasukan bola sepak
Pahang tewas kepada Kedah dalam pertandingan Piala FA.

Dalam perlawanan akhir di Shah Alam, Sabtu lalu, Kedah menundukkan Pahang, yang
juga negeri kelahiran Siti, dengan jaringan 3-2.

Lagu popular berkenaan didendangkan penyanyi tersohor itu di stesen radio Era FM,
pagi tadi.

Malah, ketika berlangsungnya majlis jamuan bersama kelab peminatnya, Siti Zone, di
ibu kota, semalam, aksi Siti menyanyikan lagu terbabit turut dirakamkan peminat dan
wakil media.

"Sekalipun lahir di Pahang, separuh badan saya kini kiranya sudah ada darah Kedah
kerana suami (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) dari negeri berkenaan.

"Jadi,
bab usik-mengusik dengan suami itu perkara biasa apabila membabitkan perkara
berkaitan negeri masing-masing, termasuklah ketika Kedah dan Pahang diumumkan
berentap pada peringkat akhir Piala FA.

"Kebetulan juga Siti dan seorang teman berkahwin dengan orang Kedah. Tambahan
pula kami berempat aktif berbasikal dan mempunyai kumpulan WhatsApp sendiri.
Kecoh jugalah dalam kumpulan itu kerana Piala FA. Masing-masing nak menuntut
hadiah, jika negeri sendiri menang.

"Akhirnya Siti turut bergurau, kalau Kedah menang dan Pahang tewas pada perlawanan
itu, Siti kena nyanyi lagu Hang Pi Mana. Nampaknya Siti kenalah tunai janji," tuturnya.

Dalam pada itu, Siti meluahkan kesyukuran album studio ke-17 beliau, SimetriSiti,
mendapat maklum balas positif.

"Siti juga bersyukur kerana berpeluang mempromosikan lagu daripada album ini pada
beberapa acara.

"Pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 3.0, baru-baru ini, Siti
menyanyikan lagu Segala Perasaan. Kemudian pada konsert Aubrey Suwito & Friends
di Dewan Filharmonik Petronas, Sabtu lalu, Siti mempersembahkan Bersandar Cinta.

"Malam tadi, Siti berpeluang pula menyanyikan lagu, Aku Bukan Malaikat, pada
pertandingan akhir Gema Gegar Vaganza. Jadi secara tidak langsung banyak lagu
dapat dipromosi dan diperkenalkan kepada peminat.

"Alhamdulillah, permintaan untuk album ini di pasaran cukup menggalakkan. Malah,


ada kedai muzik yang memaklumkan mereka sudah kehabisan stok album berkenaan,"
katanya.

DARISELURUHLAMANWEB

DISYORKAN

Dr Khir Toyo kahwin lagi Jumpa perogol selepas 20 Cikgu Aishah perjelas surat
tahun
(http://www.bharian.com.my/node/187524) cinta bapa murid
(http://www.bharian.com.my/node/247339)
(http://www.bharian.com.my/node/58797)
Recommendedby (http://www.outbrain.com/whatis/default/en)

You might also like