You are on page 1of 4

RUKUN TETANGGA

pengenalan

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia yang ke-3 pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung
Kassipilay, Kuala Lumpur. Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun
Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk
memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai
sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu.Skim
ini memberi kuasa kepada penduduk dalam memastikan keamanan dan keselamatan rumah
dan kawasan sekitarnya melalui rondaan wajib ke atas penduduk berusia di antara 18 hingga
55 tahun.

Selain itu, Rukun Tetangga juga pada masa itu berperanan untuk melaksanakan program
kejiranan dan aktiviti berasaskan pembangunan komuniti serta pendidikan sosial dan sukan
untuk meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat. Konsep Rukun
Tetangga seterusnya mengalami fasa perubahan selaras dengan peredaran semasa sosio
-ekonomi negara.Teras pertama pada tahun 1975 ialah Konsep Keselamatan.Seterusnya,teras
kedua pada tahun 1984 ialah Konsep Kejiranan untuk meningkatkan semangat kejiranan dan
perpaduan setempat.Teras ke tiga pula pada tahun 2001 ialah Pembangunan Komuniti dalam
aspek yang menyeluruh dan teras yang terakhir pada tahun 2010 adalah Model Transformasi
Rukun Tetangga Pelaksanaan program dan aktiviti berlandaskan lima teras iaitu
perpaduan,ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup. Lima teras ini adalah di
antara kerangka yang dikenal pasti mampu mencapai matlamat Negara untuk melahirkan
masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam suasana harmoni lagi sejahtera.Selaras dengan
perkembangan terkini, termasuk pemansuhan akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan
Darurat, maka Akta Rukun Tetangga 2012 telah digubal dan dikuatkuasakan pada 22 Jun
2012.
Fungsi-fungsi dan tugas-tugas rukun tetangga

a) Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat


kejiranan, perpaduan,muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama,
keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di
kalangan anggota masyarakat

b) Menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu


mengenai konflik masyarakat di dalam Kawasan dan melaporkan maklumat,
pemerhatian dan penyiasatan itu kepada pengarah

c) Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan


pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana

d) Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau


selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota
masyarakat

e) Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang di arahkan oleh Ketua Pengarah
dari masa ke semasa.
RUMAH TERBUKA

Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Oleh hal yang demikian, maka
wujudlah pelbagai perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia sepanjang tahun.
Sebenarnya, inilah ciri-ciri keunggulan kita sebagai sebuah negara majmuk.

Justeru, majlis rumah terbuka diadakan setiap kali tiba musim perayaan. Kini majlis rumah
terbuka telah menjadi suatu kecenderungan aliran yang popular dalam kalangan masyarakat
negara in Konsep rumah terbuka ini memberikan peluang kepada setiap rakyat Malaysia
untuk bersama-sama meraikan perayaan sesuatu kaum yang lain.

Secara tidak langsung, kecenderungan ini dapat mengeratkan silaturahim dan


mencerminkan identiti masyarakat Malaysia yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini
demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di
negara kita juga tetapi gagal mencapai tahap perpaduan seperti kita. Malah, rakyat negara
berkenaan sentiasa bercakaran sesama sendiri.

Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada adat budaya dan konsep
seruan beragama anutan setiap kaum di Malaysia. Tanpa mengira mana-mana perayaan, sama
ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavati, Hari Natal, Pesta Keamatan, Pesta
Gawai dan sebagainya, masing-masing tetap menyambutnya dengan cara yang tersendiri.

Sesungguhnya, proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan
pertembungan antara dua atau lebih budaya. Sebagai akibatnya, akan berlakulah proses
asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti daripada kaum
majoriti. Umpamanya, banyak unsur budaya Melayu yang akan diterima secara tidak
langsung sebagai unsur budaya kaum Iban, Kadazan, dan Murut ekoran majlis-majlis rumah
terbuka yang diadakan saban tahun.

Tambahan lagi, melalui amalan rumah terbuka, kaum-kaum yang berlainan akan lebih
memahami antara satu dengan yang lain. Selain mengenal juadah kaum-kaum lain, mereka
akan didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka. Secara tidak
langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi. Sikap toleransi ini amat
penting demi keutuhan negara kita.

Kesimpulannya. Amalan rumah terbuka semasa menyambut perayaan pelbagai kaum di


Malaysia seharusnya dijadikan suatu tradisi kehidupan rakyat negara ini. Malah, amalan
sedemikian rupa menjadi identiti masyarakat majmuk Malaysia yang tiada tolok bandingnya
dengan negara-negara lain.

You might also like