You are on page 1of 6

AYAT

TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu
predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit

Rumah Ali cantik

Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek
atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk Kata Ayat tunggal
hubung

(a)

Suhaili suka makan dan Suhaili suka makan nasi


nasi lemak dan mi lemak.
sup.
(b Suhaili suka makan mi sup.

Rumah yang besar Yang Rumah itu besar.


itu rumah Fazli.
Rumah itu rumah Fazli.

(a)

Dia memberitahu bahawa Dia memberitahu.


bahawa kakaknya
(b Kakaknya akan melanjutkan
akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara.
pelajaran ke luar
Negara.

Dia akan balik ke (a Dia akan balik ke kampung.


kampung apabila
Apabila(bDia ada masa lapang.
ada masa lapang.

Latihan :
A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ( ayat tunggal ) atau
( ayat majmuk).

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________

2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________

3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________

4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________

5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________

6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________

7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________

8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________

9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________

10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya

menjadi ayat majmuk.

Ayah membaca surat khabar.

Ayah menonton televisyen. sambil


2. Hanita tinggal di Taman Aman.

Suresh tinggal di Taman Aman dan

3. Amran melayari internet.

Amran mencari maklumat terbaru. untuk

4. Kasut itu berwarna biru.

Kasut itu sangat mahal. yang

5. Kami terkejut.

Kami terdengar bunyi letupan. apabila

6. Halim kaya.

Halim kedekut. tetapi

7. Murid itu mengetuk pintu.

Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum

8. Ibu memarahi adik.


Adik bermain di tepi longkang. Kerana

9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.

Asward tidak sihat. walaupun

You might also like