You are on page 1of 3

Gambar di atas merupakan kaligrafi karya Kaisar Saga yang bertajuk

Tangisan untuk bangsawan Saicho semasa kematian Saicho. Kaisar Saga


ialah seorang pelajar Bahasa Tiongkok klasik pada masa itu. Beliau juga
memiliki kemampuan membuat kaligrafi.

Saicho adalah seorang sami Buddha Jepun dikreditkan dengan


pengasas sekolah Tendai agama Buddha berdasarkan sekolah Cina Tiantai.
Beliau mengasaskan kuil dan ibu pejabat Tendai di Enryaku-ji di Gunung Hiei
berhampiran Kyoto. Beliau juga dikatakan telah menjadi yang pertama untuk
membawa teh ke Jepun. Selepas kematiannya, beliau telah dianugerahkan
gelaran anumerta Dengy Daishi.

Kaisar Saga menulis kaligrafi ini untuk menghargai jasa Saicho. Oleh
itu, nilai yang boleh kita dapati ialah nilai menghargai jasa orang lain. Kita
perlulah menghargai jasa orang lain walaupun hanya sedikit.
Gambar di atas merupakan satu kraftangan tradisional negara Jepun
iaitu kasut Geta. Kasut ini telah menggunakan konsep masyarakat Jepun
sebagai corak di atas kasut ini. Geta adalah sandal kaki yang terbaik untuk
diterangkan sebagai slip-ons atau flip-flop. Mereka diperbuat daripada kulit
atau kain. Kebanyakkan geta digunakan untuk majlis-majlis rasmi, dan
dipakai bersama yukata.

Nilai yang boleh dilihat dari geta ini ialah nilai menjaga kebersihan. Ini
disebabkan kegunaan geta ini adalah untuk mengelakkan yukata yang susah
dicuci dari menyentuh dengan lantai dan menjadi kotor.
Luksian di atas ini merupakan lukisan kucing oleh pelukis Jepun. Di
Jepun, pelukis suka melukis kucing. Kebanyakan orang Jepun melukis kucing
dalam lukisan mereka. Ini disebabkan orang Jepun menganggap kucing
sebagai tuhan mereka. Terdapat banyak tempat-tempat suci di Jepun yang
disediakan untuk menyembah kucing.

Nilai yang boleh didapati dari lukisan ini ialah nilai menyayangi
binatang. Orang Jepun sangat menyayangi kucing. Mereka juga memelihara
kucing di rumah mereka. Orang Jepun juga menganggap kucing sebagai
Tuhan mereka.

You might also like