You are on page 1of 4

Gambar di atas merupakan tulisan khat nasakh.

Khat nasakh dikatakan


sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula
dari asal khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum
kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Tulisan ini melalui proses
pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Ia menjadi terkenal
terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari
secara meluas. Khat nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan
nasakh al-Quran di dalam dunia Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai
jenis gaya khat sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan
serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam
lantas mengambil alih peranan penulisan al-Quran yang selama ini
dipelopori oleh gaya Kufi.

Konsep yang digunakan dalam khat nasakh ini ialah konsep


keagamaan. Penulis khat ini menggunakan tulisan khat nasakh untuk
menyampaikan perkataan-perkataan Allah kepada umat Islam.

Nilai yang terdapat dari tulisan khat nasakh ini ialah mematuhi
perintah-perintah Allah. Penulis khat nasakh telah menulis perintah-perintah
Allah dalam bentuk khat dan sampaikan kepada umat Islam supaya mereka
dapat mengikut perintah Allah.
Gambar di atas merupakan tulisan khat thuluth jali yang ditulis oleh
Sultan Ahmad III. Khat ini berbentuk panjang, bujur, lembut dan dihiasi
dengan tanda-tanda, baris-baris, tasydid dan tanda mati bagi memenuhi
ruang kosong agar kelihatan kemas dan menarik.

Khat ini dinamakan Khat Thuluth kerana ia ditulis menggunakan 1/3


Qalam al-Tumar. Ada pendapat mengatakan, mata pen atau Qalam al-Tumar
dianggarkan sebesar 24 helai bulu kuda Turki. Mata pen Thuluth pula sebesar
lapan helai bulu kuda Turki (1/3 daripada 24).

Khat Thuluth banyak digunakan untuk menulis nama-nama surah al-


Quran, nama-nama buku dan ayat-ayat al-Quran untuk dijadikan hiasan di
dinding-dinding masjid, bilik-bilik rumah dan seumpamanya.

Nilai yang boleh kita dapati dari tulisan khat dalam gambar di atas
ialah menyerahkan diri kepada Tuhan. Tulisan khat dalam gambar di atas
adalah potongan doa penganut Islam. Dengan doa, penganut Islam meminta
pertolongan daripada Tuhan dan menyerahkan diri mereka kepada Tuhan
mereka.
Gambar di atas merupakan ukiran Kaligrafi Ayat Kursi. Ayat kursi
adalah sebahagian dari petikan al-Quran. Ayat Kursi biasanya dibaca oleh
penganut Islam selepas solat sebagai satu perlindungan. Ayat kursi
diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat
kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai
penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Nilai yang boleh didapati dari ukiran ayat kursi ini ialah nilai
menyerahkan diri kepada Tuhan dan mempercayai Tuhan. Ayat kursi ini
merupakan satu doa untuk mendapatkan perlindungan daripada Tuhan.
Dengan tanpa kepercayaan terhadap tuhan, penganut Islam tidak akan
menyerahkan diri mereka dengan membaca ayat kursi.
Gambar di atas merupakan sebuah catan seni Islam. Gambar ini
menggunakan burung dan tumbuh-tumbuhan seperti motif catan. Dalam
Islam, figura-figura tidak dibenarkan dilukis dalam lukisan atau catan. Ini
merupakan satu tanda tidak hormat Tuhan mereka. Oleh itu, lukisan dan
catan seni Islam kebanyakkan melukis benda-benda alam sekitar.

Nilai yang boleh kita dapati dari catan ini ialah menghayati keindahan
alam sekitar. Pelukis ini telah melukis sesuatu pemandangan alam sekitar
yang indah, alam sekitar yang penuh dengan burung dan tumbuh-tumbuhan
dan tanpa kecemaran. Warna-warna yang digunakan oleh pelukis juga
membawa keindahan alam sekitar. Dengan ini, orang ramai akan menyedari
untuk mengekalkan keindahan alam sekitar ini.

You might also like