You are on page 1of 67

PANDUAN

PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BAHARU (PPGB)
2015
DRAF 1
(Akan disemak oleh Panel Kawalan Mutu Penerbitan
Bahagian Pendidikan Guru)

Urus Setia
Sektor Peningkatan Keilmuan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

KANDUNGAN

Tujuan.2

Garis Panduan Pelaksanaan PPGB.4

Panduan Pelaksanaan Fasa Orientasi...20

Panduan Pelaksanaan Fasa Pementoran...28

Panduan Pelaksanaan Fasa Pembangunan Profesional..34

Dokumen PPGB.....39

Maklumat Berkaitan Penyediaan Surat, Dokumen Serta Pengisian


Borang PPGB......40

Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah......41

Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu................43

Log Pementoran......45

Penilaian oleh Guru Mentor...............................48

Laporan Status Pelaksanaan PPGB......51

Surat Penamatan Mengikuti PPGB...54

Lampiran.......55

Panduan Pementoran56

Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012....65

Kajian Tindakan66

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


1
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

TUJUAN

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


2
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Program Pembangunan Guru Baharu dibangunkan bertujuan untuk;

Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah


bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar.

Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dan berstruktur


kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu mencapai tahap Kompetensi
Profesionalisme seperti yang dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014):

Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai profesional keguruan;


Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap
murid;
Menyepadukan teori dengan amali PdP;
Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan
Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya
memperkembangkan potensi guru.

Membimbing dan membangunkan kompetensi profesionalisme Guru Baharu dalam


meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional yang berkaitan bagi
memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


3
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PPGB


DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (KPM)
(Berdasarkan Surat Siaran KPM
Bilangan 21 Tahun 2012)

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


4
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PENDAHULUAN

Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) merupakan salah satu daripada lima
belas (15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti
Guru yang telah diadakan di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pada 8 Mac 2010. YAB
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap
cadangan semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April 2010. Kertas cadangan
pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia bilangan 10/2010 pada 29 September 2010
dan telah mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat.

2. PPGB merupakan satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur


berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme Guru Baharu bagi
meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. PPGB juga merupakan proses
sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu Guru Baharu membuat
penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia ada dengan prosedur, sistem sekolah
dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah.

3. PPGB ini akan memberi kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid. Melalui
program pembangunan profesionalisme yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat
diterapkan kepada Guru Baharu agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara
lebih sistematik.

4. Guru Baharu merujuk kepada guru yang kali pertama berkhidmat di sekolah-sekolah
di bawah KPM setelah tamat menjalani latihan keguruan sama ada di Institut Pendidikan
Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Guru Baharu perlu menjalani PPGB ini
antara satu hingga tiga tahun sebelum Ketua Jabatan membuat perakuan cadangan
pengesahan dalam perkhidmatan Guru Baharu kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran (SPP).

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


5
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

REKA BENTUK DAN PELAKSANAAN PROGRAM

5. PPGB terdiri daripada tiga fasa, iaitu fasa orientasi, fasa pementoran dan fasa
pembangunan profesionalisme berterusan. Tempoh pelaksanaan PPGB adalah selama satu
tahun sehingga tiga tahun perkhidmatan. Pelaksanaan PPGB adalah berasaskan sekolah
dan berpandukan buku Modul PPGB yang telah dibangunkan sewaktu Makmal NKRA
Kualiti Guru pada bulan Mei tahun 2010. Dalam Program Pengurusan Pembangunan Diri,
Guru Baharu akan mengikuti Continous Professional Development (CPD) yang diperlukan
bagi meningkatkan dan memantapkan kompetensi dalam opsyen mereka dengan dibantu
oleh pihak pengurusan sekolah supaya boleh memahami dan menghayati ciri-ciri yang ada
bagi seorang guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Proses
pelaksanaan PPGB ditunjukkan dalam carta alir 5.1.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


6
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

5.1 Carta Alir Proses Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

TANGGUNGJAWAB KETERANGAN
Mula

BPSH/ BPTV/ BPSBPSK/ BPI/ Penempatan Guru Baharu


BPKhas/ BS/ BKK Orientasi Guru Baharu Peringkat
JPN/ PPD Bahagian/JPN/PPD

Pentadbir Sekolah Guru Baharu Melapor Diri Di


Sekolah
Lantikan Mentor Rasmi

Guru Mentor Fasa Orientasi PPGB


Guru Baharu
Pentadbir Sekolah

Guru Mentor Fasa Pementoran


Guru Baharu

Pentadbir Sekolah Perekayasaan Fasa Pembangunan


Guru Mentor Profesionalisme
Guru Baharu Profesionalisme
Keguruan
Pentadbir Sekolah Pentaksiran & Penilaian Terhadap
Guru Mentor Kompetensi Guru Baharu (Folio
Guru Baharu dijadikan sebagai
dokumentasi rujukan)
Tidak Mencapai Tahap
Kompetensi

Mencapai Tahap
Kompetensi

Pentadbir Sekolah Ketua Jabatan Membuat Perakuan


Cadangan Pengesahan Dalam
Perkhidmatan terhadap Guru
Baharu

Tamat

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


7
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Fasa Orientasi

6. Fasa orientasi adalah proses yang membantu Guru Baharu untuk mengadaptasi dan
menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya serta komuniti sekolah. Fasa ini
dilaksanakan dalam jangka masa satu hingga tiga bulan selepas Guru Baharu melapor diri
ke sekolah untuk membolehkan mereka memahami tugas dan tanggungjawab dalam
situasi sebenar di sekolah.

Dalam tempoh orientasi, Guru Baharu akan didedahkan dan diberi peluang oleh pihak
sekolah untuk mengaplikasikan perkara-perkara seperti berikut :

a. Pekeliling Perkhidmatan Awam, Pekeliling KPM, Dasar dan Program KPM serta
laluan kerjaya dalam profesion keguruan;
b. Budaya, organisasi dan persekitaran sekolah;
c. Pentadbiran dan pengurusan sekolah; dan
d. Pengurusan hal ehwal murid, kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah murid.

Segala bentuk aktiviti dan program yang dilaksanakan dalam fasa orientasi perlu dibuat
pelaporan dan didokumentasikan di dalam folio yang dihasilkan oleh Guru Baharu,
manakala Guru Mentor akan membuat catatan bagi setiap aktiviti bimbingan yang
dilaksanakan bersama Guru Baharu yang berbentuk Coaching atau Mentoring di dalam
buku log Guru Mentor.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


8
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Fasa Pementoran

7. Dalam fasa pementoran seorang guru yang berpengalaman akan dilantik secara
rasmi oleh pentadbir sekolah sebagai Guru Mentor untuk memberi bimbingan, sokongan
dan bantuan secara profesional dan berstruktur kepada Guru Baharu di sekolah yang sama.
Pementoran bermula dari hari pertama Guru Baharu melapor diri ke sekolah dan
berterusan dalam tempoh satu tahun sehingga kompetensi Guru Baharu tercapai. Dalam
fasa ini, Guru Mentor akan membimbing Guru Baharu secara Coaching and Mentoring
berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan Hal Ehwal Murid, pengurusan
sukan dan kokurikulum serta pengurusan sekolah. Pementoran diteruskan sekiranya Guru
Baharu tidak mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

8. Dalam tempoh Fasa Pementoran, Guru Baharu akan mendapat bimbingan yang
berstruktur daripada Guru Mentor untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi dalam
perkara berikut :

a. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).


b. Pengurusan bilik darjah.
c. Penilaian dan pentaksiran pencapaian murid.
d. Pengurusan fail, aktiviti dan program kokurikulum seperti aktiviti kelab dan
persatuan serta aktiviti unit badan beruniform.
e. Pengurusan fail, aktiviti dan program sukan seperti rumah sukan, permainan dan
sukan.
f. Pengurusan disiplin murid.
g. Pengurusan kebajikan murid.
h. Pengurusan kaunseling.
i. Pengurusan kewangan dan pentadbiran sekolah.
j. Pengurusan tugas-tugas khas.
k. Pengurusan program-program sekolah.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


9
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Fasa Pembangunan Profesional

9. Fasa Pembangunan Profesional adalah berkaitan dengan aktviti-aktiviti yang


menyumbang kepada pembelajaran untuk meningkatkan kompetensi profesional Guru
Baharu terutamanya yang melibatkan kemahiran dan kepakarannya dalam bidang atau
opsyen di sekolah. Guru Mentor akan membimbing Guru Baharu dari semasa ke semasa
berdasarkan pengalaman dan kepakaran Guru Mentor. Fasa ini dilaksanakan secara
berterusan untuk tempoh satu hingga tiga tahun.

Rajah 1 : Pelaksanaan Program Pembangunan Guru baharu (PPGB)

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


10
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK BERKENAAN

10. BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU BERTANGGUNGJAWAB :

a. Membangun, mengemaskini dan manambahbaik modul PPGB.


b. Menatarkan Modul PPGB secara online dan melalui taklimat.
c. Melaksanakan latihan dan kursus Training of Trainers Guru Mentor berkaitan
Coaching and Mentoring.
d. Menyelaraskan taklimat PPGB oleh Bahagian/JPN/PPD sewaktu orientasi
Bahagian/JPN/PPD.
e. Melantik pegawai penyelaras PPGB di Bahagian/IPGM/JPN/PPD.
f. Memastikan program dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut ketetapan
garis panduan.
g. Menyediakan dan mengemaskini sistem pelaporan dan pengurusan data PPGB.
h. Menyediakan satu sistem data untuk mengenalpasti status kompetensi Guru
Baharu.
i. Melaksanakan penilaian dan kajian impak pelaksanaan PPGB.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


11
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

11. BAHAGIAN-BAHAGIAN BERKENAAN BERTANGGUNGJAWAB :

a. Menyampaikan taklimat PPGB kepada Guru Baharu sewaktu orientasi di


Bahagian.
b. Memastikan program dilaksanakan mengikut Garis Panduan melalui
pemantauan secara berkala oleh pegawai Bahagian.
c. Menyediakan satu sistem data untuk mengenalpasti status kompetensi Guru
Baharu.

12. JPN BERTANGGUNGJAWAB :

a. Memastikan Unit Latihan dan Kemajuan Staf di JPN menjalankan peranan


sebagai penyelia dan penyelaras pelaksanaan PPGB di sekolah.
b. Menatarkan PPGB kepada pegawai/penyelia Latihan dan Kemajuan Staf di
PPD bagi memastikan sekolah-sekolah melaksanakan PPGB.
c. Menyampaikan taklimat PPGB kepada Guru-Guru Baharu sewaktu program
Orientasi di JPN untuk setiap kohot penempatan Guru Baharu mulai tahun
2011.
d. Bekerjasama dengan BPG dalam menguruskan latihan pementoran PPGB
kepada Guru Mentor serta menyelaras data PPGB.
e. Menyediakan khidmat kaunseling untuk Guru Baharu yang memerlukan
bantuan psikologi.
f. Memastikan pegawai Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN dan Pegawai
Kaunseling di PPD melaksanakan Ujian Profil Personaliti Tajma (PPT) kepada
Guru Baharu sewaktu orientasi di JPN/PPD atau dalam satu perjumpaan lain
bersama Guru-Guru Baharu setelah penempatan di sekolah.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


12
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

13. PPD/PPW BERTANGGUNGJAWAB :

a. Memastikan pegawai/penyelia Latihan dan Kemajuan Staf PPD menjalankan


peranan sebagai penyelia dan penyelaras pelaksanaan PPGB di sekolah.
b. Menatarkan PPGB kepada pihak sekolah bagi memastikan sekolah-sekolah
melaksanakan PPGB.
c. Menyampaikan taklimat PPGB kepada Guru-Guru Baharu sewaktu program
Orientasi di PPD untuk setiap kohot penempatan Guru Baharu mulai tahun
2011.
d. Bekerjasama dengan BPG dan JPN dalam latihan pementoran dan pelaksanaan
PPGB serta membantu JPN menyelaras data PPGB.
e. Menyediakan khidmat kaunseling untuk Guru Baharu yang memerlukan
bantuan psikologi.

14. PENTADBIR SEKOLAH BERTANGGUNGJAWAB :

a. Mengeluarkan surat lantikan secara rasmi kepada guru berpengalaman di


sekolah sebagai Guru Mentor untuk membimbing seorang Guru Baharu
mengikut mata pelajaran yang diajar oleh Guru Baharu. Seorang Guru mentor
akan membimbing seorang sahaja Guru Baharu. Pemilihan dan pelantikan
Guru Mentor perlu mengambil kira kesesuaian faktor opsyen mengajar yang
sama dengan Guru Baharu di sekolah, pengalaman, pengetahuan, kemahiran
dan personaliti guru tersebut.
b. Memastikan dalam jadual waktu guru yang dilantik sebagai Guru Mentor
dimasukkan dua (2) waktu tambahan sebagai waktu untuk aktiviti
pementoran.
c. Memastikan garis panduan PPGB dalam buku modul PPGB dipatuhi dalam
melaksanakan PPGB di sekolah.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


13
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

d. Memastikan pelaksanaan program selaras dengan matlamat PPGB.


e. Memberi sokongan terhadap pembangunan profesionalisme Guru Baharu di
sekolah dengan mengadakan perbincangan serta refleksi dengan Guru Mentor
dan Guru Baharu dari semasa ke semasa.
f. Melaksanakan pemantauan berkala dan berterusan terhadap Guru Baharu
sepanjang pelaksanaan program PPGB terutamanya dalam aspek PdP.
g. Memastikan Guru Baharu yang memerlukan khidmat kaunseling dirujuk
kepada Guru Kaunseling di sekolah atau Pegawai Kaunseling di PPG/JPN.
h. Menjalankan penilaian pelaksanaan PPGB oleh Guru Baharu dengan membuat
penilaian terhadap folio yang dihasilkan dan melalui perbincangan bersama
Guru Mentor.
i. Membuat perakuan terhadap Guru Baharu untuk cadangan pengesahan dalam
perkhidmatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan (sekurang-
kurangnya setelah satu tahun PPGB dijalankan) dan setelah Guru Baharu
memenuhi syarat-syarat lain yang digariskan oleh pihak Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

15. GURU MENTOR BERTANGGUNGJAWAB :

a. Memberi bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan kepada perkembangan


kompetensi Guru Baharu dalam bidang Pembelajaran dan Pengajaran (PdP),
Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Sekolah (termasuk pengurusan Hal
Ehwal Murid) dan Pembangunan Profesionalisme.
b. Memberi sokongan dan bantuan kepada Guru Baharu dari aspek kebajikan,
emosi, jati diri dan motivasi diri.
c. Melaksanakan fasa pementoran secara formal dan tidak formal sekurang-
kurangnya dua (2) waktu seminggu.
d. Membimbing Guru Baharu tentang asas menjalankan kajian tindakan
berasaskan sekolah.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


14
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

e. Melaksanakan pemantauan secara berkala dan berterusan terhadap PdP dan


perkembangan profesionalisme Guru Baharu.
f. Melaksanakan pentaksiran dan penilaian sebanyak dua (2) kali dalam setahun
iaitu pada bulan keenam dan bulan kedua belas perkhidmatan Guru Baharu
menggunakan borang M 1.

16. GURU BAHARU BERTANGGUNGJAWAB :

a. Melaksanakan tugas sebagai guru dan mematuhi etika profesion keguruan.


b. Melaksanakan aktiviti/program pementoran dan peningkatan profesionalisme
bersama Guru Mentor seperti yang digariskan dalam PPGB yang meliputi
aspek Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), Pengurusan Kokurikulum,
Pengurusan Sekolah (termasuk pengurusan Hal Ehwal Murid) dan
Pembangunan Profesionalisme.
c. Sentiasa peka terhadap persekitaran sekolah sebagai satu kawasan yang
selesa, selamat, bersih dan ceria yang dapat mewujudkan suasana PdP yang
kondusif dan efektif.
d. Memberi kerjasama terhadap pentadbir, Guru Mentor dan rakan sekerja untuk
mencapai objektif pelaksanan PPGB.
e. Menyediakan laporan aktiviti/program pementoran dalam bentuk folio yang
sentiasa dikemaskini. Folio yang dihasilkan (seperti dicadangkan dalam modul
PPGB) hendaklah sentiasa dikemaskini dan hendaklah dibincangkan bersama
Guru Mentor dari semasa ke semasa serta hendaklah diserahkan kepada
pentadbir sekolah pada awal tahun kedua perkhidmatan untuk tujuan
penilaian dan perakuan cadangan pengesahan dalam perkhidmatan.
f. Meningkatkan pengtahuan untuk pembangunan profesionalisme berterusan
secara formal dan informal.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


15
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

17. Pentaksiran dan Penilaian PPGB hendaklah dilaksanakan oleh Bahagian, JPN, PPD,
Pentadbir sekolah dan Guru Mentor untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan PPGB.
Sehubungan itu, tindakan berikut hendaklah dilaksanakan :

a. Pentaksiran pelaksanaan PPGB oleh Guru Baharu dilaksanakan secara berkala dan
berterusan oleh pihak pentadbir dan Guru Mentor sepanjang tempoh PPGB
dijalankan sekurang-kurangnya selama satu tahun.
b. Kaedah pentaksiran meliputi pelbagai sumber, evidens dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) seperti memantau proses pengajaran Guru Baharu dalam bilik
darjah, meneliti rancangan pengajaran yang disediakan untuk tajuk-tajuk tertentu,
meneliti hasil kerja murid, projek atau bahan bantu mengajar yang dihasilkan untuk
PdP.
c. Pentaksiran mengambilkira folio yang dihasilkan oleh Guru Baharu sebagai evidens
seperti laporan, refleksi jurnal serta penilaian, pandangan, maklum balas yang
diterima daripada murid, ibu bapa, Guru Mentor atau rakan sekerja.
d. Pada awal tahun kedua perkhidmatan Guru Baharu, pentadbir sekolah akan menilai
prestasi dan perkembangan kompetensi Guru Baharu dari segi sikap, tingkahlaku
dan aktiviti/program pembangunan profesionalisme yang dilaporkan. Jika
pentaksiran dan penilaian mendapati bahawa Guru Baharu telah mencapai
kompetensi yang ditetapkan dan syarat-syarat lain yang digariskan oleh SPP telah
dipenuhi maka pihak pentadbir boleh membuat perakuan cadangan pengesahan
dalam perkhidmatan Guru Baharu kepada pihak SPP. Jika Guru Baharu didapati
masih tidak mencapai kompetensi yang ditetapkan, pihak pentadbir dengan
menggunakan budi bicara boleh mencadangkan Guru Baharu untuk meneruskan
PPGB selama enam bulan hingga satu tahun lagi dengan memberi penekanan
terhadap aspek Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continous Professional
Development) dan perekayasaan sikap di bawah pemantauan Guru Mentor.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


16
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

e. Pihak BPG akan membuat penilaian keberkesanan PPGB sebelum dan selepas satu
tahun PPGB dilaksanakan bagi setiap kohot penempatan Guru Baharu.
f. Guru Baharu perlu menggunakan instrumen Standard Guru Malaysia (SGM) dan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) pada hujung tahun pertama
perkhidmatan untuk mengukur dan mengenalpasti tahap kompetensi Guru Baharu
dari aspek nilai profesionalisme keguruan dan mengukur aspek pencapaian
akademik murid.

PELAPORAN

18. Setiap Guru Baharu hendaklah menyediakan pelaporan bagi setiap aktiviti
pementoran yang dilaksanakan di bawah bimbingan Guru Mentor. Pelaporan yang
disediakan hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut :

a. Pelaporan PPGB oleh Guru Baharu dibuat dengan mengumpulkan laporan


aktiviti/program fasa orientasi, pementoran dan pembangunan profesionalisme
sebagai bukti dalam bentuk folio.
b. Folio yang dihasilkan oleh Guru Baharu akan dijadikan sebagai dokumen rujukan
oleh pihak pentadbir dalam mebuat pentaksiran dan penilaian bagi tujuan membuat
perakuan cadangan pengesahan dalam perkhidmatan kepada pihak SPP pada awal
tahun kedua perkhidmatan selain memastikan syarat-syarat lain yang digariskan
oleh SPP dipenuhi oleh Guru Baharu.
c. Guru Mentor pula perlu mencatatkan setiap aktiviti/program pementoran dalam
buku catatan atau buku log pementoran sebagai rujukan kepada pihak pentadbir.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


17
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PEMANTAUAN

19. Bagi memastikan PPGB dilaksanakan secara berkesan dan untuk mengenalpasti isu-
isu yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam menjalankan PPGB, pemantauan hendaklah
dilaksanakan oleh pegawai BPG, pegawai latihan di JPN dan PPD, pihak Pentadbir sekolah
dan Guru Mentor dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :

a. Pemantauan pelaksanaan PPGB akan dilaksanakan secara berkala oleh BPG dengan
kerjasama pegawai latihan di JPN dan PPD.
b. Pemantauan akan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun iaitu
selepas tiga bulan penempatan Guru Baharu dan pada bulan kedua belas
penempatan Guru Baharu.
c. Pemantauan dijalankan untuk melihat pelaksanaan PPGB di sekolah-sekolah yang
menerima kemasukan Guru Baharu dan melihat pematuhan pihak pentadbir
terhadap pelaksanaan PPGB. Pemantauan juga adalah untuk mengenalpasti isu-isu
yang dihadapi oleh Guru Baharu, Guru Mentor dan pihak Pentadbir sekolah dalam
pelaksanaan PPGB.
d. Sewaktu pemantauan dijalankan, pegawai pemantau akan mengadakan
perbincangan bersama pihak Pentadbir, Guru Mentor dan Guru Baharu untuk
melihat status pelaksanaan PPGB. Selain itu, pegawai pemantau akan melihat folio
yang telah dihasilkan oleh Guru Baharu.
e. Pentadbir sekolah juga hendaklah melaksanakan pemantauan secara berkala
terhadap pelaksanaan PPGB dan mengadakan perbincangan profesional bersama
Guru Baharu dan Guru Mentor dari semasa ke semasa.
f. Pentadbir sekolah juga hendaklah membuat penilaian terhadap Guru Baharu pada
awal tahun kedua perkhidmatan bagi memastikan sama ada Guru Baharu telah
memenuhi kompetensi profesionalisme sebagai seorang guru dan seterusnya layak
diperakukan bagi cadangan pengesahan dalam perkhidmatan kepada pihak SPP.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


18
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

KHIDMAT NASIHAT

20. Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Surat Siaran ini dan Garis Panduan
Mengenai Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bolehlah dirujuk
kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia. Keterangan
lanjut mengenai kandungan dokumen ini boleh diperolehi daripada :

Sektor Peningkatan Keilmuan


Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel. : 03-88841228/ 1277
Faks : 03-88841274

PENUTUP

21. Garis panduan ini mengandungi tatacara pelaksanaan Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB) dan hendaklah dijadikan sebagai dokumen rujukan dalam pelaksanaannya
oleh setiap Guru Baharu yang melapor diri di sekolah-sekolah di bawah KPM. Bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaannya, Bahagian, JPN, PPD, Pentadbir sekolah dan
Guru Mentor bertanggungjawab dalam melaksanakan pemantauan dan penilaian secara
berkala terhadap pelaksanaan PPGB. Dokumen ini akan dikemaskini dari semasa ke
semasa selaras dengan perkembangan dan transformasi dalam pendidikan.

RUJUKAN
(Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012)

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


19
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PANDUAN PELAKSANAAN
FASA ORIENTASI

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


20
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Tempoh Fasa : 3 bulan pertama selepas Guru Baharu melaporkan diri di


sekolah (dilaksana seiring dengan Fasa Pementoran dan Fasa
Pembangunan Profesionalisme).

Objektif : Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti


dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan
dalam situasi sebenar.

Cadangan Kaedah : Sesi formal & tidak formal


Pelaksanaan 1. Penerangan
2. Perbincangan
3. Pemerhatian & catatan
4. Pengumpulan maklumat
5. Bimbingan
6. Ceramah & bengkel

Dokumentasi Guru : Portfolio


Baharu Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB

Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring

Catatan : 1. Guru Mentor membimbing Guru Baharu menyediakan


portfolio (Rujuk Format Penyediaan Portfolio, m.s. 26).
2. Guru Mentor memastikan Guru Baharu menyiapkan
perkara 1, 2, 4 dan 5 pada akhir 3 bulan pertama (Rujuk
Senarai Semak Portfolio, m.s. 27)

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


21
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Cadangan Fokus Kandungan Keberhasilan


Minggu (Outcomes)

1 Profesionalisme Merealisasi Fokus KPM Menerap dan


Keguruan mengamal nilai-
Strong Implementation, Rapid Execution
nilai
Menimba Ilmu, Menyempurnakan Akhlak profesionalisme
(sapaan, beri laluan, kebersihan) keguruan dalam
Excellence: ultimate goal of an tugas harian.
organization
Kod Etika Keguruan
Standard Guru Malaysia
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

2 Budaya, Visi, Misi dan Aspirasi/Hala tuju sekolah Memahami dan


organisasi dan bersedia untuk
Latar belakang dan pencapaian murid
persekitaran menyesuaikan
sekolah Organisasi sekolah diri dengan
persekitaran dan
Taraf sekolah
amalan kerja.
Persekitaran sekolah
Guru dan budaya kerja sekolah
Maklumat lain yang berkaitan

3 Pentadbiran dan Pentadbiran Sekolah Mengetahui dan


Pengurusan memahami
Pengurusan dan Tugas-tugas
Sekolah tugas-tugas
Jawatankuasa Sekolah
pentadbiran dan
Polisi dan peraturan sekolah pengurusan
sekolah.
Kemudahan prasarana
Pengurusan prosedur dan kewangan
sekolah
Pengurusan Headcount Pengurusan dan
Tugas-tugas Jawatankuasa Sekolah
Pengurusan data dan maklumat murid
Pengurusan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK)
Aspek lain yang berkaitan
Organisasi PIBG

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


22
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Cadangan Fokus Kandungan Keberhasilan


Minggu (Outcomes)
Peranan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia

4 Pekeliling Pekeliling Perkhidmatan Awam Mengetahui dan


Perkhidmatan mendalami
Perintah-perintah Am Bab A hingga Bab
Awam, Pekeliling peranan dan
G
KPM, Dasar dan tanggungjawab
Program KPM Pekeliling Perbendaharaan guru sebagai
serta haluan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) penjawat awam
kerjaya dalam
profesional Falsafah Pendidikan Kebangsaan
keguruan Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran KPM
Dasar-Dasar KPM;
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM)
Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPPB)
Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
Misi dan Visi KPM
MBMMBI

5 Pengurusan Hal Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Memahami dan


Ehwal Murid bersedia untuk
Pengurusan kebajikan murid
melaksana
Pendaftaran dan pertukaran murid tugas-tugas
pengurusan
67 Pengurusan Dokumen standard/kurikulum sekolah.
Kurikulum
Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan
Pelajaran Tahunan
Pengurusan Buku Rekod Mengajar
Pengurusan jadual waktu
Pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah
dan peperiksaan
Buku teks
Aspek lain yang berkaitan

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


23
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Cadangan Fokus Kandungan Keberhasilan


Minggu (Outcomes)

89 Pengurusan Pengurusan dan pengendalian aktiviti


Kokurikulum kokurikulum
Aspek lain yang berkaitan

10 Pengurusan Pematuhan kepada Dasar 1Murid 1Sukan Memahami dan


Sukan bersedia untuk
Aspek lain yang berkaitan
melaksana
tugas-tugas
11 12 Pengurusan Disiplin murid
pengurusan
Sahsiah Murid
Rekod salah laku murid sekolah.

Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21
Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di
sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan


(Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Bahagian
Pendidikan Guru: Putrajaya.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


24
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

FORMAT PENYEDIAAN PORTFOLIO

1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


1.1 Vitae Kurikulum
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 Skop Kerja
1.4 Sasaran Kerja Tahunan

2. PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Objektif Sekolah/ Unit
2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah
2.4 Carta Organisasi
2.5 Lampiran :
i) Pelan Sekolah
ii) Takwim Sekolah
iii) Peraturan Sekolah
iv) Lagu Sekolah
v) Koleksi Dokumen Berkaitan

3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL


3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan
3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB

4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION


4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa
4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD
4.3 Penulisan/ Penerbitan

5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN


5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan
Strategik
5.2 Contoh Hasil Kerja

6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN
6.1 Anugerah Perkhidmatan
6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain

7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN


7.1 Bahan bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan
7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan
7.3 Maklum balas Murid/ Ketua Jabatan

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


25
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

SENARAI SEMAK PORTFOLIO

A. Diisi oleh Guru Baharu Bulan Bulan


[Sila tanda () bagi perkara yang telah lengkap] ke-3 ke-12
1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1.1 Vitae Kurikulum
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 Skop Kerja
1.4 Sasaran Kerja Tahunan

2. PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Objektif Sekolah/ Unit
2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah
2.4 Carta Organisasi
2.5 Lampiran :
i) Pelan Sekolah
ii) Takwim Sekolah
iii) Peraturan Sekolah
iv) Lagu Sekolah
v) Koleksi Dokumen Berkaitan

3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL


3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan
3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB

4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION


4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa
4.2 Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD
4.3 Penulisan/ Penerbitan

5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN


5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan
Penilaian/ Perancangan Strategik
5.2 Contoh Hasil Kerja

6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN
6.1 Anugerah Perkhidmatan
6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain

7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN


7.1 Bahan bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan
7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan
7.3 Maklum balas Murid/ Ketua Jabatan

Tandatangan Guru Baharu : ... ............


Tarikh : ...

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


26
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

B. Semakan oleh Guru Mentor

Bulan ke-3 Bulan ke-12

Perkara 1 hingga 7 telah disediakan. Setiap perincian dalam perkara 3, 6 (jika


berkaitan) dan 7 telah dilengkapkan.
Setiap perician dalam perkara 1, 2, 4 dan
5 telah dilengkapkan.

Ulasan : Ulasan :
______________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Tandatangan

............................................ ...........................................
(Guru Mentor) (Guru Mentor)
Tarikh : Tarikh :

C. Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar

Ulasan :
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan

............................................
(Pengetua/Guru Besar)
Tarikh :

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


27
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PANDUAN PELAKSANAAN
FASA PEMENTORAN

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


28
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Tempoh Fasa : *Satu tahun bermula dari hari pertama Guru Baharu
melaporkan diri di sekolah.
Tempoh boleh dilanjutkan sekiranya Guru Baharu tidak
menunjukkan peningkatan kemahiran dan kompetensi
yang ditetapkan (rujuk Dimensi Kompetensi Profesional di
bawah).
Objektif : Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional
dan berstruktur kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu
mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang
dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014):
Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai
profesional keguruan;
Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya
cipta;
Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan
kepekaan terhadap murid;
Menyepadukan teori dengan amali PdP;
Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan
Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan
seterusnya memperkembangkan potensi guru.

Dimensi Kompetensi 1. Pengetahuan


profesional 2. Kemahiran
3. Nilai Profesional

Cadangan Kaedah : Sesi formal & tidak formal


Pelaksanaan 1. Penerangan
2. Perbincangan
3. Pemerhatian & catatan
4. Pengumpulan maklumat
5. Bimbingan
6. Ceramah & bengkel

Dokumentasi Guru : Portfolio


Baharu Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


29
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring (Rujuk Lampiran Panduan
Pementoran, m.s. 56)

Penilaian & : 1. Berasaskan Portfolio Guru Baharu


Pentaksiran 2. Penilaian Guru Mentor
Terhadap
Pembangunan Guru
Baharu:

Cadangan Tempoh : Sepanjang tahun


Masa

* Nota:
1. Fasa Pementoran merangkumi Fasa Orientasi.
2. Kandungan yang tercatat dalam Fasa Orientasi dikembangkan dengan lebih terperinci
melalui mod yang lebih praktikal:
a. Guru Baharu diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan hands-on
dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam dan luar bilik darjah.
b. Guru Baharu juga diberi pengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid dan
program sekolah yang juga meliputi aspek pentadbiran dan sebagainya.
c. Guru Baharu juga dipimpin melaksanakan kajian tindakan terhadap proses
pembelajaran dan pengajaran bagi tujuan memperbaiki amalan pembelajaran dan
pengajaran.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


30
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Cadangan dan Fokus Pelaksanaan


Aspek Dimensi Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai
Pengetahuan Profesional

Proses Kandungan mata Menterjemah kurikulum Ketuhanan


Pengajaran dan pelajaran
Merancang Rancangan Bersyukur
Pembelajaran
Kurikulum (KSSR/ Pelajaran Tahunan &
(menjurus Penyayang
KBSM/ KSSM) Rancangan Pelajaran Harian
kepada mata Ikhlas
pelajaran/ Pentaksiran Pelaksanaan Pembelajaran &
bidang Berasaskan Sekolah Pengajaran (mengaplikasi Bertimbang rasa
pengkhususan) dan Penilaian teori kepada amalan) Berbudi bahasa
Ilmu Pendidikan, Set induksi Empati
pedagogi Sumber pendidikan Integriti
Pelbagai pendekatan Kemahiran komunikasi
PdP dan psikologi Amanah
(contoh: Teknik penyoalan Berakauntabiliti
pengurusan kelas Kemahiran Berfikir Aras
(classroom Adil
Tinggi (KBAT)
management) dan Efisien
pengurusan murid) Tugasan murid
Berilmu
Kreatif, kritis dan
inovatif
Ketepatan
Interpersonal dan
intrapersonal
Berdaya tahan
Berdaya usaha
Kecintaan terhadap
profesion
Imej keguruan
Kualiti keguruan
Patriotisme dan
tanggungjawab
sosial
Pengorbanan
untuk negara
Toleransi sosial

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


31
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Cadangan dan Fokus Pelaksanaan


Aspek Dimensi Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai
Pengetahuan Profesional

Penilaian dan PBS Penilaian pembelajaran Adil


Pentaksiran murid
UPSR Integriti
Pencapaian
Refleksi pengajaran guru
Murid PT3
SPM

Pengurusan Kepentingan bilik Pengurusan kelas Efisien


Bilik Darjah darjah yang kondusif
Menguruskan bilik darjah
untuk pembelajaran
kondusif
Susun atur kelas
abad ke-21

Pengurusan Pekeliling ikhtisas Mengenalpasti kesalahan Ketuhanan


Disiplin Murid mengenai disiplin disiplin pelajar dan merujuk
Penyayang
pelajar yang sedang kepada prosedur pengurusan
berkuatkuasa disiplin Integriti

Pengurusan Sistem Fail Mengurus fail secara Integriti


Fail, Aktiviti sistematik dan boleh diakses
Pekeliling/dasar Efisien
dan Program dengan mudah
berkaitan
Kokurikulum
Merekodkan dan
(Aktiviti Kelab,
menguruskan persijilan
Persatuan dan
Badan
Beruniform)

Pengurusan Pentaksiran Aktiviti Mengurus fail secara Perpaduan


Fail, Aktiviti Jasmani, Sukan dan sistematik dan boleh diakses
Toleransi
dan Program Kokurikulum dengan mudah
Sukan 1Murid 1 Tolak ansur
Merekodkan dan
Sukan
menguruskan persijilan Efisien

Pengurusan Sistem Fail Merekodkan dan Ketuhanan


Kebajikan menguruskan kebajikan
Pekeliling/dasar Penyayang
Murid
berkaitan
Integriti

Pengurusan Fungsi Perkhidmatan fasilitasi Penyayang


Kaunselling Kaunseling
memotivasi murid Efisien

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


32
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Cadangan dan Fokus Pelaksanaan


Aspek Dimensi Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai
Pengetahuan Profesional
mengurus kebajikan murid
mengenalpasti dan
membantu
memperkembangkan potensi
murid

Pengurusan Pekeliling Asas Perakaunan Integriti


Kewangan dan Perbendaharaan
Pengurusan Kewangan Efisien
Pentadbiran yang sedang
Sekolah berkuatkuasa Akauntabiliti
Outcome based
budgeting (OBB)

Pengurusan Pelan tindakan, Menyediakan kertas konsep Integriti


Program- pengoperasian,
Efisien
program etiket dan protokol
Sekolah
(Contoh:
Hari Graduasi
Sekolah,
Hari Anugerah
Cemerlang)

Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21
Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di
sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan


(Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Bahagian
Pendidikan Guru: Putrajaya.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


33
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PANDUAN PELAKSANAAN
FASA PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


34
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Tempoh Fasa : Hari pertama Guru Baharu melapor diri di sekolah dan
berterusan sepanjang kerjaya sebagai guru.

Objektif : Membimbing dan membangunkan kompetensi


profesionalisme Guru Baharu dalam meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional yang berkaitan
bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.

Cadangan Kaedah : Dilaksanakan secara formal dan tidak formal:


Pelaksanaan 1. Inisiatif kendiri (individu dan berasaskan sekolah)
2. Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia

Cadangan aktiviti PPB:


Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning
Community - PLC)
Portal e-Guru
Wacana Ilmu
Penyelidikan
Penulisan dan Pengkaryaan
Lawatan Penanda Aras
Ulasan Buku
Inovasi
Coaching and Mentoring
Bengkel
Peningkatan Akademik
Kursus
Aktiviti PPB lain

Dokumentasi Guru : Portfolio


Baharu Nota: dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB

Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring


Nota: dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


35
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Cadangan Pelaksanaan
Cadangan Fokus Kandungan Keberhasilan Catatan
Bulan (Outcomes)

1 Dasar-dasar KPM Amalan dan Mengetahui, Dilaksanakan


pelaksanaan memahami dan semasa Fasa
Rujuk Pelan
pembangunan menghayati serta Orientasi
Panduan Pembangunan
profesionalisme dapat
Orientasi Pendidikan Bahan-bahan
berterusan menterjemahkan
Malaysia (PPPM) berkaitan boleh
dasar utama KPM
Strategi pelaksanaan dimasukkan
Pelan
pembangunan dalam Folio PPB
Pembangunan
profesionalisme
Profesionalisme Pendedahan
berterusan
Berterusan kepada Sistem-
(PPPB) sistem
pengurusan KPM.
Penilaian
Contoh: SPL KPM,
Bersepadu
HRMIS, SPS dan
Pegawai
lain-lain (sila
Perkhidmatan
layari
Pendidikan
www.moe.gov.my
(PBPPP)
untuk rujukan
Misi dan Visi KPM lebih lanjut)

2 Etika Keguruan dan Peranan dan Akauntabiliti Boleh dilaksanakan


Penjawat Awam tanggungjawab guru sebagai pendidik semasa Fasa
Rujuk
sebagai penjawat Orientasi
Panduan
Orientasi awam
Adab Bina Ilmu,
Menyempurna
Akhlak

3 Pengurusan Prosedur kewangan Mengamalkan Boleh dilaksanakan


Kewangan Sekolah sekolah pembelian, pengurusan semasa Fasa
Rujuk
petty cash dan kewangan Orientasi
Panduan
sebagainya peribadi dan
Orientasi
sekolah yang
Integriti dalam
positif
menguruskan
kewangan

4-5 Pedagogi Bilik Menghadapi murid Mempelbagai Boleh dilaksanakan


Darjah pelbagai keupayaan kaedah dan semasa sesi LADAP,
dan kebolehan dalam pendekatan PLC, pementoran
kelas yang sama pengajaran

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


36
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Cadangan Pelaksanaan
Cadangan Fokus Kandungan Keberhasilan Catatan
Bulan (Outcomes)
KBAT Menerapkan Mahir Contoh aspek KBAT
kemahiran berfikir menggunakan program iTHINK
aras tinggi dalam aplikasi KBAT Dilakukan dalam
PdP dalam PdP PdP guru
6 Penilaian dan Pentaksiran Memahami dan
pentaksiran dalam Berasaskan Sekolah melaksanakan
mata pelajaran (PBS) penilaian dan
pentaksiran
i) UPSR
dengan penuh
ii) PT3 integriti
iii) SPM
iv) STPM/STAM
Rekod
perkembangan
pembelajaran murid
7 Kajian Tindakan Pendedahan kepada Menghasilkan Rujuk Lampiran
kajian tindakan kajian tindakan Panduan Kajian
untuk Tindakan (m.s. 67)
Mengenal pasti
penambahbaikan
masalah dan fokus
proses PdP
kajian, mengumpul
data dan menulis
laporan kajian
tindakan
Perkongsian hasil
kajian tindakan
kepada pihak
sekolah
8 dan Pendidikan abad ke- Pembacaan dan Guru Baharu Book review dikira
seterusnya 21 ulasan buku dapat sebagai latihan
berkaitan mengaplikasikan yang boleh
perkembangan ciri-ciri dimasukkan dalam
terkini dalam pembelajaran di SPL KPM
pendidikan abad ke-21
Pembelajaran
sepanjang hayat
Lawatan penanda
aras

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


37
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Rujukan

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2012). Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 21
Tahun 2012. Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Di
sekolah-sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertarikh 21 Jun 2012. Pejabat
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan


(Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Bahagian
Pendidikan Guru: Putrajaya.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


38
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

SURAT, DOKUMEN DAN LAPORAN


PPGB

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


39
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

MAKLUMAT BERKAITAN PENYEDIAAN SURAT, DOKUMEN SERTA PENGISIAN


BORANG PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

(Perlu Dibaca Bersama Garis Panduan Pelaksanaan PPGB Di Sekolah-Sekolah Di Bawah


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012)

I. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah

Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih
khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional
mereka. Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor
dan opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan
personaliti Guru Mentor.

Tatacara

1. Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya satu


(1) minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah.

2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama
Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.

3. Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.

4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


40
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

CONTOH SURAT LANTIKAN GURU MENTOR OLEH PENTADBIR SEKOLAH

LOGO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


SEKOLAH JALAN PINANG SEBATANG
90000 MIRI No. Telefon : 085-4312030
SARAWAK No. Fax : 085-4313000
__________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SMK1M/PP.3977


Tarikh :

NAMA

NO. KAD PENGENALAN

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU MENTOR BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU


(PPGB)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Program


Pembangunan Guru Baharu, maka dengan ini tuan/puan adalah dilantik sebagai Guru Mentor
kepada Encik/Puan/Cik ____________________________________________ bermula pada __________________
sehingga __________________.

3. Pihak sekolah percaya komitmen tuan/puan dalam pelaksanaan program ini


berdasarkan pematuhan kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21
Tahun 2012 dapat membangunkan kompetensi profesional Guru Baharu seperti yang
dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

............................................
(Pengetua / Guru besar)

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


41
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

II. Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu

Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen persetujuan
antara Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan baiah. Guru Mentor
merekodkan persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan Guru Baharu
merekodkan persetujuan serta komitmen untuk menerima bimbingan dan
bekerjasama membangunkan kompetensi profesional mereka berdasarkan panduan
yang dikeluarkan dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21
Tahun 2012.

Tatacara

1. Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu dicatat.

2. Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.

3. Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan
satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


42
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

AKUAN TERIMA GURU MENTOR DAN GURU BAHARU

Guru Mentor : _______________________________________________________________

Guru Baharu : _______________________________________________________________

Nama Sekolah : _______________________________________________________________

Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________ yang dilantik sebagai Guru


Mentor bersetuju untuk menerima tanggungjawab dan memberi bimbingan profesional
sepanjang tempoh Program Pembangunan Guru Baharu dilaksanakan berdasarkan Surat
Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.

Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________, Guru Baharu bersedia


menerima bimbingan dan akan bekerjasama sepenuhnya dalam program ini untuk
pembangunan kompetensi profesional saya sebagai seorang guru berdasarkan Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.

Guru Baharu: Guru Mentor:

..
( ) ( )
Tarikh: Tarikh:

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


43
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

III. Log Pementoran

Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru Baharu.
Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk memantau status,
mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan PPGB.

Tatacara

1. Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan tidak
formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan sekurang-
kurangnya dua (2) waktu seminggu).

2. Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor.

3. Perkara yang perlu diisi:


a. Aktiviti utama (Contohnya, berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan
Kokurikulum, Pengurusan HEM, dan sebagainya)
b. Isu atau perbincangan
c. Ulasan

4. Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.

5. Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1)
salinan disimpan oleh Guru Mentor.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


44
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU


LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun :_________/______ Bil. Pertemuan :________

AKTIVITI

ISU/PERBINCANGAN

ULASAN

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Disediakan oleh,

. .
(Nama Guru Baharu) (Nama Guru Mentor)
Tarikh: Tarikh:

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


45
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

IV. Penilaian oleh Guru Mentor

Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat tahap
pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu.

Tatacara

1. Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan
keenam (6) dan bulan ke-12.
(Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain dan
Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidens dan pemerhatian).

2. Penilaian dilaksana untuk setiap Guru Baharu menggunakan borang yang sama.

3. Dimensi kompetensi yang dinilai dan wajaran adalah seperti berikut:


a. Pengetahuan - wajaran 30% Berkaitan Dasar KPM, PdP,
b. Kemahiran - wajaran 30% Pengurusan Kokurikulum,
c. Nilai Profesional - wajaran 40% Pengurusan HEM dan sebagainya.

4. Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta
keseluruhan skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi setiap
Aspek Kompetensi adalah seperti berikut:

SKOR TARAF DESKRIPTOR


9 10 Cemerlang Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat
menterjemahkan semua aspek pengetahuan dalam
melaksanakan tugas.
Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas.
Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai
profesional pada tahap yang baik.
78 Baik Mengetahui, memahami dan menghayati semua aspek
pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


46
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

SKOR TARAF DESKRIPTOR


Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi memerlukan
bimbingan.
Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai
profesional pada tahap sederhana.
56 Sederhana Mengetahui dan memahami semua aspek pengetahuan
tetapi tidak menghayati aspek pengetahuan dalam
melaksanakan tugas.
Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi masih
memerlukan bimbingan.
Mengetahui dan memahami semua nilai profesional pada
tahap sederhana.
34 Kurang Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam
Memuaskan melaksanakan tugas tetapi tidak memahami dan tidak
menghayati aspek pengetahuan tersebut dalam
melaksanakan tugas.
Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi sentiasa
memerlukan bimbingan.
Kurang mengetahui, kurang memahami dan kurang
mempamerkan nilai profesional.
12 Lemah Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati
semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.
Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak
menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam
melaksanakan tugas.
Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak
mempamerkan nilai profesional.

5. Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru
Besar.

6. Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua, penilaian


semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan selepas tempoh masa
pelanjutan PPGB berakhir.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


47
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU


PENILAIAN OLEH GURU MENTOR
Nama Guru Baharu :
Skor Skor Skor
Dimensi
Bil. Aspek Bulan Bulan
Kompetensi
Ke-6 Ke-12
1. Pengetahuan Kandungan mata pelajaran 10
(30%)
Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi 10
Kurikulum dan kokurikulum 10
Pentaksiran dan penilaian 10
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk
pendidikan 10
Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 10
Pekeliling dan peraturan pendidikan 10
JUMLAH SKOR
PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %
Jumlah Skor (70)
2. Kemahiran Menterjemahkan dasar/ pekeliling atau peraturan
(30%) dalam amalan PdP 10
Merancang dan menyampai pengajaran dan
pembelajaran mengikut mata pelajaran 10
Mentaksir dan menilai 10
Mengurus kelas dan murid 10
Menggunakan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran
10
Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran 10
Melaksanakan kajian tindakan 10
Hubungan sesama manusia 10
JUMLAH SKOR
PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %
Jumlah Skor (80)

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


48
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Skor Skor Skor


Dimensi
Bil. Aspek Bulan Bulan
Kompetensi
Ke-6 Ke-12
3. Nilai Keutuhan 10
Profesional
(40 %) Penyayang 10
Integriti 10
Efisien 10
Kecintaan terhadap profesion 10
Patriotisme dan tanggungjawab sosial 10

JUMLAH SKOR

PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 40 %


Jumlah Skor (60)

JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR (%)

Disediakan oleh,

.
(Nama Guru Mentor) Tarikh :

Disahkan oleh,

.
(Pengetua/Guru Besar)
Nama dan Cap Rasmi Sekolah Tarikh :

SKALA JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR DIPEROLEHI PADA BULAN KE-12 :

90% - 100% - Tahap Kompetensi yang Cemerlang


80% - 89.99% - Tahap Kompetensi yang Baik
60% - 79.99% - Tahap Kompetensi yang Sederhana
50% - 59.99% - Tahap Kompetensi yang Kurang Memuaskan
49.99% ke bawah - Tahap Kompetensi yang Lemah

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


49
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

V. Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah
rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai
Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan
susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh
pihak BPG.

Tatacara

1. Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/


pemantauan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3)
bulan pertama dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB).

2. Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan.

3. Perkara yang dilaporkan adalah seperti berikut:


a. Amalan Terbaik - Merujuk kepada objektif program.
- Maklumat diperoleh melalui semakan
b. Isu Pelaksanaan Portfolio dan perbincangan dengan Guru
c. Cadangan Penambahbaikan Mentor, Guru Baharu, guru lain dan
Pengetua/ Guru Besar.

4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/
Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.

5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu
(1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


50
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU


(Diisi oleh Pegawai BPG/JPN/PPD)

Nama dan Alamat Sekolah : Bil. Guru Baharu :

Nama Pegawai :

1.
2.
3.

ULASAN
Amalan terbaik :

Isu pelaksanaan :

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


51
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Cadangan penambahbaikan :

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Tandatangan Pegawai Tandatangan Pengetua/Guru Besar


(Nama dan Cap Rasmi Pegawai) (Nama dan Cap Rasmi Sekolah)

Tarikh : Tarikh :

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


52
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

VI. Surat Penamatan Mengikuti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

Surat Penamatan Mengikuti PPGB adalah surat yang mengesahkan bahawa Guru
Baharu telah menamatkan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di
sekolah sehingga bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya.

Tatacara

1. Surat penamatan ini dikeluarkan kepada Guru Baharu selepas tamat mengikuti
PPGB.

2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan tempoh
pelaksanaan program dinyatakan.

3. Surat penamatan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.

4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


53
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

CONTOH SURAT PENAMATAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


LOGO JALAN PINANG SEBATANG
SEKOLAH 90000 MIRI
SARAWAK No. Telefon : 085-4312030
No. Fax : 085-4313000
__________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SMK1M/PP.3977


Tarikh :

NAMA

NO. KAD PENGENALAN

Tuan/Puan,

PENAMATAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah mengesahkan penamatan tuan/puan bagi


Program Pembangunan Guru Baharu dengan jayanya bermula ________________________ hingga
___________________________.

3. Semoga tuan/puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan mematuhi
etika profesion keguruan serta berusaha meningkatkan pembangunan profesionalisme guru
seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

............................................
(Pengetua / Guru besar)

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


54
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

RUJUKAN

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


55
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

PANDUAN PEMENTORAN

Pengenalan

Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara
seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan
yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang berpengalaman, berpengetahuan serta
kurang berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba
pengalaman atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara
profesional ke arah perkembangan dan pembangunan diri mereka.

Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi
meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai
keguruan serta pengurusan sekolah.

Rasional Keperluan Mentor

Hasil kajian yang dilakukan oleh Virginia Polytechnic Institute dan State University
bertajuk Teacher Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions (dalam Salhah
Abdullah et al. 2007:22), dapat dirumuskan bahawa terdapat tujuh kategori aktiviti
pementoran dalam membantu Mentee, iaitu:
a. menggalakkan membuat refleksi;
b. mengarah dan menyokong pelan tindakan;
c. memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP;
d. menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan
pengubahsuaian;
e. memberi idea yang membolehkan Mentee menyelesaikan masalah;
f. memberi dorongan dan sokongan emosi; dan
g. meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


56
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Definisi Mentor, Mentee, Pementoran

Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya
seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih
lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan
sekerja.

Mentee bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran.
Beliau merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri,
perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan.

Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara
profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Mentee terhadap tugas profesionalnya.
Proses Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, pengkongsian pengalaman,
pemindahan ilmu dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa
yang ditetapkan.

Pemilihan Mentor

Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman


dan berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti berikut:
a. guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Mentee;
b. boleh membangunkan potensi individu;
c. dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan
yang tinggi dalam bidang pengkhususannya;
d. berinisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh
tanggungjawab;
e. mempunyai pemikiran reflektif;
f. memiliki kemahiran membimbing dan melatih;

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


57
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

g. boleh mengurus masa dengan baik;


h. memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP;
i. komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan pendidikan
negara; dan
j. menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka.

Kaedah Pelaksanaan Pementoran

a. Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Mentee tentang PPGB.
b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran.
c. Mentor membimbing Mentee bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
d. Mentor membimbing Mentee bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang
berkaitan dengan aktiviti atau program sekolah.
e. Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Mentee tentang semua aspek
berkaitan pendidikan.

Objektif Pementoran

Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat:


a. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai
profesional keguruan;
b. meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
c. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
d. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
e. menyepadukan teori dengan amali PdP;
f. menguasai dan memantapkan strategi pengajaran;
g. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya
memperkembangkan potensi diri guru; dan
h. membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


58
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Jenis dan Ciri Pementoran

Jenis Pementoran

Situasi Tidak Formal Formal

Ciri Pementoran
Ringkas Sukarela Jangka masa panjang
Segera Sangat peribadi contoh produktif
Spontan Sangat peka kepada Sumber untuk membina
Rawak keperluan Mentee perhubungan persahabatan
Kasual Tidak berstruktur Bersifat sistematik dan
Kreatif & Inovatif Fleksibel berstruktur, tersusun dan
Respon kepada Mentor mendorong berterusan
keperluan semasa Mentee dengan Dilaksanakan berdasarkan
Mentor berinisiatif perkongsian, bantuan dan keperluan organisasi
secara intervensi keprihatinan Fokus kepada visi
Mentee Peranan sama rata organisasi atau matlamat
bertanggungjawab (pemberi-penerima) setiap bahagian/unit
mengenal pasti dan Laluan membina
menggunakan persahabatan dan rasa
pembelajaran hormat
Jenis Pementoran

Situasi Tidak Formal Formal

Ciri Pementoran
Membantu Mentee dalam Kebergantungan kepada Mempunyai kaedah dalam
proses membuat kecekapan, ilmu, pemadanan Mentor
keputusan kemahiran dan dengan Mentee
kebolehan Mentor Penetapan jangka masa
dalam penetapan matlamat
Program di bawah
peruntukan organisasi

Jadual 3: Jenis Pementoran dan Ciri Pementoran

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


59
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Proses Pementoran

Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu:

a. Memerhati (Observe)
Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku
Mentee bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku.
Mentee juga perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu
mengemukakan soalan bagi mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat
sepanjang proses Pementoran.

b. Melibatkan Diri (Participate)


Mentee perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk memperoleh
pemahaman yang lebih mendalam. Dalam masa yang sama, Mentee dapat
mempelajari sesuatu secara praktikal. Bagi tujuan ini, perbincangan perlu kerap
dilakukan secara bersama.

c. Melaksanakan (Conduct)
Mentee boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang
dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam
proses pementoran, apabila Mentee boleh berdikari bermakna satu perubahan
positif telah berlaku kepada Mentee.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


60
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

CARTA ALIRAN KERJA

MULA

Menerima Guru Baharu (Fasa 1)

Orientasi Budaya Kerja

Pemerhatian / Penglibatan

Dapatan Penilaian (selepas 6 bulan)

Tindakan / Susulan

Penamatan / Penilaian Akhir

TAMAT

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


61
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Kemahiran Pementoran

Kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

a. Kemahiran Mendengar
Semasa bersama Mentee, Mentor perlu memberikan fokus dan mengenepikan
segala pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses Pementoran. Kesediaan
mendengar dengan baik bukan bermakna Mentor hanya menerima secara pasif
perkara yang disampaikan oleh Mentee tetapi Mentor juga perlulah memberi
maklum balas secara lisan atau bukan lisan.

b. Kemahiran Bertanya
Kemahiran bertanya penting digunakan dalam proses Pementoran kerana dapat
memberi peluang kepada Mentee menyatakan rasa hati, keinginan, harapan, idea
serta pendapat kepada Mentor.

c. Kemahiran Memerhati
Dalam usaha memahami dan membantu Mentee, Mentor perlu menumpukan
sepenuh perhatian kepada Mentee terutamanya semasa pertemuan diadakan.
Melalui pemerhatian, Mentor perlu bijak mentafsir tingkah laku Mentee dengan
tepat. Mereka perlu sedar dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara
Mentee.

d. Memberi Maklum Balas


Mentee sememangnya memerlukan maklum balas daripada pihak lain sebagai
maklumat dan panduan kepada pembangunan diri mereka. Mentor perlu memberi
maklum balas kepada Mentee yang meyakinkan. Maklum balas bukan sahaja dapat
digambarkan melalui kata-kata tetapi juga melalui perlakuan dan tindakan. Maklum
balas positif yang diberikan oleh Mentor mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
motivasi Mentee untuk meneruskan proses pementoran.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


62
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

Ciri-ciri maklum balas:


tepat, berfokus dan mudah difahami;
bersifat segera dan mesra;
berterus-terang;
khusus kepada seseorang.
tidak bersifat menghukum; dan
tidak membuat penilaian secara stereotaip.

e. Kemahiran Menentukan Fokus/Matlamat Pementoran


Dalam proses pementoran, kemungkinan Mentee akan mengadu permasalahan yang
dihadapi. Mentor perlu meluaskan perspektif Mentee untuk melihat masalah bukan
sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya sebagai satu peluang untuk membuat
perubahan atau penambahbaikan. Dalam proses melihat permasalahan Mentee,
Mentor juga perlu mahir menentukan fokus agar selari dengan matlamat
pementoran.

f. Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis merupakan prasyarat kemahiran
membuat keputusan. Apabila Mentor mampu berfikir secara kritis dan kreatif,
Mentor boleh memberi cadangan-cadangan yang membina kepada permasalahan
yang dikemukakan oleh Mentee. Secara tidak langsung Mentor akan dapat
mempermudah, mendorong dan membimbing Mentee mencari alternatif terbaik
bagi menyelesaikan masalah mereka.

g. Membuat Penilaian
Mentor perlu bijak membuat penilaian atas maklumat sama ada daripada Mentee
atau individu lain. Kemahiran menilai membantu Mentor memberi respon dan
membuat penilaian yang berkesan.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


63
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

RUJUKAN

Debra Eckerman Pitton 2006, Mentoring Novice Teachers Fostering A Dialogue Process,
Corwin Press A Sage Publications Company California.

Duke, L., Karson, A., Wheeler, J. 2006. Do Teachers Mentoring and Induction Program Have
Greater Benefits For Teachers Who Lack Preservice Training? Journal of Public &
International Affairs-Princeton. 17, pg.61-82

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 2008. Pementoran dalam Perkhidmatan Awam


Panduan untuk Guru Baharu dan Mentee.

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


64
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

SURAT SIARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 21 TAHUN 2012

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM


PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


65
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

KAJIAN TINDAKAN

Sektor Peningkatan Keilmuan, Bahagian Pendidikan Guru, 2015


66

You might also like