You are on page 1of 2

LAPORAN RASMI PROGRAM ROAD TO SCHOOL SMK BEAUFORT II 2017

BAHAGIAN/UNIT PROTOKOL

1.0 LAPORAN SEBELUM

Program Road To School di SMK Beaufort II, Beaufort 21017 telah diterajui oleh

Saudara Mohamad Aswat Shamsuddin, selaku Ketua Pengarah Program Road To

School yang disertai oleh pelajar-pelajar program Sejarah bersama dengan

barisan ahli jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada Persatuan Warisan

dan Sejarah (PEWARIS).

Antara senarai bidang tugas ahli jawatankuasa Bahagian/Unit Protokol ialah;

1.0.1 Menyediakan teks Majlis Penutupan bagi Program Road To School

SMK Beaufort II.

2.0 LAPORAN SEMASA

Semasa program ini, Bahagian/Unit Protokol sangat bertanggungjawab bagi

memastikan kelancaran program terutama sekali semasa Majlis Penutupan.

Dengan kerjasama ajk-ajk unit protokol yang lain, perjalanan program teratur

dan dalam keadaan yang tenang. Semasa Majlis Penutupan, Unit Protokol

bertanggungjawab untuk menentukan kedudukan yang sesuai untuk Tetamu

kehormat iaitu Penolong Kanan Pra-Universiti SMK Beaufort II, saudara dan

saudari pengiring serta pengarah program. Majlis Penutupan dimulakan dengan

bacaan doa, ucapan pengarah program, ucapan wakil SMK Beaufort II,

pembahagian cenderahati daripada Persatuan Warisan dan Sejarah kepada SMK

Beaufort II. Majlis ditamatkan dengan sesi bergambar sebagai tanda kenangan.
3.0 LAPORAN SELEPAS

Laporan rasmi sepenuhkan didokumentasikan oleh Ketua Bahagian/Unit Protokol

sebagai bukti pengerakan gerak kerja. Seluruh ahli jawatankuasa menghadiri

post-mortem dalam mengesan kelebihan dan kelemahan ahli jawatankuasa

pelaksana dalam mengendalikan majlis atau program Road To School.

4.0 PERMASALAHAN YANG DIHADAPI

Berikut merupakan masalah yang dihadapi oleh Bahagian/Unit Protokol;

4.0.1 Kekurangan peralatan seperti Mikrofon

4.0.2 Permasalahan sewaktu penyampaian hadiah, kerana ajk

cenderahati tidak bersedia lebih awal ketika acara penampaian hadiah

dan cenderahati.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berikut merupakan cadangan penambahbaikan demi mengelakkan kekangan

pada masa hadapan;

5.0.1 Ajk Protokol perlu lebih berkerjasama dengan Unit Teknikal dan

Unit Cenderahati bagi melancarkan lagi Majlis Penutupan bagi program

yang seterusnya.

You might also like