You are on page 1of 11

Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua dengan Efikasi

Kendiri Guru

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie


Teng Lung Kiu
Foo Say Fooi
Zakaria Kasa
Jegak Uli

Abstract : The aim of this study was to determine the relationship between
principals transformational leadership with teachers self-efficacy. This study was
conducted in Kuching / Samarahan division that involved 420 teachers from 18
secondary schools. Nevertheless, the analysis of this study was based on 376
sets of complete questionnaires. Descriptive statistics such as mean, standard
deviation, frequency and percentages as well inferential statistic such as
correlation Pearson r were utilized to analyzed the data. Overall, the findings
showed that the level of teachers self-efficacy was high. According to teachers
perceptions, the principals highly practiced transformational leadership
behaviour. The findings also showed that there is a significant and positive
relationship between teachers self-efficacy and teachers perception on
principals transformational leadership practices. Several suggestions were made
to improve teachers self-efficacy in the aspect of students participation and
principals transformational leadership practices in the dimension of intellectual
stimulation and individual consideration.

PENGENALAN

Kepemimpinan transformational cuba mengangkat efikasi-kendiri subordinat ke


arah pengeluaran hasil di luar jangkaan (Bass dan Arolio, 1990). Hubungan ini
telah disahkan dalam kajian Hipp (1996), Hipp dan Bredeson (1990), serta
Reames dan Spencer (1998). Kepemimpinan transformational mungkin
merupakan antara teori kepemimpinan yang berkemungkinan besar boleh
menceritakan watak kepemimpinan pengetua pada masa akan datang. Jenis
kepemimpinan ini memiliki ciri-ciri seperti berkarismatik, berupaya memberikan
inspirasi kepada orang lain, memiliki pertimbangan individu dan rangsangan
intelektual (Zawawi, 1999). Kepimpinan transformational dapat merangsangkan
orang lain supaya yakin kepada kebolehan dan potensi yang ada pada dirinya.
Pengetua yang mengamalkan kepemimpinan transformational dapat
meningkatkan efikasi-kendiri guru. Penggunaan kebolehan tersebut secara tidak
langsung dapat membawa sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

Walaupun kepimpinan pengetua penting di sekolah, namun sekolah tidak lagi


sesuai ditadbir dengan kaedah lama atau one man show, sebaliknya, organisasi

1
ini perlu ditadbir dengan lebih berkesan dan dinamik sebagai sebuah syarikat
kerajaan yang berdaya saing dan berpotensi besar dengan melibatkan semua
warga di dalam organisasi tersebut. Kebanyakan masalah sekolah akan timbul
apabila pihak pentadbir sekolah tidak memberikan peluang kepada guru untuk
bersama-sama membuat keputusan tetapi hanya mengarahkan guru
melaksanakan rancangan atau keputusan yang mereka tidak terlibat bersama.
Guru dianggap tidak layak kerana tidak dilibatkan dalam proses membuat
keputusan (Mohd. Nor Ariff, 1999). Keadaan ini secara tidak langsung akan
melemahkan semangat mereka. Mereka mungkin akan mencurigai keupayaan
mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah. Justeru,
kepemimpinan pengetua perlu berubah kerana terdapat bukti melalui kajian
lepas bahawa kepemimpinan transformational pengetua dapat meningkatkan
efikasi kendiri guru. Tschannen-Moran, et.al (1998) turut mencadangkan satu
model baru yang meramalkan kepepimpinan pengetua akan dapat
mempengaruhi efikasi-kendiri guru.

Objektif kajian

Kajian ini bertujuan untuk:


1. Mengenalpasti tahap efikasi-kendiri guru.
2. Mengenalpasti persepsi guru terhadap tahap kepemimpian
transformational pengetua.
3. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara
persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua
dengan efikasi-kendiri guru.

Soalan kajian

1. Apakah tahap efikasi-kendiri guru?


2. Apakah persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan transformational
pengetua?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi guru
terhadap tahap amalan kepemimpinan transformational pengetua dengan
efikasi-kendiri guru?

Kepentingan kajian

Dapatan kajian ini dapat membantu guru mengetahui tahap efikasi-kendiri


mereka. Dapatan kajian ini juga dapat menjadikan pedoman kepada pengetua
untuk mengetahui apakah corak atau jenis kepemimpinan yang perlu
dipraktikkan untuk mengelakkan gurunya kehilangan efikasi-kendiri disebabkan
mereka. Kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada bakal pengetua kerana
daripada hasil kajian ini, mereka dapat mengetahui corak kepemimpinan yang
unggul serta aspek-aspek yang perlu diberi perhatian untuk meningkatkan
efikasi-kendiri guru. Apabila mereka dilantik menjadi pengetua sekolah, mereka
dapat menerajui pucuk pimpinan dengan lebih berkesan dan bermakna lagi.

2
Definisi operasional

Efikasi kendiri guru dirujuk sebagai kepercayaan guru terhadap kebolehannya


sebagai guru. Kepercayaan ini termasuk keyakinan mereka untuk memastikan
pelajar mematuhi peraturan dalam kelas, menjaga disiplin pelajar dalam
pembelajaran mereka. Secara spesifiknya, efikasi-kendiri guru dalam kajian ini
merujuk kepada tiga faktor (Tschannen-Moran and Woolfolk Hoy, 2001) iaitu
efikasi terhadap strategi pengajaran, efikasi terhadap pengurusan bilik darjah
dan efikasi terhadap penglibatan pelajar. Efikasi terhadap strategi pengajaran
merujuk kepada cara pengajaran guru. Efikasi terhadap pengurusan bilik darjah
adalah mengenai efikasi-kendiri guru mengurus kelas dan mengatasi masalah
disiplin pelajar. Efikasi terhadap penglibatan pelajar pula adalah mengenai
efikasi guru meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Efikasi
kendiri guru dalam kajian ini diukur dengan menggunakan Teacher Sense of
Efficacy Scale (Tschannen-Moran and Woolfolk Hoy, 2001).

Kepemimpinan transformational merujuk kepada pemimpin yang berusaha


mempengaruhi perlakuan orang bawahan melalui penggunaan sifat-sifat
peribadinya dan tingkahlakunya, serta keupayaan pemimpin mengubah sikap,
motivasi, moral dan komitmen terhadap organisasi melalui interaksi dengan
orang-orang bawahan. Kepimpinan transformational alam konteks kajian ini
didefinisikan sebagai pemimpin yang menunjukkan sifat kebijaksanaan, inspirasi
dan bertimbang rasa dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan guru dalam
tugas mereka. Kepimpinan transformational pengetua diukur dengan soal selidik
Multifactor-Leadership Questionnaire (Bass and Avolio, 1997).

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk deskriptif-korelasi. Kajian deskriptif digunakan supaya


dapatan dapat dibentangkan dalam bentuk yang lebih ringkas, terperinci dan
bermakna untuk memudahkan pemahaman. Korelasi pula aalah contoh yang
baik untuk menerangkan perhubungan di antara dua pembolehubah. Pekali
korelasi menunjukkan darjah sekutuan di antara dua pemboleh ubah.

Berdasarkan pendapat Frankel dan Wallen (1993), populasi sasaran dalam


kajian ini adalah semua guru yang mengajar di sekolah menengah di bahagian
Kuching / Samarahan, Sarawak. Kajian ini memilih guru sekolah menegah di
Bahagian Kuching / Samaran sebagai subjek kajian.

Bilangan subjek yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini ditentukan dengan
menggunakan formula yang dikemukakan Yamane (1967). Berdasarkan formula
tersebut, bilangan subjek yang diperlukan adalah sebanyak 343 orang dan
memenuhi ralat persampelan pada sela keyakinan .05. Bilangan subjek ini juga
memenuhi ralat persampelan dengan tahap keyakinan 95% bagi populasi kajian
sebanyak 2399 orang berdasarkan Jadual Wunsch (1986).

3
Instrumentasi

Satu set borang soal selidik ditadbirkan kepada subjek guru. Bahagian soal
selidik guru ini digunakan untuk memperolehi maklum balas subjek kajian
terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua dan efikasi kendiri
guru. Amalan kepemimpinan transformational diukur dengan menggunakan soal
selidik Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) oleh Bass dan Avolio (1997).
Soal selidik ini mengandungi lima dimensi: ciri-ciri unggul, tingkahlaku unggul,
inspirasi motivasi, simulasi intelek dan pertimbangan individu. Soal selidik ini
mengandungi 20 item untuk mengukur lima sub komponen kepemimpinan
transformational seperti diterangkan di atas.

Efikasi kendiri guru diukur dengan menggunakan Teacher Sense of Efficacy


Scale. Tiga aspek yang diukur ialah efikasi terhadap strategi pengajaran, efikasi
terhadap pengurusan kelas dan efikasi terhadap penglibatan pelajar. Kedua-dua
instrument mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .89 untuk efikasi
kendiri guru dan .91 untuk kepemimpinan transformational pengetua.

Dapatan kajian

Responden mempunyai tahap efikasi-kendiri guru yang tinggi (M=3.89, s.p=.37).


Responden juga mempunyai tahap yang tinggi dalam ketiga-tiga subskala,
Efikasi kendiri iaitu efikasi terhadap strategi pengajaran (M=3.88, s.p.=.38),
efikasi terhadap pengurusan kelas (M=4.02, s.p.=.45) dan efikasi terhadap
penglibatan pelajar (M=3.76, s.p.=.47). Sisihan piawai bagi pembolehubah
efikasi-kendiri guru dan subskalanya adalah kecil (s.p<.50). Nilai sisihan piawai
ini menunjukkan taburan data efikasi-kendiri guru dan subskalanya adalah tidak
jauh berbeza dan lebih homogeneous atau seragam. Dapatan ini dapat dilihat
seperti dalam Jadual 1 berikut ini.

4
Jadual 1: Tahap Efikasi Kendiri Guru
Pembolehubah Tahap Frekuensi Peratusan Min S.P.

Rendah 0 0
Keseluruhan
Sederhana 21 13.6 3.89 .37
Tinggi 325 86.4

Efikasi guru
Rendah 0 0
terhadap
Sederhana 72 19.1 3.88 .38
strategi
Tinggi 304 80.0
pengajaran

Efikasi guru
Rendah 2 5
terhadap
Sederhana 48 12.8 4.02 .45
pengurusan
tinggi 326 86.7
kelas

Efikasi guru
Rendah 4 1.1
terhadap
Sederhana 123 32.7 3.70 .47
penglibatan
tinggi 249 66.2
pelajar

Persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan transformational pengetua


menunjukkan persepsi responden adalah tinggi (M=3.71, s.p.=.60). Pengetua
juga dipersepsikan responden mempunyai amalan yang tinggi dalam keempat-
empat dimensi: ciri-ciri unggul (M=3.74, s.p.=.71), tingkahlaku unggul (M=4.03,
s.p.=.62) dan inspirasi motivasi (M=4.08, s.p.=.57). Namun, tahap amalan
pengetua dalam dimensi pertimbangan individu adalah sederhana tinggi menurut
persepsi responden seperti ditunjukkan dalam jadual 2 berikut ini.

Jadual 2: Persepsi Guru Terhadap Amalan KepemImpinan Transformational


Pengetua
Pembolehubah Tahap Frekuensi Peratusan Min S.P.

Keseluruhan Rendah 15 4.0 3.71 .60


Sederhana 109 29.0
Tinggi 252 67.0

Dimensi ciri-ciri Rendah 21 5.6 3.74 .71


unggul Sederhana 120 31.9
Tinggi 235 62.5

5
Dimensi tingkah Rendah 9 2.4 4.03 .62
laku unggul Sederhana 63 16.8
Tinggi 304 80.9

Dimensi Rendah 5 1.3 4.08 .57


inspirasi Sederhana 53 14.1
motivasi Tinggi 318 84.6

Dimensi Rendah 34 9.0 3.66 .71


stimulasi intelek Sederhana 121 32.2
Tinggi 221 58.8

Dimensi Rendah 109 29.0 3.07 .84


pertimbangan Sederhana 165 43.9
individu Tinggi 106 27.1

Hubungan Efikasi-Kendiri Guru Dengan Persepsi Guru Terhadap Amalan


Kepemimpinan Transformational Pengetua.
Terdapat hubungan positif dan signifikan di antara persepsi guru terhadap
amalan kepemimpinan transformational pengetua dengan efikasi-kendiri guru
(r=.282, p<.01). Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa semakin tinggi
pengalaman kepemimpinan transformational pengetua, semakin tinggi efikasi
kendiri guru seperti dalam Jadual 3 ini.

Jadual 3: Korelasi Pearson r di antara Efikasi-Kendiri Guru dan Subskalanya


dengan Dimensi Kepemimpinan Transformational.
Pemboleh ubah Efikasi Efikasi Efikasi Efikasi
kendiri guru terhadap terhadap terhadap
strategi pengurusan penglibatan
pengajaran kelas pelajar
Amalan .282** .250** .200** .274**
kepemimpinan
transformational

Ciri-ciri unggul .244** .208** .174** .243**

Tingkahlaku unggul .231** .215** .175** .207**


Inspirasi motivasi .282** .253** .202** .270**

Simulasi intelek .277** .251** .190** .272**

Pertimbangan .208** .179** .143** .211**


individu

6
Jelas kelihatan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara amalam
kepemimpinan transformational pengetua dengan setiap dimensi efikasi kendiri
iaitu efikasi terhadap strategi pengajaran (r=.250), efikasi terhadap pengurusan
kelas (r=.200) dan efikasi terhadap penglibatan pelajar (r=.274). walaupun
terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara dimensi kepemimpinan
transformational dan setiap dimensi efikasi kendiri, tetapi hubungannya adalah
lemah.

PERBINCANGAN

Didapati guru sekolah menengah di bahagian Kuching / Samarahan, negeri


Sarawak mempunyai efikasi-kendiri yang tinggi. Secara khususnya, guru didapati
mempunyai efikasi terhadap strategi pengajaran dan pengurusan kelas yang
tinggi tetapi untuk efikasi terhadap penglibatan pelajar hanya di tahap sederhana
tinggi. Dapatan ini tidak menyokong kajian Ishak (2001) kerana dengan
menggunakan skala Gibson dan Dembo (1994) untuk mengukur efikasi kendiri
guru di Kedah, beliau mendapati efikasi kendiri guru hanya pada tahap
sederhana. Perbezaan ini juga mengimplikasikan bahawa guru di Sarawak
khasnya di bahagian Kuching / Samarahan mempunyai efikasi-kendiri yang lebih
tinggi berbanding guru di Kedah. Dapatan kajian Hipp (1996) juga tidak selari
dengan dapatan kajian ini kerana mereka mendapati guru mempunyai efikasi
kendiri di tahap sederhana sahaja. Walau bagaimanapun, kajian ini telah
menyokong dapatan Lim dan Poon (1997) dan Milson (2001) yang mendapati
guru mempamerkan tahap efikasi kendiri yang tinggi.

Jika dibandingkan dengan dapatan kajian Tschannen-Moran dan Hoy (2001) dan
(2002), kajian ini yang menggunakan instrumen Teacher Sense of Efficacy Scale
yang digunakan juga dalam kajian-kajian tersebut, didapati efikasi kendiri guru
berada di tahap tinggi. Ini bermakna kajian ini menyokong kedua dua dapatan
kajian Tschannen-Moran dan Hoy (2001) dan (2002).

Sesungguhnya guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi amat diperlukan.
Jelas kelihatan guru-guru yang dikaji adalah cenderung untuk lebih komited
dalam pengajaran, lebih bermotivasi serta berusaha bersungguh-sungguh untuk
menunjukkan prestasi yang lebih baik. Guru dapat memberi penjelasan atau
contoh alternatif apabila pelajar berasa keliru. Mereka juga dapat membina
soalan yang baik atau menjawab soalan susah kepada pelajar serta mengukur
pemahaman pelajar terhadap pengajaran mereka. Guru juga dapat mengurus
kelas dengan baik, terutama sekali memastikan pelajar mematuhi peraturan
kelas.

Guru perlu percaya kepada kebolehan mereka sebagai guru. Kepercayaan ini
penting supaya pelajar juga dapat mencontohi sikap positif ini. Justeru itu, dapat
dianggap bahawa guru yang dikaji mempunyai prestasi yang tinggi dan komited
terhadap profesion keguruan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

7
pengetua menampilkan cirri-ciri kewibawaan dan keyakinan pada tahap yang
tinggi menurut persepsi guru. Dapatan ini mempertikaikan dakwaan Lee (2001)
yang pengetua kurang berwibawa. Secara keseluruhan, menurut persepsi guru
pengetua didapati mengamalkan kepemimpinan transformational pada tahap
tinggi. Pengetua dipersepsikan mengamalkan dimensi inspirasi motivasi, dimensi
tingkahlaku unggul, dimensi cirri-ciri unggul pada tahap tinggi. Namun, dimensi
stimulasi intelek dan pertimbangan individu pada tahap sederhana tinggi sahaja.
Dapatan kajian ini menyokong dapatan Leithwood dan Jantzi (2000) serta Jung
dan Avolio (2000). Dapatan Leithwood dan Jantzi mendapati skor min
kepemimpinan pengetua yang dipersepsikan seramai 1,762 orang guru daripada
110 buah sekolah rendah dan menengah ialah 3.76 (s.p.=.48). dapatan kajian ini
tidak menyokong dapatan kajian Zainab (1998) serta Yu, Leithwood dan Jantzi
(2002). Zainab mendapati pengetua hanya kadang kala mengamalkan cirri-ciri
unggul, tingkahlaku unggul, inspirasi motivasi, stimulasi intelek dan jarang-jarang
mengamalkan pertimbangan individu. Sedangkan kajian ini menunjukkan guru di
Sarawak mempersepsikan bahawa pengetua kerap atau sangat kerap
mengamalkan kesemua tingkahlaku kecuali stimulasi intelek dan pertimbangan
individu. Selain itu, skor min kepemimpinan transformational pengetua yang
dipersepsikan oleh 2,092 guru di Hong Kong dalam kajian Yu, Leithwood dan
Jantzi (2002) ialah 3.74 (s.p.=.88, julat skala 1-6) berbanding dengan min
kepemimpinan transformational yang diperolehi dalam kajian ini ialah 3.74
(s.p.=.71, julat skala 1-5).

Perbandingan di atas menunjukkan amalan transformational pengetua dalam


kajian ini adalah lebih tinggi. Menurut Goldring (1992) dan Mohd Salleh (2002),
pengetua perlu mengaplikasikan kepemimpinan transformational di sekolah.
Jenis kepemimpinan ini telah dianggap sebagai sesuatu yang boleh menjayakan
sekolah. Dapatan kajian ini telah menunjukkan amalan kepemimpinan
transformational pengetua mempunyai hubungan yang positif dan signifikan
dengan efikasi kendiri guru. Ini menunjukkan apabila pengetua mengamalkan
kepemimpinan transformational, akan mempengaruhi dan meningkatkan efikasi
kendiri guru. Dengan dapatan ini, kepimpinan transformational disarankan untuk
diaplikasikan di sekolah, kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan
para guru ke arah yang lebih cemerlang dan secara langsung menyokong kajian
Bass dan Avolio (1990) dan Zainab (1998) yang mendapati kepemimpinan
transformational pengetua dapat meningkatkan keberkesanan guru dan
komitmen guru. Dapatan kajian ini juga menyokong pandangan Zaidatol (2003)
iaitu pemimpin transformational adalah mereka yang memberi semangat kepada
kakitangan untuk terus meningkatkan usaha dan mencapai potensi prestasi
secara maksimum.

Melihat kepada dapatan kajian ini, pengetua perlu meneruskan amalan


kepemimpinan transformational tetapi perlu mempelajari ilmu kepemimpinan
tersebut untuk meningkatkan keupayaan dalam aspek stimulasi intelek dan
pertimbangan individu kerana skor min untuk kedua-dua dimensi ini masih tidak
memberangsangkan lagi. Di samping itu walaupun efikasi kendiri guru secara

8
keseluruhan adalah tinggi, namun min skor untuk efikasi terhadap penglibatan
pelajar perlu ditingkatkan kerana aspek ini amat penting untuk menghasilkan
pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dalam dimensi
komunikasi, penyelesaian masalah dan hubungan kemanusiaan yang boleh
ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran aktif berpusatkan pelajar.
Jadi, guru-guru di sekolah yang terlibat, perlu diberi latihan sewajarnya.

9
RUJUKAN

Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a Unifying Theory of Behavioral


Change. Psycological Review, 84(2), 191-215.

Bandura, A. (1986). Social Foundations of Thought and Active: A social


Cognitive Theory. New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Bass, B.M. (1985). Leadership and Performance Beyond Expectation. New York:
The Free Press.

Bass, B.M. and Avolio, B.J. (1990). Transformational Leadership Development:


Manual for Multifactor Leadership Questionnaire. Palo Alto: California:
Consulting Psychologist Press Inc.

Burns, J.M. (1978). Leadership. New York: Harper and Row.

Dembo, M.H. and Gibson, S. (1985). Teachers sense of efficacy: An important


factor in school. Elementary School Journal, 86, 173-184.

Fraenkel, J.R. and Wallen, N.E. (1993). How to design and evaluate research in
education, second edition. New York: McGraw Hill.

Goldring, E.B. (1992). System wide diversity in Israel: Principals as


transformational and environmental leaders. Journal of Educational
Administration, 30(3), 49-62.

Hipp, K.A. (1996). Teacher efficacy: Influence of principal leadership behavior.


Paper presented at the annual Meeting of the American Educational
Research Association, New York ED396409.

Hipp, K.A. and Bredeson, P.V. (1995). Exploring connections between teacher
efficacy and principals leadership behaviour. Journal of School Leadership,
5(2), 136-150.

Jung, D.I. and Avolio, B.J. (2000). Opening the black box: An experimental
investigation of the mediating effects of trust and value congruence on
transformational and transactional leadership. Journal of Organizational
Behaviour, 21, 949-964.

Koh, W.L. (1991). An empirical validation of the theory of transformational


leadership in secondary schools in Singapore, Doctoral Dissertation,
University of Oregon 1990). Dissertation Abstracts International 52(2):
602A.

10
Lee Gek Hoi (2001). Hubungan antara tingkahlaku kepemimpinan pengetua
dengan kepuasan kerja guru: Satu kajian di sekolah-sekolah menengah
daerah Kluang-Johor. Projek Sarjana Pendidikan, UKM, Bangi.

Lim, B.L. dan Poon, M.L. (1997). Kesan efikasi kendiri terhadap komitmen, daya
usaha dan prestasi kerja di kalangan guru sekolah. Journal Pendidikan, 18,
37-55.

Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia.


Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Tschannen Moran, M. and Hoy, A.W. (2001). Teacher efficacy: Capturing an


elusive construct. Teaching and Teacher Education. 17, 783-805.

Wunsch, D. R. (1986). Action Research in Business Educations. Business


Education Forum xxxx number 5, 31-33.

Yamane, T. (1967). Elementary Sampling Theory. Englewood Cliffs: N.J.


Prentice Hall, Inc.

Yu, H. Leithwood, K. and Jantzi, D. (2002). The effects of transformational


leadership on teachers commitment to change in Hong Kong. Journal of
Educational Administration, 40(4), 368-389.

Zainab Bibi Hamid (1998). Perception of Secondary Schools Teachers towards


the Transformational Leadership for Teachers Effectiveness. Projek Master
yang tidak diterbitkan, Serdang, UPM.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2005). Asas Kepemimpinan Transformational


dalam Pendidikan: Satu bab dalam Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Foo
Say Fooi. Pengurusan dan Kepemimpinan: Satu Langkah Ke hadapan.
UPM Serdang.

Zawawi Yahya (1999). Kepemimpinan Transformational dan Kegemilangan


Sekolah. Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan, 9(2), 80-97.

11

You might also like