You are on page 1of 10

PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya


membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran adalah istilah yang sering digunakan dalam bidang pengujian dan penilaian
pendidikan. Pentaksiran boleh berfungsi sebagai pembina keyakinan, menunjukkan
peningkatan pembelajaran, pendorong ( Yahya Othman, 2005 ).

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses


pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran sering kali dijalankan secara berterusan.

Aspek utama dalam pentaksiran ialah (i) instrument, (ii) kumpulan yang ditaksir,
(iii) respons, (iv) kumpulan yang menaksir dan (v) skor. Sehubungan itu, proses
mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang pendidikan memerlukan
para pendidik dan guru melakukan pengukuran ( Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir,
2012 ). Bagi melaksanakan sesuatu pengukuran para pendidikan dan guru perlu
menggunakan kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai. Rajah menunjukkan lima
kaedah yang sesuai dilakukan sewaktu melakukan pentaksiran :
Kaedah
Kaedah
Porfolio
Porfolio

Kaedah
Kaedah
Kaedah
Kaedah Pertimbang
Pertimbang
Lisan
Lisan an
an
Profesional
Profesional
KAEDAH
KAEDAH
PENTAKSIRA
PENTAKSIRA
N
N

Kaedah
Kaedah
Kaedah
Kaedah Pemerhatia
Pemerhatia
Penulisan
Penulisan n
n

Rajah 1 : Kaedah-kaedah pentaksiran

Proses pentaksiran mempunyai beberapa ciri penting yang meliputi skor, kesahan,
keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsirandan bersifat menyeluruh. Menyeluruh di
sini bermaksud ia mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang
penting. Di dalam mentaksir melalui kaedah pemerhatian terdapat beberapa elemen
yang perlu diambil perhatian oleh seseorang guru. Elemen-elemen tersebut
termasuklah :

Sikap
Perlakuan atau amalan
Amali
Kemahiran manipulative
Kemahiran bersosial
Kemahiran belajar
Kemahiran reka cipta

Selain itu, guru juga boleh melakukan pemerhatian kepada murid melalui hasil kerja
seperti lukisan, buku skrap dan kerja kursus. Pentaksiran secara lisan pula digunakan
oleh para guru bagi mengumpul maklumat semasa berlakunya interaksi antara murid
dengan guru, murid dengan murid dan juga murid dengan bahan pembelajaran. Berikut
merupakan contoh aktiviti pentaksiran yang boleh dilakukan oleh guru :
Soal jawab
Perbincangan dalam kumpulan
Syarahan
Bacaan kuat
Perbahasan
Bercerita
Temu bual
Hafazan
Deklamasi sajak / puisi / pantun

PENGUJIAN

Pengujian ialah cara yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku
seseorang individu yang berkaitan dengan pembelajaran. Pengujian juga bertujuan
mendapatkan maklumat pencapaian pelajar dalam bidang kognitif, afektif, dan
psikomotor ( Yahya Othman, 2005 ). Pengujian dapat dianggap sebagai proses
penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen
bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau
perubahan seseorang individu atau pelajar.

Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur


pencapaian murid ( dalam bentuk markah ) sahaja. Sehubungan itu, terdapat empat
tujuan utama pengujian, iaitu (i) mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai, (ii)
mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran
yang lain, (iii) ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia
ada murid sebelum pengajaran dan (iv) ujian diagnostik menentukan punca masalah
pembalajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu
digunakan ( Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, 2012 ). Hasil daripada pemarkahan
jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada
pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan / pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada murid-muridnya telah
menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk


menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan
sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Penilaian selalu ditafsirkan sebagai ujian
atau peperiksaan. Sebenarnya, penilaian tidak terhad kepada ujian dan peperiksaan
sahaja tetapi merangkumi seluruh program pendidikan ( Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1990 )

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan
maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan
dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum
balas tentang masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran. Dengan itu, guru
dapat mengenal pasti kemajuan seseorang murid, sama ada pada tahap yang sangat
memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti murid
yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang
memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan murid
atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan


memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan
pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang
masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari
dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar
menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat
berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau
menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi.
Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya
mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat


melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam
bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting,
malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

BANDING BEZA KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Secara ringkasnya, perkaitan anatar penilaian, pengujian, pengukuran dan pentaksiran


dapat dirumuskan seperti dalam Rajah dibawah :

Pengukuran
Pengujian
Penilaian

Penilaian

Pentaksiran

Pengujian

Rajah 2 : Hubungan antara pengujian, pengukuran dan penilaian

Rajah 3 : Hubungan antara pengujian, pentaksiran dan penilaian


(Suhaiami al-Bahanjiey, 2011)
Banding beza ketiga-tiga aspek yang dibincangkan diatas telah dijadualkan seperti
berikut :
Persamaan

Digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penam
aspek kaedah, pendekatan, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran

Perbezaan

Aspek Pentaksiran Pengujian Pen

Definisi Satu proses mendapatkan Proses / prosedur yang Proses untuk


maklumat dan seterusnya sistematik bagi mengukur nilai kuantitat
membuat pertimbangan pencapaian pelajar yang menentukan
tentang produk sesuatu biasanya dibuat secara bertulis pencapaian d
proses pendidikan Proses penyerahan set soalan dalam pembe
Satu episod dalam proses berpiawai yang perlu dijawab Merangkumi
pembelajaran yang atau satu set instrument dan penguku
merangkumi aktiviti bersama satu prosedur yang Satu proses
menghurai, mengumpul, sistematik bagi mengukur sistematik ba
merekod, memberi skor sampel tingkah laku atau pertimbangan
dan menginterpretasi perubahan seseorang individu hasil penguk
maklumat tentang atau pelajar bertujuan unt
pembelajaran seseorang maklumat ten
pelajar bagi sesuatu tujuan akademik, ke
Satu proses untuk sikap
mendapatkan gambaran
tentang prestasi
pembelajaran seseorang
dalam aktiviti pembelajaran

Tujuan Mendapatkan gambaran Menentukan pencapaian murid Membantu gu


tentang prestasi seseorang dalam sesuatu sesi keupayaan p
dalam pembelajaran pembelajaran Membantu gu
Menilai aktiviti yang membuat pe
dijalankan semasa murid atau an
pengajaran dan Membuat per
pembelajaran pencapaian m
Mendapatkan maklumat subjek terten
secara berterusan tentang yang lain
pengajaran dan Menentukan
pembelajaran dan rendah p
Merancang aktiviti Membantu gu
pengajaran dan menentukan
pembelajaran yang pemulihan
tersusun dan sistematik Membantu gu
bersesuaian dengan tahap jangkaan terh
keupayaan pelajar bakat murid
Melibatkan semua atau Membolehka
sebahagian besar murid bahan-bahan
dalam kelas secara efektif kaedah peng
Merancang dan Murid menge
melaksanakan aktiviti dalam sesua
susulan yang berkesan bidang
Memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran

Bentuk Pemerhatian Set ujian bertulis dengan markah Jadual


Ujian lisan dan gred Gred berdas
Ujian bertulis perangkaan

Jenis Pentaksiran Ujian Bahasa : Penilaian me


Pentaksiran kendiri (boleh penguasaan
dijalankan secara formatif Ujian bakat Penilaian me
dan sumatif) Ujian personaliti Penilaian me
Ujian kefasihan pencapaian
Ujian diagnostik
Ujian kecerdasan
Ujian prestasi

Cara / Proses pengujian Persediaan ujian Proses peng


proses Merekod markah / gred Pentadbiran Proses peng
Pemeriksaan Proses interp
Melapor
Tindakan

Masa Selepas pembelajaran Selepas pembelajaran Sebelum, semas


pembelajaran

Liputan Satu peringkat pembelajaran Terhad kepada satu kemahiran Dari satu pembe
atau pembelajaran hingga seluruh k

Keputusan Menunjukkan pencapaian Menunjukkan prestasi satu Menunjukkan pe


secara relatif kemahiran atau penguasaan keseluruhan
pembelajaran spesifik
Jadual 1 : Banding beza pentaksiran, pengujian dan penilai

You might also like