You are on page 1of 8

ISU PENGGUNAAN KBAT DALAM PEPERIKSAAN UPSR

PENGENALANN

Dewan Bahasa dan Pustaka peperiksaan merupakan satu bentuk ujian yang diadakan untuk

menguji tahap pengetahuan serta kebolehan seseorang. Pelaksanaan sistem peperiksaan di

Malaysia sudah lama dilaksanakan. Namun demikian terdapat beberapa pembaharuan yang

dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti

sistem peperiksaan di Malaysia setanding sistem peperiksaan di luar negara.

Dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas Kertas Startegi 10 dalam aspek

mentranformasikan sistem pendidikan, pihak kementerian pendidikan telah melakukan beberapa


perubahan dalam pelaksanaan sistem peperiksaan. Tujuannya ialalh untuk memastikan murid

inovatif dan mampu bersaing. Oleh yang demikian peratusan penggunaan soalan KBAT dalam

peperiksaan perlu dipertingkatakan. Dalam peperiksaan pada tahun 2016 penggunaan sistem
baru ini telah dilaksanakan dengan peratusan soalan KBAT meningkat kepada 40% bagi UPSR
dan

50% bagi SPM.


Kajian yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia menunjukkan hampir 30%
murid tidak menjawab soalan bukan rutin. Tambahan pula, budaya masyarakat kita pada hari ini
yang

menitikberatkan kecemerlangan dan bilangan A dengan cara menghafaz bukan berfikir

menyebabkan proses perkembangan KBAT tidak dapat diteruskan dengan jayanya dalam sistem

peperiksaan.

IMPLIKASI ISU PEPERIKSAAN DALAM KBAT

Terdapat beberapa implikasi isu ini apabila keputusan UPSR di umumkan di mana

penggunaan KBAT ini dikatakan menjadi penyebab utama kepada penurunan gred secara
mendadak. Pada tahun 2015 peratusan gred bagi murid yang mendapat A dalam semua subjek
ialah sebanyak 8.65% dimana pada tahun 2016 hanya 1.11% sahaja yang mendapat kesemua A
dalam peperiksaan UPSR. Namun demikan menurut Ketua Pengarah Pendidikan iaitu Tan Sri Dr
Khair Mohd Yusof telah mengeluarkan kenyataan bahawa penurun gred keputusan UPSR yang

mengfokuskan penggunaan KBAT adalah lumrah bagi penggunaan format baru.

Kesan lain yang timbul seiring dengan penurun gred keputusan ialah semangat pelajar itu
sendiri yang akan menurun. Hal ini berlaku apabila pelajar yang meletak pencapaian A untuk

kesesemua subjek tidak berjaya. Mereka akan beranggap apabila masuk ke sekolah menengah,

soalan peperiksaan akan semakin sukar.

Selain itu terdapat beberapa pihak yang mempertikai penggunaan soalan KBAT dalam

jumlah yang banyak adalah tidak relevan untuk tahap peperiksaan seperti UPSR. Bagi
sesetengah ibu bapa mereka lebih mementingkan bilangan A yang diperolehi berbanding
peningkatan kepada bentuk pemikiran kreatif dan inovatif yang cuba diterapkan dalam
penggunaan KBAT dalam

peperiksaan.

Apabila berlaku isu sebegini maka sudah semestinya akan ada lagi rombakan terhadap
sistem peperiksaan terutamanya dalam aspek soalan yang akan dibuat dalam kertas peperiksaan.
Kajian serta terhadap keputusan lepas diambil kira untuk membuat penambaikkan.
CABARAN ISU PEPERIKSAAN DALAM KBAT

Apabila terdapat masalah dalam penggunaan KBAT dalam peperiksaan maka sudah

semestinya aka nada cabaran yang akan timbul. Antara cabarannya ialah bagi mengembalikan
kembali semangat pelajar untuk meneruskan pelajaran di peringkat sekolah menengah. Hal ini
berikutan keputusan UPSR yang diperolehi kebanyakan tidak menepati target pelajar itu sendiri.
Pelbaga pihak perlu memainkan peranan mereka dalam mengembalikan semangat pelajar
terutaman bagi pihak ibu bapa dan pihak sekolah itu sendiri.

Cabaran seterusnya ialah mengenal pasti tahap penerimaan murid dalam bandar serta luar
bandar yang berbeza dimana setiap soalan itu perlukan seimbang untuk tahap serta kemahiran
yang ada pada dua kelompok pelajar ini. Keseimbangan soalan perlu diselaraskan bukan sahaja
berdasarkan kelompok tetapu juga melihat juga dari segi peringkat umur pelajar yang
dikehendaki menjawab soalan-soalan yang menggunakan KBAT.
Pengubahan sistem baru juga merupakan satu cabaran kerana ia akan mengambil masa
serta memerlukan peruntukan wang yang banyak. Hal ini kerana apabila satu-satu perubahan
sistem peperiksaan itu memerlukan masa yang lama untuk dibuat penelitian bagi memastikan
pelaksaannya akan membawa impak yang positif terhadap tahap pendidikan di Malaysia. Selain
itu pengguan peruntukan kewangan juga akan mengalami peningkatan kerana pembaharuan
sistem yang dilakukan memerlukan penerangan kepada seluruh guru di Malaysia.

CADANGAN ISU PEPERIKSAAN DALAM KBAT

Dalam memastikan kemajuan dalam sistem pendidikan negara maka satu proses penambaikan
perlu dilaksanakan bagi memastikan matlamat pendidikan negara akan tercapai terutamanya
dalam sistem peperiksaan. Hal ini kerana di Malaysia keputusan peperiksaan sudah dianggap
sebagai kayu ukur kejayaan seseorang individu terutamanya bagi seorang pelajar.

Oleh yang demikian dalam konteks peperiksaan UPSR, pihak kementerian pendidikan
pelru mengkaji semula tahap soalan yang bersesuaian dengan tahap pelajar UPSR serta
mengambil kira tahap penerimaan pelajar dalam bandar serta luar bandar. Soalan UPSR perlu
diperbanyakan dengan soalan aplikasi dan bukan lagi pada tahap hafalan atau pemahaman seperti
format lama tetapi hanya perlu ditambah dengan soalan KBAT. Namun demikian soalan KBAT
itu perlulah masih dalam skop yang sesuai dengan usia dan juga persekitaran pelajar tersebut
sendiri.

RUJUKAN

Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali. 2016. Gabung KBAT, peperiksaan. Rencana
@hmetro.com.my, 7 Mac
Anon. 2016. Kbat keperluan pendidikan abad 21,http://www.gpsbestari.com, 6 April
Rancangan Malaysia Kesebelas Kertas Strategi 10: Mentransformasi Sistem Pendidikan 10-24
Azimah Ghazali, 2016. Kuasai KBAR sebelum KBAT, proses perkembangan kognitif perlu
berterusan sedari tahun 1, http://www.gpsbestari.com, 29 November
Azimah Ghazali, 2016. Jangan kecewa bilangan a, keputusan upsr bukan merujuk kepada lulus
atau gagal, http://www.gpsbestari.com, 29 November

Lampiran

You might also like