You are on page 1of 1

PCS

Fizik Lanjutan Disember 2015

GENERAL SWOT

Minggu pertama
Strengths
1. Pelajar mempunyai kemahiran berbahasa inggeris yang baik. Mereka berkebolehan samada
secara tulisan mahupun lisan.
2. Pelajar mempunyai keberanian dalam membuat pembentangan dan pelajar tiada masalah untuk
menjalankan perbincangan dalam kumpulan. Pelajar juga berkebolehan untuk mencari
maklumat menggunakan internet dan buku.
3. Pelajar menunjukkan minat untuk mendalami ilmu fizik.
4. Pelajar mempunyai pengetahuan asas bagi topik unit dan pengukuran.
Weaknesses
1. Pelajar lemah dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan penggunaan formula. Mereka keliru
untuk memilih formula yang mana perlu digunakan untuk menjawab sesuatu soalan.
2. Pelajar pasif dan lambat bertindak setiap kali arahan diberi.
Opportunities
1. Banyak aktiviti yang melibatkan pembentangan boleh dilakukan.
Threat
1. Rangka pengajaran dan pembelajaran perlu diubahsuai dengan mengurangkan aspek
penggunaan formula dan memberi keutamaan akan kefahaman konsep.


Minggu kedua dan ketiga
Strengths
1. Pelajar mempunyai pengetahuan awal bagi tajuk elektrik, magnet dan haba semasa di sekolah.
2. Pelajar mendapat kefahaman dengan lebih mudah apabila pembentangan dibahagikan kepada
kumpulan kecil mengikut tajuk tertentu.
3. Pelajar berkebolehan mentafsir kepentingan pembelajaran kursus ini berdasarkan pemerhatian
terhadap dunia sekeliling. Perkara ini dapat dilihat semasa lawatan ke kursus teknologi hijau dan
bioteknologi.
4. Pelajar berlapang dada untuk mempelajari cabang fizik yang lain seperti astrofizik, fizik nuklear,
dan geofizik. Mereka tetap berusaha mendapatkan kefahaman tentang ilmu cabang fizik yang
diajarkan kepada mereka.
Weaknesses
1. Pelajar lemah dalam pengurusan masa. Mereka perlu dibimbing untuk menyelesaikan tugasan
dalam tempoh masa yang diberikan.
2. Pelajar tidak mempunyai kemahiran melukis graf seperti menentukan skala pada paksi, mengira
kecerunan graf, dan menggunakan ruang kertas graf secara optimum. Pelajar juga mempunyai
masalah untuk menentukan pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah dimanipulasi,
berdasarkan persamaan yang diberi.
Threat
1. Tempoh masa dan langkah prosedur serta arahan untuk menjalankan sesuatu aktiviti perlu
dirancang dan disusun dengan lebih teliti supaya pelaksanaan aktiviti tidak mengambil masa
yang lama.

Disediakan oleh Khoirul Solehah

You might also like