You are on page 1of 25

MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI:

KAJI SELIDIK MENGENAI FAKTOR


PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PERISIAN
ALAT BANTUAN PELAJARAN SIMULASI

SINAR-X

Pelajar : Shahirah binti Shamsul Kamal

No Matrik : A144612

Program : Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi

Fakulti : PPSDKG, FSK

Penyelaras : Dr. Mazlyfarina Binti Mohamad


Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi,
Pusat Pengajian Diagnostik dan Kesihatan Gunaan,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
BAB 1

SINOPSIS

Sebuah perisian alat bantuan pelajaran simulasi sinar-x yang telah dibangunkan dan akan
diimplementasikan kepada pelajar tahun pertama. Namun, faktor penerimaan dan kefahaman
pelajar terhadap isi kandungan perisian masih tidak diketahui. Cadangan kajian ini adalah
bertujuan untuk menilai faktor yang menyumbang kepada penerimaan pelajar terhadap perisian
alat bantuan pelajar simulasi sinar-x dengan menggunakan pendekatan secara kuantitatif
berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini bakal dijalankan di Universiti
Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, khususnya kepada pelajar tahun pertama jurusan
Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi yang seramai 31 orang. Borang kaji selidik yang
diedarkan akan menilai pelajar dari aspek persepsi kegunaan, persepsi mudah digunakan,
kepuasan pengguna dan atribut kebolehgunaan. Data yang diperolehi hasil dari borang kaji
selidik akan dianalisis menggunakan kaedah regresi dan korelasi. Hasil kajian ini akan dapat
menentukan faktor yang paling dominan menyumbang kepada penerimaan pelajar terhadap
perisian alat bantuan pelajar simulasi sinar-x. Dapatan daripada kajian yang akan dijalankan juga
akan dapat menentukan perisian tersebut sesuai untuk diteruskan pada masa akan datang atau
harus diperbaiki supaya mencapai objektif kepada pembangunan perisian tersebut.

Kata kunci: Perisian alat bantuan pelajaran, Model penerimaan teknologi


BAB 2

PENDAHULUAN

2. 1 Latar belakang

Sistem pengajaran dan pembelajaran secara interaktif sering digunakan oleh para pendidik tidak
kira di peringkat rendah sehingga ke institusi pengajian tinggi pada masa kini. Antara contohnya
ialah pembelajaran elektronik iaitu proses pembelajaran yang disokong menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi seperti isyarat tanpa wayar, telefon, perkakasan komputer, perisian,
dan jaringan internet. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga mampu
menyumbang kepada kewujudan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan dalam
pelbagai cara dengan melihat informasi dari pelbagai perspektif. Selain itu, penggunaan ICT
turut memudahkan proses yang kompleks untuk difahami melalui simulasi di mana, ia bertindak
sebagai fasilitator kepada pembelajaran aktif dan pemikiran tahap tinggi (Smeets 2005). Menurut
Park (2009), penduduk di Korea digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat (IT) dalam
setiap bidang supaya seiring dengan perubahan sosial. Golongan muda terutamanya pelajar
menerima pakai pembelajaran elektronik disebabkan mereka menganggap pengalaman
menggunakan pembelajaran elektronik akan memberi manfaat untuk mendapatkan pekerjaan
pada masa akan datang. Prizel-Kania (2015) mengatakan pemilihan kata kunci dan terma yang
betul mampu memberikan informasi yang sangat diperlukan. Namun, jika pengguna tidak dilatih
cara pengendalian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ia mungkin tidak
dapat dimanfaatkan pada tahap sebenar,

Sebuah perisian simulasi sinar-x telah dibangunkan dan akan digunapakai sebagai alat bantu
pelajaran dalam subjek Prinsip Pengimejan. Perisian ini akan membantu pelajar untuk
mengetahui hasil imej sebuah fantom tangan setelah dikenakan dedahan sinar-x yang boleh
dimanipulasikan parameternya seperti kadar dedahan (kVp) dan intensiti dedahan (mAs). Walau
bagaimanapun, faktor keberkesanan perisian ini memberikan impak positif kepada pelajar harus
disiasat supaya pembelajaran elekronik ini menjadi alat yang efektif dalam pendidikan. Dalam
kajian , Cox dan Marshall (2007),banyak persoalan mengenai kesan teknologi kepada pelajar
dalam jangka masa panjang dan pendek dan bagaimana ia memberi kesan kepada tugasan mudah
dan kompleks. Oleh itu, sebuah teori sistem maklumat iaitu model penerimaan teknologi akan
digunapakai bagi mengenalpasti faktor tersebut.

Model penerimaan teknologi (TAM) merupakan sebuah teori sistem maklumat yang
menerangkan bagaimana pengguna menerima dan menggunakan teknologi. Menurut (Abdalla, I.
2005), TAM menjelaskan perilaku pengguna teknologi dipengaruhi oleh kepercayaan, sikap, niat
atau tujuan dan hubungan tinglah laku pengguna. Model ini amat bertepatan dengan kajian yang
akan dilakukan kerana ia bertujuan menerangkan faktor-faktor utama perilaku pengguna
teknologi maklumat terhadap penerimaan teknologi tersebut. Penerimaan pengguna ditakrifkan
sebagai bukti kesediaan kumpulan pengguna yang menggunakan teknologi maklumat dalam
tugas-tugas bagi tujuan sokongan (Dillon & Morris 1996). Menurut (Davis Jr 1986) menyatakan
melalui model TAM, pengguna disarankan merumuskan sikap positif terhadap teknologi apabila
mereka melihat teknologi yang bermanfaat dan mudah digunakan.

2.2 Kepentingan kajian

Kajian ini adalah untuk mengetahui keberkesanan alat bantu mengajar yang dibangunkan iaitu
perisian simulasi sinar-x kepada tahap pembelajaran pelajar serta keperluan untuk melakukan
penambahbaikan mengikut faktor dominan dalam penerimaan pelajar terhadap perisian tersebut.

2.3 Permasalahan kajian

Menurut kajian (Abu-Dalbouh 2013) satu penilaian yang efektif diperlukan dalam sistem
informasi kesihatan yang baru diaplikasikan dalam bidang itu untuk memastikan sistem tersebut
memenuhi keperluan pengguna dan organisasi kesihatan. Oleh itu, dengan menjalankan kajian
mengenai penerimaan pelajar terhadap perisian simulasi sinar-x yang baru dibangunkan, dapat
mengenalpasti dan menilai faktor yang harus dipertingkatkan lagi supaya perisian tersebut
memberi impak maksimum dalam membantu para pelajar.
2.4 Objektif

Umum:

Untuk mengkaji faktor keberkesanan perisian simulasi sinar-x dalam membantu pelajar
memahami subjek Prinsip Pengimejan.

Khusus:

a) Menentukan faktor utama dalam penerimaan pelajar terhadap perisian interaktif tersebut.

b) Menilai kekuatan hubungan di antara faktor utama dengan faktor lain dalam penerimaan
pelajar terhadap perisian interaktif tersebut.

2.5 Hipotesis

Penerimaan pelajar untuk menggunakan dan memahami pembelajaran elektronik terkesan


daripada sikap mereka sendiri, persepsi kegunaan, persepsi mudah digunakan, dan tujuan
perilaku menggunakan teknologi.
BAB 3

KAJIAN KEPUSTAKAAN

3.1 Penggunaan alat bantuan mengajar dalam pembelajaran

Dalam kajian Saad dan Bahli (2005), pelajar di kawasan pendalaman mempunyai
peluang untuk bertukar informasi pengetahuan dan kepakaran dengan bantuan teknologi internet.
Selain itu, teknologi internet membenarkan para pendidik untuk menyediakan persekitaran
pembelajaran secara maya yang inovatif dalam usaha merangsang dan meningkatkan proses
pembelajaran. Internet amat penting kerana ia menyokong sebarang manipulasi informasi,
memudahkan perhubungan sesama tenaga pengajar dan pelajar serta menjadi alat untuk
mendorong sifat kreativiti dan inisiatif. Manakala, dalam kajian Alharbi dan Drew (2014) pula,
melibatkan sistem pengurusan pembelajaran, learning management system (LMS) iaitu usaha
untuk membantu universiti awam terutamanya di Arab Saudi untuk menilai tujuan perilaku
pelajar. LMS yang berfungsi sebagai platform pembelajaran merujuk kepada pelbagai sistem
yang menolong guru dan murid mengakses perkhidmatan pembelajaran dalam talian.
Perkhidmatan yang biasanya didapati dalam LMS adalah termasuk kawalan akses, pengurusan
prestasi, kemudahan komunikasi, penilaian, jadual pengajian dokumentasi, dan kandungan
pembelajaran. (Mcconatha et al. 2008) dalam kajiannya iaitu mengenai seramai seratus dua belas
orang pelajar kelas sosiologi diberi peluang untuk menggunakan produk M-Learning yang
dibangunkan oleh Hot Lava bagi tujuan membantu mereka dalam persediaan menghadapi dua
peperiksaan akan datang. Soalan latihan telah boleh diakses di telefon pintar dan lain-lain peranti
mudah alih melalui aplikasi Learning Mobile Author.

3.2 Perisian simulasi sinar-x

Pembinaan perisian simulasi bagi aplikasi radiologi telah banyak dilakukan dalam beberapa
tahun ini dengan mempertimbangkan interaksi antara radiasi, tisu biologi dan sistem pengesan.
Antaranya seperti dalam kajian (Gallio et al. 2015) yang membangunkan satu alat simulasi
sistem pengimejan digital berdasarkan pemprosesan grafik unit (GPU) pengkomputeran dan
CUDA (Compute Unified Device Architecture). GPU membuktikan ia adalah platform yang
versatil untuk membuat pengiraan yang kompleks tanpa menjejaskan ketepatan dan keandalan.
Berbanding dengan kajian yang akan dilakukan, kajian ini berdasarkan perisian simulasi sinar-x
yang dapat membantu pelajar dari aspek imej kritik serta terdapat juga info tambahan mengenai
interaksi sinar-x dengan jirim dan cara penghasilan pengimejan perubatan seperti dalam Rajah 1
yang menunjukkan muka grafik perisian simulasi sinar-x. Pelajar juga berpeluang memanipulasi
faktor teknikal sinar-x seperti kVp, mAs, penapis sinar-x serta penggunaan grid dan kesannya
boleh dilihat terus kepada penghasilan imej sinar-x tangan atau dada (sila rujuk rajah 2). Selain
itu, perisian ini dibina dengan menggunakan fungsi guide didalam perisian Matlab, di mana
fungsi ini akan menghasilkan GUI kosong, ini adalah tapak kepada pembinaan antara muka
grafik dimana fungsi dan butang-butang perisian akan dimasukkan.

Rajah 1. Muka grafik perisian simulasi sinar-x


Rajah 2. Fungsi simulasi faktor teknikal sinar-x
Kajian lain, (Bliznakova et al. 2012) telah membina satu perisian simulasi mammografi yang
dinamakan BreastSimulator. Perisian yang menggabungkan empat modul di dalam satu
aplikasi tunggal iaitu antara muka pengguna grafik (GUI), mempunyai modul seperti untuk
mereka tiga dimensi model payudara dalam keadaan mampat dan tidak mampat, simulasi
mammografi imej dan hasil visual simulasi tersebut (sila rujuk rajah 3).

(a) (b) (c) (d)

Rajah 3. (Sumber http://www.sciedupress.com/journal/index.php/jbgc/article/view/796)


3.3 Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Teori tindakan yang beralasan (TRA) yang diperkenalkan oleh Fish dan Ajzen pada tahun 1975
telah diadaptasi oleh Davis menjadi model penerimaan teknologi (TAM) pada tahun 1989. Teori
tersebut boleh diaplikasikan tetapi hanya dalam keadaan persepsi dan tindak balas seseorang
terhadap sesuatu hal akan menentukan sikap dan perilaku orang tersebut. Sikap terhadap tingkah
laku menentukan tingkah laku tersebut. Jadi, penerimaan terhadap sesuatu teknologi akan
dipengaruhi oleh persepsi dan tindak balas pengguna. TAM menyatakan bahawa penggunaan
sistem seseorang individu ditentukan oleh niat tingkah laku beliau yang seterusnya ditentukan
oleh dua kepercayaan iaitu persepsi kegunaan atau Perceived Usefulnes dan persepsi mudah
digunakan atau Perceived Ease of Use

Tahu
Kegunaan

Pembolehuba Kelakuan Keinginan Penggunaan


h Terhadap kelakuan untuk Sebenar
Luaran Penggunaan menggunakan Sistem

Tahu Mudah
Guna

Rajah 4. Teori Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang sebenar

Persepsi kegunaan atau Perceived Usefulnes ini menerangkan sejauh mana seseorang percaya
bahawa kegunaan sistem itu akan meningkatkan prestasi beliau. Contohnya, jika seseorang
pelajar itu menggunakan pembelajaran elektronik yang meningkatkan prestasi akademik mereka,
maka pembelajaran elektronik seperti menggunakan komputer lebih efektif untuk mereka.

Manakala persepsi mudah digunakan atau Perceived Ease of Use pula menjelaskan sejauh
mana seseorang itu percaya bahawa menggunakan sesuatu sistem itu akan bebas daripada usaha.
Ia bermaksud pelajar yang mendapat pendidikan atas talian adalah dijangka selesa dengan
penggunaan komputer. Hal ini kerana, para pelajar zaman ini sudah biasa dengan penggunaan
komputer yang mencerminkan niat pelajar terhadap penggunaan alat elektronik tersebut
Melalui model penerimaan teknologi yang diperkenalkan oleh Davis pada tahun 1989, faktor
keberkesanan perisian atau sesuatu teknologi yang didedahkan kepada kumpulan subjek kajian
akan dapat dikenalpasti dan diukur supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Model penerimaan
teknologi yang digunakan dalam kajian sebelum ini mengesahkan model teoretikal ini amat
membantu dalam memahami dan menjelaskan niat tingkah laku menggunakan pembelajaran
elektronik (Park 2009). Kajian sama yang dilakukan oleh (Sharma & Chandel 2013) turut
menyatakan model penerimaan teknologi adalah model yang boleh dipercayai, sah dan teguh
yang boleh digunakan dalam pelbagai konteks. Dalam kajian lain yang dijalankan (Ambak 2015)
telah menggunakan model penerimaan teknologi dalam kajiannya yang berkaitan dengan
penerimaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) dalam kalangan pemandu. Kajian ini
membuktikan bahawa model penerimaan teknologi tidak sahaja merangkumi bidang pendidikan
tetapi boleh juga digunakan dalam bidang lain. Namun, dalam kajian yang dibuat di Finland oleh
Hakkarainen et al (2000), telah mengambil pendekatan lapor diri berbanding menggunakan teori
model penerimaan teknologi dalam menyiasat kemahiran menggunakan ICT.
BAB 4

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan borang kaji selidik sebagai alat kajian untuk mengumpulkan data.
Borang kaji selidik yang digunakan telah diolah daripada kajian yang dijalankan oleh (Zhao &
Zhu 2009). Borang kaji selidik ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama
merupakan latar belakang demografi responden dan bahagian kedua merupakan soalan kaji
selidik mengenai kajian tahap penerimaan dan kepuasan pengguna terhadap perisian simulasi
sinar-x. Skala likert dengan lima pilihan jawapan dari sangat tidak bersetuju (1) hingga sangat
bersetuju (5) digunakan untuk mengukur kadar kekuatan responden setuju atau tidak setuju
dengan kenyataan-kenyataan yang diajukan .

4.1 Teknik pensampelan

Oleh kerana saiz populasi yang kecil, maka kajian yang akan dilakukan menggunakan kaedah
bancian. Kaedah ini dipilih kerana ia memberikan pengukuran populasi yang serta mengelakkan
ralat. Selain itu, hasil data daripada kajian ini dapat digunakan untuk kajian pada masa akan
datang.

4.2 Pemilihan subjek

Borang ini diedarkan hanya kepada pelajar tahun pertama jurusan Pengimejan Diagnostik dan
Radioterapi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kriteria inklusi subjek kumpulan kajian:

a) Pelajar Tahun 1 Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi

Kriteria ekslusi subjek kumpulan kawalan:

b) Pelajar lepasan diploma radiografi atau diploma yang berkaitan.


4.3 Pengumpulan data

Satu kajian rintis akan dijalankan terlebih dahulu bagi menilai kebolehpercayaan dan kesahan
soalan kaji selidik yang akan diberikan kepada subjek sebenar dan membabitkan lebih kurang
sepuluh orang pelajar tahun empat PDR. Setelah itu, setiap subjek yang dipilih akan dikehendaki
mencuba perisian simulasi sinar-x yang akan diberikan. Kemudian, mereka hendaklah membaca,
mengisi dan menandatangani borang kaji selidik untuk tujuan saringan dan kebenaran menyertai
penyelidikan (Rujuk Lampiran):

a) Maklumat penyelidikan (Lampiran A)


b) Borang persetujuan menyertai penyelidikan (Lampiran B)
c) Borang kaji selidik kepuasan pengunaan perisian (Lampiran C)

Borang ini akan diberikan kepada subjek dalam tempoh dua minggu selepas mencuba perisian
simulasi tersebut. Kajian ini akan mematuhi protokol yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Penyelidikan dan Etika Penyelidikan Perubatan UKM . Subjek akan diterangkan mengenai
proses kajian dilakukan dan diminta untuk mematuhi langkah-langkah kajian yang telah
dijelaskan.

4.4 Analisis data

Melalui borang kaji selidik yang akan dikumpulkan, data tersebut akan dianalisis dengan kaedah
deskriptif dan korelasi.
BAB 5

JANGKAAN HASIL

Kajian ini dijangka dapat menentukan faktor penerimaan pelajar terhadap perisian simulasi sinar-
x dan penambahbaikan dapat dilakukan berdasarkan faktor terpencil.
Carta Alir Kajian

Pembinaan soalan kaji selidik

Kajian rintis

Ujian kebolehpercayaan dan kesahan

Tidak
lulus
Lulus

Subjek kajian diberikan perisian dan kaji


selidik dijalankan

Pengumpulan borang kaji selidik

Analisis data
Carta Alir Penyelidikan
BAB 6

CARTA GANTT

SEP OKT NOV DIS JAN FEB MAR APR MEI JUN
2016 2016 2016 2016 2017 2017 2017 2017 2017 2017
Kajian kepustakaan

Pembentangan usul
kajian
Pengumpulan data
kajian
Pengendalian data
kajian
Menganalisis data
kajian
Persembahan
manuskrip
Pembetulan dan
penjilidan
manuskrip

RUJUKAN
Abu-Dalbouh, H. M. 2013. A questionnaire approach based on the technology acceptance model
for mobile tracking on patient progress applications. Journal of Computer Science 9(6):
763-770.
Alharbi, S. & S. Drew 2014. Using the technology acceptance model in understanding
academics behavioural intention to use learning management systems.
Ambak, K. 2015. Penerimaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) dalam kalangan pemandu
menggunakan Model Penerimaan Teknologi. Jurnal Teknologi 75(1): 6.
Bliznakova, K., I. Sechopoulos, I. Buliev & N. Pallikarakis 2012. BreastSimulator: A software
platform for breast x-ray imaging research. Journal of Biomedical Graphics and
Computing 2(1).
Cox, M. J. & G. Marshall 2007. Effects of ICT: Do we know what we should know? Education
and Information Technologies 12(2): 59-70.
Davis Jr, F. D. 1986. A technology acceptance model for empirically testing new end-user
information systems: Theory and results.Tesis Massachusetts Institute of Technology,
Dillon, A. & M. G. Morris 1996. User acceptance of new information technology: theories and
models. Annual review of information science and technology.
Gallio, E., O. Rampado, E. Gianaria, S. D. Bianchi & R. Ropolo 2015. A GPU Simulation Tool
for Training and Optimisation in 2D Digital X-Ray Imaging. PloS one 10(11): e0141497.
Hakkarainen, K., L. Ilomki, L. Lipponen, H. Muukkonen, M. Rahikainen, T. Tuominen, M.
Lakkala & E. Lehtinen 2000. Students skills and practices of using ICT: Results of a
national assessment in Finland. Computers & Education 34(2): 103-117.
Mcconatha, D., M. Praul & M. J. Lynch 2008. Mobile learning in higher education: An empirical
assessment of a new educational tool. TOJET: the Turkish online journal of educational
technology 7(3).
Park, S. Y. 2009. An Analysis of the Technology Acceptance Model in Understanding University
Students' Behavioral Intention to Use e-Learning. Educational technology & society
12(3): 150-162.
Prizel-Kania, A. 2015. Surfing the Global Network! How to Incorporate ict and Social Media in
Teaching and Learning Foreign Languages. Procedia - Social and Behavioral Sciences
174: 2777-2782.
Saad, R. & B. Bahli 2005. The impact of cognitive absorption on perceived usefulness and
perceived ease of use in on-line learning: an extension of the technology acceptance
model. Information & Management 42(2): 317-327.
Sharma, S. K. & J. K. Chandel 2013. Technology acceptance model for the use of learning
through websites among students in Oman.
Smeets, E. 2005. Does ICT contribute to powerful learning environments in primary education?
Computers & Education 44(3): 343-355.
Zhao, Y. & Q. Zhu 2009. Blog acceptance model: An empirical study on exploring users
acceptance and continual usage of blogs. Chinese Journal of Library and Information
Science 2(3): 44-61.

LAMPIRAN A
MAKLUMAT PENYELIDIKAN

TAJUK:
MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI: FAKTOR PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP
PERISIAN ALAT BANTUAN PELAJARAN SIMULASI SINAR-X

PENGENALAN:
Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian penyelidikan ini, anda dinasihatkan
meluangkan masa untuk membaca dan memahami maklumat dalam helaian maklumat
penyelidikan ini sebelum menyertai kajian ini.

TUJUAN KAJIAN:
Kajian ini mengkaji faktor penerimaan pelajar Tahun 1 PDR terhadap pembelajaran secara
interaktif melalui aplikasi yang dibangunkan pada peringkat awal penyelidikan ini dijalankan.

APA YANG AKAN DILAKUKAN:


Sebelum kaji selidik dijalankan, saringan subjek akan dilakukan bagi memastikan subjek
memenuhi kriteria yang ditetapkan. Subjek yang memenuhi kriteria akan diberikan perisian
pembelajaran dan diminta untuk memberi maklum balas melalui borang kaji selidik yang telah
dilampirkan.

FAEDAH DAN RISIKO KAJIAN:


Maklumat yang didapati dari kajian ini dapat digunakan oleh penyelidik dalam membantu
menghasilkan perisian pembelajaran interaktif yang lebih berkesan.
Tiada sebarang risiko dalam menyertai kajian ini kerana kajian ini bersifat kaji selidik dan tidak
invasif.
KERAHSIAAN:

Kesemua maklumat subjek dalam kajian ini adalah sulit dan hanya akan digunakan oleh
penyelidik untuk tujuan penyelidikan ini sahaja. Anda berhak mengetahui keputusan anda dalam
kajian ini.

PERLUKAH SAYA MENGAMBIL BAHAGIAN?


Penyertaan anda dalam kajian ini adalah secara sukarela. Jika anda bersetuju, anda akan diminta
untuk menandatangani borang keizinan subjek. Anda akan diberikan salinan borang keizinan
subjek dan maklumat kajian untuk subjek. Anda berhak menolak tawaran penyertaan ini atau
menarik diri dari kajian ini pada bila-bila masa tanpa sebarang denda. Maklumat anda tidak akan
digunakan didalam kajian ini. Penyelidik boleh mengecualikan anda daripada kajian atas faktor-
faktor yang tertentu.

BAYARAN DAN PAMPASAN:


Anda tidak dikenakan bayaran untuk menyertai kajian ini, dan anda tidak diberikan sebarang
bayaran jika menyertai kajian ini.

JIKA TERDAPAT PERSOALAN, SIAPA YANG SAYA PERLU HUBUNGI?


Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kajian ini, sila hubungi penyelidik
untuk maklumat lanjut.

Nama pelajar:
Shahirah binti Shamsul Kamal
Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi,
PPSDDKG, Fakulti Sains Kesihatan UKM
50300 Kuala Lumpur.
Tel: 014-2390393
Email: inichaie94@gmail.com

Nama Penyelia:
Dr. Mazlyfarina Binti Mohamad
Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi,
PPSDDKG, Fakulti Sains Kesihatan UKM
50300 Kuala Lumpur.
Tel : 03- 9289 7293
Email: mazlyfarina@ukm.edu.my
LAMPIRAN B

BORANG KEIZINAN UNTUK PROJEK PENYELIDIKAN

Tajuk penyelidikan: Model Penerimaan Teknologi: Faktor penerimaan pelajar terhadap


perisian alat bantuan pelajaran simulasi sinar-x

Saya telah membaca maklumat tentang penyelidikan yang tersebut diatas dan juga telah diberi
penerangan oleh penyelidik tentang tujuan dokumen ini. Saya juga faham bahawa hak saya ke
atas penarikan diri pada bila-bila masa. Saya juga berhak untuk mengetahui tentang penyelidikan
dijalankan termasuklah maklumat tentang hasil penyelidikan tersebut.

Saya_________________________________________________________________________

(No Kad Pengenalan :___________________________) bersetuju/tidak bersetuju untuk menjadi


subjek didalam penyelidikan ini.

Saya *ingin mengetahui/tidak ingin mengetahui keputusan analisa penyelidikan yang akan
dilakukan ini (*potong mana yang tidak berkenaan)

Tandatangan:_________________ Tarikh:____________

Saksi: Penyelidik:

Nama: Nama:
No K/P: No K/P:
Tandatangan Tandatangan
Tarikh: Tarikh:
LAMPIRAN C

BORANG KAJI SELIDIK UNTUK PROJEK PENYELIDIKAN

Tajuk penyelidikan: Model Penerimaan Teknologi: Faktor penerimaan pelajar terhadap


perisian alat bantuan pelajaran simulasi sinar-x

Arahan: Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian, Sila jawab SEMUA soalan dengan
menandakan [ / ] pada (satu sahaja) mana yang berkenaan

Bahagian 1: Latarbelakang demografi

Latarbelakang

1) Jantina: ( ) Lelaki ( ) Perempuan

2) Umur: __________

3) Status

a. Bujang ( )
b. Berkahwin ( )

4) Bangsa

a. Melayu ( )
b. Cina ( )
c. India ( )
d. Lain-lain ( )

5) Tahap Pendidikan Tertinggi

a. Matrik ( )
b. Asasi ( )
c. Diploma ( )
d. Sarjana Muda ( )
e. Sarjana ( )
f. Doktor Falsafah ( )
g. Lain-lain, sila nyatakan ______________________

6) Tahun Pengajian PDR

a. Satu ( )
b. Dua ( )
c. Tiga ( )
d. Empat ( )

7) Mengambil subjek Radiografi AM?

a. Ya ( )
b. Tidak ( )

8) Mengambil subjek Prinsip Pengimejan?

a. Ya ( )
b. Tidak ( )

9) Anda merupakan lepasan diploma radiografi?

a. Ya ( )
b. Tidak ( )
Bahagian 2:

Arahan: Sila baca setiap kenyataan dengan teliti dan bulatkan jawapan anda, Bulatkan
satu jawapan sahaja.

Nilai Skor
Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Saya dapati perisian ini mudah digunakan.
Setuju 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 meningkatkan pemahaman saya dalam
Perisian ini
faktor
Belajardedahan sinar-x.
untuk menggunakan perisian ini adalah 1 2 3 4 5
mudah bagi saya. 1 2 3 4 5
Perisian ini membantu saya dalam memahami
kerja amali makmal. 1 2 3 4 5
Berkebolehan untuk mengunakan perisian ini
adalah mudah
Produktiviti bagiamali
kerja saya.makmal saya meningkat 1 2 3 4 5
dengan menggunakan perisian ini. 1 2 3 4 5
Saya lebih suka menggunakan perisian ini
berbanding melakukan amali di makmal sinar-x. 1 2 3 4 5

Saya rasa penggunaan perisian ini adalah bagus


untuk pembelajaran saya mengenai amali makmal 1 2 3 4 5
sinar-x.
Saya rasa positif terhadap pembelajaran
menggunakan perisian ini 1 2 3 4 5

Saya bercadang untuk menggunakan perisian ini


sepanjang semester ini. 1 2 3 4 5

Saya akan lebih kerap menggunakan perisian ini.


1 2 3 4 5

Saya akan menggunakan perisian ini semula pada


semester akan datang. 1 2 3 4 5

You might also like