You are on page 1of 1

Homemade Cheesy Wedges

Bahan-bahan :
Bahan2 Kentang Wedges

6 biji kentang russet (sebaiknya).. kalau takde guna je kentang yg jenis besar & 1 cawan tepong
beras
cawan tepong jagung
cawan + 2 - 3 sudu air (kalu suka batter cair / guna telur kecil boleh letak 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
sudu kecil serbuk jintan manis
sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan

1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Gunakan span basuh pinggan & sental bersih. Rebus setengah
masak. Cara uji kentang.. cucuk dengan garfu... sekiranya kentang tersodok kira2 suku kedalaman
kentang.. dah boleh di angkat. (JANGAN SAMPAI KENTANG MASAK SEPENUHNYA YA!) Sejukkan kentang
kemudian kentang dipotong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji.

2. Campurkan semua tepong dan bahan2 kering dalam satu bekas. Kacau2 sikit biar sebati dengan
whisker. Campurkan air & telur kemudian digaul sebati.

3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Masukkan sebahagian kentang tadi ke dalam
batter. Ambil kentang satu persatu & gorengkan kentang ke dalam minyak panas sehingga garing &
kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.

4. Sediakan sos keju seperti resepi di bawah. Paipkan di atas kentang yang siap digoreng kemudian
paipkan pula mayonis secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

Bahan Sos Cheese

Bahan2

200gm cheese slices..yang warna oren guna 10 keping)


1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream/ yogurt perisa asli
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:

1. Panaskan non-stick pan.Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.

2. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .

3. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.

4. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya. tambah susu segar ssedikit

You might also like