You are on page 1of 5

1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip

federalisme. Persekutuan Tanah Melayu ini ditubuhkan sebagai ganti kepada


Malayan Union atau Kesatuan Malaya yang ditubuhkan pada 1946 dan
mendapat tentangan hebat orang Melayu. Dahulu, negeri-negeri Melayu pada
asalnya adalah terpisah antara satu sama lain mengikut kerajaan negeri masing-
masing sehingga mudah kuasa asing menyerang dan menjajah negeri Melayu.
British cuba menyatukan negeri-negeri tersebut melalui Malayan Union, tetapi
orang Melayu mahukan persekutuan supaya setiap negeri kekal dalam kuasa
autonomi masing-masing dan Sultan Melayu terus berdaulat.

Secara prinsipnya, konsep persekutuan atau federalisme merupakan satu proses


hubungan antara kerajaan pusat-kerajaan negeri di mana bidang kuasa kerajaan
pusat dan kerajaan negeri dinyatakan dengan jelas. Dalam amalan kebanyakan
negara federal yang lain seperti Amerika, negeri diberikan kuasa autonomi untuk
membolehkan mereka mentadbir urusan-urusan di bawah bidang kuasa mereka
dengan berkesan. Di Malaysia, amalan federalisme ini dinyatakan melalui agihan
kuasa secara jelas sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan
Persekutuan. Satu set senarai bidang kuasa yang dikenali sebagai Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama menjelaskan agihan bidang
kuasa ini.

Umno dan Perikatan (kemudian BN) diberikan kepercayaan oleh rakyat


semenjak merdeka pada 1957 untuk melaksanakan prinsip federalisme ini dalam
sistem politik Malaysia. Semenjak dari itu, sehingga ke hari ini, senarai panjang
pencabulan prinsip federalisme telah banyak merosakkan reputasi UMNO di
mata rakyat dan mencemarkan nama baik pemimpin mereka Allahyarham Dato'
Onn Jaafar, antara yang memainkan peranan utama ke arah pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu, juga merupakan pengasas parti UMNO walaupun
kemudiannya meninggalkan UMNO.

Pencabulan prinsip ini semakin ketara selepas tewasnya BN di lima negeri


kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 12. Krisis perlantikan Menteri Besar yang
berlaku di Perlis dan Terengganu jelas menunjukkan UMNO yang berkuasa di
Putra Jaya cuba menafikan kuasa yang dimiliki sultan yang memerintah negeri
untuk melantik dan mengurniakan watikah perlantikan seorang Menteri Besar
yang diyakini akan mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri.
Kuasa ini adalah hak negeri atau sultan dan bukannya hak pusat. Isu yang lebih
jelas timbul apabila Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mengeluarkan
watikah perlantikan menteri besar yang kemudiannya tidak direstui oleh istana.
Begitu cepat Perdana Menteri menuduh Sultan Terengganu melanggar
perlembagaan.

Persoalan perlantikan penghulu atau ketua kampung juga memperlihatkan


kedangkalan pemahaman pemimpin UMNO yang berkuasa di pusat atau mereka
memang sengaja buat-buat tak faham. Mengejutkan apabila Pengerusi
Perhubungan Umno Selangor mengadakan pertemuan dengan lebih 300 orang
penghulu di Selangor baru-baru ini. Atas kapasiti apa dia berbuat demikian, dan
mengapa para penghulu menghadiri perjumpaan tersebut? Bukankah semua
penghulu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukannya di bawah
Umno walaupun penghulu tersebut ahli Umno.

Perkara yang sama berlaku di Terengganu ketika diperintah kerajaan PAS tahun
1999-2004. Walaupun kerajaan negeri dengan bidang kuasa yang sah mengikut
undang-undang, telah menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR)
mengantikan JKKK, tetapi jelas kerajaan pusat tidak mengiktiraf dan tidak
menghormatinya hinggakan borang pinjaman buku teks anak-anak sekolah pun
tidak diterima, melainkan setelah ditandatangani oleh Pengerusi JKKK.

Adakah kerajaan pusat tidak faham bahawa semua pentadbiran awam pada
peringkat yang lebih rendah daripada kerajaan negeri adalah di bawah bidang
kuasa kerajaan negeri. Dan tindakan kerajaan pusat membentuk JKKK di bawah
Kementerian Luar Bandar dan Rukun Tetangga di bawah Kementerian
Pembangunan Masyarakat tanpa persetujuan kerajaan negeri adalah mencabul
kuasa kerajaan negeri. Adakah kerajaan pusat melihat lantikan penghulu
kerajaan negeri ini menjejaskan kesejahteraan keseluruhan persekutuan
sehingga terpaksa melantik JKKK di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Pengagihan peruntukan perkapita kepada negeri-negeri yang diperintah Pakatan


Rakyat juga jelas menunjukkan sikap tidak menghormati amalan federalisme
oleh kerajaan pusat. Negeri-negeri yang diperintah PR juga turut sama
menyumbang kepada hasil kerajaan persekutuan. Cukai pendapatan, cukai
jalan, cukai kastam, saman trafik, bayaran passport, cukai setem, denda
mahkamah dan banyak lagi senarai hasil yang dikutip dari bumi negeri-negeri
yang diperintah Pakatan Rakyat sama seperti yang dikutip dari negeri-negeri
yang diperintah oleh BN.

Persoalannya kenapa lima negeri Pakatan Rakyat berada dalam senarai


penerima peruntukan terendah. Pulau Pinang 119, Kedah 172, Kelantan 179,
Selangor 221 dan Perak 230. Kita boleh menerima alasan sekiranya dikatakan
selangor menerima peruntukan rendah kerana negeri itu telah sedia kaya, lalu
peruntukan perlu diagihkan lebih banyak ke negeri-negeri miskin. Tetapi
bagaimana pula dengan Kelantan dan Kedah. Sedangkan gah UMNO
mencanangkan, Kelantan adalah negeri miskin.

Baru-baru ini Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar memberi amaran supaya
supaya mana-mana pegawai kerajaan dari Kementerian Pertanian dilarang sama
sekali hadir bersama dalam mesyuarat dengan negeri-negeri pembangkang. Noh
Omar seorang menteri, setahu saya berkelulusan undang-undang sepatutnya
berfikir lebih baik dari mentaliti seolah -olah seperti seorang ketua cawangan
UMNO dan bukannya menteri kerajaan pusat. Dulu, sewaktu di Kementerian
Pelajaran, beliau memberikan amaran kepada pelajar-pelajar di luar negara
supaya jangan sekali-kali hadir ke program yang dihadiri pemimpin PAS. Ada
pelajar yang dikenakan tindakan tarik biasiswa serta-merta.

Umno pernah melakukan jenayah besar berkaitan perlanggaran konsep


federalisme dengan membatalkan perjanjian royalti minyak di Terengganu
sedangkan hasil bumi adalah jelas hak negeri. Kini bayaran royalti minyak untuk
Kelantan pula dinafikan. Selepas ini mungkin banyak lagi sabotaj yang akan
dibuat oleh kerajaan pusat untuk melemahkan kerajaan negeri walaupun dengan
alasan-alasan yang langsung tiada fakta dan kekuatan.

Datuk Mustapa Mohamad sendiri mengakui di dalam sidang DUN Kelantan,


bahawa beliau pernah mendesak kerajaan pusat melambatkan pembayaran
geran wajib kepada Kelantan, negerinya sendiri. Sebelum ini, dalam kes royalti
Terengganu, ketua UMNO bahagian Dungun, Datuk Awang Jabar
mencadangkan di dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2000 supaya
kerajaan pusat menarik balik bayaran royalti minyak kepada kerajaan PAS
Terengganu. Dua pemimpin UMNO yang khianat kepada negeri sendiri ini akan
terus diingat di dalam lipatan sejarah.

Perbuatan mencabul konsep federalisme berterusan apabila bekas Menteri


Pelancongan yang tidak dikehendaki di era Najib membatalkan MoU berkaitan
program pelancongan di lima negeri berkaitan, kerana kononnya tidak
bersefahaman. Adakah rakyat lima negeri ini bukan rakyat Malaysia atau Azalina
Othman yang memiliki latar belakang undang-undang sudah hilang kewarasan.
Kasihan, apabila bekas bosnya Pak Lah berundur, dia turut sama terbuang.
Pemikiran kepartian yang sempit tidak wajar dijadikan asas untuk menindas
rakyat yang wang cukai mereka digunakan untuk membayar gaji menteri.

Kedangkalan seperti ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin Umno/BN


sebenarnya tidak berjiwa sebagai seorang negarawan, sebaliknya hanyalah
pemimpin kampungan yang mengamalkan undang-undang balas dendam.

Kalau pun UMNO sekarang sedang berdepan dengan krisis yang parah, mereka
sedang melalui satu proses pemulihan yang sukar, kekecohan dan krisis
dalaman Umno biarlah Umno sendiri yang tanggung, dan ia tidak perlu
dibebankan kepada rakyat melalui pendekatan politik yang begitu sempit dan
tidak bermaruah seperti ini.

You might also like