You are on page 1of 3

Matematik India

Matematik India yang dimaksudkan di sini ialah matematik yang muncul Asia
Selatan sejak zaman silam hingga akhir kurun ke-18 bermula dalam tamadun
Lembah Indus pada Zaman Gangsa (2600-1900SM) dan kebudayaan Veda pada
Zaman Besi (1500-500SM). Semasa tempoh matematik India klasik (400M hingga
1200M), sumbangan-sumbangan penting telah dibuat oleh sarjana-sarjana seperti
Aryabhatta, Brahmagupta, dan Bhaskara II. Ahli matematik India telah membuat
sumbangan-sumbangan terawal terhadap pengkajian sistem nombor desimal,[1]
sifar,[2] nombor negatif,[3] aritmetik, dan algebra.[4]

Di samping itu, trigonometri yang berkembang di dunia Hellenistik dan telah


diperkenalkan ke India kuno melalui terjemahan buku Yunani, [5] berkembang lanjut
di India, dan khususnya, takrifan-takrifan moden bagi sinus dan kosinus dimajukan
di sana. [6] Konsep-konsep matematik ini dipindahkan ke Timur Tengah, China dan
Eropah[4] dan membawa kepada kemajuan lebih lanjut yang kini membentuk asas-
asas bagi banyak bidang matematik.

Karya-karya matematik India kuno dan Zaman Pertengahan, semuanya ditulis


dalam bahasa Sanskrit, selalunya mengandungi satu seksyen sutra yang
merupakan satu set peraturan-peraturan atau masalah-masalah yang dinyatakan
dengan cukup cermat dalam ayat supaya dapat membantu pelajar untuk
menghafaznya. Ini diikuti dengan seksyen kedua yang mengandungi ulasan prosa
(kadang-kala pelbagai ulasan oleh pelbagai sarjana) yang menjelaskan masalah itu
dengan lebih terperinci dan menyediakan hujah bagi penyelesaian. Di seksyen
prosa, bentuk itu tidak dianggap sebagai penting sepertimana idea terbabit. [7][8]
Semua karya-karya matematik dipindahkan secara lisan sehinggalah sekitar tahun
500SM; selepas itu, semua karya itu dipindahkan secara lisan dan juga dalam
bentuk manuskrip. Dokumen matematik tertua yang dihasilkan di India yang masih
wujud ialah Manuskrip Bakhshali kulit kayu birch yang dijumpai pada tahun 1881 di
kampung Bakhshali, berhampiran Peshawar, Pakistan; manuskrip itu kelihatan
berasal dari tahun 200SM hingga 200M [9]. Sarjana-sarjana terdahulu telah
berhujah bahawa ia mungkin berasal dari tahun 700M.[10][11]

Satu mercu tanda terkemudian dalam matematik India adalah perkembangan


pengembangan siri bagi fungsi trigonometri (sinus, kosinus dan kotangen) oleh ahli-
ahli matematik aliran Kerala pada kurun ke-15. Karya mereka yang luar biasa yang
disempurnakan dua kurun sebelum rekaan kalkulus di Eropah, menyediakan apa
yang kini dianggap sebagai contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri).
[12] Bagaimana pun, mereka tidak merumuskan satu teori yang sistematik bagi
pembezaan dan pengamiran, juga tiada bukti langsung bagi keputusan-keputusan
mereka dipindahkan ke luar Kerala.[13]
Bidang-bidang matematik India[sunting | sunting sumber]
Beberapa bidang matematik yang dikaji di India kuno dan Zaman Pertengahan
termasuklah:

Aritmetik: Sistem perpuluhan, Nombor negatif (lihat Brahmagupta), Sifar (lihat


Sistem Angka Hindu-Arab), sistem nombor notasi kedudukan moden, nombor-
nombor titik apungan (lihat aliran Kerala), teori nombor, Infiniti (lihat Yajur Veda),
nombor transfinit, nombor tak nisbah (lihat Sulba Sutra)

Dalam bidang matematik, unsur geometri digunakan dalam upacara keagamaan


seperti upacara pengorbanan manakala algebra, angka sifar, dan perpuluhan
matematik diperkenalkan dalam ilmu kira-kira dan masih digunakan sehingga
sekarang. Bidang matematik tersebut mula berkembang kepada astronomi dan
penciptaan kalendar. Ia digunakan untuk menentukan masa upacara pengorbanan
dan kalendar matahari telah dicipta bagi mengenal musim, tahun, bulan dan hari.

Matematik :
*memperkenalkan nombor sifar dan algebra.

1.Matematik :
a.Geometri:
Digunakan dlm upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan.
b.Algebra:
Mempunyai algebra sehingga mereka dpt membezakan diantara no.abstrak dgn
nombor kuantiti
objek @ keluasan ruang. Cth:utk mencipta cara kiraan algebra mrk menggunakan
nombor asas
dgn simbol 0 hg 9.
c.Angka sifar :
Tamadun India jg memperkenalkan angka sifar.
Dpt dilihat dlm transkrip awal India yg ditemui di Gujerat thn 595 m membuktikan
bhw
tamadun India tlh menggunakan simbol Yunani, Romawi & Hebrew.
d.Karya Matematik:
mewariskan karya matematik iaitu Bakshali & Aryabhatiya y menggunakan nombor
dlm cara 10
angka.
e.Perpuluhan matematik:
Tlh mencipta sistem perpuluhan matematik.
Ciptaan mereka tlh diambil oleh org arab.
Bukti : ilmu matematik dinamakan oleh orang Arab sbg Hindisat.

2.Astronomi & Kalendar :


a.digunakan utk menentukan masa upacara pengorbanan.
b.kalendar matahari dicipta utk mengenal musim, tahun, bulan & hari.
c.bidang Astrologi sgt berkembang di zmn Gupta. 9 planet & 27 bintang dipercayai
dpt
mempengaruhi kehidupan manusia.

You might also like