You are on page 1of 1

KARANGAN CARA-CARA UNTUK MEMBERSIH

DAN MENCERIAKAN KELAS.


Sekolah ialah tempat kita belajar dan mendapatkan ilmu. Sebagai seorang pelajar,kita
seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika
persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan
sekolah.

Antaranya adalah dengan mengadakan program bergotong-royong. Bergotong royong


bermaksud melakukan kerja bersama-sama. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan kerja-
kerja dapat dijalankan dengan mudah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat,bak kata
pepatah,yang berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah
boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong.Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah
atau membersihkan longkang.

Selain itu adalah dengan mengadakan taman bunga di sekolah. Taman bunga ialah
kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok bunga. Taman bunga boleh mencantikkan kawasan
sekolah. Sekolah boleh membeli pokok bunga untuk ditanam di dalam pasu atau di sekeliling
kawasan sekolah. Pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam
di kawasan sekolah. Oleh itu,taman bunga perlu diadakan di sekolah untuk menceriakan
kawasan sekolah.

Cara lain untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengecat semula bangunan.
Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk
datang ke sekolah. Cogan kata ada menyatakan , sekolahku syurgaku.. Sekolah boleh
menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh mengecat dan melukis mural di dinding
sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,pemandangan,lukisan dan corak.

Pertandingan kelas terbersih dan terceria juga dapat menjadikan sesebuah sekolah ceria.
Pertandingan kelas terbersih ialah peraduan bilik darjah yang paling bersih dan paling ceria.
Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Elas terbersih
dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan
hadiah dan sijil penghargaan.

Selain mengadakan pertandingan pihak sekolah juga boleh mengadakan Program


3K. Program 3K bermaksud Kesihatan,Keceriaan dan Keselamatan. Program ini boleh
menjadikan sekolah sentiasa ceria dan selamat. Ini kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan
pemantauan dari semasa ke semasa. Oleh itu program 3K perlu diadakan di sekolah.

Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah.


Dalam hal ini, guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga
persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria. Sekolahku adalah kesayanganku.

You might also like