You are on page 1of 4

Berkomunikasi dengan pihak ibu bapa

Di dalam mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan oleh sesorang
guru, tidak semua murid dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap
dan dirancang. Terdapat beberapa golongan murid yang mempunyai kelainan upaya sehingga
menghalang proses-proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang.
Antara golongan tersebut ialah murid-murid yang berkeperluan khas. Oleh hal yang
demikian, pelbagai pihak harus memainkan peranan masing-masing supaya tidak
meminggirkan murid-murid berkeperluan khas tersebut.

Jika dilihat secara umum, antara pihak yang paling dekat dengan murid tersebut ialah
guru-guru dan ibu bapa. Di kebanyakan sekolah menengah, terdapat guru-guru pendidikan
khas. Oleh hal yang demikian, mereka seharusnya memainkan peranan dengan
berkomunikasi dengan pihak ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Di dalam
menjayakan komunikasi di antara dua hala, Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan medium
penting bagi melaksanakan komunikasi tersebut.

Persatuan ini telah ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan untuk


mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru yang diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama serta usaha dalam meningkatkan
mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah.

Di dalam melaksanakan pendidikan inklusif, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dapat
dijadikan medium oleh guru pendidikan khas. Hal ini demikian kerana, guru-guru pendidikan
khas dapat menyuarakan pandangan serta idea mereka di dalam pelaksanaan pendidikan
inklusif ini kepada para ibu bapa. Sebagai contoh, guru pendidikan khas boleh menyuarakan
pandangan serta idea mereka di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan mencadangkan
mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibu bapa supaya dapat membantu
menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.

Dengan mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibu bapa, hal ini turut
merupakan komunikasi di antara guru pendidikan khas kepada ibu bapa pelajar berkeperluan
khas. Seperti yang diketahui, guru pendidikan khas mempunyai kriterianya yang tersendiri.
Hal ini demikian kerana, sudah semestinya mereka mempelajari bahasa isyarat sebelum
bergelar guru pendidikan khas. Oleh hal yang demikian, peranan guru pendidikan khas amat
penting di dalam mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibu bapa dan secara
tidak langsung membantu di dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.

Selain itu, guru pendidikan khas juga berperanan merapatkan hubungan mereka
dengan ibu bapa pelajar berkeperluan khas dengan menggunakan komunikasi yang berkesan
sama ada bersifat verbal atau tidak verbal. Walaubagaimanapun, komunikasi yang berkesan
ini kurang dipraktikkan oleh guru dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana, kebanyakan guru
dan ibu bapa sibuk dengan tugasan harian.

Oleh hal yang demikian, guru-guru terutamanya guru pendidikan khas berperanan
untuk menarik perhatian ibu bapa supaya dapat berinteraksi dengan lebih kerap agar segala
permasalahan murid berkeperluan khas ini dapat dibincangkan bersama. Ibu bapa mestilah di
anggap sebagai rakan kongsi yang penting bagi membincangkan segala isu atau
permasalaham yang timbul.

Bagi memastikan komunikasi dua hala ini lebih berkesan di antara guru pendidikan
khas dan ibu bapa, guru haruslah juga melatih diri supaya menjadi pendengar yang baik,
belajar mengenal pasti tanda-tanda ekspresi perasaan ibu bapa seperti sedih, marah, kecewa
dan sebagainya. Hal ini demikian kerana apabila guru-guru dapat mengenal pasti tanda-tanda
tersebut, guru-guru akan lebih memahami perasaan ibu bapa dan mengambil tindakan yang
sepatutnya.

Menyediakan Bahan Bantu Mengajar dan kemudahan asas yang bersesuaian

Guru mempunyai peranan yang amat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar.
Hal ini demikian kerana, tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu
pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi
insan yang bermoral tinggi.

Bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan, guru sebagai
pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan
mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan.
Namun demikian sebagai guru pendidikan khas, bahan bantu mengajar dan
kemudahan asas hendaklah bersesuaian di dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Hal ini
demikian kerana, murid-murid berkeperluan khas adalah berbeza dengan murid-murid normal
lain. Di dalam program pendidikan inklusif, seperti yang diketahui bahawa melalui program
ini adalah bertujuan untuk mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik
darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan
normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.

Oleh hal yang demikian sebagai guru pendidikan khas, guru-guru hendaklah
menyediakan bahan bantu mengajar dan kemudahan asas yang bersesuaian supaya murid-
murid berkeperluan khas ini tidak berasa terasing dengan murid-murid normal lain. Antara
kemudahan asas yang bersesuaian ialah mewujudkan bilik resos. Bilik resos ini perlu di
adakan bagi tujuan sesi khidmat bantu dan bimbingan kaunseling terhadap murid-murid yang
mengikuti program inklusif.

Selain itu, buku-buku teks yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas ini
juga perlu diberikan mengikut tahap Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP)
walapun mereka berada di sekolah menengah. Bahan-bahan bantu mengajar juga boleh
diubah oleh guru-guru pendidikan khas supaya lebih bersesuaian dengan murid-murid yang
mengikuti program inklusif ini.

Hal ini demikian kerana, guru-guru pendidikan khas lebih mengetahui tentang
keupayaan seseorang murid berkeperluan khas tersebut kerana mereka bertanggungjawab
untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah
penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga
perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan
terbaru mereka dapat diperbaharui.

Bagi memastikan pelaksanaan pendidikan inklusif ini berjalan dengan lancar, guru-
guru pendidikan khas juga berperanan merancang dan menyediakan rancangan pengajaran
semasa bersama guru mata pelajaran. Hal ini demikian kerana, guru pendidikan khas dan juga
guru mata pelajaran boleh bertukar-tukar idea dan bahan untuk mengajar.
K. A. Razhiyah, 2006. Menjadi Guru Pendidikan Khas, Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Huat Bin Ang, 1999, Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif,
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like