You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN , TEL : 07 - 5272214

TAMAN SRI PULAI, FAX : 07 - 5273016


81300 JOHOR BAHRU, EMAIL:sktmnsripulai@gmail.com
JOHOR.

Ruj.Kami : JBA1135/100-19/7/17 ( )
Tarikh : 27hb Februari 2017

Kepada ;
YDP
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SK TAMAN SRI PULAI, JOHOR BAHRU

Melalui:
GURU BESAR
SK TAMAN SRI PULAI, JOHOR BAHRU

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PASUKAN RAGBI KE KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12


TAHUN MSSJ NEGERI JOHOR 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, seramai 3 orang murid sekolah SK Taman Sri Pulai telah terpilih
menyertai Kejohanan Ragbi Bawah 12 tahun MSSJ Negeri Johor. Berikut adalah butiran
kejohanan tersebut:

Tarikh : 28, 1 dan 2hb Februari 2017


Hari : Selasa hingga Khamis
Tempat : Batu Pahat
Murid terlibat : 1. Abdul Sobur bin Karim
2. Mohd Arif Darwisy bin Mohd Faizol
3. Muhammad Adam bin Mohd Rusni

3. Sehubungan dengan itu kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menghulurkan
sumbangan bagi menampung kos latihan dan persedian ke kejohanan tersebut.

4. Sumbangan boleh dihulurkan melalui En. Faiq bin Alwi ( 011-19773717 ). Segala jasa baik dan
sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian semoga berada dalam pertimbangan pihak tuan. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( EN. FAIQ BIN ALWI )


JURULATIH PEMBANGUNAN RAGBI
SK TAMAN SRI PULAI, JOHOR BAHRU

You might also like