You are on page 1of 16

PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENTAKSIRAN II

KPD 3026
LAPORAN PROGRAM ORIENTASI SEKOLAH P.O.S

NURULWAFI BINTI JAMALI D20141067056

SEMESTER 6

2016/2017
PENGENALAN

Program Orientasi Sekolah (POS) merupakan suatu program yang mendedahkan alam

persekolahan kepada guru pelatih. POS juga bertujuan untuk memberi peluang kepada guru

pelatih bagi memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam

bilik darjah. POS adalah salah satu keperluan bagi kursus Pengajaran, Teknologi dan

Pentaksiran II. Pensyarah kursus, Dr Siti Shamsiah Bt Sani telah memberi kebenaran untuk

melaksanakan POS di sekolah.

Setelah mendapat persetujuan daripada pihak sekolah, saya dibantu oleh cikgu Azuati iaitu

guru sains Tingkatan 1. Setelah meneliti jadual kelas, saya diberi slot kelas pada hari jumaat

iaitu 7 April 2017 untuk menjalankan tugasan POS pada jam 10.10 pagi sehingga 11.20 pagi

di kelas 1 J(Jawi). Topik yang diajar pada hari tersebut adalah Respirasi dan Fotosintesis iaitu

tajuk dua.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh cikgu Azuati adalah gambar rajah pokok yang

menggambarkan fizikal pokok yang layu dan segar. Gambar rajah itu telah dipotong kepada

beberapa bahagian dan pelajar dikehendaki meyambungkan gambar rajah tersebut dan

mencirikan ciri-ciri fizikal yang boleh dilihat berdasarkan gambar rajah tersebut. BMM ini
digunakan semasa set induksi bagi mencungkil pengetahuan pelajar tentang fotosintesis.

Selain itu, buku teks dan buku amali juga digunakan sebagai rujukan pelajar didalam kelas.

PENGAJARAN BERSAMA GURU BILIK DARJAH (TEAM TEACHING)

Pengajaran bersama guru bilik darjah tidak dapat dilaksanakan memandangkan ebanyakan

masa pembelajaran digunakan untuk sesi pembentangan oleh pelajar namun saya masih

diberi peluang untuk turut bersama didalam kelas semasa sesi pembelajaran berlangsung.

REFLEKSI

Setelah memerhati sesi pembelajaran yang telah dijalankan oleh cikgu Azuati, saya dapat

melihat kecekapan dan sikap professional yang ditonjolkan oleh cikgu Azu. Sikap santai

ketika berkomunikasi dengan pelajar namun terdapat sedikit ketergasan membuatkan para

pelajar merasa senang di dalam kelas untuk menanyakan soalan dan melontarkan pandangan.

Cikgu Azu juga gemar bergurau senda bersama para pelajarnya membuatkan suasana kelas

menjadi riang dan selesa. Intonasi suara yang digunakan oleh Cikgu Azu juga lantang dan

jelas bagi memastikan keseluruhan pelajar boleh mendengar apa yang diucapkan oleh beliau

meskipun beliau berada di belakang para pelajar.

Cikgu Azu juga sempat berkongsikan cara penulisan RPH bagi Tingkatan satu

memandangkan silibus Tingkatan satu telah diubah. Cikgu Azu juga memberikan kerjasama

yang sangat memberangsangkan dan saya senang berurusan dengan beliau kerana sikapnya

yang peramah dan senang memberi pandangan.

Semasa sesi pembentangan pelajar berlangsung, Cikgu Azu juga sering memberikan kata-

kata semangat serta positif kepada pelajar. Di sini saya boleh lihat hubungan Cikgu Azu dan

pelajarnya mesra dan rapat. Para pelajar kelas 1 J juga dipupuk untuk sentiasa bertanyakan

soalan dan mereka juga dilihat sudah didedahkan dengan gaya pembelajarn abad 21 dimana
sekiranya dilihat gaya mereka melaksanakan sesi pembentangan, mereka tidak kekok malah

ada sesetengah kumpulan meyelitkan lakonan serta dialog di dalam pembentangan mereka.

Setelah sesi pembentangan selesai, para pelajar juga terus bertanyakan soalan kepada

pembentangan tanpa disuruh.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak perkara sepanjang melaksanakan

tugasan POS ini. Pengawalan masa yang baik oleh seorang guru amat penting bagi

memastikan pelajar mendapat input yang dikehendaki serta tidak mempunyai masalah semasa

menjalankan sesi pengajaran. Guru itu juga haruslah jelas dengan apa yang hendak diajar

supaya dapat menjawab soalan pelajar dengan baik dan menyampaikan ilmu yang tepat tanpa

miskonsepsi. Perancangan sebelum kelas juga amat penting bagi memastikan perjalanan sesi

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Penggunaan intonasi suara yang jelas juga

memainkan peranan yang penting bagi memastikan fokus pelajar serta input yang diberi

dapat didengari oleh keseluruhan kelas terutama didalam makmal. POS adalah satu tugasan

yang penting bagi menyiapkan guru dengan realiti pengawalan dan suasana persekolahan

sebelum bermulanya praktikal.


LAMPIRAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SAINS TINGKATAN 1 TOPIK 2

You might also like